Sunday, May 31, 2009

Susan Boyle menyanyi dan akhirnya dia kalah

Susan Boyle menyanyi. Dan dia akhirnya kalah. Susan dikalahkan oleh kumpulan penari jalanan,Diversity. Dalam rancangan `Britain's Got Talent' itu, Susan yang berusia 48 tahun, muncul sebagai sebuah antitesis.
Dari seorang yang tidak memiliki wajah yang jelita, Susan menjadi salah seorang sensasi internet selepas penyanyi yang pernah mengaku tidak pernah dicium itu menyanyikan lagu `I dreamed a dream' dan Les Miserables dalam pertandingan di peringkat awal April lalu.
Nyanyian wanita dari Scotland ini dimuat turun sebanyak lebih 150 juta kali oleh pelayar Internet.
Susan Boyle menyanyi dan ia menjadi fenomena. Ia menjadi antitesis dan menyalahi segala aturan untuk menjadi seorang selebriti. Susan menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang penyanyi tidak semestinya seorang yang cantik. Asalkan suaranya menarik, keadaan fizikal bukan penghalang untuk menjadi seorang selebriti terkenal di seluruh dunia.
Kemenangan Susan juga merupakan antitesis kepada dunia hiburan kita.
Meskipun Susan kalah, ia memenangi hati kita semua.

Saturday, May 30, 2009

Taman Teknologi Malaysia lahirkan tekno usahawan







TPM LAHIRKAN TEKNO USAHAWAN

KOTA KINABALU: Lebih banyak produk berinovasi berasaskan kekayaan khazanah negeri ini boleh dikomersilkan untuk menembusi pasaran global, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia (TPM), Dato' Haji Mohd.Azman Haji Shahidin.
Beliau berkata, Sabah memiliki kepelbagaian bio yang boleh dikomersilkan termasuk produk perikanan, pertanian, herba dan produk kesihatan berasaskan sumber tempatan yang boleh dikomersilkan untuk menjana ekonomi negara.
Sehubungan itu, Kerajaan bercadang untuk membuka satu cawangan TPM di Kota Kinabalu dalam Rancangan Malaysia ke-10 bagi melahirkan lebih ramai tekno usahawan di negeri ini.
"Dengan adanya TPM Di Sabah, ia akan menjadi pusat inkubator untuk melahirkan lebih ramai usahawan," katanya.
Katanya,Technology Park Malaysia (TPM) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan dibawah selian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Beliau berkata, TPM ditubuhkan sebagai satu untuk cara memajukan penkomersilan sains dan teknologi menerusi inkubasi perniagaan.
Hari ini, TPM ialah salah satu kluster di dalam MSC Malaysia dengan jumlah pekerja berpengetahuan melebihi 9,000 orang, katanya.
Antara syarikat-syarikat di Technology Park Malaysia termasuklah British American Tabacco, Scope International, De La Rue (UK), Ivis Group (UK), Novozymes (Denmark), FICO (Belanda), Lotus Eng (UK), Stempeutic Research (India), Astro (Malaysia), Asiatic Centre for Genome Technology (Malaysia) Patimas (Malaysia), IRIS Berhad (Malaysia), Digicert (Malaysia) dan lain-lain.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di gerai Technoloy Park Malaysia di Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009.
Katanya, ekonomi Malaysia kini sedang menghala kepada bentuk baru berasaskan inovasi dan penggunaan sains dan teknologi.
"TPM akan membantu melahirkan golongan tekno usahawan untuk menjana ekonomi berasaskan imu dan inovasi
Beliau berharap dengan adanya cawangan TPM di Sabah lebih ramai bilangan tekno-usahawan dapat dilahirkan sebagai sebahagian usaha kerajaan mengkomersilkan teknologi hingga ke peringkat global selaras bentuk ekonomi baru berasaskan inovasi dan ilmu.
Katanya, penubuhan TPM di Sabah tidak terlepas daripada peranan dan usaha yang dimainkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr.Maximus Ongkili yang telah memberi banyak perhatian untuk membawa lebih banyak projek pembangunan untuk memberi maaf kepada rakyat Sabah.

Waty promosi keunikan budaya Sabah melalui lagu

Waty Lajungin, penyanyi yang popular dengan lagu Sumandak Olundus menggemparkan peminatnya apabila mempromosi kesatuan dalam kepelbagaian. Albumnya yang dijual dalam bentuk VCD MTV Karaoke memaparkan lagu-lagu panntai timur Sabah dengan lirik dalam bahasa Dusun.Percubaan yang menarik








Sekitar acara sambutan Pesta Kaamatan












Ketibaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman di Dewan KDCA untuk merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri disambut dengan begitu meriah sekali.


Mengenai Tambunou

Suku kaum Tambunou merupakan suku kaum yang tinggal di kawasan Pitas,Paitan, Beluran dan Sandakan. Suku kaum ini sub etnik Sungai.


Sedikit mengenai Murut Nabai

Gadis-gadis suku kaum Murut Nabai dari Keningau bergambar bersama pakaian tradisi mereka. dari kiri Clyna Joanis, 16, Stephanie Igak, 24, Julifarah Jamir, 19, Francisca Tawik, 23 dan Gpleiviane James, 16. Mereka merupakan antara etnik yang mengambil bahagian dalam Pesta Kaamatan Peringkat Negeri .Gadis-gadis ini berasal dari Kampung Kadakalan Keningau.

Catatan mengenai etnik Bisaya


GADIS ETNIK BISAYA....Setiap kali tibanya Pesta Kaamatan, ia membawa kegembiraan tersendiri bagi adik Noraini Abd Pani, 17 (kiri) dan Siti Maridah Sari, 15 (kanan), dari Kampung Gadung Beaufort. Gadis manis yang memakai pakaian etnik bisaya ini berbangga dengan pakaian tradisi mereka. Mereka berazam untuk terus mempertahankan budaya suku kaum Bisaya, etnik bumiputera yang terdapat di daerah Beaufort dan kawasan sekitarnya yang memiliki kebudayaan dan kesenian yang unik.

Etnik Bisaya di Sabah merupakan penganut Islam yang taat. Etnik Bisaya di Sabah adalah berbeza dengan Bisaya di Sarawak yang kebanyakan mereka beragama Kristian. Ia juga tidak mempunyai kaitan dengan Visaya di Kepulauan Visayan di Filipina. Bagaimanapun, mereka masih termasuk dalam kategori Malayo-Polynesia




Catatan ringkas mengenai etnik Begahak

Mengikut cerita, suku kaum Begahak di Lahad Datu, Tungku masih berpegang kepada kepercayaan anismisme. Suku kaum ini adalah mempunyai kaitan kekerabatan dengan suku Idahan yang merupakan antara penganut Islam yang terawaldi Sabah. Bagaimanapun, masyarakat ini kini sedikit demi sedikit sudah bersentuhan dengan dunia kemajuan , malah ada di antara mereka telah mengecap tingkat pendidikan yang lebih tinggi

Catatan ringkas mengenai kaum Bonggi

Suku kaum Bonggi yang menetap di pedalaman Pulau Banggi, Pulau terbesar di Sabah diklasifikasikan dalam rumpun kadazan dusun. Kebanyakan pengkaji menyebut etnik ini sebagai Dusun Banggi tetapi seorang ahli linguistik, Michael Boutin mengatakan Bonggi adalah suku tersendiri dan lebih tepat jika ia dipanggil suku kaum Bonggi.

Friday, May 29, 2009

Cerita mengenai bedukang

Ada cerita menarik mengenai ikan bedukang. Kata kawan saya, saudara Matbee, kisah ini benar-benar berlaku di kampung Mengkabung. Ikan bedukang yang disebut ikan bongkak dikampung itu, jumlahnya beratus ribu ekor.Sudah menjadi tabiat ikan itu, suka menunggu ketika kita membuang hajat.
Rumah-rumah dikampung sebelah mengkabung itu terletak di atas air. Dahulu kedudukannya agak tinggi dari paras air. Tetapi sekarang tanah mendap dan tiang-tiang terperosok dalam lumpur. Bahkan penghuni 50 buah rumah terpaksa tidur dalam air setiap kali air pasang sejak 10 tahun lalu.Lihat posting saya sebelum ini bertajuk `50 keluarga terpaksa tinggal dalam air'.
Alkisah ada seorang hamba Allah dari pantai timur Sabah mendapat jodohnya dengan orang di Mengkabong itu. Rumah mertuanya adalah salah satu rumah yang terancam bahaya kerana setiap kali air pasang, rumah itu akan dimasuki air. Kerana dia datang dari tempat dan budaya yang berlainan, maka dia kelihatan kurang arif mengenai cara hidup masyarakat di kampung itu, iaitu salah satu kampung dalam mukim mengkabong.

Suatu hari, perutnya sakit dan berlarilah dia ke tandas.
Sewaktu akan membuka tualanya itu dan bersiap untuk melepaskan hajat, tiba-tiba tanpa disangka seekor ikan bedukang yang tidak sabar-sabar menunggu terus menerkam `anu'nya.
Alangkah terkejutnya dia. Jarak antara lubang tandas dengan paras air tinggal beberapa jengkal. Beliau tidak menyangka akan diterkam sebegitu rupa hingga mengancam seluruh harapan dan masa depannya.Nasib baiklah anunya selamat.
Tetapi itulah kehidupan. Sama seperti orang lain, beliau berharap kehidupan keluarganya akan turut berubah apabila Kerajaan siap membina 1,000 rumah untuk penduduk kampung itu. Yang menghebohkan ialah apabila mereka diminta untuk berpindah ke darat dulu sebelum rumah mereka siap. Timbul satu masalah lagi.
Kampung-kampung di atas air ini, termasuk juga penghuni yang mendiaminya sedang mengalami transformasi. Di salah satu kampung, juga di Tuaran-Kampung Penimbawan namanya- dimana hampir seratus peratus penduduknya menetap di kampung air itu, tidak lama lagi akan dipindahkan ke projek penimbawan yang dijangka siap tidak lama lagi. Setiap rumah itu biasanya didiami dua hingga empat keluarga. Tetapi hanya satu keluarga saja yang layak berpindah ke projek perumahan yang baru itu.Nasib keluarga yang selebihnya masih samar dan kini mereka dalam kekalutan kerana ada khabar kononnya rumah-rumah di atas air itu perlu dirobohkan.Lantas akan ke mana mereka pergi.
Tidak lama lagi kampung Mengkabong dan Penimbawan akan berubah wajah. Namun kehidupan mereka tidak boleh dipisahkan dengan air, dengan sungai, dengan laut, dengan arus, ombak dan sebagainya.
Tetapi janganlah pula sampai keselamatan mereka terancam seperti yang kejadian seorang penduduk yang anunya dilompati bedukang.

Wednesday, May 27, 2009

PAS perlu lebih ramai tokoh sederhana

Saya rasa agak bertuah kerana pernah bertemu dengan beberapa tokoh dan pimpinan PAS. Saya pernah bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Haji Muhammad Sabu, Dato' Haji Mahfuz Omar, dan ramai lagi. Saya pernah interview YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, saya pernah mengejarnya di airpot KKIA. Saya pernah menemuramah Dato Haji Husam Musa di Le Meridien ketika beliau mengiringi DYMM Sultan Kelantan ke Sabah.
Saya tergamit untuk menulis catatan ini kerana kini sudah sah akan terjadi pertandingan yang sengit antara Ustaz Nasharuddin, Husam dan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamarnya tidak lama lagi.
Paling membanggakan ialah ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh yang berwibawa dan mempunya karisma tersendiri. Saya pernah berkata bahawa jika PAS mahu menjadi sebuah parti yang relevan dan berpengaruh serta dapat diterima masyarakat luas, parti itu perlu menampilkan lebih ramai orang seperti Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa. Perlu melahirkan lebih ramai pemimpin seperti Salahuddin Ayub, seperti Haji Shaari Sungib, Kamaruddin Jaafar dan Anuar Tahir. Saya mempunyai beberapa catatan kenangan ketika bersua dengan tokoh-tokoh ini. Haji Shaari, pernah saya interview di Masjid Negeri Sabah sewaktu beliau masih memimpin JIM. Dato' Kamaruddin saya terjumpa di kaki lima sebuah kedai di Kota Bharu. Haji Anuar Tahir, pernah jumpa beberapa kali kerana beliau pernah jadi pimpinan ABIM.
Saya fikir, PAS akan diterima dengan lebih baik lagi jika ramai tokoh-tokoh sederhana dalam pimpinan PAS.
Jadi pertembungan antara Ustaz Nasharuddin dan Dato Husam, akan menelurkan sesuatu yang baik buat harakah Islamiah ini.
Siapapun yang menang antara mereka, ia tetapi memberikan impak yang baik buat PAS.Masing-masing punya keistimewaan dan kelebihan. Saya ucapkan selamat bertanding buat mereka bagi memberikan iklim yang baik buat dunia politik kita.

