Thursday, August 27, 2009

Dari gesekan biola Tun

Biola tuanya masih tersimpan di sana.
Satu waktu, biola tua itu menyelamatkan dia dari dibunuh Tentera Jepun. Kalau kepalanya dipenggal, saya tidak dapat membayangkan apa yang berlaku kepada kita hari ini. Banyak kali beliau terlibat dalam pertempuran demi pertempuran melawan tentera maharaja Hirohito itu. Ketika perang dunia kedua itu, beliau dianggap telah menyelamatkan nyawa ramai orang di utara Sabah sehingga ramai orang tua berkata," jangan derhaka, kalau bukan beliau Tun...".

`Beliau Tun', itulah antara nama yang biasa digunakan untuk menyebut Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun oleh penyokong-penyokongnya. `Beliau Tun' adalah satu sebutan betapa tokoh itu begitu di`tua'kan dan dihormati.

Pagi itu kami sengaja berkunjung Galeri Tun Mustapha. Rashid sedang mencari bahan-bahan mengenai Tun Datu Mustapha Datu Harun untuk ditulis dalam Utusan Malaysia.
"Kenapa tidak banyak buku yang ditulis mengenai perjuangan dan sumbangan Tun," tanyanya kepada saya."Banyak bahan sejarah yang perlu ditulis belum ditulis".

Saya membiarkan pertanyaan itu berlalu kerana dalam fikiran saya banyak benarnya pertanyaan itu.

Dari biola, saya melihat topi yang selalu dipakainya. Pernah dulu ketika berselisih faham dengan isterinya, Toh Puan membuang topi itu tetapi ia kemudian disimpan oleh sahabatnya.
Ketika menjadi Ketua Menteri dahulu, saya melihat beliau Tun selalu tidak lupa memakai topinya.

Banyak hal yang menarik mengenai beliau Tun ini. Satu ketika selepas satu majlis di Wisma MUIS kira-kira pada tahun , ketika Datuk Najib yang datang, untuk merasmikan kemasukan UMNO Ke Sabah.

Saya ingat beliau Tun dihadang oleh seorang tua, yang tidak berselipar dan memakai pakaian apa adanya. Ketika itu beliau Tun begitu terharu dan cepat memperkenalkan kepada Datuk Najib bahawa orang tua itu merupakan rakan seperjuangannya ketika perang gerila melawan Jepun dulu.

Datuk Najib mengangguk-angguk ketika diperkenalkan orang tua itu.Sayang sekali kerana saya tidak sempat menemuramahnya. Tapi peristiwa ini membuktikan betapa dekatnya Tun dengan rakyatnya.

Apakah yang istimewa terhadap tokoh yang dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampung Limau-Limauan Kudat ini.Beliau merupakan anak keempat dari sembilan adik beradik. Ayahnya, Datu Harun merupakan Ketua Anak Negeri ketika pemerintahan British tetapi kehidupan mereka tetap miskin. Pada tahun 1928, beliau menjadi peon dan bekerja sebagai pembantu di rumah Residen Kudat Waktu itu.

Ketika itu usianya baru 10 tahun. Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1932, beliau menjejakkan kaki ke alam persekolahan di Sekolah st.James Kudat.Malangnya, Tun hanya sempat bersekolah selama sembilan bulan dan terpaksa berhenti kerana kemiskinan.



Bagaimanapun, pada tahun 1934, beliau mendapat kerja sebagai Office Orderly.Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1938,Beliau Tun dilantik sebagai Ketua Anak Negeri Kelas Pertama yang membawa gelaran Orang Kaya-Kaya.

Namun tidak lama kemudian Perang Dunia Kedua Meletus. Jepun datang ke Kudat. Beliau Tun, kerana kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat kemudian dilantik bekerja dengan Jepun. Tun banyak membantu melepaskan orang tempatan daripada siksaan Jepun.namun satu hari beliau dituduh sebagai talibarut British dan kemudian dihukum penggal kepala.

Disinilah beliau memainkan biolanya yang merdu.Memainkan lagu kegemaran Jepun sehinggalah beliau terlepas daripada dibunuh. Selepas itu, beliau lari ke Filipina dan disana dia berlatih gerila.Tidak lama kemudian beliau melancarkan melawan Jepun secara gerila. Dari pangkat prebet, beliau dilantik sebagai Leftenan dan kemudian kapten pada September 1945.

Apabila Perang Dunia tamat, Tun bersama sembilan orang lagi dari Sabah menyertai Victory Parade di London pada tahun 1946.

Pada tahun 1951 hingga 1952, Beliau Tun dihantar menjalani kursus Rural Industry Development Authority (RIDA) di Maktab Pertanian Serdang (kini Universiti Putra Malaysia)
Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1959, beliau dihantar berkursus di England mendalami Bahasa inggeris dan mempelajari bidang pentadbiran kerajaan.

Ketika itu gerakan untuk membebaskan diri dari belenggu kolonialisme pecah di negara-negara jajahan.Di sanalah, Tun menyaksikan betapa tidak beruntungnya menjadi orang yang dijajah.

Sekembalinya ke tanahair, bersama rakan-rakannya beliau menubuhkan United Sabah National Organization (USNO) pada 24 Disember 1961, nama yang terilham daripada nama UMNO di Semenanjung yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan memerdekakan Tanha Melayu pada 31 Ogos 1957.

Setelah menjalani proses yang cukup genting dan penting, maka pada 16 September 1963, bendera Union Jack diturunkan di padang bandaran bagi memberi laluan kepada lahirnya sebuah negara baru yang merangkumkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya sebagai sebuah negara baru bernama Malaysia.

Beliau Tun dilantik sebagai Yang DiPertua Negara manakala Tun Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Beliau Tun yang mengilhamkan tertubuhnya Lembaga Padi Sabah, SEDCO, Lembaga Tabung Getah dan sebagainya. Beliaulah yang mengilhamkan lahirnya Yayasan Sabah, menubuhkan Yayasan Sabah-ITM (YS ITM) dan mendorong UKM membuka cawangan nya di sabah pada tahun 1974.

"Kesemua wang yang dibelanjakan bagi pelajaran dan penggalakan pengetahuan sebenarnya adalah suatu pelaburan jangka panjang yang akan mendatangkan pulangan yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit,"katanya satu ketika.

Sebagai pencinta Bahasa Melayu, beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri ketika itu mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sabah pada 15 September 1973 dan berkuatkuasa keesokan harinya.
Peminat lagu keroncong dan dendang rakyat ini, juga merupakan pemain bola yang disegani. Selain itu beliau juga meminati sukan golf.

Sebenarnya banyak lagi jasa Tun. Saya ingat seorang tokoh yang berjalan dengan tongkatnya, bersalam dengan rakyat yang menganggapnya sebagai pemimpin dan tokoh bangsa. beliau meninggal pada 3 Januari 1995 selepas mengalami sakit jantung.
Walaupun sudah 14 tahun Beliau Tun pergi, namun gesekan biola kadang terdengar mendayu tetapi tetap merdu hingga kini.

Catatan Hasan Aspahani mengenai Farid Gaban

Seorang rakan, Hasan Aspahani, Pemimpin Redaksi Batam Pos punya catatan yang baik mengenai seorang lagi rakan wartawan, Farid Gaban, dulu pernah bekerja sebagai redaktur eksekutif akhbar Republika, salah sebuah akhbar terkemuka di Indonesia. Farid pernah memenangi pelbagai penghargaan jurnalistik di negaranya dan pernah membuat liputan perang di Bosnia dan Afghanistan kini sedang dalam misi mengelilingi kira-kira 100 pulau di Indonesia.
Alangkah baiknya kalau ia bisa singgah di kota kinabalu, saya sudah tentu boleh belanja makan jagung rebus atau ikan bakar di sinsuran.
Ikuti tulisan rakan Hasan Aspahani, yang juga penyair mengenai Farid Gaban melalui http://sejuta-puisi.blogspot.com.


FARID GABAN SINGGAH DI BATAM
Oleh Hasan Aspahani
Pemimpin Redaksi Batam Pos
Di depannya, malam itu, saya jadi kecil hati bahkan untuk sekadar mengeluarkan Blackberry dari saku. Gadget mahal itu, tiba-tiba menjadi kemewahan yang tak berarti. Dia orang sangat sederhana. "
Tadi kami tidak makan sahur," kata Farid Gaban. Hah? Itu berarti 24 jam lebih dia dan mitra seperjalanannya Ahmad Yunus tidak makan. Sebab, sejak tiba di Batam sekitar pukul empat petang, dalam rangkaian ekspedisi jurnalistik berkeliling Indonesia, dia baru menyentuh makanan saat berbuka bersama Muhamad Nur - Koordinator Liputan Batam Pos, Pemenang Anugerah Adinegoro 2008 yang menjemputnya petang itu di pelabuhan Batuampar.

Malam itu kami mencari tempat makan yang agak istemewa. Pilihannya adalah kelong Aneka Selera di Jembatan IV. Kami makan besar. Sebuah jamuan yang layak untuk 'orang besar' seperti dia.

Di meja restoran terapung yang perlahan naik diangkat oleh pasang laut, terhidang kepiting saos, udang goreng mentega, tumis kangkung belacan, ikan asam pedas, dan aha tentu tak ketinggalan gonggong rebus! Ini buka puasa yang terlambat. Maka, semuanya habis kami lahap berlima: dua wartawan "gila" itu, saya, Muhamad Nur dan Sultan Yohana (yang tak menyesal membatalkan acara memasak sendiri di rumahnya untuk hidangan berbukanya hari itu).

"Yunus, malam ini kita tak perlu sahur lagi," kata Farid Gaban, bersemangat menyuap nasi, lalu membongkar isi otak di balik cangkang kepiting. Saya lihat dia dua kali menambah nasi. Sejak sebelum makan, dia bahkan sudah juga memesan kopi. Di kelong itu kami bertahan ngobrol sampai agak malam. Dari musala yang entah dimana, terdengar takbir dan salawat jamaah tarawih.
***
Ini memang sebuah ekspedisi "gila". Seorang wartawan senior yang di Indonesia sudah lazim diketahui reputasi dan dedikasinya, ditemani seorang wartawan muda yang ideologi jurnalismenya diasah di Pantau - sebuah majalah dan kemudian menjadi komunitas penganut nilai-nilai tinggi jurnalistik.
"Semula ekspedisi ini dirancang bersama sebuah sponsor. Ketika rencana itu batal, saya bilang ke mereka, saya akan jalan meskipun tanpa mereka," kata Farid memulai cerita.