Tuesday, May 26, 2009

Veteran ATM imbas kembali kekejaman komunis

VETERAN ATM IMBAS KEMBALI KEKEJAMAN KOMUNIS

KOTA KINABALU: Amid Abd.Rahman,60, seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memaafkan sesiapa saja yang pernah menyakiti hatinya di dunia ini kecuali Chin Peng.
"Beliaulah yang menyebabkan negara kita ini huru hara, beliaulah yang menyebabkan ramai anggota tentera mati, buta, cedera dan hilang kakinya, isteri kehilangan suami dan anak-anak kehilangan bapa akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng.
"Saya sendiri hilang kaki kiri ketika bertugas di Hutan Gobir Kedah berdekatan sempadan Thailand selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang pihak komunis", katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian dialog antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dengan Veteran ATM Sabah di salah sebuah hotel terkemuka, di sini kelmarin.
Katanya, Kerajaan telah menghabiskan banyak masa dan tenaga menentang PKM dan Kerajaan perlu menolak usaha pihak tertentu untuk membawa pulang Chin Peng balik ke negara ini.
"PKM pada masa itu bukan saja berada di hutan tetapi juga di luar hutan dengan menyamar sebagai orang biasa dan terdapat juga mereka yang menjadin tali barut komunis," kata Amid yang berasal dari Labuan.
"Kepulangannya nanti hanya membangkitkan dendam dan kemarahan mereka yang terpaksa berjuang dalam hutan untuk menentang kekejaman komunis. Oleh itu cubaan untuk membawanya pulang tidak harus ditunaikan," katanya.
Beliau merupakan antara penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) juga melahirkan rasa bersyukur kerana jasa dan bakti mereka masih dikenang oleh negara.
Katanya, generasi sekarang perlu mengetahui sejarah pemberontakan PKM di negara ini kerana hanya dengan kesedaran sejarah saja, mereka dapat menghargai makna kemerdekaan, keamanan dan kedamaian.
Sementara itu, Onjinin Christopher Jopinol, 52, seorang lagi veteran ATM berkata generasi muda yang tidak faham mengenai kekejaman komunis mungkin boleh menemui beliau yang kehilangan kaki kanannya.
"Selama lebih 20 tahun saya hidup tanpa sepasang kaki, gara-gara kezaliman Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng,'' kata Onjinin kepada media.
Onjinin yang cedera selepas terpijak jerangkap samar PKM ketika operasi di Gubir, Kedah berkata usaha pihak tertentu yang cuba membawa pulang Chin Peng ke negara ini perlu dilihat dari pelbagai sudut.
"Kita minta pihak tersebut supaya tidak hanya memikirkan tentang nasib Chin Peng semata-mata, tetapi perasaan ribuan veteran perang yang gugur dan cedera jangan sesekali dilupakan.
"Tidak dilupakan keluarga mereka. Jika seorang anggota tentera gugur semasa melawan PKM bermakna akan ada seorang wanita menjadi balu, dan kanak-kanak menjadi anak yatim,'' katanya.
"Soal membawa pulang Chin Peng tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, ramai veteran ATM menyuarakan rasa tidak puas hati dan terkilan dengan saranan berkenaan.
Beliau berkata, sebarang usaha ke arah itu adalah tidak wajar sama sekali dan kerajaan perlu mengambil kira sensiviti ahli keluarga ATM yang terkorban ketika berjuang menentang PKM.
Dalam majlis itu juga, seramai 10 veteran tentera menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) iaitu mereka yang berkhidmat antara tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 untuk operasi menentang PKM dan dari tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)

Belia Labuan promosi generasi bebas jenayah


50 SERTAI EKPEDISI GENERASI BEBAS JENAYAH
KOTA KINABALU: Seramai 50 peserta terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli persatuan belia dari Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Ekspedisi Generasi Bebas Jenayah bermula 25 hingga 31 Mei ini merentas WP Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau untuk mempromosi generasi bebas jenayah.

Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Ronnie Boniface Nugi berkata program itu adalah salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah seterusnya mengurangkan kadar perlakuan jenayah di kalangan belia di negara kita.
Antara objektifnya ialah memberi pendidikan dan maklumat nyang tepat kepada masyarakat khususnya golongan belia mengenai perlakuan jenayah, meningkatkan kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah di kalangan belia dan kesan-kesannya, mengurangkan penglibatan belia dalam aktiviti tidak sihat yang boleh mendorong kepada perlakuan jenayah.
Selain itu, program itu juga bertujuan melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab khususnya dalam menangani masalah sosial dan jenayah dan memupuk semangat pembangunan komuniti oleh komuniti iaitu pelan tindakan pencegahan jenayah digerak dan diterajui oleh anggota masyarakat tempatan sendiri.
Ekspedisi itu disertai oleh Persatuan Belia Bukit Kuda, Persatuan Belia Sungai Lada (BELADA) , Persatuan Belia Tanjung Aru (GABETA), Persatuan Belia Bukit Kallam (Millineum) Persatuan Belia Gersik Saguking (GESA) dan Kelab Rakan Muda Labuan.

di warung kelapa muda

Alangkah gembiranya saya bila terjumpa aziah dan suaminya, roslan, sewaktu minum kelapa muda di pasar malam. Saya tengah tunggu Rashid waktu itu. Aziah sudah punya anak tiga, yang sulung tahun tiga. Darinya saya mendapat khabar tentang Ann, masih di SK Sri Gaya. Dah empat anaknya. Juga Intan masih kerja di Hospital, lima sudah anaknya.Juga Liza, dah dua anaknya. Saya pula juga sudah anak tiga.Yang sulung, perempuan Sitti Mehran , sudah tahun tiga.Yang kedua, fawzan sudah tiga tahun usianya manakala yang ketiga, farhan baru satu tahun lebih.

Saya kenal adik-adik ini sewaktu mereka masih remaja.Kebetulan mereka adalah pembaca puisi yang baik malah Ann pernah mewakili Sabah di peringkat kebangsaan.Aziah juga pernah menang.
Saya kira puluhan tahun sudah kami tidak berjumpa. Lama juga saya kira tidak mendengar khabar mereka.
Pertemuan yang tidak disangka itu, amat menggembirakan. Alhamdulillah. Betapa manisnya persaudaraan dan persahabatan.

Monday, May 25, 2009

Wang hantaran pun pakai kad kredit

Saya rasa agak lucu juga mendengar cerita kawan saya yang namanya A itu. Kelmarin, katanya beliau sempat ke satu majlis, tak payahlah disebut nama majlis dan dimana tempatnya. Tetapi ini berkaitan dengan cerita orang yang mahu mengadakan majlis menghantar wang hantaran dan diikuti kemudian dengan majlis akad nikah.Majlis bersanding akan diadakan pertengahan bulan Jun.
Majlis itu sepatutnya berlangsung jam 11.00 pagi, hari minggu. Tetapi ketika dihubungi si lelaki dan rombongan masih berada di tengah jalan di Likas. Tunggu punya tunggu, pihak lelaki belum sampai juga. Telefon lagi.Jam menunjukkan angka 12.oo tengahari. Tapi katanya mereka baru sampai KK.
Tak pa la, tunggu sikit jam lagi.
Jam 1.00 petang.
Si lelaki menyatakan mereka baru sampai Petagas.
Jam 2.00 katanya baru sampai Putatan.
Tetamu sudah marah. Apa ni? Apa dia ni naik kereta kudakah?
Jam 3.30, barulah pihak lelaki sampai Kampung K (biarlah nama tempat ini disamarkan) . Padahal jarak tempat yang ditempuh itu, dalam waktu biasa, boleh sampai dalam masa kurang satu jam.
Maka kemudian datanglah rombongan.Membawa beberapa dulang hantaran. Kononnya si lelaki sanggup mengeluarkan wang RM16,000. Biasanya kalau di kampung itu, standard wang hantaran hanyalah sekitar RM8,000 hingga RM10,000.
Tapi lelaki menawarkan untuk `up'hingga RM16,000.
Dan wang itu disimpan dalam satu dulang. Ketika dulang itu dibuka isinya kad kredit. Bukan main marah lagi pihak perempuan. Kalau kad kredit, kami pun ada kad kredit, kata mereka. Ingat ini supermarketkah? Kalau wang hantaran itu dalam bentuk akaun bank simpanan, barangkali ada logik juga. Bisinglah pihak perempuan.Rombongan pihak lelaki yang menemani bakal pengantin lelaki juga bukan main lagi malu.Mana tak taruh muka kerana olah bakal pengantin lelaki.
Hari itu sepatutnya nikah.Tapi si lelaki tidak membawa borang-borang yang sepatutnya diisi. Khabarnya lelaki itu dah ada dua isteri, dan kedua-dua isterinya kononnya telah diceraikannya.
Soalnya kenapa si pengantin perempuan begitu mudah tertipu oleh sipenipu yang suka menipu.

Sunday, May 24, 2009

Kosa kata bahasa kita kaya

Pertemuan dengan Saudara Ahmad Md.Salleh di Restoran Banu menambahkan sedikit kosakata bahasa Bajau yang saya kuasai. Kata Ahmad penutur bahasa Bajausama dari Sepanggar (beliau berasa dari Kota Belud terdapat istilah dalam bahasa Bajau yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Contohnya jika orang melayu menyebut tahi telinga, orang bajau hanya menyebut dengan satu perkataan iaitu kelimpong. Begitu juga tahi mata, dua perkataan dalam bahasa Melayu, orang Bajau menyebutnya birid. (Orang Iranun menyebutnya kambuga') . Kalau batuk yang tak disengajakan disebut ko'ol, batuk yag disengajakan disebut ki 'im. Banyak yang boleh dikaji kerana bahasa Bajau, dan bahasa Iranun kerana yang memiliki perbendaharaan kata yang kaya.
Saya memiliki sedikit pengalaman dalam bidang kajian bahasa sukuan ini kerana telibat dalam penyelidikan bahasa sejak 1988. Saya kira banyak kosakata bahasa sukuan yang boleh diketengahkan untuk memperkayakan bahasa kebangsaan. Kesedaran perlu dipupuk di kalangan generasi muda untuk menguasai bahasa ibunda masing-masing supaya ia tidak luput ditelan zaman

Motif dastar dikomersilkan


Saya fikir masyarakat Iranun wajar berterima kasih kepada Sri Pelancongan Sabah Sdn.Bhd kerana memperkenalkan kraftangan Iranun kepada dunia luar dengan menambah nilai komersil kepada seni kraf kebanggan Iranun itu. Saya teringat makcik Pandian, seorang adi guru kraftangan Iranun dari Kampung Rampayan Laut yang terus menerus berkecimpung dalam seni kraf tangan Iranun. Bahkan hasil seni beliau satu ketika dulu, khabarnya turut menarik perhatian jutawan terkemuka Ivana Trump, isteri kepada Donald Trump dalam satu pameran di Kota London.