Farid adalah perencana yang handal. Ini mungkin ada kaitannya dengan latar pendidikannya. Dia kuliah mendalami kekhususan Tata Kota ITB, meskipun tidak sempat menyelesaikan penulisan skripsi yang membandingkan dua ruas jalan di Malang dan Bandung.
Maka dirancanglah ekspedisi jurnalistik yang ia bayangkan akan menyinggahi seratus pulau di Indonesia. Biayanya Rp120 juta. Semula ini akan ditutup dari uang penjualan feature hasil perjalanan itu dengan sistem sindikasi.
Tapi, sistem sindikasi itu ia sadari belum terlalu lazim di Indonesia. Akhirnya hanya Republika dan Majalah Tempo yang membeli hak menerbitkan beberapa tulisnya. Tentu saja itu tak cukup untuk membiaya ekspedisi ini.
Lalu dari mana dana itu didapat? "Jual buku," katanya. Farid betul-betul mempersiapkan diri. Ia membeli kamera mahal, notebook (di Mentawai kedua benda wajib ini tercebur ke laut dan dia harus membeli yang baru), dua motor Win 100 CC yang dirombak menjadi a la trail (tapi tetap saja paling banter hanya bisa dikebut 80 km per jam), dan dia ambil sertifikat menyelam. "Saya banyak memotret terumbu karang," katanya.
Ya, mata kameranya dipesiapkan untuk banyak menangkap kepermaian lingkungan alam, dan dinamika manusia dan Indonesia. Sebuah penerbit sudah berkomitmen menerbitkan empat buku berisi foto-foto hasil jepretannya itu. Ia dan timnya juga berharap kelak bisa menjual hasil rekaman video dari perjalanan itu.
***
Farid Gaban sudah menjadi wartawan sejak ia kuliah di Bandung. "Saya mulai dulu sebagai reporter di Tempo Biro Bandung," katanya.
Saya mengenal namanya, menikmati, mengagumi dan belajar dari tulisan-tulisannya ketika dia bergabung dengan Republika. Waktu itu saya sudah mahasiswa. Di koran yang pada masa awal terbit membawa angin baru dalam atmosfer pers Indonesia, dia menulis kolom yang bagus. Solilokui namanya. Kelak kumpulan kolom itu dibukukan dibawah judul "Belajar Tidak Bicara".

Di kolom itu ia menulis dengan logika yang mengejutkan, ide yang tak terpikirkan dan bahasa renyah karena sederhana. Ia misalnya menulis tentang betapa absurdnya sepatu. Ia melindungi kaki tetapi ketika memakai sepatu kita harus melindungi kaki dengan kaus kaki, sebab sepatu yang melindungi itu bisa melecetkan kaki. Malam itu saya pastikan dia memang tidak memakai sepatu, kecuali sepatu sandal.
Ia juga pernah mengadaptasi tulisan Simon Carmiggelt, kolomnis Belanda tentang peri junior yang dimarahi peri senior sebab tak bisa mengabulkan permintaan seseorang yang telah menyelamatkannya, karena permintaan sederhana "turunkan harga" harus dilakukan dengan rumitnya sistem ekonomi modern. Dia salah satu kolomnis terbaik yang pernah ada di Indonesia.
Ya, dia Farid Gaban. Dia adalah salah seorang yang diam-diam membuat saya makin yakin untuk menjadi wartawan. Dia pernah meliput di Bosnia, Afghanistan, juga Piala Dunia di Amerika. Malam itu saya bersama dia. Terus terang saya agak gugup dengan pertemuan itu. Ha ha ha. Seperti kencan pertama rasanya. Saya bertambah kagum karena ternyata betapa sederhana dan bersahajanya dia. Tubuhnya tak terlalu besar, kulitnya menghitam, pasti karena terbakar matahari selama perjalanan bermotor yang ia mulai sejak Juni 2009 itu.

"Saya mundur sebagai Redaktur Eksekutif karena saya tak setuju ketika waktu itu Republika memilih Harmoko sebagai Man of The Year," katanya ketika saya tanya kenapa keluar dari surat kabar yang kala itu dipimpin Parni Hadi. Ia mengucapkan kalimat itu dengan nada biasa saja, tanpa kesan melebih-lebihkan, menonjolkan idealisme, atau menyombongkan diri.'

Ia kemudian bergabung kembali dengan Tempo dan sempat mengomandani divisi Investigasi dan menghasilkan liputan-liputan yang sedikit mengguncang stabilitas penguasa. Ketika ia menjadi pejabat redaksi (menjadi redaktur pelaksana), yang tak lagi banyak memikirkan liputan ia tak betah. "Saya digaji mahal tapi saya merasa saya tak melakukan apa-apa," katanya. Padahal jiwanya adalah di lapangan. Dia terpanggil untuk meliput, melakukan reportase.

"Pekerjaan liputan masih sangat menarik buat saya," katanya. Sungguh, jika engkau benar-benar wartawan, kalimat sederhana itu akan telak menampar jiwamu. Itu yang mungkin mendorongnya untuk menuntaskan ekspedisi yang rutin dia laporkan di situs zamrud-khatulistiwa, menyamakan dengan nama ekspedisi yang kelak berakhir Desember nanti.
***
Ada yang salah dengan Indonesia. Itulah premis yang ada di kepala Farid dan tim pendukung ekspedisinya itu. Negara dengan 17 ribu pulau ini dibangun tanpa berorientasi pada lautan. Indonesia dibangun dengan perhatian penuh pada kota dan daratan, melupakan pulau-pulau kecil dan laut dengan segala potensinya. Padahal, lautanlah yang dia yakini menyelesaikan banyak persoalan di negeri ini.
"Sebenarnya perjalanan ini kan hanya mengkonfirmasi apa yang kita yakini itu," katanya. Dan itulah yang dia temukan.Pedih sekali sepertinya ketika mendengar ia mengatakan, "tak ada tempat yang kami kunjungi yang tak subur. Laut kita kaya, tapi tak ada tempat yang tak ada orang miskinya. Memang ada yang salah besar dari cara berpikir kita di Indonesia ini."

Batam, adalah bagian dari 100 pulau yang akan dia singgahi. Dia lalu menyeberang ke Tanjungpinang, Lingga, Tambelan, Anambas, Natuna, dan lalu ke Kalimantan. Saya sangat ingin tahu apa yang kelak ia tulis tentang Provinsi Kepulauan Riau ini. Di Batam, malam itu, dia mengagumi jalan-jalan yang lebar dan mengunjungi beberapa tempat. Ia memotret kebun buah naga, dan singgah di kamp pengungsi di Pulau Galang.
***
Bagi saya, Farid adalah manusia pencinta manusia dan kemanusiaan. Ia bercerita tentang manusia-manusia kecil yang ia temui dan ia tulis dalam feature perjalanannya.
Ia tak terlalu silau pada kekuasaan, dan itu sebabnya ia amat kritis pada penguasa. Ia menolak keras kenaikan harga minyak, sebab kebijakan itu hanya memikirkan orang-orang di Jakarta. Hal itu makin ia yakini, setelah melihat sendiri di Enggano sebotol bensin harganya bisa berkali-kali lipat, dan orang miskin di sana tak punya pilihan selain membeli semahal apapun.
Saya tak tahu, apakah ini keinginan lama ataukah muncul setelah ia melihat betapa suburnya tanah-tanah di negeri ini. Ketika saya bertanya apa rencananya selanjutnya, saya tertegun dengan jawabannya, "Setelah ekspedisi ini saya ingin pulang ke Wonosobo. Menetap di sana, jadi petani," kata Farid.

Dari sempelang ke sempelang


Puasa hari keenam
Puasa masuk hari keenam hari ini. Tidak banyak tugasan hari ini .Saya hanya menyiapkan beberapa artikel yang terbengkalai. Jam 6.15 petang, bersama rakan media yang lain, kami memenuhi jemputan berbuka anjuran Hotel Promenade. Acara ini diadakan setiap tahun oleh hotel terkemuka itu dengan dua tujuan, yang pertama untuk memperkenalkan menu berbuka puasa mereka sepanjang Ramadhan dan yang kedua untuk menghargai sumbangan rakan-rakan media. Terima kasih kepada Hotel Promenade dan khusus kepada Anita Chung, Director of Marketing Communications, kenalan baru Jesica Chong dan Jeremy Kabinchong yang memberikan layanan istimewa kepada kami.

Sepanjang minggu
2.Sepanjang minggu ini banyaklah peristiwa yang boleh dikongsikan. Alhamdulillah, satu lagi karya Kang Abik Habiburrahman El-Shirazy berjudul Dalam Mihrab Cinta dapat saya selesaikan. Dalam Mihrab Cinta edisi Malaysia yang diterbitkan di Kuala lumpur itu mengandungi tiga novel pendek iaitu Takdir Cinta Zahrana, Dalam Mihrab Cinta dan Mahkota Cinta. Kisah yang disajikannya amat menarik. Saya cuma agak kecewa dengan mutu alihbahasa dari bahasa Indonesia ke bahasa Melayu di Malaysia yang kurang mengena. Selain kelalaian pembaca pruf sehinggakan banyak yang salah eja manakala keasliannya agak terganggu apabila ia diterjemahkan ke bahasa Melayu Malaysia.

Bertemu Rakan dari Besancon
3. Rasa macam tak percaya bertemua rakan di Besancon, Perancis selepas dua tahun kami terpisah. Rahsiakan kedatangan saya, katanya yang pulang untuk menjenguk ibunya yang sakit. Beliau sedang menyiapkan ijazah kedoktoran di Perancis dijadualkan pulang ke tanahair pada tahun 2012. Ketika ini beliau berjaya menamatkan dua ijazah sarjana di sebuah universiti di sana. Oleh sebab nombor telefon lamanya tidak boleh digunakan lagi, beliau tidak dapat menghubungi saya, dan kerana beliau cuba mencari saya di kedai siber tempat dimana saya selalu menulis.Syukurlah kami dapat bertemu. "Saya tidak lupa Naddin," katanya membuat saya terharu.

Dari Sempelang ke Sempelang
4. Saya sengaja minta Ineng (Amir) berbuka puasa di KK. Kami memilih Restoran Sempelang di Sinsuran. Kemudian kami ke Restoran Maimunah di Segama bertemu Ah Kung. Topik bicara kami ialah mengenai masalah penduduk yang mahukan supaya jalan dibina terus dari Batu 68 hingga ke Batu 70 Halogilat. Sebenarnya pembinaan jalan itu belum dilaksanakan lagi, hanya akan dilaksanakan penghujung tahun ini tetapi penduduk di sana mendengar khabar jalan itu hanya sampai batu 68. Ah Kung yang berasal dari Batu 69 mewakili penduduk kampung minta kerajaan supaya boleh meneruskan pembinaan jalan itu ke Batu 70.
Apabila berita itu disiarkan di akhbar, ia membuat marah orang-orang tertentu di Baeufort. Ada orang yang menelefon meminta diberitahu siapa disebalik penyiaran berita itu, maksudnya siapa yang menyuruh.Bagi mereka ada motif politik.Tapi bagi saya ia pure masalah penduduk kampung. Ah Kung bersetuju bersemuka untuk menyelesaikan masalah itu kerana pemimpin politik asyik berjanji setiap pilihanray untuk menurap jalan di situ.

5.Ketika kami menyeberang jalan, tiba-tiba terserempak dengan Ma' Awin, yang baru sampai dari Kudat. Selepas kami singgah di kedai siber, kami minum lagi di Restoran Sempelang di Asia City.Kebetulan ada Si Asam (Nazir) yang sebenarnya dari Teluk Likas dan terpaksa ke Klinik selepas diserang obor-obor.Tangannya kena, badannya kena terpaksa minta disuntik dengan kos hampir RM130.

6. Kami bergadang malam itu. Kebetulan ada Salim I dkk dan juga Edon, yang khabarnya akan bertunang lepas raya. Tahniah. Kerana jarang bertemu banyaklah topik cerita, bermula dari cara kita berdoa dalam sesuatu acara yang kurang tepat kerana kadang-kadang doa yang panjang tetapi isinya seolah-olah memberitahu Tuhan padahal Tuhan Maha mengetahui.

7. Saya tertarik apabila Ma' Awin katakan bahawa bibit mangga yang ditanamnya sudah berbuah. Belia hanya menanamnya di belakang rumah warden yang membuat saya bertanya mengapa tidak ditanam di rumahnya. "Inipun satu bentuk amal, kalau buahnya berbuah, boleh dinikmati orang lain".

8. Namun yang membuat saya menggeleng kepala apabila diberitahu ada seorang yang baru bersara, menebang semua pokok yang ditanamnya ketika ia mahu berpindah dari rumah kerajaan itu. Sehinggalah ia ditegah oleh seorang, yang sanggup pula membayar harga tanamannya.

9. Ketika jam 1.30 pagi, kami sahur di kedai itu kerana pulang ke rumah, belum tentu boleh terbangun. Hujan tambah lebat, kasihan kepada Ineng yang memakai motor, tentu dia basah kuyup.

10.Selepas hujan reda, kamipun pulang. Asam singgah di Tanjung Lipat untuk mengambil pukatnya yang dipenuhi ikan kembura pada awal pagi itu.

11. Saya turut berduka apabila diberitahu oleh Ita (Rossita Dewi) anak saudara saya mengenai pakcik Sotong yang telah meninggal di Indarason Laut.Yang menyedihkan katanya, pakcik itu ditemui setelah tiga hari dia meninggal kerana tinggal seorang diri.

12.Saya sedih dan terharu.

Catatan mengenai durian

Salah pasang gambar. Tapi tak apa tujuannya untuk memberitahu bahawa jika anda bertemu dengan durian yang dijual dengan cara sebegini di tengah perjalanan Jakarta-Bandung, jangan percaya dulu. Seringkali ikatan yang sebegini boleh mengelirukan pelanggan.Cubalah sebiji dulu.Atau kalau mahu bawa pulang, beli yang sebiji sebiji, lebih selamat. Sekadar pesan untuk orang yang suka makan durian.

Catatan mengenai Pak Oneng

Sekilas, tak ada istimewanya orang tua ini.Namanya PakOneng.Orangnya bersahaja dan suka merendah diri. Tapi bagi saya dia orang yang luar biasa. Apa keistimewaannya orang ini sehingga kami bisa bercerita hinga jam 2.00 pagi di Pesantren Pertanian Al-Falah di Kota Bogor sana awal tahun lalu.
Sampai sekarang saya masih ingat dia. Seorang tua yang memberitahu saya hubungan alam dengan kehidupan.Sambil menyitir ayat Quran, tokoh yang istimewa ini menceburkan diri dalam bidang bio teknologi. Antara usahanya ialah memproses kencing sapi menjadi baja untuk tanaman padi.Hasilnya padi boleh sampai 10 ke 12 tan per hektar.
Dulu Pak Oneng bekerja di Badan Penyelidikan Nuklear di Indonesia.

Apa hubungan muzik dengan kesuburan tanaman pertanian? Pak Oneng menjelaskan mengenai hubungan angklong dengan kesuburan tanaman padi. Tanaman yang diperdengarkan muzik seringkali lebih subur berbanding yang tidak dijaga. Apakah tanaman juga suka mendengar muzik. Banyak yang menarik yang diperjelaskan oleh pak Oneng ini. Jika berkesempatan, saya ingin bertemu semula dengan orang yang menghadapi kehidupan dengan bersahaja ini.

Sekali lagi mengenai pahlawan wanita di Padas Damit

MENJEJAKI PAHLAWAN WANITA DI PADAS DAMIT
Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

SAYA membayangkan seorang perempuan sedang menunggu kami. Perempuan yang sebahagian kisah hidupnya masih misteri.Masih banyak rahsia yang tersimpan dan sejarah yang tersembunyi itu, mungkin dapat dirungkai sepanjang perjalanan kami ke Padas Damit.
Perempuan itu, Dang Insum namanya.Dialah wanita perkasa yang gigih berjuang dan melawan penindasan atau apa saja yang bernama ketidakadilan.Kedatangan kami pada hari itu, sebenarnya hanya untuk melihat kampung halamannya tempatnya berkubu dari serangan lawan.
Dang Insum, pahlawan yang dilupakan.Namun begitu, wanita yang dikagumi ini merupakan salah seorang pejuang yang mempertahankan Kota Makarang dari serangan pihak kompeni kira-kira 120 tahun yang lalu.

Ketika itu, Padas Damit dibawah kuasa Pengiran Shahbandar Hassan yang menjadi wakil adinda Sultan Brunei yang memiliki Hak Tulin terhadap wilayah Damit.Beliau merupakan kuasa tunggal di Sungai Padas sebelum bertapaknya British North Borneo Chartered Company di wilayah itu.
Kawasan-kawasan ini termasuk sepanjang tebing Sungai padas hingga ke Kampung Bengkalakak dan Ke timur Jimpangah yang dikira sebagai jajahan takluknya.
Sejarah mencatatkan bahawa Pengiran Shahbandar Hassan dilantik oleh Puteri Sultan Jamilul Alam yang telah diberi Hak Tulin ke atas Wilayah Padas Damit.
Apabila North Borneo Chartered Company tiba di kawasan itu, mereka enggan mengiktiraf kuasa Pangiran Shabbandar Hassan. Lebih daripada itu, mereka menghasut orang-orang tempatan untuk agar menentang Pangeran dengan mengatakan bahawa jika mereka menjadi rakyat Pangeran Shahbandar, orang-orang tempatan itu akan dijadikan hamba abdi.
Pihak kompeni yang memiliki seribu helah juga mengenakan cukai kepala dan cukai tanah kepada orang tempatan. Peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan itu sudah tentu amat menyusahkan rakyat di wilayah Padas Damit itu.
Perkara itu tidak menggembirakan Pengiran Shahbandar.Beliau telah mengadakan mesyuarat dengan rakyatnya mengenai pencerobohan kompeni yang memiliki niat jahat untuk menjajah. Pangeran Shahbandar Hassan yang disokong oleh pengikutnya setianya terdiri dari suku Bisaya mengambil keputusan untuk mengisytiharkan perang dengan kompeni.
Mereka mula bertindak dengan menyerang penduduk yang belot dan menyatakan setia kepada Kompeni.Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan membimbangkan pihak kompeni. Di pihak lain, Kompeni telah membuat bantahan kepada Sultan Brunei berhubung kekacauan yang dilakukan oleh Pengiran Shahbandar itu dan mereka mendakwa Kawasan Semenanjung Klias telah dipajakkan kepada Kompeni pada tahun 1884.
Pengiran Shahbandar mengakui bahawa memang terdapat perjanjian pemajakan pada tahun 1884 tetapi perjanjian pemajakan sebanyak tiga ribu ringgit setahun itu tidak termasuk wilayah Sungai Padas yang telah dijadikan Hak Tulin adik perempuan Sultan.
Beliau selanjutnya mengisytiharkan bahawa penduduk di sebelah timur Sungai Padas adalah rakyat dibawah kekuasannya. Tindakan ini mendatangkan kemarahan kompeni kerana mereka menganggap bahawa penduduk di kedua-dua tebing sungai itu adalah dibawah kuasa kompeni.
Lanjutan daripada itu, maka berlakulah perselisihan. Kemudian C.V.Creagh, yang menjadi gabenor Labuan ketika itu telah mengarahkan polis kompeni menyerang kubu Manggalela yang dibina Pangeran Shahbandar Hassan.Bagaimanapun kompeni gagal dalam serangan itu dan tidak dapat menembusi Kota Manggalela. Sekali lagi, kompeni menghantar pasukan polisnya dengan kekuatan 200 orang untuk membantu D.Daly dan kapten R.D.Beeston dalam serangan bulan Januari 1889 ke Sungai Padas.
Apabila terkena bedilan meriam yang bertubi-tubi, kubu yang dibina dengan semangat mempertahankan tanahair itupun roboh.Ramai yang menjadi korban tetapi Pengiran Shahbandar Hassan enggan mengaku kalah. Sebelum itu, beliau telah membina empat buat kota di sepanjang tebing sungai Padas.
Salah satu kubu yang dibina itu ialah Kota Makarang, yang diketuai seorang wanita bernama Dang Insum. Setelah berperang kira-kira empat bulan, Gabenor Creagh diganti A.S Hamilton yang tidak begitu sukakan sengketa itu berlarutan dan meminta satu perundingan. Perdamaian hanya dicapai pada 10 Mac 1889.
Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah siapa Dang Insum itu. Itulah tujuan kedatangan kami ke kota Makarang pada hari itu.
"Tempat ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Ia boleh menjadi destinasi pelancongan yang menarik," kata Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Mohd.Shaid Haji Othman.
"Dang Insum merupakan pahlawan Bisaya yang berjuang mempertahankan tanahairnya," kata beliau lagi dalam perjalanan kami ke Padas Damit untuk menjejaki pahlawan wanita Bisaya itu. Turut menyimpan minat yang mendalam mengenai Dang Insum ialah Mohd.Johawalia Jamsin, antara orang pertama yang mendedahkan mengenai kepahlawanan Dang Insum.
Sebelum itu, kami sempat bertemu dengan Omar Gara,yang kini berusia 103 tahun dan bercerita mengenai Dang Insum.Bagaimanapun, orang tua yang lahir pada 14 Julai 1906 memberitahu kekalahan Dang Insum dan orang-orangnya adalah disebabkan oleh pembelotan orang dalam.
"Menurut cerita, terdapat seekor ayam putih yang menyimpan tuah. Bila melihat musuh datang, ayam putih itu akan berkokok sebagai isyarat agar orang-orang kampung berjaga-jaga.
"Namun selepas ayam itu dibunuh, maka Kota Makarang akhirnya dapat ditawan," kata Omar lagi. Katanya, Kota Makarang jatuh kerana ada orang membelot. "Apabila ayam putih itu mati, kedatangan musuh tidak dapat dikesan lagi menyebabkan Kota Makarang dikalahkan musuh".
Menurut Omar lagi, Dang Insum mempunyai kaitan dengan atuknya Laksamana Idris. "Nama saya Omar.Omar bin Gara.Gara bin Laksamana Deris (Idris)," katanya. Omar berkata, selain Kota Makarang, kota-kota lain ialah Kota Balai, Kotaraja Besar, Kota Mapiau dan Kota Makarang.
Katanya, "Haji Ukin, bapa Datuk Lajim dengan Datuk Dun, bapa Dato' Azizah sepupu, kerana nenek dia orang adik beradik.Begitu juga dengan keluarga Datuk Rashid Gador, mereka mempunyai kaitan," katanya. Semua semua keturunan Dang Insum.
Penjelasan itu tidak dapat merungkai pertanyaan saya mengenai Dang Insum. Puan Asmah Banir,73 yang kami temui dirumahnya mengakui bahawa mereka masih mempunyai kaitan. Neneknya yang bernama Marasa merupakan anak Dang Insum.
Sebenarnya banyak lagi yang perlu diselidiki. Kjaian mendalam perlu dibuat untuk memperjelaskan kepada umum mengenai pahlawan Wanita Bisaya bernama Dang Insum ini.
Barang tinggalan Dang Insum seperti pedang, gelang dan sebagainya masih disimpan Haji Said.Khabarnya, kewujudan Dang Insum itu turut menarik perhatian krew RTM untuk membuat penggambaran untuk mendokumentasikan sejarah itu
Sesampainya kami ke Kota Makarang, tugu yang dibina bagi memperingatinya terletak di dalam Kebun Kelapa Sawit. Kami sempat meninjau mengenai bentuk kota yang menangkis serangan itu. Sungai yang dulunya lebar dan luas, kini ditumbuhi rumput.Kawasan itu seperti terbiar tetapi nilai sejarah yang dimilikinya amatlah tinggi.
Mujurlah kami sampai di sana ketika hari belum hujan."Kalau hujan, tanah lembab dan rumputnya basah serta sukar dilalui," kata Mohd.Shaid. Kawasan ini perlu dipulihara kerana selain menyimpan sejarah tersendiri ia juga mampu menarik pelancong untuk melawat tapak bersejarah itu.
Kami sempat untuk menyusuri denai yang mungkin dulunya digunakan Dang Insum dan pengikutnya.Tanah di kawasan itu sesuai untuk membina kubu. Kegigihan wanita itu melawan penjajahan bersama Pengiran Shahbandar Hassan mungkin ditelusuri lagi dengan lebih mendalam. Banyak tempat bersejarah di negeri ini yang perlukan perhatian daripada pihak kerajaan, dan kota Makarang salah satu tempat yang boleh dijadikan bersejarah. Petang itu, sebelum pulang,kami sempat bergambar di sisi makam Dang Insum