Menangani kepupusan kambing kacang



MENANGANI KEPUPUSAN KAMBING KACANG DI SABAH

Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KAMBING Kacang kini mulai pupus di negeri ini. Tetapi apa itu Kambing Kacang? dan apa pentingnya Kambing Kacang dalam industri penternakan di negeri ini. Utusan Borneo telah menemui seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT), Dr.Mutarin Haji Damshik yang terlibat dalam penternakan kambing di negeri ini.
Dr. Mutarin Haji Damshik, Ph.D, memiliki ijazah doktor falsafah dalam Pengeluaran Ruminan, Sarjana dalam bidang Makanan Ternakan dan Sarjana Muda dalam Pengeluaran ternak Monogastrik berkongsi pendapatnya mengenai kemusnahan kambing Kacang di Sabah di negeri ini.
Kambing Kacang merupakan kambing tempatan Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ianya merupakan ternak pusaka. Ianya warisan dari zaman berzaman dari nenek moyang kita. Kambing Kacang dapat juga dijumpai di Filipina maupun Taiwan serta negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Kambing Kacang pada kebiasaanya berwarna hitam, kadangkala bercampur putih maupun coklat. Pada hari ini kebanyakan Kambing Kacang memiliki tiga warna tersebut yakni hitam, putih dan coklat atau berwarna putih dan hitam atau putih dan coklat juga coklat hitam, tetapi warna Kambing Kacang berwarna kombinasi hitam putih kelihatan lebih asli.
Kambing Kacang memiliki ciri-cirit tertentu iaitu memiliki tanduk yang bengkok dan tajam, melengkung ke atas dan ke belakang pada kedua jantan dan betina.Memiliki telinga yang pendek, tegak lurus mengarah ke atas depan. kambing kacang jantan memiliki janggut tetapi kadangkala terdapat juga pada betina.Memiliki ketinggian antara 56-65 cm. Kambing ini sangat subur, beranak dengan kembar dua merupakan perkara biasa.Purata perkelahiran 1.7. Kacukan Kambing kacang lebih mirip kepada baka induk atau pejantannya.
Masa baligh Kambing Kacang pada umur 6 bulan, yang jantan 7 bulan. Menurut kajian para pakar ternak kambing kacang dan kacukannya di Indonesia termasuklah Prof.Dr.Haji Rachmat Herman, umur dewasa kelamin bagi Kambing Kacang betina ialah 10 bukan dan jantan 12 bulan dalam erti kata penternak di dua kawasan tersebut sering mengahwinkan kambing mereka sekitar pada umur tersebut.
Umur pertama induk beranak ialah 12-13 bulan dengan kelahiran kembar yang tinggi.Kembar tiga juga biasa terjadi dan kembar 4 pula banyak dilaporkan menurut hasil penyelidikan Herman dan kawan-kawannya di Indonesia pada 1983.
Di Malaysia dilaporkan purata umur beranak Kambing Kacang beranak dan jarak waktu beranak ialah 62 minggu dan 240 hari. Di Indonesia, populasi kambing lebih tinggi dibanding ternakan lain.
Penduduk memiliki kambing pada umumnya untuk kegiatan sosial dan keagamaan. dalam beberapa perkara, penduduk Indonesia lebih menyukai daging kambing dibanding ternak lain, sehingga nilai daging kambing sangat berharga dan mempunyai sumbangan yang nyata untuk keperluan protein.
Di negara-negara di mana sumber daging diperolehi dari ternak lain, daging kambing tidak popular, kambing dipelihara untuk menghasilkan ssu.Kekurangan daging kambing kerana baunya tidak disukai dan kadar lemaknya rendah. Karkas kambing tidak menarik kerana tidak ditutupi lemak. Di negara-negara seperti Australia, Kambing diternak untuk dieksport.
Dr. Mutarin berkata, keistimewaan kambing Kacang ialah antara lain,efisien dalam menggunakan air, kambing di daerah tropika sangat baik beradaptasi dengan kekurangan air.
Pada suhu panas 38 C, keperluan air kambing kacang setengah dari keperluan air biri-biri. Kambing Kacang tidak berpeluh dan kehilangan sedikit air melalui feses dan air kencing.
Menurutnya, di daerah sub tropika pada musim sejuk, kambing memperoleh air dari makanannya yang mengandung kadar air 60 peratus. Hasil penyelidikan Davendra dan Burn pada tahun 1970 mendapati kambing kacang yang ditempatkan pada kandang individu memerlukan air 680 ml/ekor/hari dengan perincian minum 4 kali sehari,554 ml pada siang hari dan 136 ml pada malam hari.
Katanya, keistimewaan Kambing Kacang ianya mudah dibiakbaka, harga per ekor murah, dapat hidup dengan pengurusan yang berubah-ubah serta daapat beradabtasi dengan iklim setempat juga sangat selektif dalam memilih makanan.
Menurut FAO (1971), kira-kira 71 peratus kambing berada di daerah Asia dan 64 peratus di Amerika Selatan dipelihara pada atnah seluas 1-5 hektar, sementara di Afrika 85.92 peratus dari kambing yang dipelihara pada tanah kurang 100 ekar.
Beliau juga bercerita mengenai Projek Pawah Kambing yang diwujudkan pada 1982 dengan mengimport kambing Ferel dari Australia dan Anglo Nubian dari Amerika. Kedua kambing luar negeri ini telah dikacukkan dengan kambing tempatan yakni Kambing Kacang.
Maka lahir kambing kacukan yang dinamakan Sabian atau Sabah Anglo- Nubian, hasil kacukan kambing Kacang betina dengan Anglo Nubian jantan. kambing kacukan ini memiliki tubuh badan yang lebih besar dan agak panjang seperti bulldog.Keunggulan kambing ini ialah ianya cepat dewasa tubuh dan dengan demikian dapat dijual lebih cepat dari baka Ferel atau Anglo-Nubian.
Kambing Ferel juga dikacukkan dengan Kambing Kacang, kata Dr.Mutarin. Hasil kacukannya memiliki bentuk badan yang lebih besar dari kacang asli atau bearda di tenagh-tengah antgara kacang dain ferel. Pada baka Kambing Kacang terjadi peningkatkan atau penambahbaikan genetik yakni dari segi berat dan ukuran badan mungkin juga faktor keturunan lainnya tetapi sehingga hari ini tidak ada data yang menunjukkan bukti tersebut kerana mungkin juga ianya terlepas pandang.
Hasil dari suatu kacukan dua atau lebih baka ternak diharapkan terjadi peningkatan mutu gentik seperti pertambahan berat badan, jangka waktu beranak yang pendek, ketahanan tubuh terhadap serangan penyakit, konversi makanan dan sebagainya.
Hasil kacukan Ferel-Kacang jaug lebih besar dari kambing kacang asli.Malangnya Ferel asi dan Frel kacukan memiliki sindrom mati tiba-tiba.Hingga kini hampir semua Ferel dari keturunan lama telahpun pupus.
Dari segi sejarahnya, Kambing ferel dibawa masuk ke Sabahdari Australia ketika zaman pemerintahan Kerajaan Berjaya iaitu ketika Datuk Harris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah.
Ianya diimport dari Australian dan dipelihara di suatu kawasan Menumbok/Kuala Penyu di bawah kelapa mawar di bawah bimbingan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah.
Sedangkan perkembangan Kambing kacang di Sabah sangat baik pada masa lalu sebelum Ferel didatangkan dari Australia.Kambing kacang hanya dipelihara secara ekstensif, dalam erti kata dipelihara secara sambilan dan bukan sebagai pekerjaan utama penduduk Sabah.
Dr.Mutarin berkata kambing kacang dibiarkan mencari makan sendiri dari sisa makanan rumah tangga seperti kulit pisang, sisa sayuran mahupun sisa buah-buahan, daun kekacangan dan rumput tepi jalan. Daya adaptasi kambing kacang terhadap persekitaran sangat baik. Mereka sangat bijak memilih makanan yang berada di sekeliling mereka sebab itu mereka boleh bertahan hidup dalam perubahan cuaca ekstrim sekalipun.
Tetapi pada hari ini keadaan Kambing kacang sangatlah menyedihkan! , Kata Dr.Mutarin. Kenapa? apakah ia terabaikan atau diabaikan.
"Malah saya sempat mengambil gambar Kambing kacang yang sedang mencari makan ditewpi jalan Tuaran di Kampung Berungis. Kawanan Kambing itu berjalan menyusur jalan mengarah ke pekan Tuaran, sesekali mereka berhenti takut dilanggar kenderaan dari arah belakang. Yang membahayakan kambing ini sering menyeberang jalan.
Melihat kepada kumpulan 4 ekor kambing kacang tersebut, rasanya itu sahajalah kambing kacang yang ada di Kampung Berungis pada masa ini.
"Ketika saya menjadi Pegawai Penguasa JPHPT di Kampung Kota, saya masa terjumpa dengan puluhan Kambing Kacang dekat masjid Kampung Kota, lumayan banyaknya, demikian juga di kampung Berungis, kampung Indai dan lain-lain," katanya.
Namun pada masa itu, kambing kacang secara genetik pun kondisinya telah menurun akibat tanpa pelestarian baka kambing tersebut seudah terjadi perkaahwinan dalam atau dalam istilah `genetic inbreeding'. Inbreeding ialah kejadian perkahwinan kambing secara anak beranak, bapa kambing kahwin dengan anak atau anaknya menghawini ibunya dan lain-lain. Pokoknya kahwin saudara kandung kata orang. Apa yang terjadi adalah proses garis keturunan yang menuju ke arah penurunan mutu genetic. Contohnya melahirkan anak bantu, cacat, dan macam-macam akibat yang buruk terhadap prestasi kambing sama ada dari pandangan luar atau dalam tubuh kambing yang tidak jelas dilihat dengan mata kasar.
"Hari ini saya ingin jadikan tolok ukur kepada kemajuan Kambing kacang. Sebabnya kenapa? Sebab pada hari ini saya melihat Baka Kambing Kacang di sabah telah pupus dan antara sebabnya ialah pertama; tidak ada program pelestarian Kambing Kacang, sama ada dalam jangka pendek lima tahun dan atau jangka 10 tahun.
Perancangan terhadap program pelestarian jangka pendek dan jangka panjang ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya faktor-faktor pengeluaran tidak ada atau tidak diketahui. Antara data pengeluaran yang diperlukan ialah sepertu populasi ternak kambing Kacang pada masa ini tahun 2009, jumlah induk, jumlah dara, jantan muda, jumlah anak betina dan anak jantan, jangka masa beranak. Data kadar peratus beranak, kadar peratus kematian, kadar penyembelihan kambing kacang, data keluasan ladang dan daya tampung ladang/stockong rate masa kini dan sinkronisasi berahi.
Data Banci Ternakan 2009 diperlukan bukan sekadar jangkaan, menjangka sesuatu hanya suatu pemborosan waktu kerana tidak akan menghasilkan apa-apa keputusan yang boleh dijadikan patukan untuk mana-mana perancangfan kita ke depan.
Faktor penyumbang kepada kepupusan Kambing Kacang di Sabah ialah kerakusan orang tengah unntuk menjuak kambing hidup ke negeri seberang sebagai daging konsumsi negara tersebut.
Kerakusan ini terjadi kerana pihak pembeli menawarkan harga kambing hidup dalam ringgit Brunei yang memiliki tukaran yang dua setengah kali ganda lebih tinggi dibanding Ringgit Malaysia.
"Kambing kacang tidak boleh dilihat dari aspek komersial sahaja tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab terhadap ternak warisan ini," katanya.
Sebagai akibat proses pengacukan dengan kambing Ferel pada masa lalu, baka yang terbaik sudah tiada lagi, jadi tua dan disembelih. yang tinggal adalah baka kacukan yang tidak lagi memiliki ciri Kambing Kacang Asli.
Pada Rancangan RMK ke-10, Dr.Mutarin telahpun membuat proposal berjudul "Peningkatan Baka kambing kacang" bertujuan untuk meningkatkan mutu genetik baka kambing kacang dalam usaha kerajaan negeri mempertahankan dan melestarikan nilai-nilai murni genetik yang dimiliki kambing Kacang kambing Malaysia.
Dr.Mutarin berkata ketika membuat kajian terhadap kambing Kacang di Malaysia dan Indonesia pada Jun Ogos 2000. Disertasi Doktor Falsafah beliau ialah kajian mengenai sifat pengeluaran Kambing kacang. Penyelidikan terhadap 42 ekor kambing kacang telah dijalankan di laboratium Penyelidikan Institut Pertanian Bogor Indonesia selama 4 bulan termasuk penyelidikan pendahuluan selama satu bulan.
Dalam penyelidikan itu, beliau telah mencipta tiga jenis makanan ternak/ransum yang mana tiap satunya memiliki kadar kandungan protien yang berbeza tetapi iso enerji/sama enerji.
Keistimewaan ransum ini di dalam campurannya memiliki kandungan rumput gajah dan kerana itu beliau tidak lagi memberikan rumput kepada kepada kambing tersebut selama penyelidikan. Sedangkan pengetahuan membuat makanan ternak diperolehinya ketika membuat kajian di peringkat sarjana 1992-1994 di universiti yang sama iaitu Institut Pertanian Bogor (IPB) .
Beliau telah mendalami jurusan makanan ternakan melalui penyelidikan menggunakan lembu pedaging berumur 4-10 tahun yang diberi makanan jerami padi yang dijeruk dengan molases dan najis ayam ditambah makanan tambahan.
"Hasilnya telah meningkatkan purata berat badan sebanyak 0.89 kg-1.00 kg setiap hari," katanya.
Di dalam penyelidikan Kambing Kacang, antara faktor pengeluaran yang diuji oleh Dr,Mutarin ialah Konsumsi makanan, konversi makanan, pertambahan berat badan, pengaruh makanan terhadap berat organ tubuh dan pengaruh makanan terhadap pertumbuhan tulang, otot dan lemak.
"KIta berharap akan timbl kesedaran di kalangan masyarakat dan pemimpin di negeri ini akan betapa berharganya sekiarnya kita memiliki sikap untuk melestarikan Kambing Kacang sebagfai Ternak Warisan Kita yang tak bakal di telan zaman," katanya.








Friday, May 22, 2009

sendirian menyusuri lorong di Kuala Lumpur

Antara kekesalan saya selepas hand phone rosak ialah tidak dapat menghubungi handai taulan di Kuala Lumpur. Paling tidak seronok ialah apabila tidak dapat menghubungi Lenny dan suami , yang saya yakin berada di Kuala Lumpur ketika itu. Hanya sempat menghubungi Rusdi, yang kebetulan pula balik ke Sabah. Jadi hanya Mama si Indah yang dapat dihubungi kerana nombor mereka tercatat dalam buku nota.
Rupanya pada ketika itu juga saudara Musli Haji Oli mengsms bagi menyatakan beliau juga kebetulan di KL dan hanya berada di seberang jalan. tapi sms tak dapat dibaca dan perkara itu hanya diketahui selepas telefon di repair sesampainya di KK.
Selepas majlis pada malam itu, dan selepas update di Internet, kami ke Chow Kit bersama cikgu Suhaibul dan Jumadil dan anak-anak SMK putatan. Sempat makan buah laici kerana buah durian tak ada.
Esoknya, selepas ke internet, saya menghabiskan waktu menyusuri jalan dari Kamdar ke Mydin,giant dan sempat singgah di saba Islamicc Media. Menjenguk Sogo hingga ke tingkat lapan sebelum berpatah balik. Alhamdulillah, saya sempat membeli ole ole untuk isteri dan anak-anak.
Sementara menunggu bas, kami makan biji buah berangan di lobi hotel Cititel. Rasanya seperti biji nangka.

Catatan Ayer Keroh 7- Majls taaruf

Hampir kesemua peserta akar umbi dan badan gabungan MBS hadir pada majlis suai kenal yang diadakan di Ayer Keroh Village pada malam itu. Pemimpin-pemimpin belia dari Sabah itu bukan calang-calang orang.Mereka mempunyai kelayakan dan kedudukan yang baik dalam institusi masyarakat.Ada yang memegang jawatan dalam parti.
MBS harus mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah organisasi yang berada di atas parti politik, dan non partisan, kata Saudara Mustapha Haji Sakmud, Presiden MBS. Juga ditegaskan betapa perlu pembinaan pemimpin pelapos dan betapa pentingnya menubuhkan Majlis belia di peringkat bahagian. banyak isu yang dikemukakan dalam majlis itu.
Setiap peserta memperkenalkan dirinya dan persatuan yang diwakilinya. Mujur saya tidak sempat diminta memperkenalkan diri. Kebetulan kerana saya wartawan yang buat liputan.Jika ditanya apakah persatuan belia yang saya wakili, saya tidak dapat menjawab dengan setepatnya kerana saya terlibat dalam kegiatan belia sejak berusia 17 tahun. Pernah menjadi AJK Sanya di kampung, Ahli Belia USIA, Ketua Penerangan Kelab Belia Tamau, Bulan Sabit Merah dan banyak lagi. Tetapi sekarang saya hanya terlibat membuat liputan kegiatan belia kerana kebetulan juga saya berada di penghujung usia belia.

Thursday, May 21, 2009

Monyet masuk dapur selepas habitat terancam

MONYET ANCAM KEHIDUPAN PENDUDUK

KOTA KINABALU: "Kalau dahulu monyet gembira tinggal di hutan tetapi kini mereka terpaksa masuk ke rumah penduduk mencari makanan selepas hutan bakau yang menjadi tempat tinggal mereka ditebang oleh kontraktor untuk projek pembangunan," kata Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris.
Katanya, monyet-monyet yang terancam habitatnya terpaksa mencuri makanan untuk survival mereka kerana pembangunan yang tidak seimbang menyebabkan kemusnahan alam semulajadi.
Beliau memberitahu, ramai penduduk mengadu rumah mereka dicerobohi monyet di beberapa buah kampung terutamanya di Kampung Darau dan meminta pihak kerajaan memikirkan sesuatu penyelesaian bagi menangani masalah itu.
Jumat berkata, penebangan hutan bakau secara besar-besaran di sekitar Sepanggar juga mengancam potensi ekonomi penduduk kerana mereka tidak berpeluang lagi membangunkan kampung mereka untuk pelbagai program pelancongan.
"Kita menggalakkan penduduk kampung supaya terlibat dalam program Inap Desa (homestay) kerana kawasan Sepanggar juga mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.
Menurutnya, jika alam semulajadi dilestarikan dan sungai-sungai di bersihkan, pelancong boleh dibawa menyusuri Sungai Darau, Menggatal, Lokob dan sebagainya dan ini mampu mendatangkan sumber pendapatan kepada penduduk kampung.
"Jika hutan bakau dimusnahkan untuk pembangunan, dimana rasionalnya jika di satu pihak kita membiarkan kemusnahan alam semulajadi manakala di satu pihak kita mengadakan program menanam semula hutan bakau.
"Kita tanam hutan bakau di Taman Burung di Likas dengan kerjasama Denmark tetapi pada masa yang sama kita musnahkan hutan bakau di Kampung Darau dan kawasan sekitarnya untuk pembangunan," kata Jumat kepada Utusan Borneo, kelmarin.
Jelasnya, hutan bakau amatlah penting bagi keseimbangan alam semulajadi dan mengelakkan kejadian bencana alam seperti tsunami yang boleh memusnahkan harta benda dan nyawa.
Menurut Jumat, penebangan hutan bakau secara besar-besaran mengakibatkan monyet-monyet terpaksa berpindah dari habitat mereka dan terpaksa menceroboh masuk ke rumah penduduk termasuk memusnahkan tanaman mereka.
Beliau juga mahukan agar Lembaga Perancangan Bandar dan Wilayah dan Jabatan Alam Sekitar supaya menjelaskan perancangan mereka dalam melindungi hutan semulajadi yang semakin pupus di kawasan Sepanggar.
Katanya, UMNO Sepanggar juga sedang mengkaji dengan mendalam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor-kontraktor yang menebang hutan bakau sewenang-wenangnya.
"Kita tidak tahu bagaimana pihak kontraktor mendapat kebenaran untuk memusnahkan hutan simpan paya bakau?" katanya lagi.
Beliau meminta supaya kerajaan melaksanakan pembangunan seimbang di sekitar kawasan Sepanggar yang termasuk dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menyediakan penempatan yang sesuai dengan kehidupan dan budaya penduduk kerana sudah tentu masyarakat nelayan tidak boleh dipisahkan dengan laut yang menjadi sumber mata pencarian mereka.
"Kerajaan perlu melaksanakan pembangunan yang seimbang di kawasan Sepanggar kerana kita khuatir penduduk kampung yang miskin bukan saja menjadi penonton dalam proses pembangunan tetapi menjadi mangsa kepada pembangunan itu sendiri," katanya.
Menurutnya, ada beberapa buah kampung yang didiami nelayan tradisi seperti Kibagu, Numbak, Selembangun, Rampayan, Darau, Gentisan, Lokub, Unggun dan kampung-kampung lain yang melibatkan kira-kira 10,000 penduduk dijangka terlibat dalam Koridor Pembangunan Sabah.
"Kita minta kerajaan supaya peka dan jangan lupa kepada masa depan penduduk kampung dan memastikan mereka terlibat dalam proses pembangunan kerana Sepanggar akan menjadi nadi utama ekonomi Sabah pada masa depan," katanya.

Wednesday, May 20, 2009

Kontraktor bumiputera tidak miliki cangkul

KONTRAKTOR BUMIPUTERA TIDAK MILIKI CANGKUL

Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd.Salleh berkata ramai kontraktor bumiputera di negeri ini gagal dalam perniagaan kerana mereka tidak mempunyai "penceduk (Scoop) dan cangkul (Hoe)" untuk mereka sendiri.
Beliau berkata, walaupun bilangan projek berjuta-juta hingga lebih satu bilion diberikan kepada kontraktor bumiputera di bawah kontrak perundingan tetapi peratusan mereka yang meng`alibabakan' projek amatlah tinggi.
Katanya, kerajaan melalui polisi dan program telah membentuk atau melahirkan beratus ribu usahawan termasuk kontraktor-kontraktor-kontraktor untuk projek yang besar.
"Tetapi Boleh dikatakan secara mutlak bahawa kebanyakan mereka telah gagal kerana mereka adalah kontraktor bumiputera `alibaba'" katanya.

"Adalah mustahak untuk diingati dan diakui bahawa banyak usahawan di masa dahulu, walaupun tanpa pendidikan atau menghadiri kursus dan menghadiri seminar berjaya dan mempunyai aset atau harta yang banyak dan perniagaan yang mereka bernilai berbilion-bilion ringgit."

Oleh yang demikian, boleh dikatakan pendidikan dan pelajaran tidak dapat menjamin kejayaan. Untuk menjadi peniaga yang berjaya, ia mestilah bekerja kuat, berjimat cermat, sabar dan berdisiplin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Keusahawan Baru dan Pinjaman Mikro Kredit Untuk Usahawan Bumiputera dan Bukan Bumiputera, di ibu negeri, baru-baru ini.

Harris juga melahirkan rasa kesal kerana walaupun diurus dengan baik, hampir 95 peratus ladang-ladang kelapa sawit dimiliki oleh syarikat-syarikat dari Semenanjung Malaysia.
"Tetapi sebaliknya kebun-kebun kecil milik bumiputera hampir tidak mengeluarkan produk-produk pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.
"Sebabnya pekenun-pekebun kecil tidak produktif adalah kerana polisi dan program yang digunakan oleh kerajaan adalah salah," katanya.
"Pinjaman kredit sahaja tidak boleh menghasilkan pengeluaran/produksi tanpa polisi dan program perancangan yang betul," katanya sambil berkata, pekebun-pekebun kecil perlu bantuan dari kerajaan dan usahawan-usahawan yang telah berjaya.
Masalah lain yang dihadapi pekebun di sabah ialah tentang subsidi makanan, petrol dan semestinya subsidi sekolah dan yuran perubatan.
"Subsidi makanan melemahkan semangat pekebun kecil bekerja keras ke atas tanah-tanah mereka oleh kerana adalah lebih murah membeli beras daripada untuk menanam padi untuk menghasilkan beras dan kedua, ini juga menyebabkan harga jualan keluaran pekebun kecil terlalu rendah sehingga di bawah kos pengeluaran," katanya.
Beliau berkata, masa hadapan ekonomi Sabah bergantung kepada aset tanah. Terdapat lebih daripada satu juta ekar tanah pekebun kecil mempunyai pengeluaran yang separuh atau tidak produktif langsung. Tanah-tanah ini boleh menjadi produktif jika ianya mempunyai polisi dan program yang baik untuk orang-orang luar bandar.
Kerajaan boleh membentuk kawasan-kawasan dan dizonkan kawasan berkenaan untuk tanaman apa-apa tanaman yang sesuai dan boleh dipasarkan danpada masa yang sama mewujudkan kemudahan-kemudahan pemprosesan untuk membeli dan menjual keluaran produk pertanian.
"Walau bagaimanapun, adalah amat mustahak iaitu mesti ada, pertama, pembuka selera kepada penduduk luar bandar untuk mula bekerja keras di tanah-tanah mereka. Ini mestilah dalam bentuk elaun tunai sebanyak RM300 sebulan selama katakan bagi tempoh sembilan bulan sahaja, untuk menjamin petani-petani kecil menampung perbelanjaan harian mereka "makan pagi dan makan petang".
Kedua, jaminan harga pasaran produk-produk pertanian yang dikeluarkan . Masa hadapan Sabah mestilah bergantung kepada pengeluaran makanan dan keperluan harian yang mencukupi (self suffciency).
Oleh itu, apa juga bentuk perancangan dalam masa ini dan masa hadapan, ekonomi Sabah mestilah mengambil kira dalam masa 30 tahun hingga 50 tahun dari sekarang.
Adalah dijangkakan bahawa kebanyakan negara-negara di seluruh dunia akan mengurankan import barangan dan men jadi sara diri (self sufficiency) dan Sabah juga harus mengambil tindakan sedemikian.
"Lelaki dan wanita yang muda dan bertenaga, boleh menubuhkan suatu perniagaan kecil dengan memproses dan menjual produk-produk pertanian.
"Walau bagaimanapun, sebelum boleh dibuat, produk-produk pertanian itu mestilah bermutu tinggi dan mencukupi untuk membolehkan mana-mana industri bertahan lama.
"Ini boleh dicapai jika kerajaan mengubah polisi dan program masa kini ke arah tujuan memperoleh keperluan harian yang mencukupi dalam bidang-bidang produk pertanian.," katanya.

Melihat Kuala Lumpur


Kuala Lumpur dari Kamar 1311, Cititel Express

Catatan Ayer Keroh 6- Di Tasik Ayer Keroh

Gambar kenangan di Ayer Keroh. Bersama Urusetia Kontinjen Sabah dan pemain sepak takraw.
Pemandangannya cantik dan menarik.

Catatan Ayer Keroh 5- Di Sekolah Lim Guan Eng


Apabila Ramlie memberitahu bahawa sekolah yang menjadi tempat berlangsungnya perlawanan bola tampar Fiesta Sukan dan Rekreasi Belia 2009 itu adalah sekolah yang pernah melahirkan tokoh seperti Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, saya mengajak mereka merakamkan gambar kenang-kenangan. Sekolah itu, kalau tak silap SMK Notre Dame terletak di Gajah Berang. Saudara Lim, meskipun orang memanggilnya tokoh pembangkang, adalah salah seorang pemimpin yang saya hormati. Beliau sering menyatakan bahawa beliau ingin menyontohi Khalifah Umar Abd.Aziz.

Catatan Ayer Keroh 4- Di Fiesta Sukan

Kecuali kasut, hari ini saya memakai track suit sukan selengkapnya. Saya berasa sebagai ahli sukan walaupun sebenarnya sepanjang hidup saya tidak pernah ikut berlari. Di sekolah, penglibatan saya dalam sukan ialah menjadi Setiausaha Rumah Sukan dan saya ingat orang yang mencadang saya ialah Saudara Aktiar. Saya ingat dalam pertandingan untuk jawatan itu, saya menang dengan majoriti yang selesa. Maka mulailah saya menulis kata-kata semangat untuk rumah sukan itu dan melekatkan nya setiap hari di papan kenyataan sekolah. Waktu itu saya hanya diamanahkan sebagai setiausaha rumah sukan. Saya pernah bermain hoki tetapi selepas bola terkena lutut, rasa sakit itu menyebabkan saya tidak lagi turun ke padang. Jadilah saya pengulas sukan, baik bolasepak, badminton, hoki dan sebagainya, hanya kerana saya banyak membaca mengenai sejarah sukan. Tetapi saya bukan ahli sukan.