Tuesday, August 25, 2009

Nyamuk takutkan pokok bunga


Tanamlah pokok bunga ini di sekeliling rumah. Nescaya tak akan ada nyamuk yang akan masuk mengganggu tidur.Saya tak tahu nama pokok bunga ini.Ketika mengunjungi Pesantren Pertanian Al-Falah di Bogor awal tahun lalu, saya sempat melihat pokok ini dari dekat. Pensyarah di sana memberitahu bahawa nyamuk takutkan pokok bunga.Letakkan saja di pasu bunga atau tanam di sekeliling rumah , takkan ada nyamuk yang berani mendekati anda.

Terbukti benar, kerana walaupun asrama pesantren itu terletak di celah-celah rimbunan pohon yang lazimnya banyak nyamuk tetapi tak ada seekor pun nyamuk yang bernyanyi mengacau kami pada malam itu.


Memandang Citarum

Teringat pemandangan indah ketika melalui Sungai Citarum dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung.
Ada keinginan untuk melukiskannya dalam puisi, tapi puisi itu sampai sekarang belum selesai-selesai.

Teringat rakan di Bandung


Foto bersama Kang Sapto, orang Bandung yang menjadi wartawan berita Antara di Jakarta.Sebelum itu bertiga , saya, bung Ready dan Kang Sapto menaiki angkot (angkutan kota) ke kedai buku Toga Mas. Kemudian kami menyusuri bangunan-bangunan lama di Bandung, kota hujan itu.Paris van java.Cara mengingati rakan barangkali ialah dengan menyiarkan gambar mereka di blog.

Gadis Tongod

Percaya atua tidak, gadis-gadis dalam gambar ini berasal dari tengah-tengah negeri Sabah.Mereka adalah orang-orang rumpun Dusun dari Tongod, sebuah daerah yang terletak benar-benar di tengah-tengah peta negeri sabah. Gambar ini dirakamkan ketika sambutan Pesta Kaamatan tahun lalu

Bersama Dato' Aziz Sattar



saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Seniman Dato' Aziz Sattar ketika beliau berada di Kota Kinabalu, minggu lalu.
Pasti ramai yang meminati Dato Aziz Sattar. Selain seniman agung Tan Sri P.Ramlee dan S.Shamsudin, pak Azizlah yang melengkap dan menyempurnakan trio bujang lapuk itu.
Sebenarnya kami pernah bergambar sebelum ini. Kedua-duanya dipotret oleh www.Jebat.net
rakan saya yang begitu baik hati itu.
Saya teringat ketika mula mula berkenalan dengan isteri dan mengirimkan foto kepadanya. Gambar sewaktu saya membaca puisi bertajuk kebenaran yang antara bunyinyua kebenaran adalah seperti seekor cicak, yang kita tangkap cuma ekornya sementara kepalanya terlepas.
Saya mengirimkan gambar itu, satu potret yang dekat, yang jelas supaya wajah saya dapat dilihat dan ditatap dengan baik oleh isteri saya.
Ada satu dialog Aziz Sattar ketika menunjuk muka Ahmad Nisfu.
Satu dialog yang antara lain berbunyi".....sungguhpun kau tidak kukenal tapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku".
Dialog yang lucu inilah yang dikatakan isteri ketika dia mengulas mengenai foto itu.
Itulah antara kenangan manis kami dan mungkin kerana itu, sampai sekarang dialog itu tetap saya hafal kerana `isteriku tetap menjadi pujaan hatiku'. Syukran.

Saturday, August 22, 2009

Sahur! Sahur! Sahur!

Sahur! Sahur! Sahur!.
Itulah suara serombongan pemuda yang melaunglaung membangkitkan orang daripada tidur yang lena untuk bangun makan sahur. Ramadhan Kareem sudah tiba. Itu suara biasa yang boleh kita dengar setiap awal pagi di Kampung Cenderamata Dua Likas.
Sahur! Sahur! Sahur!
Saya kira cara membangunkan orang tidur di Tawau lebih bagus lagi.Belia-belia di sana sejak dahulu, membangunkan orang dengan bernasyid sepanjang jalan memuji muji bulan Ramadhan.Kadang-kadang ada kompangnya juga, satu kumpulan dengan kumpulan lain seperti beradu mana yang bagus senikata lagunya.
Sahur! Sahur! Sahur!.
Ketika itu jam 2.30 pagi. Sebenarnya saya masih belum tidur lagi. Di Tv2 ada tayangan Beyond Borders yang pernah saya tengok dahulu, hero wanita Angeline Jolie barangkali, lelakinya seperti Antonio Banderas.
Antara azam saya ialah mengemaskan kertas-kertas yang bertabur di kamar tidur. Timbunan kertas yang tak terurus.Kiranya kalau semua sudah dikemaskan, maka saya berazam untuk merampungkan beberapa tulisan dan artikel yang perlu disiapkan.
Lebih dari itu, saya akan cuba untuk membaca buku tafsir, tulisan Prof Dr.Quraish Shihab untuk menyegarkan semula pemahaman saya terhadap isi kandungan kitab suci.
Tetapi sekarang saya belum mendapat momentum Ramadhan. Petang tadi kerana asyik menyiapkan berita dan rencana, saya hampir terlupa berbuka puasa.
Mujur sepuluh minit sebelum maghrib tiba, saya sudah berada di kedai mamak untuk berbuka.Ada kurma, ada bubur kacang dan mee hon, memadailah bagi seorang seperti saya.
Sahur!sahur! sahur!
Isteri saya tidak lupa mengsms membangunkan saya. Di Tawau mereka bersahur jam 3.15 pagi.Biasanya pada minggu-minggu pertama seperti saya akan bergegas balik ke Tawau untuk bersama mereka atau ke Kampung di Kota Belud.Tapi kekangan tugas sebagai wartawan, tidalah mengizinkan saya berbuat demikian.
Anak perempuan saya, Sitti Mehran Yasmine yang kini dalam tahun 3, berpuasa hari ini. Sejak tahun satu lagi, Iyan sudah berlatih untuk berpuasa. Adiknya juga puasa, tapi puasanya puasa makan.Usianya baru 3 tahun.Bila ditanya puasa, katanya dia puasa.
Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa bangun sahur.

Lebih banyak buku mengenai tokoh perlu ditulis

Barangkali selepas Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun,pemimpin Islam yang paling dihormati dan disegani ialah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai. Beliau pernah menjadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Ketua Menteri Sabah, Menteri Tanah dan Koperasi dan sebelum itu menjadi Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan ketika zaman pemerintahan USNO. Seorang tokoh yang banyak jasanya, kini beliau merupakan Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di negeri ini. sayang sekali tidak banyak buku yang ditulis mengenainya kecuali buku yang disusun oleh Dr.Hamzah Amir dan Dr.Chacho Haji Bulah selain kalau tak silap, buku bergambar yang disusun oleh Japar Ungki dkk.
Alangkah baiknya kalau banyak buku yang dihasilkan mengenai pemimpin-pemimpin kita.
Riwayat hidupnya seperti yang ditulis oleh Dr Hamzah dan Dr.Chacho amatlah menarik.Bagaimanapun cetakannya agak terhad dan tidak dapat dimiliki semua orang.Buku seperti ini perlu diperbanyakkan lagi.

Sedikit catatan mengenai Datuk Golkhan

Saya pernah berkata kepada Datuk Salleh Tun Said bahawa antara orang yang saya kagumi dan pemimpin yang punya karisma ialah Datuk Orang Kaya Kaya (OK) Golkhan Hasbollah. Beliau dihormati oleh semua kaum di Kota Belud dan mampu bertutur bukan saja dalam bahasa Bajau yang menjadi bahasa ibundanya, malah mampu bertutur dalam bahasa Iranun dan bahasa-bahasa lain juga.
Bagaimanapun beliau tidak menceburkan diri dalam bidang politik, satu kenescayaan kepadanya kerana tidak menjadi mangsa permainan dan sepak terajang politik yang kasar dan kotor.
Oleh sebab itu,Datuk Golkhan, sampai sekarang merupakan seorang tokoh yang disenangi di kalangan masyarakat di kota Belud kerana sikapnya yang non partisan dan hanya bergiat mempromosi budaya malah walaupun kedudukannya tinggi sebagai OKK sanggup pula mengetuai perbarisan dan perarakan kuda, yang lebih dikenal orang sebagai kuda bajau.

Friday, August 21, 2009

Bertemu pelajar Jepun di Cenderamata Dua







Mulanya saya agak terkejut melihat pemuda Jepun itu duduk di bawah pintu gerbang cenderamata 2. Saya fikir dia mesti orang Jepun, atau kalau tidak pun orang Korea. Tapi buat apa dia di sini? Saya lihat dia membawa kamera, tentu dia datang untuk mengambil gambar pemandangan.
Kemudian saya terlihat lagi dua tiga orang rakannya. Saya mendekati mereka dan cuba bertanya. Tidak lama kemudian datang lagi rakan-rakannya yang lain.

Rupa-rupanya mereka pelajar dari Jepun, yang sedang melaksanakan apa yang mereka panggil `Borneo Project' dan disponsori oleh WASEDA Volunteer Center.
Rombongan 19 pelajar itu datang ke Kampung Cenderamata Dua Likas untuk meninjau bagaimana masyarakat kampung itu menguruskan sampah mereka sehingga diiktiraf oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagai sebuah zon Kampung Tanpa Sampah.
Sebenarnya mereka ada projek pendidikan alam sekitar di Kampung Numbak. Dua hari lepas mereka mengunjungi Mayor Bandaraya Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim yang menyarankan kepada mereka agar berkunjung ke Kampung Cenderamata Dua.
Mereka nampak gembira bila mengetahui saya seorang `reporter' yang kebetulan pula tinggal di Cenderamata Dua. Belum sempat lagi mereka bertanya, saya lebih dulu bertanya kepada mereka.
Mengikut Projek Leader, Masateru Konno, 20, projek Borneo itu dilaksanakan sejak 10 Ogos hingga 2 September bertujuan untuk menanamkan rasa cinta di kalangan masyarakat untuk mencintai alam sekitar. Mengikut jadual , dalam satu tahun mereka berkunjung ke Sabah sebanyak dua kali. Rakan-rakan kita dari Jepun ini sanggup datang demi cinta mereka kepada alam sekitar, yang selama ini selalu kita abaikan. Padahal negeri kita kaya dengan alam semulajadi yang indah.
Di Sabah, mereka ditemani oleh 4 pelajar UMS, antaranya Lisa. Oleh kerana saya tidak bisa bicara Jepun maka saya ajukan soalan kepada Lisa dan rakan-rakannya. Mujur Masateru boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Alangkah baiknya kalau saya boleh bercakap dalam bahasa Jepun. Mereka nampak gembira bila saya menyebut dua tiga patah perkataan Jepun yang saya tahu.Sebenarnya minat belajar bahasa Jepun ini sudah lama, iaitu ketika mula-mula dasar padang ke timur diperkenalkan Perdana Menteri Dr Mahathir. Saya sempat berkenalan dengan dua tiga orang Jepun seperti Ms Akiko Iino, Kobayashi, Yamamoto, juga Haji Arifin Nagai, konsul Jepun yang dulu. Sekarang saya cuba belajar dalam rakan-rakan dalam Facebook yang boleh bercakap Jepun seperti Pagel dari Jogja. Maka dapatlah saya memahami erti Moshi-moshi, Okaga desuka (apa khabar) , arigato (terima kasih) , sayonara (selamat tinggal), dan sumimasen (maaf) saya terpaksa menamatkan coretan ini.






Hidup dalam perahu

Setiap kali Pesta Bengkoka diadakan, setiap kali itulah pelbagai budaya dipertontonkan. Gambar ini sebenarnya dikirimkan oleh Saudara Jalil Madarin , wartawan bebas dari Kota Marudu ketika berlangsungnya Pesta Bengkoka tahun lalu .
Ia menggambarkan keunikan budaya masyarakat yang menghuni kawasan Pitas, yang terletak di utara Sabah yang dihuni pelbagai suku kaum, yang hidup aman dan harmoni.
Kaum nelayan di daerah Pitas dan Teluk Marudu tidak boleh dipisahkan dengan perahu.Kehidupan mereka amat dekat dengan laut.Badai dan gelombang adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Sekadar nota ingatan

Biarkan saya mengingati orang-orang baik ini dalam bulan yang mulia ini. Orang yang tersenyum ini ialah Kak Hajah Mariah Haji Takin. Beliau merupakan aktivis sosial yang tidak asing lagi di ibu negeri. Hajah Mariah adalah Pengerusi Lembaga Pelawat Tunas Bakti Inanam.Beliau juga merupakan Pengerusi Rukun Tetangga Likas Selatan. Dalam bidang politik, beliau pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Gaya (kini Sepanggar).
Saya menganggap beliau ini seperti kakak saya sendiri.Ketika saya melangsungkan majlis perkahwinan di Tawau, mereka sekeluarga sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan majlis persandingan saya di dewan masyarakat tawau kira-kira 10 tahun yang lalu. Malah ketika bersanding di kampung Tamau, Kota Belud seminggu kemudiannya, beliau sanggup datang walaupun hampir tersesat jalan. Sebenarnya banyak lagi jasa yang diberikannya kepada saya, saya tak mampu membalasnya.
Saya berdoa semoga Allah SWT sentiasa murahkan rezeki dan memberikan kesihatan dan keafiatan buat mereka sekeluarga.

Pernah berkunjung ke Penimbawan?



Pernah berkunjung ke Penimbawan? Saya pernah. Tetapi kampung terpencil yang terletak di daerah Tuaran ini sebentar lagi akan berubah wajahnya, kata Menteri. Kampung Air yang cantik ini tidak lama lagi akan digilis roda pembangunan. Mengikut cerita, kebanyakan penduduknya akan dipindahkan ke perumahan yang dibina di pinggir bukit, lebih baik dan lebih selesa. Bagaimanapun, ramai juga yang merungut kerana belum mendapat tempat di lokasi perumahan baru itu.
Saudara-saudaraku, akan kemanakah mereka?

Catatan Pelancaran Taqwim Jakim di Terminal 1











Mujur saya terbangun, kalau tidak mungkin akan terlambat lagi ke Terminal 1 KKIA. Saya minta Amai Shafiq menghantar saya ke lapangan terbang.Mulanya dia ingat saya tergesa kerana khuatir terlewat penerbangan, tapi saya memberitahunya saya perlu menghadiri sidang media.
Nurisz berharap sangat agar Utusan Borneo dapat datang. Kebetulan waktu dia menelefon kelmarin, kami agak sibuk dan assignment list belum dibuat lagi. Akhirnya saya yang pergi. Saya hairan kerana ini pertama kali no ic dan nama penuh saya diminta untuk buat liputan. Rupanya untuk tujuan keselamatan bagi membolehkan kami masuk hingga ke dalam pesawat. Saya ternampak Haji Azhar, Ustaz Nasrun, Ustazah Noor Aisyah dan ramai lagi orang Jakim, yang saya pernah terjumpa sebelum ini.

Waktu ada setengah jam lagi sebelum majlis dimulakan. Saya sempat ke tandas dan berselisih dengan orang-orang yang pada umumnya memakai topeng muka.
Sementara menunggu majlis perasmian, saya sempat bercakapcakap dengan Ustaz Nurjeli, pengetua di PLDK Keningau. Juga Ustaz Sakaria Samela, yang mengingatkan saya bahawa dia juga ada membaca tulisan saya di facebook. Lama juga saya tak nampak Haji Osman RTM, dan Alhamdulillah terjumpa penyiar veteran ini.Dia juga katanya, minta membaca blog, tapi tak ikut menulis.

Majlis Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak 1430H/2009 M JAKIM itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri , Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Program itu adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah, Malaysian Airlines System (MAS), Maswings Sdn.Bhd dan Malaysia Airport Berhad, Kota Kinabalu.

Beliau menyifatkan Taqwim Berbuka Puasa yang diperkenalkan oleh JAKIM Sabah bersaiz poket dan mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya golongan musafir atau pengembara (traveler) yang terpaksa bermusafir untuk sesuatu urusan yang diharuskan oleh syarak.

Menurutnya, Taqwim itu juga bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat tentang waktu berbuka puasa dan imsak mengikut zon bagi seluruh negeri Sabah bagi tahun ini.

Tambahnya, usaha ini merupakan sebahagian dari aktiviti dakwah menerusi penerbitan Islam yang membina minda dan jiwa, serta memberi kefahaman tentang Islam dan isu-isu yang berkaitan dengannya kepada masyarakat umum.

Katanya, taqwim berbuka puasa dan imsak bersaiz poket itu juga turut menyediakan panduan ringkas puasa Ramadhan berserta zikir solat sunat tarawih dan solat sunat witir bagi memudahkan masyarakat yang tiada kesempatan waktu untuk membaca buku-buku panduan yang bersaiz tebal.

“Ini merupakan satu langkah yang amat kreatif untuk memastikan masyarakat kita mendapat ilmu pengetahuan yang berguna tentang amalan-amalan yang berkait rapat dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,” tambahnya.

Menurutnya, sasaran edaran Taqwim tersebut ialah sebanyak 5,000 naskhah kepada penumpang-penumpang pesawat Maswings (bagi penerbangan dalam negeri Sabah) dan pesawat MAS ( bagi penerbangan destinasi Kuala Lumpur – Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu – Kuala Lumpur ).

Yahya berkata, edaran sebegini merupakan pendekatan secara proaktif mengenai pemahaman tentang puasa Ramadhan secara berkesan oleh Jakim Cawangan Sabah yang mampu memberi kesan mendalam kepada masyarakat.

Yahya turut menyerahkan “mock” Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak 1430H/2009M kepada MASwings Sdn.Bhd di majlis itu.
Selepas itu, kami dibawa ke lapangan terbang dan menyaksikan Datuk Yahya membahagikan taqwim itu kepada penumpang-penumpang Maswings.