Ketika pagi ini, seawal jam 7.00 pagi saya berada di Fiesta Sukan dan Rekreasi dengan pakaian sukan yang lengkap, sebenarnya saya hanya ingin membuat liputan. Kalau ada peserta Sabah yang menang, saya kira akan bergegas untuk menghantar berita ke KK.

Hari itu 16 Mei. Sebaik tiba di MITC saya sempat bersarapan bersama Saudara Mustapha, di Hotel Ancasa. Sempat juga bersembang dengan rakan-rakan pimpinan belia.

Selepas itu, kami ke majlis pelepasan larian belia oleh Datuk Seri Ali Rustam. Beliau sudah tiba sejak awal-awal pagi lagi untuk bersenam. Turut hadir juga ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Tidak berapa lama kemudian, Datuk Ali Rustam diperkenalkan dengan peserta kontinjen dari seluruh negara. Sabah menghantar kontinjen yang teramai iaitu 122 orang menyeberangi Laut Cina Selatan. Kalau negeri lain di Semenanjung menghantar kontinjen yang lebih ramai, itu tidak menghairankan kerana mereka boleh menaiki bas untuk ke Melaka.

Bersama saudara Mustapha, sempat juga kami melihat pameran sempena Hari Belia. Acara sebelah petang selepas makan di Tasik Ayer Keroh, ialah menyaksikan peserta-peserta kontinjen bertarung di gelanggang masing-masing. Kami ke gelanggang bola jaring, pasukan sabah bermain walaupun kurang bernasib baik bertemu lawan yang lebih hebat, beralih gelanggang sepak takraw, Sabah belum bermain ketika itu, digelanggang Badminton di Batu Berendam, Sabah bertemu lawan yang berada di tahap yang lebih tinggi dan Gelanggang Bolatampar di Gajah Berang.. Sempat juga merakamkan gambar di sekolah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SMK Notre Dame tempat berlangsungnya acara itu.

Setekah tamat permainan, kami meraikan LO (local officer) -seorang namanya Zai, seorang lagi tak ingat, minum petang di MITC. Dalam fiesta sukan itu, sabah menduduki tempat ketiga acara senam robik dan tempat ketiga acara paint ball. Ada peserta kontinjen yang berkata sepatutnya, sabah boleh banyak acara jika menghantar pemain yang baik, tetapi tujuan utama fiesta itu sebenarnya untuk penyertaan, mendedahkan belia dan membina rangkaian di kalangan pemimpin belia di negeri ini dengan belia di negeri-negeri lain.

Catatan Ayer Keroh 3- Sekitar perasmian Hari Belia

Dewan Konvensyen MITC dipenuhi belia dari seluruh negara sejak jam 2.00 petang. Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri dijadual tiba jam 3.3o petang. Perhimpunan Hari Belia Kebangsaan itu berlangsung dengan meriah. Sabah, kalau tak silap menghantar peserta kontinjen yang paling ramai iaitu 122 orang.

Hari itu 15 Mei 2009. Ayer Keroh menyaksikan perhimpunan Hari Belia Kebangsaan yang terbesar, yang pernah diadakan. Belia yang hadir dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang. Dewan riuh rendah dengan kerenah belia. Komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dibawah pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd.Ali Rustam terhadap pembangunan belia amat mengkagumkan. Beliau sendiri merupakan seorang pemimpin belia, yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Hari Belia itu dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia. Presiden MBM, Datuk Shamsul Nasarah, seorang pemimpin belia yang berwibawa mampu memimpin belia menjadi salah satu tonggak penting yang tidak harus diketepikan dari arus pembangunan negara.

Belia Malaysia dari Sabah nampak bersemangat dibawah pimpinan Ketua Kontinjen Saudara Kevin Lim. Presiden MBS.Mustapha Haji Sakmud yang juga Exco MBM pusat sejak awal lagi sudah tiba. Saya turut berbangga kerana kami turut dibekalkan baju korporat MBS. Terasa gah dengan lambang MBS dan logo negeri Sabah.

Saya sengaja duduk di kerusi media yang disediakan, yang terletak betul-betul berdekatan laluan orang ramai. Saya berharap dapat bertemu rakan-rakan di Melaka. Saya mencari wajah Amirullah Andi Nur,Ketua Biro Berita Harian Melaka tetapi tak nampak. Saya sempat berkenalan dengan wartawan Nanyang Siang Pau, Leong. Juga wartawan Metro. Dan paling menarik ialah dengan Nurul Najiha Kamaludin, pelatih UiTM yang kini praktikal di Melaka Hari Ini. Rupanya beliau mempunyai ingatan sentimental mengenai negeri Sabah. Kebetulan Nurul dilahirkan di Sabah, begitu juga dengan kesemua adik beradiknya. Mereka tujuh orang semuanya. Ibu bapanya, ibunya berasal dari Melaka sementara ayahnya dari Johor, kalau tak silap bertemu jodoh di Kota Kinabalu.Malah Nurul dengan fasih masih boleh menggunakan bahasa Melayu Sabah.
Selepas upacara perasmian itu, saya pulang agak awal ke Hotel kerana ingin mencari pengecaj hand phone. Kebetulan hand phone kehabisan caj ditambah pula keypadnya rosak.Jadi tidaklah dapat berhubung dengan rakan-rakan. Nasib baik dapat pinjam daripada mr.Tan, kakitangan KKBS.
Jam 9.30 malam, saya ke berjalan kaki ke Mydin kerana perut berasa lapar. Selepas makan tilapia goreng, saya mencari pengecaj, yang malangnya kehabisan stok.
Jika pergi saya berjalan kaki, waktu pulang pun saya berjalan kaki. Ini mungkin kerana saya merasa masih belia, walaupun usia berada di penghujung usia belia.

Di Mesir, semua orang dipanggil Ustaz

Di Mesir, semua orang dipanggil Ustaz. Ustaz maksudnya seorang yang tahu, kata Ustaz Zainuddin Mahmud. Jurulatih bolasepak dipanggil Ustaz, pemandu teksi dipanggil Ustaz, konduktor muzikpun dipanggil ustaz.

Perkara ini timbul dalam bicara eksekutif anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Likas kelmarin, iaitu selepas Nazrey Johani menyatakan beliau bukanlah seorang ustaz walaupun sering dipanggil Ustaz.

Di negara kita, kalimah Ustaz itu merujuk kepada guru agama.Rupanya pengertian perkataan Ustaz di Mesir adalah seorang yang tahu sehinggakan pilotpun dipanggil Ustaz, pemandu teksi dipanggil Ustaz.

Satu Malaysia tidak mungkin terbina tanpa Sabah


SATU MALAYSIA TIDAK MUNGKIN TERBINA TANPA SABAH
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Gagasan Satu Malaysia tidak mungkin terbina tanpa penglibatan golongan belia dari Sabah dan Sarawak, kata Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Mustapha Haji Sakmud.
Beliau berkata, golongan belia di Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian kerana walaupun hampir 46 tahun pembentukan Malaysia, "amat menyedihkan apabila rakyat Malaysia khususnya belia masih belum setanding dengan rakan-rakan sebaya lain di seluruh negara".
Katanya, pembangunan fizikal di Sabah masih jauh ketinggalan terutama di luar bandar dan prasarana asas seperti air, bekalan elektrik dan jalanraya masih kurang dan perlu pembelaan sewajarnya.
"Prasarana asas mendidik anak-anak Malaysia di negeri sabah juga amat dhaif terutama di luar bandar. Masih banyak lagi sekolah usang yang memerlukan perhatian segera.
"Keadaan pakaian para pelajar amat menyedihkan dan perlu ke sekolah berjalan kaki melalui cerun bukit dan jalanraya yang becak untuk mendapatkan ilmu pengetahuan," katanya ketika menjadi ahli panel dalam Konvensyen Belia Kebangsaan 2009 di MITC, Ayer Keroh Melaka.
Katanya, jurang yang wujud dari segi lokasi kerana Sabah dan Sarawak negeri yang luas, perbezaan kaum, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan pelajar menyebabkan berlakunya jurang perbezaan prestasi pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan keciciran pelajar agak serius berbanding negeri-negeri di Semenanjung.
"Jika keadaan ini berterusan, mana mungkin para pelajar di sabah yang akan menjadi warga belia dapat bersaing dengan rakan sebaya di negeri-negeri lain yang mempunyai prasarana yang lengkap.
"Ini akan melebarkan lagi jurang capaian pendidikan, jurang digital, kemahiran dan akhirnya daya kepimpinan," kata Mustapha lagi.
"Jika perkara ini tidak ditangani, kita khuatir, belia Sabah berasa dianaktirikan dan ini tidak akan menepati gagasan 1 Malaysia yang tidak mungkin terbina tanpa penglibatan Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata, Majlis Belia Sabah (MBS) secara prinsipnya bersetuju dan menyokong gagasan tersebut termasuk lapan nilai teras yang sedang dalam peringkat pendefinisian.
Walau bagaimanapun, pendefinisian gagasan tersebut mesti berakarkan sejarah Negara ini dan pembentukan Malaysia itu sendiri.
Belia Malaysia di sabah tidak mahu ada mana-mana pihak yang cuba menafikan sejarah ini dan cuba merungkai asas-asas Perlembagaan Negara atas nama kesaksamaan dan keadilan sosial.
"Kita tidak mahu melihat setiap gagasan yang diutarakan oleh pimpinan negara ditakrifkan hanya mengikut kefahaman terkini akibat rasa terdesak untuk mengekalkan kuasa pemerintahan tanpa merujuk asas dan syarat pembentukan negara ini," katanya.
Isu-isu penting seperti kontrak sosial terutamanya hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera tidak wajar dipersoalkan atas nama kesaksamaan dan keadilan.
Kedudukan Sabah dan Sarawaj dan keistimewaan yang diberikan seperti yang termaktub dalam Perkara 20 dalam Perlembagaan perlu dipertahankan.
"Sepatutnya kita menghormati kesepakatan pimpinan lampau, memperkukuhkannya lagi pada hari ini untuk kebaikan hari muka,"katanya.
Gagasan 1 Malaysia ini mesti memastikan bahawa titik-titik persamaan perlu disuburkan dan titik-titik perbezaan perlu dihormati.
Masyarakat Malaysia bernasib baik kerana menjadi saksi kepada kesemua agama dan sistem akhlak yang terbesar di dunia seperti agama Hindu, Buddha, Kristian dan Islam.Persamaan dalam dasar-dasar asas akhlak dan kemasyarakatan wajar diketengahkan dalam penggubalan konsep 1 Malaysia ini untuk melahirkan insan dan warganegara yang baik.
Katanya, belia Malaysia di Sabah perlu dibezakan dari segi pendekatan dalam pergerakan belia kerana terdapat perbezaan yang ketara dari segi sejarah pergolakan politik, kepelbagaian suku kaum dan agama.
Mustapha berkata, menurut statistik Jabatan Perangkaan pada tahun 2007, lebih kurang 1.4 juta penduduk negeri Sabah berada dalam kategori belia dan semuanya layak untuk menjadi pengundi pada pilihanraya Umum ke-13.
Oleh yang demikian, peranan belia Sabah untuk menentukan kepimpinan masa depan, sebagaimana juga negeri-negeri lain tidak wajar diperkecilkan.
"Maknanya pendekatan 1 Malaysia perlu mengambilkira dan menghormati pandangan belia Sabah dan Sarawak, lebih-lebih lagi kemampuan dua negeri itu menjadi penentu corak landskap politik negara," katanya.

Tuesday, May 19, 2009

Jadilah bambu, jangan jadi pisang

"Jadilah bambu, jangan jadi pisang.Daunnya lebar membuat anaknya tidak kebagian sinar matahari.Bambu lain rela telanjang asal anaknya, rebung, pakaiannya lengkap.". Saya suka dengan kata-kata Cak Nur ini sebagaimana yang dicatatkan oleh Elly Roosita dalam buku Kesaksian Intelektual Mengiringi Kepergian Sang Guru Bangsa terbitan Paramadina.

Buku yang berupa iaitu himpunan tulisan mengenai Cak Nur oleh tokoh-tokoh intelektual seperti Amien Rais, Abdurrahman Wahid, Ahmad Syafii Maarif, Mohamad Sobary, Dawam Rahardjo, Eep Saefullah Fatah, Goenawan Mohammad yang menuliskan kenang-kenangan mereka mengiringi mengiringi kepergian Nurcholish Madjid Nur yang dianggap sebagai Sang Guru Bangsa.

Hendaknya kita menjadi bambu, bukannya pisang. Metafora yang digunakan Cak Nur ini memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya perhatiannya terhadap usaha untuk mendidik anak bangsa. Cak Nur telah lama meninggal iaitu pada 29 Ogos 2005 tetapi fikirannya sebagai tokoh pemikir di dalam dunia Islam patut direnungkan dan diperdebatkan dalam usaha mencari inti ajaran Islam yang bersih dan jernih.

Catatan Ayer Keroh 2-Minda terpenjara

Saya membatalkan niat untuk menyertai rombongan untuk melawat Kota Melaka kerana pada pagi itu, Konvensyen Belia Kebangsaan 2009 masuk hari kedua dan hari penutupan. Semalam 14 Mei, kami sampai agak lewat.Jam 11.05 malam bas memasuki halaman D Village Ayer Keroh selepas menempuh perjalanan kira-kira dua jam dari KLIA. Kami singgah makan di Hentian Seremban, dan saya sempat mencicipi ikan keli salai dan tilapia goreng. Alangkah baiknya sekiranya ada gerai atau restoran yang menjual menu ikan air tawar di Sabah.

Saya agak lambat juga tertidur. Dalam kamar 1422, seorang diri, cuba untuk menulis tapi idea agak kurang lancar. Di Tv, tak ada rancangan yang baik. Akhirnya saya terlelap dan terburu-buru bangun mandi dan menunaikan solat subuh, yang rupa-rupanya belum masuk waktu lagi.

Selepas sarapan, kontinjen Sabah yang memakai tshirt merah pada pagi itu, merancang untuk melawat A Farmosa. Saya tidak jadi ikut kerana mendapat tahu, konvensyen masih berlangsung di MITC.

Akhirnya saya memutuskan untuk berjalan kaki dari D Village ke MITC. Ingatkan dekat, rupanya agak jauh juga dan saya kira jaraknya sama dengan jarak dari bandar KK ke Masjid negeri atau mungkin lebih jauh lagi. Suhaili, exco MBS kata, sepuluh minit boleh sampai. ternyata memakan masa kira-kira setengah jam. Saya sempat menyaksikan pembangunan Melaku Maju sedang rancak dijalankan.

Sesampainya di Konvensyen, Prof.Madya Shaharuddin Badaruddin sedang menyampaikan makalah bertajuk Menyemarakkan Perpaduan Bangsa Malaysia: Unity in Diversity.

Huraian Prof Madya Shaharuddin amat menarik.Terutamanya bila ia mengulas soal minda terpenjara.

"Ciri utama bangsa Malaysia Baru adalah rakyatnya yang berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismanya.Sebuah negara merdeka adalah penting dalam mengujudkan bangsa yang bertamadun, tetapi rakyatnya yang berjiwa merdeka akan meneruskan kesinambungan ketamadunan tersebut.

"Prasyarat utama jiwa merdeka tersebt ialah rakyatnya harus berusaha keluar dari carptive mentality (minda hamba atau minda terpenjara).Negara mungkin merdeka dari segi fizikalnya, tetapi penjajahan dalam bentuk baru terutamanya dari segi pemikiran akan hanya membantutkan kreativiti dan inovasi bangsa tersebut," katanya.

Sangat menarik makalah yang disampaikan Prof.Madya itu. Juga sangat menarik kertas kerja berikutnya yang disampaikan oleh Dr.Asyraf Wajdi Dasuki mengenai liberasi kewangan. Dari situ, fahamlah saya bahawa asas ekonomi Amerika tidak sekukuh yang kita sangkakan kerana ekonominya berasaskan persepsi.Dan atas sebab itulah, mereka beria-ia menentang apabila mantan PM Tun Dr.Mahathir menggesa OIC menggunakan dinar emas.

Majlis penutupan dilakukan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek, juga seorang pemikir yang kini menteri Belia dan Sukan. Sebenarnya saya kurang minat beliau ketika menjadi menteri ini, saya mengaguminya ketika ia murni sebagai pensyarah universiti dan bukan sebagai tokoh politik. Tapi lebih baik pula, jika ramai orang sepertinya yang menjadi menteri.

Seingat saya, kami berempat belia Sabah dalam konvensyen itu. Presiden Majlis Belia Sabah, Saudara Mustapha Haji Sakmud, yang menjadi panel forum sehari sebelumnya, Saudara Afwan Ahmed dan seorang lagi yang saya kurang kenal.
Saya juga terkejut kerana Haji Shuaib Nassir, Presiden Majlis Belia Labuan ikut menyertai konvensyen itu.Kami lama tak berjumpa iaitu sejak dari Jakarta Oktober lepas iatu ketika kami sama-sama menjadi anggota delegasi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah melawat Jakarta International Expo di Kemayoran. Haji Shuaib ialah Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Labuan.

Tetapi makalah Prof.Shaharuddin memang lebih menarik. Katanya antara cabaran yang kita hadapi ialah pembangunan ekonomi tanpa agenda pemerkasaan budaya, penyediaan sarana ekonomi tanpa pembinaan mentaliti ekonomi dan mengambl sains dan teknologi barat tanpa menyerasi, mengintegrasi dan mengakarkannya ke dalam budaya dan tradisi keilmuan pribumi.

Saya juga gembira apabila saudara Mustapha menyatakan hasrat untuk menganjurkan konvensyen serupa di Sabah, kali ini dari perspektif Sabah

Sunday, May 17, 2009

Saya tidak faham, kata Anuar

Saya tidak faham, kata Anuar, orang dari Buner itu. Beliau tidak faham mengapa orang Pakistan yang beragama Islam dan orang Taliban yang beragama Islam saling berbunuhan.
"Taliban pun Islam, Pakistan pun Islam," katanya kepada saya sekembalinya dari kampungnya.
Katanya semenjak perang di Buner dan Swat itu, ramai yang mati, banyak harta benda yang musnah.
"Kami hanya diberi masa dua jam untuk lari," katanya, dan penduduk-penduduk Buner terpaksa meninggalkan kampung mereka yang cantik dan indah. Ada perbukitan, ada sungai yang mengalir, ada gandum yang sedang menunggu untuk dituai. "Sekarang musim gandum, sebentar lagi mahu dipetik,' katanya
Semuanya ini telah musnah dalam sekelip mata.
Tentera Pakistan hanya beri masa dua jam saja untuk kami lari. Ada yang sempat lari, ada yang tgerperangkap, malah ada mayat yang berhari-hari tak dapat diambil.
Saya tidak faham, kata Anuar , orang dari Buner itu.
Katanya, semenjak pulang kampung dalam tempoh enam bulan yang lalu, kehadiran tentera Taliban memang sudah dirasai. Mereka datang ke rumah-rumah penduduk dan menasihatkan mereka supaya menjalankan kehidupan dengan baik. Jangan jual barang-barang keluaran Amerika, kata Anuar dalam bahasa Melayu yang hampir sempurna. Jangan campurkan barangan yang hala dengan tak halal, kata Taliban sebagaimana yang ditirukan Anuar.
Kemudian datang amaran supaya kami lari kerana Taliban akan dimusnahkan oleh Pakistan.
"Ini yang kami tak faham," kata Anuar, orang dari Buner itu.
Kalau lawan musuh seperti Amerika, itu mungkin jihad. tapi ini lawan sesama sendiri. Tapi orang Islam lawan orang Islam, ini yang saya tak faham. Susah mahu cakap, katanya.
Saya tidak faham, kata Anuar lagi.

Catatan Ayer Keroh 1

Dari Ayer Keroh, kami berangkat ke Kuala Lumpur kira-kira jam 1.15 petang. Selama beberapa hari di Melaka, bandaraya bersejarah itu memang banyak berubah. Saya sendiri sudah 14 tahun tidak menjejak kaki ke D Village iaitu sejak Hari Sastera diadakan di negeri Hang Tuah itu pada tahun 1995. Saya teringat dan terhutang budi kepada arwah Dr.Haji Othman Puteh, yang dengan rela hati membawa saya ke Melaka waktu itu.
dan setelah 14 tahun, saya kembali lagi ke Melaka, tetapi kali ini menghadiri Konvensyen Belia dan Hari Belia Kebangsaan juga fiesta sukan yang diadakan di MITC. Melaka negeri yang kecil tetapi tinggi kedudukannya dalam peta negara, sama ada dari segi pelancongan, budaya, sejarah, sastera, apatah lagi belia. Melaka saya kira negeri yang berada paling terdepaan sekali.
Banyak pengalaman di sana, memang, tetapi apa yang paling mengesankan ialah pengalaman menghadiri Hari Belia, ketika Usia saya sendiri di penghujung usia belia. Terima kasih kepada Majlis Belia Sabah (MBS) terutama kepada Presidennya, sdr Mustapha Haji Sakmud yang sudi menjemput saya untuk menyertai kontinjen Sabah daripada 14 hingga 18 Mei. Juga ketua kontinjen Sdr.Kevin TP Lim, Timbalan Presiden MBS.
Di Melaka saya terjumpa dengan Nurul Najiha Kamaludin, jurufoto yang sedang praktikal di Melaka Hari Ini. Bapanya Ustaz Kamaludin manakala ibunya Ustazah Misiah pernah bertugas di Sabah, dan malah najiha tujuh beradik semuanya dilahirkan di Sabah. Dan tidak hairanlah walaupun orang Melaka, tetapi ikatan dengan Sabah sangat kuat malah masih boleh bercakap slang Sabah.
Juga terjumpa dengan Farina Pudian, anak Kampung Kulambai yang kini bertugas di Jabatan Belia dan Sukan Melaka. Bila bertemu rakan se daerah, amat menyeronokkan sekali.

Hari ini kami sudah berada di Cititel Express Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di luar hujan. Petang tadi saya sempat ke kedai buku yang banyak menjual buku dari Jakarta di Wisma Yakin, untuk membeli beberapa buah buku Saya sempat membeli buku karangan Prof. Dr.Azyumardi Azra. KH Mustofa Bisri, Orhan pamuk, esei mengenai Cak Nur dan beberapa buah buku lagi, yang apaboleh buat, walaupun mahal terpaaksa dibeli kerana maklumat dan ilmunya dapat dimanfaatkan.
Sempat juga berjumpa dengan Ina Indah dan keluarga, dan kami sempat juga minum di Kampung Baru. Esok kebetulan hari Isnin. Flight kami 9.50 malam dari KLIA dan tiba di KK sekitar jam 12.00 malam. Tidak sabar-sabar lagi pulang untuk memposting beberapa cerita dalam blog. Saya akan mencatatnya kemudian.

Tuesday, May 12, 2009

mana satu bunga mawar

Ustaz JM Ikhwan berkata bunga kenanga harum baunya. Pokoknya besar dan bunganya biasanya diambil orang untuk ditabur ketika berziarah di kuburan. Sebenarnya di antara kami itu, tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya warna dan bentuk bunga kenanga itu. Apakah bunganya seperti kemuning, atau cempaka. Atau `karasusi' seperti yang disebut masyarakat Iranun di kampung kami.
Lebih menarik lagi ialah apabila Ustaz Kahar pula berkata, beliau tidak dapat membezakan mana satu bunga mawar, mana satu bunga melur dan mana satu bunga melati. Dia pun baru saja tahu bunga teratai yang banyak tumbuh di kolam. Entah berapa orang di antara kita ini dapat membezakan warna dan jenis bunga. Mungkin perlu juga bangsa kita melahirkan lebih banyak ahli botani.

Beri aku bunga melati yang mekar di sudut hati, kata Kartini. Kata Shakespeare, bunga mawar apapun namanya, tetap harum baunya.

Buah pedada tertinggal dalam pantun

"Di Semenanjung, buah pedada hanya tertinggal dalam pantun, jarang sekali ditemui," kata Prof.Datuk Dr.Zainal Kling, satu waktu ketika beliau berkunjung bersama keluarganya ke kampung kami untuk melihat adik Dg Noorkanah melangsungkan perkahwinan.
Ramai yang belum pernah melihat buah pedada, sejenis buah yang hanya tumbuh di paya bakau. Orang Melayu lama banyak mengungkapkannya dalam pantun tetapi mereka belum pernah melihat apa yang dikatakan buah pedada itu.

Saya teringat pokok pedada yang terdapat di Kuala Pintasan dan Suangsok dan berhasrat untuk mengajak Prof Dr.Zainal ke sana tetapi tak kesampaian kerana masa begitu suntuk kerana kebetulan ramai tamu yang hadir dalam majlis perkahwinan si dayang tahun lalu itu.
Dalam ingatan saya, hanya ada satu pokok atau dua pokok saja pokok pedada (sonneratia) yang tumbuh di kuala Pintasan Kota Belud. Di kalangan masyarakat Iranun , pedada disebut pidada , dan boleh dimakan begitu saja dengan garam dan belacan. Kalau pokok itu mati maka satu lagi kosakata bahasa Melayu akan hilang. Dan buktinya, di semenanjung, buah itu hanya tertinggal dalam pantun Melayu.