Turut hadir di majlis itu ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, Pengurus Kawasan Sabah Malaysia Airlines, Morris Ong, Pengurus Wilayah Sabah MASwings Sdn. Bhd, Shauqi Ahmad, Setiausaha Politik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Haji Mahlan Zinin, Pengerusi Operasi MAB, Haji Hasbi Mohd.Said, Setiausaha Agong USIA, Datuk Abdullah Hussein.
Pulang dari airport, saya menumpang kereta saudara Kamarudin, seorang wartawan kanan di New Sabah Times. Banyak juga cerita sepanjang perjalanan itu, antaranya ialah fi il seorang kenalan kami yang, mudah-mudahan diberikan hidayah dan tidak mengulangi hal-hal yang membuatkan dia dipandang negatif.
photo credit kepada saudara Liaw Sin Kuang untuk dua gambar sebelah atas) dalam posting ini

Sekadar ingatan kepada rakan Murut

Bercerita mengenai suku kaum Murut, saya cepat teringat rakan-rakan lama seperti Cik Silipah Majius. Wanita Murut yang gigih ini telah membuat penyelidikan budaya Murut.Juga membantu menyusun Kamus Bahasa Murut. Tentunya ini tidak lepas daripada peranan dan bantuan yang diberikan KLF sehingga projek itu dapat dijayakan.
Saya teringat juga cikgu Bajip Basukup, Cikgu Majius dan ramai lagi rakan dari suku kaum Murut. Justin Bakayas mungkin sudah lama sangat tidak jumpa. Ir Patar Seluang juga saya kira orang Murut dan ramai lagi.Murut sendiri mempunyai sub etnik seperti Timugon, Tagol dan sebagainya.Malah saya sempat juga berkenalan dengan Murut Nabai dan Murut Serudong.
Saya belum pernah ke rumah orang Murut. Syukurlah kerana pada dua pesta Kaamatan yang lau, saya sempat mengunjungi rumah orang Murut di KDCA dan melihat pengunjung menari dan meloncat di atas lansaran. Gambar ini sebenarnya diambil oleh seorang jurugambar terkenal, Tommy Chang. Ketika berkunjung ke pejabat KDCA, saya sempat membeli beberapa keping poskad, gambar lama yang diambil sewaktu mula-mula KDCA lebih dua puluh tahun yang lalu.

Di Tenom, ada rumah kebudayaan Murut, ada pestanya.Mungkin sewaktu-waktu kita boleh berkunjung ke daerah Tenom, untuk melihat betapa unik dan istimewanya budaya Murut, satu sukubangsa yang berani melawan penjajah. Pernah baca Peristiwa Rundum, yang terjadi sekitar tahun 1915. Pernah dengar nama Antanom? Barangkali dengan mengenal dan berkunjung ke daerah ini, kita dapat merungkai sedikit sebanyak keistimewaan suku bangsa murut ini.





Kawankawanku dari etnik Rungus

Saudara Raymond Majumah (Mohd.Azlan Shafie), seorang pendidik dan sahabat saya ini mungkin merupakan antara orang Rungus yang paling terkenal di negeri ini, di luar arena politik. Beliau seorang penulis yang pernah menghasilkan beberapa buah buku puisi, cerpen dan tidak ketinggalan budaya Rungus juga. Raymond pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah beberapa kali, kalau saya tak silap. Bagi saya beliaulah antara orang yang bertanggungjawab memperkenalkan etnik Rungus ke dunia luar.
Tetapi orang Rungus yang pertama saya kenali ialah saudara Mosungku Lumigang, rakan satu kursus PBSM Peringkat Negeri di SMK Peter Mojuntin Penampang tahun 1984. Itulah pertama kali saya berjumpa orang Rungus. Tetapi Sebenarnya waktu kecil dulu, memang ramai keluarga dari Rungus yang selalu datang ke rumah di KB untuk maginakan. Bila hari raya tiba, hari raya aidilfitri atau adil adha mereka ke rumah. Orang Iranun pula akan ke kampung mereka, bila tiba musim menuai atau musim buah.Begitulah hubungan timbal balik itu berlaku antara orang Iranun dan orang Rungus.Unik sekali.
Sebenarnya ramai juga orang Rungus yang saya kenali tapi tak ingat nama mereka. Kini sudah ramai orang Rungus yang jadi profesional. Malah ramai juga yang berjaya dalam politik. Antaranya saudara Jelani Hamdan, peguam terkenal. Wetrom Bahanda, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Jornah Mozihim, mantan Pembantu Menteri, Sarapin Magana, ADUN Matunggong dan ramai lagi yang tak dapat disebutkan namanya.
Di pejabat kami juga, ada rakan Rungus yang baik, banyak pengetahuan, banyak idea dan ramah. Kami panggil dia Alex.
Orang-orang dari etnik Rungus memang istimewa dan mereka juga punya kebanggaan dan kelebihan tersendiri.
O maafkan saya. Saya lupa mencatat bahawa kebanyakan orang Rungus tinggal dalam daerah Matunggong, Kudat, Pitas dan sedikit di Beluran.Kebanyakan mereka petani, dan pembuat gong yang unggul selain pembuat manik yang teliti.
photo credit Tommy Chang

Cerita mengenai seorang kawan







Ingatan paling tragis ialah apabila seorang rakan meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya pada tahun 1985. Pemergian gadis cantik itu, tak perlulah disebut namanya, membuat hati sedih.Kami agak akrab dan pernah berutus surat sewaktu di bangku sekolah. Tapi kemudian surat tak berbalas, dalam hati tertanya-tanya. Hanya beberapa tahun kemudian, barulah saya mengetahui bahawa dia meninggal kerana kemalangan dalam perjalanan ke Kudat.

Saya ingat betul dia orang Tuaran, dari suku kaum Lotud. Dusun Lotud punya hubungan istimewa dengan nenek moyang kami. Khabarnya, apabila Datu Sa Pualas kahwin dengan gadis Lotud ketika mula sampai ke Borneo pada pertengahan abad ke-18. Datu Sa Pualas melahirkan Abdul Raup (Duraup) dan Embo' Zarah. Keturunannya tersebar di seluruh Timbang Dayang, Labuan, Taun Gusi, Peladok, Rudang dan sebagainya. Juga di Rampayan, juga di Bubung (Tamau) dan Tapukan dan lain-lain.

Menurut cerita, nenek kami itu orang Lotud. Maka hasrat untuk mengetahui dan mengenali budaya Lotud begitu besar.
Ramai kawan saya juga dari etnik Lotud. Antaranya Diwod Liling @ Edward. Beliau pengkaji bahasa dan budaya Lotud yang menyimpan banyak cerita dan tak pernah letih.
Lalu saya teringat rakan-rakan seperti Julia Unggai, penulis yang telah menghasilkan beberapa buah novel. Sarjana Pskilogi yang kini berada di Amerika. Saya ingat nama tempatnya tapi tak ingat ejaannya massasuchet??
Ramai juga rakan lain dari etnik Lotud yang saya kenal, Johary, Endra, tentu sekali Datuk Kalakau, Wilfred Mojilip Bumburing, Madius Tangau dan ramai lagi.
Sebenarnya banyak yang boleh ditulis mengenai sukubangsa ini. Maafkan saya.Saya menulis hanya kerana teringat kawan lama.

Tambunan menyimpan sejarah

Apa yang mengingatkan anda kepada Tambunan? Tambunan menyimpan banyak sejarahnya, disinilah Datu Paduka Mat Salleh mempertahankan diri dari serangan orang putih. Pahlawan Sabah itu dikepung oleh penjajah selama berhari-hari.
Di Kota inilah juga terletaknya memorial Paduka Mat Salleh. Anda boleh mengunjunginya bila-bila masa jika mahu memperdalam pemahaman terhadap sejarah negeri ini.
Tetapi dalam gambar ini, gambar yang dirakamkan Tommy Chang menunjukkan gadis Dusun Tambunan bergambar di hadapan rumah tradisi mereka.

Thursday, August 20, 2009

Pagi ini sepatutnya ke Pulau Gaya

i-Sepatutnya ke Pulau Gaya awal pagi tapi bangun agak terlambat. Kemudian keburu mandi, tapi Likas seperti kekurangan air.Nasib baik ada air sebaldi, dapatlah berus gigi dan membasahkan badan.

ii-Hari bermula seperti biasa tetapi di dalam hati agak kecewa. Syukurlah kerana sempat juga bercakap dengan Imam Ghani dan mohon maaf kepadanya kerana tidak dapat ikut serta. Tahun ini, rasanya ini kali pertama terbangun agak kesiangan.Tahun lalu, pernah juga berlaku, sekali waktu ketika ada program di Kota Marudu.

iii-Mulanya agak gembira apabila Sarah Balabagan menyambut tangan persahabatan. Ingat lagi dia siapa? 15 tahun lalu di Emiriah Arab Bersatu, seorang gadis dari Mindanao, hampir ditembak mati di hadapan skuad penembak selepas didapati bersalah menikam majikannya.

Majikannya orang Arab itu, cuba merogolnya tetapi Sarah dapat membunuhnya. Kemudian oleh Mahkamah, Sarah dihukum mati. Dunia Islam campur tangan dan seluruh dunia mengutuk hukuman itu. Sarah akhirnya dilepaskan. Selepas kembali ke Filipina, khabarnya kisah hidupnya difilemkan. Kini Sarah sudah berusia 30 tahun. Yang mengejutkan saya dan membuat hati tertanya ialah apabila diberitahu Sarah Balabagan kini masih berada di Amerika dan memilih jalan arah golgota.

iv- Hari ini terjumpa beberapa handai taulan, dan kami sempat makan pisang goreng di Kedai KakTini. Bercerita mengenai program sastera dengan cikgu Ramlie dan JM, juga banyak mendatangkan banyak manfaat.

v- Tadi terjumpa dengan saudara Masruh Siadik, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu isun-isun. Beliau teringin untuk ikut Sayembara Deklamasi Puisi tapi sayembara itu baru saja berlalu. Masruh sedia menyanyikan lagu puisi dan ada puisi yang telah digubah menjadi lagu.Teringin juga dia dijemput untuk menyanyikan lagu puisi.

vi- Hujan lebat di ibu kota. Kalau berlarutan sejam dua jam lagi, sudah pasti banjir akan melanda. Hujan yang turun bagaikan mutiara, kata arwah Sudirman dalam lagunya. Hujan yang turun bersama airmata, saya teringat rangkap kedua lagu itu.

vii- Hari Sabtu kita mula berpuasa. Orang pertama yang menghantar SMS selamat berpuasa tahun ini ialah YB Haji Mohd.Arifin Arif, Adun Membakut. Beliau seorang penulis, juga kawan lama. Orang kedua ialah Cikgu Lim Yew Yak, kawan dari Melaka. Pa' Min pula memilih facebook untuk menghantar salam Ramadhan. Kini sebentar-bentar menekan perkataan membalas ucapan selamat berpuasa. Semoga Ramadhan tahun lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Monday, August 17, 2009

Tobad-tobad, masihkah ada dalam budaya Iranun

Bayuk, kata Pinjaman Hassin, adalah puisi Iranun. Terkandung di dalamnya diguani, sambirungan, tinubau, tobad-tobad, pananaruen dan sebagainya. Saya mengulangi pertanyaan itu ketika kami minum petang di Tingkat Enam Wisma Merdeka, bersama saudara Laliman. Ada beberapa perkara juga yang sempat saya tanyakan mengenai budaya dan sejarah Iranun. Saya teringat mengenai banyak jenis puisi Iranun yang tak sempat dirakamkan. Antaranya tobad-tobad. Kemahiran berpuisi sebenarnya dikuasai oleh mereka yang mahir berbahasa. Saya cuba mencari contoh tobad-tobad.Mujurlah saya terjumpa satu puisi tobad-tobad dari www.Maranao.Com tetapi dalam bahasa Maranao, yang mengikut ahli-ahli linguistik erat kaitannya dengan bahasa Iranun di Sabah dan mengikut pakar bahasa yang lain, bahasa Maranao memang berasal dari bahasa Iranun.