Sunday, May 10, 2009

Mudah bagi seekor nyamuk

"Apa yang sulit bagi seorang doktor, adalah mudah bagi seekor nyamuk.Nyamuk mengetahui secara pasti dimana letak pembuluh darah kapiler.Sebelum ia menusuk dengan jarumnya, terlebih dahulu kan mengeluarkan suara yang tinggi, dan ketika mendengar suaranya, tubuhmu akan menggigil ketakutan, mereka mengetahui ini bererti ciptaan Tuhan yang jahat akan datang.Ketakutan ini membuat kulitmu menjadi cair seperti lilin, membuat lunak dan tipis.Kemudian jarum nyamuk tersebut yang berbentuk kecil masuk ke dalam permukaan kulit yang lunak dan menghisap darahmu.Ini sangatlah mudah seperti memasukkan jari ke dalam air.".

Saya sempat singgah di kedai buku pakcik Abdullah di Pasar Gantung Tawau dan membeli buku karya seorang pengarang sufi, M Rahim Bawa Muhaiyadden bertajuk kebun Ma'Rifat.
Katanya, apa yang sukar dilakukan oleh seorang doktor, dengan mudah boleh dilakukan oleh makhluk sekecil nyamuk.

Cangkul yang tajam

Kata Pakcik Bontohong, cangkul yang tajam, yang setiap hari diasah, tak akan banyak gunanya jika tidak digunkan untuk mencangkul tanah. Jika cangkul digunakan untuk mencangkul tanah, maka bolehlah sang petani bercucuk tanam. Menanam sayur, menanam ubi, menanam pisang, menanam tebu,dan menanam tanaman-tanaman lain lagi.
Asahlah cangkul supaya sentiasa tajam dan boleh digunakan untuk mencangkul tanah.

Rezeki helang tidak akan dimakan monyet

Rezeki helang nda' akan dimakan monyet, kata Pakcik Saifol sebaik-baik kami masuk ke dalam teksinya pagi ini. Kebetulan ada dua teksi yang berhenti dan kebetulan teksi yang di belakang itu adalah teksi pakcik Ramlie. Oleh kerana pakcik Saifol yang berada di hadapan, maka kami naik teksinya.
Kata pakcik Saifol, setiap orang telah ditentukan rezekinya oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Menurutnya setiap kita-kita ini mesti berusaha untuk mendapatkan rezeki dariNya tetapi katanya, kalau sesuatu itu telah ditentukan untuk kita, tiada sesiapa yang boleh mengambilnya kecuali Tuhan yang Maha Esa.
Rezeki helang nda' akan dimakan monyet, katanya mengingat perumpaan lama.

Tuesday, May 5, 2009

Kebenaran bagaikan seekor cicak

Kebenaran bagaikan seekor cicak.
Yang kita tangkap cuma ekornya, sementara kepalanya terlepas.
Kata-kata inilah- saya terlupa pula siapa yang mengucapkannya- yang muncul di fikiran saya selepas melayari beberapa blog , pagi ini.
Saya teringat juga kata-kata seorang pengarah filem Iran, makhbalhaf? . Katanya kebenaran adalah ibarat cermin yang jatuh dari langit Tuhan lalu berkecai dan berpecahan di bumi.Masing-masing orang mengutip serpihannya dan bercermin di dalamnya.
Paling malang ialah apabila seseorang menusukkan pecahan cermin yang dia miliki kepada kawannya yang juga memiliki pecahan cermin yang lain. Salam

Sunday, May 3, 2009

Pendengar di Wilayah Utara Sabah mahu Kudat FM

Tawau FM dan Sandakan FM sudah lama berkumandang di udara. Dan yang terbaru ialah Keningau FM.Bila agaknya Kudat FM akan diwujudkan, kata seorang pendengar radio dari Kudat Sabah melalui emelnya sjapdin@yahoo.com.
Katanya, Peminat dan pendengar radio di wilayah utara Sabah meliputi Kudat, Pulau Banggi, Pitas dan Kota Marudu masih menaruh harapan kepada kerajaan untuk mewujudkan stesen radio Kudat FM.
"Daerah Kudat saja, kalau tak silap saya penduduknya sekitar 70,000 orang. Jumlahnya mungkin berlipat ganda jika dicampurkan dengan bilangan penduduk Pitas dan Kota Marudu," kata Japdin Shaiddin dari Kudat.
"Pada pendapat saya, wilayah utara Sabah layak diberi kemudahan stesen radio sendiri supaya maklumat, informasi terkini mengenai peristiwa semasa, dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan kepada pendengar," katanya.
Selain itu, lebih banyak program-program setempat, destinasi pelancongan, keunikan budaya, adat tradisi dan sebagainya dapat diketengahkan sekiranya Kudat FM itu dapat diwujudkan.
"Setakat ini belum ada terdengar desas-desus atau khabar bahawa Kudat FM bakal wujud," katanya sambil menambah, sedangkan jumlah mendengar di kawasan utara Sabah juga cukup ramai," katanya.
Menurutnya, jika kerajaan mahu mewujudkan lagi stesen radio maka keutamaan hendaklah diberikan kepada wilayah utara Sabah dengan mewujudkan Kudat FM.
Wilayah utara Sabah mempunyai ramai penduduk terdiri daripada suku kaum Bajau, Rungus, Kimaragang, Ubian,Cina, Kegayan, Suluk, Iranun, Bonggi dan sebagainya yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
"Kawasannya cukup luas kerana pulau Banggi saja mempunyai keluasan seluas tiga kali Singapura. Ini belum lagi dicampurkan dengan kawasan Kudat, Matunggong, Pitas, Kota Marudu dan sebagainya," katanya.

Tiga cerita dari tiga buku

TIGA CERITA DARI TIGA BUKU

Nota seorang wartawan kali ini berisi catatan-catatan seorang wartawan mengenai tiga buah buku yang dibacanya. Ini kerana wartawan kita kali ini tengah kebingungan kerana tidak mampu menceritakan atau menuliskan kisah-kisah yang ada dikepalanya. Sebabnya mudah, kerana keterbatasan waktu yang diberikan kepadanya dan satu lagi, kerana hampir tidak ada satu topik menarik yang boleh ditulis melainkan perulangan-perulangan. Tiada isu yang baru.
Wartawan kita cuba melarikan diri dari persoalan persoalan pelik seperti politik, seperti isu-isu tanah yang melibatkan orang-orang kampung yang tidak berdaya,seperti banyak lagi isu-isu lain yang sebenarnya isu yang telah berulang-ulang kali dituliskan atau seperti pengalamannya sendiri yang tidaklah begitu menarik.
Jadi wartawan kita ingin berkongsi mengenai kisah tiga buah buku yang pernah dibacanya. Buku-buku itu ialah buku Dalam Ribuan Mimpi Gelisah, memoir Said Zahari, The Storytellers Daughter karya Saira Shah dan From The Land of Green Ghost tulisan Pascal Khoo Thwe.

Cerita Satu
Tujuh belas tahun hidup dalam ribuan mimpi gelisah, Pak Said tetap seorang yang tabah.Walaupun terpenjara sekian lamanya, Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, tidak pernah mengubah prinsip hidup. Perjuangannya tak pernah redup meskipun menderita dalam kurungan demi satu idealisme.
"Apa pun nama diberi pada kata derita, segala ertinya sengsara," kata pak Said, dalam satu sajak yang ditulisnya pada tahun 1964. Wartawan yang juga sasterawan ini gigih menentang fitnah dan tuduhan melulu yang dibuat oleh rejim yang berkuasa di Singapura ketika itu.
Dalam memoirnya, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, Said Zahari mengenang kisah silamnya dalam penjara di Outram, di Penjara Changi, sehingga di buang di Pulau Ubin. Kisah ketika beliau di`persona non grata' oleh Tunku dari Malaya dan kemudian berpuluh tahun kemudian dibenarkan oleh Tun Dr.Mahathir untuk menjejakkan kaki di Malaysia seterusnya beliau menjadi karwayan tamu di UKM.
Bayangkan seorang lelaki yang terpenjara, berjuang melawan fitnah di satu pihak dan di lain pihak, seolah-olah mengingkari tanggungjawabnya terhadap isteri dan keluarga. Mungkin tidak ramai orang yang sanggup melakukan seperti apa yang Pak said lakukan. Beliau begitu terhutang budi terhadap seorang wanita, Salamah, sang isteri yang juga menanggung beban betapapun beratnya, untuk menghidupkan keluarga dan anak-anak sepanjang 17 tahun pemenjaraan suaminya.
Melalui buku ini, buku memoir keduanya selepas Meniti Lautan Gelora, kita mengenali jati diri Said Zahari sebagai wartawan dan aktivis politik yang kontroversi.
Memoir ini menceritakan bagaimna Said Zahari mengharungi lautan hidupnya dalam penjara dan juga menceritakan pengorbanan isterinya yang terpaksa berjuang bersama-samanya di luar dalam mengharungi hidup tanpa sang suami.
Ketika melihat diri sendiri Dalam Ribuan Mimpi Gelisah ( pinjam ungkapan Pak Said), menjadikan saya tergamam. Kita harus sentiasa memeriksa diri sendiri supaya dalam perjalanan hidup selanjutnya kita mampu memberikan erti. Kita harus menjadi seperti Pak Said yang walaupun 17 tahun dalam penjara tetapi masih mampu memberikan makna dalam perjuangannya.

Cerita Dua
Betapa cekal dan tabahnya seorang Pascal. Berlari dari keperihan dan kepedihan, orang Padaung dari desa Phekon, di wilayah pergunungan Burma ini mengakhiri petualangannya di Universiti Cambridge, salah sebuah universiti yang termasyhur di dunia.
Pascal bersekolah di desanya, di negeri Shan, kira-kira 300 kilometer dari Mandalay.Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Mandalay. Untuk menampung pengajiannya, Pascal bekerja sebagai pelayan restoran dan disanalah beliau bertemu dengan seorang bernama John Casey. Profesor ini sedang dalam lawatannya ke Burma apabila beliau mendengar kisah seorang waiter yang sangat suka membaca karya sastera Inggeris khususnya karya James Joyce, dan bacaan lain seperti Macbeth, The Old Man And The Sea, Goodbye Mr Chips dan sajak-sajak lain.
Apabila Universiti Mandalay ditutup oleh Pemerintah Burma, Pascal Khoo Thwe terpaksa balik ke kampungnya. Bagaimanapun beliau mendapati dirinya berada dalam bahaya apabila cuba ditangkap dan dibunuh kerana penglibatannya dalam gerakan pelajar.
Akhirnya, lari ke dalam hutan. Bersama rakan-rakan pelajar yang lain, mereka melalui kepahitan kepahitan hidup sehingga terpaksa melarikan diri dari dikejar dan dikepung oleh tentera junta. Setelah melalui pengembaraan yang jauh naik gunung turun gunung mereka akhirnya sampai ke Sungai Salween berdekatan sempadan Thailand dan Burma. dari sana Pascal Khoo Thwe mengirimkan berita kepada Dr.John Casey, yang kemudiannya membawanya keluar dari sempadan Burma, Ke Bangkok dan kemudian ke England dimana Pascal meneruskan pelajaran dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Kesusasteraan Inggeris.
Selesai membaca pengalaman Pascal Khoo Thwe melalui buku memoirnya From The Land Of Green Ghost terbitan Herper Collins 2003, saya sungguh berasa tertarik dan terkesan dengan cerita yang dia sampaikan. Kalaulah bukan kerana dia suka membaca, mungkin dia tak akan bertemu dengan Professor Dr.John Casey yang dikemudian hari telah menyelamatkannya.

Cerita Tiga

"Deep in the sea are riches beyond compare,but if you seek safety, it is on the shore". the rose garden, dalam Gulistan karya Saadi.

Saya tak pasti sama ada Sheikh Saadi pernah tinggal di tepi laut. Beliau berasal dari Shiraz. Tetapi kata-kata penyair ini amatlah mengesankan. Jauh di kedalaman laut terdapat khazanah yang tak terbayangkan, kata Saadi. Tetapi jika anda mencari sesuatu yang lebih selamat, cukuplah dengan berada di tepi pantai.
Barangkali inilah yang cuba digambarkan oleh Saira Shah dalam bukunya The Storyteller's Daughter terbitan Penguin Book 2004. Saira adalah seorang wartawan bebas yang dilahirkan di Kent, sebuah kawasan luar bandar di Britain. Datuknya berasal dari Afghanistan, di sebuah desa bernam Paghman. Neneknya orang Scotland. Terpengaruh oleh cerita-cerita bapanya mengenai tanah leluhurnya, Afghanisan, Saira tergamit untuk melawat tanahairnya.
Waktu itu suasana sedang kacau di Kabul tetapi Saira, kerana didorong oleh keinginannya mencari identiti dirinya meneruskan perjalanannya di tengah dentuman bom dan mortar. Saira Jan kembali mengenali jati dirinya, melalui perjalanannya ke Paghman.
Dia merindukan desa Paghman yang dipenuhi dengan kebun mawar tetapi akhirnya dia mendapati bahawa di sana yang ada hanyalah puing-puing runtuhan dan pertentangan.
Membaca kisah perjalanan Saira ini agak menarik. Sebagai wartawan yang pernah membuat dokumentari Beneath the Veil dan Unholy war untuk Channel Four, Saira cukup mengenali tanah leluhurnya.
Selain kisah Saira itu, sebenarnya yang lebih menarik ialah petikan-petikan karya Sheikh Saadi dan Jalaludin Rumi.
Alangkah baiknya kalau kegiatan menterjemah karya sastera asing menjadi satu tradisi di negeri ini. Konon kalau di negeri seberang, buku yang terbit di New York atau london bulan lepas, boleh ditatap di Jakarta dalam bahasa Indonesia bulan ini. Konon kalau di Kuala Lumpur ia mengambil masa setahun bahkan bertahun-tahun.
Agak sedih juga kerana alangkah baiknya kalau karya-karya besar termasuk karya Saadi dan Jalaludin Rumi dapat diterjemahkan dengan lebih jernih dalam bahasa Melayu.