Inengkaan so betad
na pamakotan so amal .

sa kapapantagan aya
ka palapun ka marinaw,

ka ba amayka sulugan
a da a sorongantaon

ka miyaoma so pasad
a diyandi pidsanaan

i nyawa gosi badan
sa kapengganata iran,

ka sa di matao-tao
na mitaloga ko karang

a ramig maling sa baya
na kakaporan iyan bo,

na sapman sa malimon
a di mabimban a sonor

ko donya piparasan
a inged pipandaraan,

na aya makambagian
ko pangkatan a maporo

ko inged a samporna
a da mapukuno ron,

ka ron so kapakadaya
a lalayonon so sonor.

Satu lagi bayuk tobad-tobad oleh Alim Hassanor bin Maka Alapa

Ba den pakaomayag

so rangiran o dansoli


a pamomolan sa ripag,
ka temegan bo o musim

a maarogan mrorang,
a mabebedto niyan

a inengka ka madaman
ka giyai so doniya

a tampat o barandiya
a di bo kakal a inged

na aden a Katolosan
a aya kambalinganan
o sakaliyan a alam."

dupang u maungangen

Sungguh!. Sukar bagi saya menterjemahkan kata-kata dalam bayuk Iranun ini. Dupang u maungangen. Dupang maksudnya orang yang dungu, bodoh, orang yang `lalung atau gila', kurang fikiran manakala maungangen ertinya, pintar, pandai, bijaksana, cendikiawan dan sebagainya. Dupang u maungangen, mungkin bermaksud bodoh dalam cendikia.
Orang-orang tua kita dahulu memang terdiri daripada pemikir dan bijak pandai. Mereka fasih mendeskripsi satu keadaan atau situasi dalam satu bayuk, yang kalau kita fikirkan dengan mendalam membawa banyak istimbat dan pengajaran.

Dupang u maungangen. Apakah yang dimaksudkan oleh orang-orang tua kita bila mereka berkata dupang u maungangen. Mari kita perhatikan salah satu bayuk yang berbunyi,
lumalabu' su kapal,
sa di' laud di' kilid,
da' ,man agkabarantanan,
puku' ku jurubasa
dupang u maungangen.

-informan OKK Haji Masrin Haji Hassin.

Terjemahan bebasnya berbunyi,
Kapal yang berlabuh
bukan di samudera, tidak juga di tepian
tak ada tempat tertentu
berpunca dari juru bahasa,
bodoh dalam cendikia

-terjemahan Mabulmaddin Haji Shaiddin.

Bayangkan satu keadaan dimana dalam satu pelayaran , sebuah kapal terpaksa berlabuh di satu tempat yang tidak jelas dimana tempatnya, tidak tahu sama ada di tengah samudera atau di pinggir pantai mana, hanya kerana kesilapan juru bahasa, yang bodoh dalam cendikia?

Puisi-puisi klasik kita, iaitu bayuk, memiliki khazanah kata Iranun yang kaya. Itulah sebabnya bahasa ini digelar `walu a magatag atag'., kerana satu benda boleh diungkapkan dalam banyak kata.

Sunday, August 16, 2009

Kerisauan isteri saya

"Kenapa lagi abang ikut kursus tu?". Itulah kata-kata isteri saya apabila diberitahu bahawa saya mengikuti Kursus Kewartawanan di pejabat untuk mengulang dan menyegarkan semula olmu kewartawanan yang pernah dipelajari dulu.
Saya katakan bahawa kami dimestikan untuk menghadiri kursus, kecuali kalau ada tugasan atau program yang perlu dibuat liputan.
Keberatan isteri saya itu sebenarnya bukan kerana saya mengikuti kursus itu, tetapi lebih kerana dia dihinggapi rasa bimbang dan khuatir setelah mengetahui bahawa penceramah yang membimbing kami ialah orang putih dari London.
Pada pendapatnya semua orang putih yang datang melancong ke negara ini memiliki potensi untuk menyebarkan influenza H1N1.
"Jangan dekat-dekat dengan dia.Pakai mask," katanya mengingatkan, kalau tidak tak payah ikut kursus tu.
Saya katakan padanya kursus itu penting untuk menambahkan ilmu. Kenapa tak ada orang Malaysia kah yang boleh dijemput beri ceramah, kenapa mesti orang putih,tanyanya. Saya tidak menjawab kerana tahu apa yang dia risaukan sebenarnya ialah takutkan orang putih itu.

Banyak juga pelajaran yang dapat dipetik dari kursus itu. Saya berasa agak gembira tetapi kerana dua hari sudah saya terlepas kerana terpaksa bertugas, maka saya tidak layak mendapat sijil kehadiran. Itupun tak apalah. Pada hari ketujuh saya hadir untuk mengikuti kursus itu lagi.
Entah kenapa pula pagi itu saya terbatuk kecil. Saya lihat orang putih itu menjeling saya. Saya dapat rasakan kerisauannya melihat saya terbatuk itu. Saya faham perasaannya tak menentu melihat saya. Saya tak mahu menjadikannya serba salah.
Mujurlah, saya terselamat dari situasi itu, apabila boss memanggil saya menanyakan sesuatu. Saya terus keluar dan beredar.

Hari ini saya mendapat SMS dari Haji Salim, rakan dari RTM. Beliau memforwardkan sms dari Haji Sairin mengenai petua Dr Anasufiza. Mangsa H1N1 semakin bertambah, katanya dan kita kena serius mencegah. Antibodi badan mesti kuat.Makan bawang putih, kurma , madu dan minuman harian yang beralkali sebanyak mungkin untuk antibodi yang terbaik mencegah penularan ini. Sebarkan mesej ini kepada yang tersayang, katanya.

Saya teringat blog http://myadha.blogspot.com mengenai wabak selesema itu dan langkah mencegahnya.

WABAK SELESEMA BABI INFLUENZA A (H1N1)
Penularan wabak Influenza A kian meningkat dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu mengetahui etika ketika batuk.

Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
Melalui cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang lain turut dijangkiti.
Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus menular.
Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak.
Kemungkinan juga berlaku kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda positif kepada wabak ini.
Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan, cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)http://www.moh.gov.my/03-88810200 / 03-88810300

Thursday, August 13, 2009

Mengenang seorang sahabat, setelah lima tahun dia pergi

Pertemuan kami yang pertama berlaku di Sandakan, pada satu hari di bulan Disember 1986. Saya masih seorang anak muda dengan jiwa yang menggelora dan penghujah ketika itu. Mungkin juga seorang pemberani kerana dalam usia yang baru meningkat 17 tahun dan baru pertama kali pula menyertai acara sebesar itu `Perkampungan Sasterawan 1986', saya sering berada di depan mikrofon untuk menghujah pendapat pembentang kertas kerja, yang kebanyakannya daripada golongan cendikiawan dan penulis terkemuka.

Saya juga tidak menolak apabila diminta membaca puisi di halaman rumah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Kamarudin Lingham, di hadapan para profesor, pensyarah, sasterawan dan penulis kawakan dan terkenal.
Di antara tokoh yang hadir pada malam itu, terdapat seorang penulis, seorang pemimpin pergerakan kesusasteraan dan kebahasaan yang terkenal dari Pantai Timur Sabah bernama Datu Bandira.Dialah orang yang saya caricari ketika itu. Yang saya selalu dengar hanya namanya, dan belum lagi bertemu dengan orangnya.Datu Bandira, bagi saya ketika itu sungguh satu nama yang luar biasa.Beliau datang dari arah Pantai Timur kerana pada masa itu, beliau merupakan Pengerusi Badan Bahasa Tawau dan datang dengan rombongan yang besar dari bandar yang sinonim dengan tanaman koko pada tahun-tahun 80-an itu. . Ketika itu Datu Bandira Datu Alang bertugas sebagai seorang pegawai turus di Felda Sabah, yang beribu pejabat di Tawau.Orang ini lah yang kemudian menjadi mentor dan rakan saya yang paling akrab dalam bidang penulisan dan penyelidikan kebudayaan khususnya dalam budaya Iranun.

Kami berkongsi minat yang sama. Tetapi saya banyak mengikuti perkembangannya dalam bidang penulisan terutamanya apabila pada waktu itu timbul polemik mengenai sukubangsa Iranun di suratkhabar. Saya suka membaca perdebatan dalam akhbar itu, biarpun masing-masing penulis Datu Bandira Al Sabah dan BHSM punya kebenaran dan hujahnya yang tersendiri mengenai bangsa Iranun. Tapi saya suka dan kepada saya, ia menimbulkan minat dan dorongan yang begitu kuat untuk menulis. Ada juga polemik antara Datu Bandira dengan Khalid al Walid dalam akhbar watan. Cukup menarik untuk diikuti dengan sebagai anak muda ketika itu, hati saya terpaut untuk menjadi seorang penulis.
Ketika bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa dan Sastera di DBP Sabah, beliau telah menyelidiki khazanah budaya Iranun dan merakamnya, sebahagiannya kemudian diterbitkan dalam bentuk buku dan kertas kerja, makalah yang dibentangkan di seminar-seminar sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Dunia penyelidikanlah yang membuat kami akrab. Disamping Alkesah Bidin, Ladim Haji Abdul Rahman dan lain-lain yang turut membantu kerja-kerja penyelidikan, saya juga pada waktu itu giat masuk kampung keluar kampung untuk membuat penyelidikan guna untuk melengkapkan kajian mengenai budaya dan bahasa Iranun yang sampai sekarang belum selesai-selesai.

Rasanya penyelidikan itu tak akan selesai lagi kerana lima tahun lalu,Datu Bandira terlalu cepat pergi meninggalkan kita. Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan pada awal bulan Ogos 2004 di Tawau.Saya kebetulan berada di Tawau ketika itu. Dan rasamacam tak percaya apabila membaca pesanan sistem mesej singkat yang dikirimkan oleh beberapa orang rakan seawal jam 5.22 pagi. Kejadian itu berlaku diKilometer 22 (batu 15) kira-kira jam 1.20 pagi. Tempat kejadian itu benar-benar di sebelah jalan Kedai Runcit Ramai Ria.Ketika itu menurut pemandu, hujan renyai-renyai dan jalanan licin. Mereka baru selesai menghadiri satu mesyuarat di Bukit Garam Kinabatangan.Terpaksa balik malam itu juga kerana isteri arwah,Puan Natrah terpaksa berangkat ke Kuching untukmenghadiri kursus sementara Allahyarham dijadual merasmikan majlis di sebuah tadika PASTI di Tawau.Tiba di Batu 15, Kereta SR double cab yang dipandu oleh pakcik Norbin tiba-tiba gagal dikawal dan melanggar penghadang di tepi jalan. Pemandunya tidak mendapat kecederaan manakala seorang lagi rakannya,Disham Yadash yang duduk di hadapan patah kaki kanan.Allahyarham bersama-sama anak lelakinya duduk dibahagian belakang. Anaknya, Nizamuddin 6 tahun, terhumban keluar dan hanya cedera di bahagian kepala manakala Arwah terhimpit oleh kereta yang terbalik dan meninggal di tempat kejadian.