If you cannot stand a sting, do not put your finger into a scorpions nest, kata Saadi lagi. Pepatah Melayu yang kira-kira sama maksudnya dengan kata-kata Saadi ini, ialah Jangan jolok sarang tebuan.Sebab kononnya banyak tebuan sekarang ini.

(Tersiar dalam Utusan Borneo 4 Mei 2009)
*buku-buku ini juga pernah diulas dalam catatan deasoka sebelum ini

Arifin dan tiga alur sungai

ARIFIN DAN TIGA ALUR SUNGAI


APABILA Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut bercakap mengenai tiga alur sungai dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang diadakan April lalu, hari sudah lewat petang sehinggakan Speaker terpaksa meminta beliau memendekkan ucapannya.
Ramai yang kecewa kerana tidak dapat mendengar huraian Arifin mengenai sungai. Jika dalam sidang sebelum ini, beliau berbicara mengenai tiga jenis bunga, kali ini perbahasannya mengenai tiga alur sungai iaitu Sungai Alam, Sungai Perubahan dan Sungai Kalbu, tidak kalah menarik.
Sungai sesungguhnya bahagian daripada kehidupan manusia.Sungai penting sebagai nadi kehidupan insan dengan seluruh khazanahnya yang menjadi sumber kepada kehidupan.
Satu ketika dahulu, sungai penting sebagai alat perhubungan dan sumber mata pencarian. Aktiviti manusia banyak dihubungkan dengan sungai malah sebahagian kita ada yang lahir , membesar dan dewasa dalam lingkungan sungai.
"Tidak hairanlah apabila sungai sering disebut sebagai hasil seni dan sastera, dalam kerja dan karya, dalam bahasa dan peribahasa, dalam kata dan seni kata", kata Arifin. Malah sebuah kata-kata terkenal dari Babylon "Lontarkan saja dia ke sungai Eufrat, dia akan timbul dengan butiran mutiara' dapat diertikan orang terbaik, kreatif dan inovatif. Sejarah menampilkan betapa peradaban demi perdaban dunia yang terbina dengan menyaksikan pusat tamadun berkenaan bergerak di sekitar sungai.
Ada sebuah pepatah Cina yang menukilkan moral cerita mengenai sungai.Kisah negara Mu dan Yue yang sering bertelagah dan berperang.Satu hari ada rakyat yang menjadi penyokong dua negara itu menumpang dalam sebuah perahu penambang merentasi sungai. Sungai itu, tiba-tiba deras dan membahayakan sehingga dalam keadaan yang genting itu, kedua-dua golongan yang bermusuhan yang berada daalm perahu itu tiba-tiba melupakan semua sengketa, lalu bergotong royong memastikan perahu mereka selamat. Tong Zhou Gong Qi yang bermakna "ketika berdepan dengan masalah, semua bersatu bergotong-royong".
Di Nusantara ini, kata Arifin melanjutkan, ada kata-kata mengenai kata sungai yang mengingatkan kita "Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang padang". Unsur-unsur sungai juga banyak terselit dalam bidalan: sambil menyelam minum air, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian dan banyak lagi.
Ada tempat tersohor, dikenali kerana sungainya. Sebutlah Mesir, kita akan lupa dengan Sungai Nil, Sebutlah Itlai, kita akan mengenang Venicenya. Malah Latiff Mohidin pernah menulis saja mengenai sungai-Sungai Mekong. Bahkan ada lagu, Sayang Sarawak sungainya sempit....
Pesisir pantai dan sungai kita kebanyakannya indah. Oleh sebab itu, Arifin mencadangkan agar satu hari nanti akan wujud teksi atau bas laut atau sungai di sekitar pesisir kita yang indah di Kota Kinabalu, khususnya bagi pelancong dan masyarakat yang tinggal di persekitaran sebagai alternatif pengangkutan yang sekurang-kurangnya membawa mereka lari dari sesaknya jalan raya. Amir Syeikh Kaldum di Dubai mempromosi pelayaran malam di pantai bandarnya, juga pelayaran malam di pesisir Sungai Nil, pasti menghadiahkan pengalaman yang menarik kepada pelancong.
Satu yang paling istimewa, sungai dikaitkan Allah S.W.T dengan gambaran indah di dalam syurga "tajri mintah tihal anhar, mengalir di bawahnya sungai-sungai". Arifin yang juga lulusan pengajian bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar Mesir menyatakan tentulah sungai yang dimaktubkan dalam Kitabullah itu, sungai yang indah, jernih, bersih dan deru airnya menenangkan.
"Bukannya sungai yang tercemar oleh sesetengah masyarakat, yang dijadikan sebagai tempat membuang sampah", katanya.

Sungai sesungguhnya sumber kehidupan menerusi aktiviti mencari rezeki yang bergerak di sekitarnya. Sungai juga boleh menjadi pusat pelancongan dengan memanfaatkan amalan dan budaya hidup masyarakat di sekitarnya sebagai satu daya tarikan.
"Sangat baik kiranya kerajaan mewujudkan sisten anak angkat bagi sungai-sungai di negeri ini sambil menghidupkan kembali gerakan cintailah sungai kita. Gerakan ini perlu bermula dari sekolah, organisasi, JKKK malah perlu penglibatan GLC sebagai sumbangan mereka terhadap usaha melestarikan alam sekitar.
Arifin juga melahirkan keyakinan atas inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan sistem tagal di beberapa sungai dan kini diperkenalkan pula sistem tagal di kawasan laut yang dimulakan di Kuala Penyu dan Binsuluk yang boleh menjadi antara langkah memulihara sungai sama ada dari hasil ikannya mahupun kebersihan dan keindahannya.
Disamping itu, sistem tagal ini menjadi wadah klasik tetapi berkesan dalam menyemai benih kerjasama, muafakat dan hormat menghormati serta mematuhi peraturan yang diwujudkan bersama demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Terlepas dari persoalan peringatan Tuhan terhadap insan dan kita bermuhasabah mengambil hikmahnya, terlepas daripada persoalan kerosakan di muka bumi berpunca dari tangan-tangan manusia, kata Arifin, kita tidaklah wajar untuk terus pasrah dengan keadaan sesetengah sungai yang kadang-kadang menjadi kendala kepada aktiviti masyarakat. seperti banjir yang kekerapannya dan tinggi parasnya di luar daripada kebiasaan.
Beliau memohon agar Kerajaan membuat kajian berhubung dengan langkah mengatasi banjir ini termasuk kajian kemungkinan membesarkan, melebarkan, meluruskan, mendalamkan atau membersihkan atau apa-apa saja yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat akibat kekerapan banjir.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.Inilah fitrah alam kata Arifin ketika mengulas sungai perubahan yang dikatakan. Apapun, jika kita menginginkan kejayaan kita perlulah berubah. Sungai perubahan itu deras alirannya. Tiada siapa yang berdaya memampangnya.
"Jika kau hadang air yang deras, ia akan menalir juga dari celah-celah hadangan itu.Penghadang perubahan itu akan runtuh," . Demikianlah kata Arifin lagi jika kita amati inti penegasan Perdana Menteri, Datuk Deri Najib Tun Razak, kalau kita tak berubah, kita akan rebah.
Memang sesungguhnya kita perlu berani untuk berubah/jika tidak kitakan hilang arah/beranilah berubah/jika tidak kita hilang maruah/jika tidak musuhkan sedia memamah.
Ubah haloba kepada qanaah/ubah amarah kepada tabah/ ubah lesu kepada gagah/ ubah alpa kepada muhasabah/ ubah lupa kepada fikrah/ubah diam kepada langkah/ubah dendam kepada mahabbah/ubah lawan kepada kawan/ubah kufur kepada syukur/ubah nafsu kepada kalbu
.

Perubahan boleh dirujuk sebagai taghyir, change atau tajdid, reform atau pembaharuan sebagaimana pembaharuan itu merujuk kepada hijrah. Jika kita mencari model unggul berubah, reformer terbaik itulah Junjungan S.A.W yang menjadi uswatun hasanah yang telah berjaya melakukan reform terhadap nilai pegangan menuju akidah yang benar, menuju akhlak yang benar dan menuju pembaharuan sistem politik dan ekonomi yang benar.
Tiga agen perubahan yang berkesan iailah melalui pembudayaan ilmu, pembinaan modal insan dan kemantapan perpaduan.
Arifin juga menyanjung tinggi usaha merancakkan pembudayaan ilmu menerusi pembinaan perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan e-desa. Beliau meminta agar gerakan memperbanyakkan perpustakaan desaa dan e-desa kerana ia merupakan tiga faktor maju yang disebutkan Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said iaitu pertama membaca, kedua membaca,ketiga membaca.
Modal insan menerusi tarbiyah dan latihan kemahiran menjadi faktor kedua perubahan itu.Membina generasi menuntut kepada tarbiyah sebagaimana yang sedang disusun oleh kerajaan bermula dari peringkat tadika sehingga ke menara gading. Pembinaan usahawan juga menuntut kepada latihan dahn kemahiran, yang telah dan sedang disusun oleh pihak kerajaan. Masa krisis ekonomi ini dikatakan masa terbaik untuk kita memfokuskan kepada program latihan.
Bagi memberikan latihan dan pendedahan serta ilmu yang sistematik dan berterusan kepada usahawan bumiputera, beliau mencadangkan kepada Kerajaan agar mewujudkan Institut Latihan Keusahawanan Sabah (ILKS) yang mana nantinya menjadi wadah pembimbing para usahawan dengan ilmu, skel dan kemahiran. Beliau juga menyambut baik usaha Kerajaan mewujudkan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri (MPUN) dan Unit Pembangunan Usahawan yang menjadi petunjuk yang jelas keprihatinan Kerajaan dengan membangun, membela, membimbing dan memajukan usahawan.
Beliau juga berkata cadangan Kerajaan mewujudkan Taman Halal Sabah merupakan langkah kerajaan untuk membugarkan gerakan ekonomi kerana industri halal yang mempunyai potensi yang besar sama ada di peringkat BIMP-EAGA hatta ke peringkat antarabangsa.
Faktor ketiga yang menjadi kekuatan dalam memajukan ummah dan negara tentulah perpaduan rakyat di negara ini yang antaranya berusaha diperkasakan lagi menerusi konsep Satu Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. "Siapa yang mencari modal one Malaysia, carilah modal perpaduan itu di Sabah", katanya sambil meminta kerajaan mengembangkan konsep unity in diversity. Kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi salah satu inti dalam halatuju pembangunan dan kemajuan negeri Sabah sebagai pendukung kepada One Malaysia.
Apapun, ketiga-tiga faktor iaitu pembangunan ilmu, modal insan dan perpaduan, hanya akan berkesan apaabila kita dapat bermuhasabah dalam memastikan sungai ketiga iaitu sungai kalbu, sentiasa jernih, bersih dan suci.
Tak mungkin kita berubah dan maju, jika sungai kalbu kita penuh dengan sampah sarap kebencian dan dendam, tak mungkin kita berupaya berubah dan maju, jika sungai kalbu kita bertimbun dengan hanyir bangkai hasad dengki dan permusuhan, tak mungkin dan tak mungkin kita berdaya untuk berubah dan maju jika sungai kalbu kita kabut oleh pencemaran dusta dan dosa, kemunafikan dan kekufuran.
"Kita lemah kerana sungai hati kita dilimpahi banjir prasangka dan kedengkian, kita lemah kerana sungai hati kita tidak diluruskan dengan kebenaran, sungai kalbu kita kurang dilebarkan dengan permuafakatan, sungai nurani kita tidak didalamkan dengan keinsafan dan jarang dibersihkan dengan kesabaran dan kesyukuran.
Kita kurang sabar dan kurang bersyukur.Yang belum dapat, lupa benar untuk bersabar, yang sudah dapat lupa benar untuk bersyukur.Yang belum beroleh, semua orang diambil oleh, yang sudah beroleh, sampai lupa untuk menoleh.Yang belum ada, bermati-matian supaya ada, bila sudah aada, lakunya mengada-ngada.
Bila yang ada tiba-tiba hilang, dipersoalkan pula kenapa hilang, diada-adakan pula perkara yang sebenarnya tiada.Lalu golongan yang kehilangan yang ada itu berkumpul pula untuk mempersoalkan golongan yang sedia ada.Mereka mencari jalan bagaimana golongan belum ada, bersama-sama mereka, mempersoal golongan yang sedia ada.
Inilah, katanya penyakit yang timbul akibat tercemarnya sungai hati, bagi kita bersama-sama bermuhasabah diri.