Saya betul-betul merasa kehilangan. Bukan saja kehilangan seorang sahabat, malah guru, mentor dan tokoh yang banyak menyumbangkan dedikasi terhadap bidang penyelidikan sejarah, bahasa Melayu dan sebagainya. Padahal kira-kira seminggu sebelum itu,kami sempat berbincang untuk menyusun KamusIranun-Melayu.Beliau juga berkira-kira untuk mengajak rakan-rakannya menyiapkan kamus Iranun-Melayu-Arab.

Saya (ditemani isteri dan anak) turut sama bersama-sama yang lain berada di Lapangan TerbangTawau untuk menghantar jenazah balik ke KK dengan penerbangan MAS jam 2.55 petang.

Saya sempat meninjau tempat kejadian dalam perjalananpulang. Tempat itu, menurut orang-orang yang tinggal di sekitarnya, merupakan satu tempat yang sering terjadi kemalangan. Jalannya menurun. "Hati-hati disini diantara batu 14-hingga batu 16 kerana di sini selalu terjadi kemalangan" kata orang kampung di sana.

Di lapangan terbang Kota Kinabalu rakan-rakan Allahyarham berkumpul di lapangan terbang Kota Kinabalu.Rakan-rakan dari segenap bidang: daripada tokoh penulis hinggalah tokoh politik, antaranya YB Datuk Abdul Ghapur Salleh, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, ahli-ahli PAS, KEADILAN, UMNO dan para penulis termasuk Pengarah DBP Cawangan Sabah.

"Sebutir bintang lagi meninggalkan kita.Saya secara peribadi melihatnyasebagai seorang tokoh budaya dan sejarah berbanding sebagai tokohpolitik yang dikenali dengan sifatnya yang kritis tetapi sentiasa membina pemikiran kita. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," tulis Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah, Sukor Haji Usin.Ketika itu, allahyarham Datu Bandira merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Sebelum menjadi pemimpin PAS di negeri ini, Allahyarham merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tawau, malah pernah bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Di Kota Belud tetapi tidak berjaya.Dari Tawau beliau berpindah kerja ke SAFMA sebagai Pengurus Sumber Manusia, hingga jawatan terakhinya sebagai Pengurus Besar SAFMA. Selepas itu, beliau menceburkan diri dalam bidang politik dan bertanding sebagai Calon PAS Tempasuk. Walaupun tewas, semangatnya dalam perjuangan terus membara.Dalam kegiatan berpersatuan, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bumiputera Iranun Sabah (PISBA) dan pada zamannya, PISBA begitu aktif.Beliau juga mengilhami tertubuhnya Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA).Kegiatannya juga pelbagai. Beliau turut aktif dalam bidang sukan dan setiasa memberikan galakan dan rangsangan dalam bidang bolasepak khususnya kepada belia.Kerana jasanya dalam usaha pengembangan bahasa Melayu, beliau telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat dari Sto Nino University, di Mindanao. Beliau juga mengikuti pengajian dari Al Manaf International University, yang berpusat di Lousiana, Amerika sehingga mendapat PhD.Biarpun sudah lima tahun berlalu, jasa dan bakti beliau terhadap suku bangsa Iranun, terhadap bahasa Melayu, terhadap perjuangan bangsa, membawa makna yang besar kepada kelangsungan survival bangsa.

Semoga rohnya dicucurkan rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah

Bertanya khabar Haji Ismaily

Sampai sekarang saya masih menganggap Haji Ismaily Bongsu sebagai antara deklamator puisi yang terbaik di negeri ini. Mantan Pengelola Kebudayaan Negeri ini adalah seniman yang vokal, baik melalui puisi-puisi yang dibacakannya, cerpen-cerpen yang digarapnya malah melalui rencana yang ditulisnya. Karyanya selalu penuh kontroversi dan selalu membuka cakerawala pemikiran kita. Ismaily pernah menuntut di YS-ITM (kini UiTM) dan pernah melanjutkan pelajaran di Jakarta, dan pernah membacakan puisi-puisinya di Taman Ismail Marzuki (TIM). Ismaily merupakan tokoh yang tidak asing lagi tetapi peranannya dan sumbangan terhadap aktiviti pengembangan sastera dan seni tidak boleh dinafikan lagi. Gaya baca puisinya menjadi ikutan dan
Haji Ismaily merupakan seorang ikon dalam sastera kita. Sayangnya setelah memilih untuk berkecimpung dalam dunia politik, kegiatannya sebagai seniman agak terhalang oleh kesibukan.
Lama tidak bertemu beliau. Lama tidak bertemu. Agaknya apa karya terbaru yang sedang dihasilkannya?

Pelajar SMK Tobobon sekolah pertama miliki TPI










870 PELAJAR SERTAI LATIHAN PRAKTIKAL DI SMK TOBOBON

KOTA KINABALU: Seramai 870 pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima SMK Tobobon menjalani Latihan Praktikal Pengurusan Jenazah, Sembelihan Ibadah Haji dan Umrah yang dilaksanakan secara berperingkat di sekolah itu bermula 8 Julai hingga 22 Ogos ini.
Pengetua Sekolah, Puan Zarida Haji Junaidi berkata para pelajar itu diberi bimbingan secara praktikal mengenai pengurusan jenazah, kaedah sembelihan dan ibadah haji dalam Latihan Praktikal yang dijalankan di Taman Pendidikan Islam SMK Tobobon.
Katanya, latihan itu terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah, sembilan dan ibadah haji.
Menurutnya, pelajar tingkatan tiga dibimbing dalam pengurusan jenazah, pelajar tingkatan empat dibimbing dalam praktikal sembelihan manakala pelajar Tingkatan Lima dimbing cara-cara menunaikan ibadah haji.
Antara objektif program itu ialah melatih pelajar memberi kerjasama dalam masyarakat, memberi kesedaran tentang fardhu kifayah dalam pengurusan jenazah, membimbing pelajar untuk saling tolong menolong dan berkhidmat secara sukarela.
Latihan praktikal itu dijalankan di Taman Pendidikan Islam SMK Tobobon, iaitu satu-satunya taman seumpamanya yang dibina untuk memberi informasi dan maklumat mengenai sejarah Islam, cara-cara menunaikan ibadah haji secara praktikal , pengurusan fardhu kifayah dan sebagainya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Penyelaras Taman Pendidikan Islam SMK Tobobon, Ustazah Hajah Sitti Marwani Rahman, Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Tobobon, Ustazah Haflah Yusof dan pembimbing, Ustaz Haji Embok Raub Daeng Paleteh, mntan Guru Pendidikan Islam SMK Bandaraya.



LATIHAN PRAKTIKAL...Pelajar SMK Tobobon yang menjalani latihan praktikal ibadah haji bergambar bersama Pengetua Puan Zarida Haji Junaidi berlatar replika kaabah yang dibina di Taman Pendidikan Islam di sekolah itu.

Di depan lukisan Cikgu Awang












Cikgu Awang, atau nama sebenarnya Awang Abdul Hamid adalah seniman yang tidak henti-hentinya merakam denyut nadi bangsanya, sama ada melalui tulisan, teater malah dalam seni lukis. Selama ini, dunia sastera mengenalnya sebagai Pena Ahad. Beliau telah menghasilkan berpuluh-puluh buah cerpen, juga sajak sejak tahun-tahun 70-an lagi.
Dalam dunia seni lukis, cikgu Awang melukiskan kisah suka duka nelayan mengkabong, yang sebahagian hidup mereka bergantung kepada pasang surut air, juga orang yang mengambil air sungai untuk kegunaan harian nun jauh di Pitas. Cikgu Awang telah melakar sejarah, bukan saja kepada dirinya sendiri malah untuk seniman pelukis di negeri ini apabila menjadi pelukis yang pertama membuat pameran di Imperial International Hotel di Kota Kinabalu.
Sebahagian jualan lukisan itu, kata cikgu Awang didermakan kepada Rumah Kebajikan .

Tuesday, August 11, 2009

Pakkamase, satu sebutan banyak maknanya







Pada mulanya, saya fikir namanya Pakkamase. "Bukan, itu nama syarikat," katanya sambil memperlahankan teksinya kerana kami sudah hampir sampai di Restoran Sri Pelangi, berdekatan Kompleks Karamunsing.
Apa maksud `pakkamase' itu?. Katanya, pakkamase adalah satu perkataan dalam bahasa Bugis bone yang boleh membawa pelbagai maksud antara `bertukar fikiran, saling menyayangi, silaturrahim, tolong menolong, bantu membantu, bertimbang rasa, toleransi dan sebagainya".
Satu sebutan banyak maknanya, kata Dullah Bache, pemandu teksi yang sudah lama terbabit dalam sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu.
Tidak lama selepas kami sampai, Datuk Haji Osman Jamal tiba untuk merasmikan mesyuarat pertama Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Rumpun Melayu Kota Kinabalu, atas kapasitinya sebagai penasihat persatuan itu.
Tapi sebelum itu kami menikmati makan malam terlebih dahulu. Kelihatan Datuk Haji Osman Jamal makan dengan berselera kerana makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisi bugis.
Apatahlagi, beliau baru balik dari lawatan di China dan sudah tiga hari asyik makan roti dan tidak berpeluang makan nasi di sana.
Banyaklah cerita mengenai lawatannya ke China, mengenai makanan tradisi, mengenai Jusuf Kalla yang tewas dalam pemilihan presiden di Indonesia dan juga mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak yang khabarnya masih keturunan Sultan Goa, Sultan Abdul Aziz yang ke-14.
Demi mengetahui bahawa saya berasal dari Kota Belud, Haji Osma bercerita bahawa dahulu ada seorang bangsawan Bugis yang terdampar di perairan Kota Belud setelah kapalnya pecah.
"Namanya Pattalena. Orang di sana memanggilnya Embo Lena, yang bersaudara dengan Embo Alis?."
Setelah kapalnya pecahnya, Pattalena mudik ke muara sungai Labuan, dan kahwin dengan gadis tempatan. Menurut Datuk Osman Jamal, salah satu keturunan mereka ialah nenek moyang Matlan Marjan, katanya. Peristiwa itu berlaku sekitar tahun 1837 iaitu sekitar kedatangan lima bersaudara, Daing Parani, daing Manambun dan lain-lain ke semenanjung tanah Melayu.
Malah sampai sekarang, ada pokok mangga besar yang tumbuh dekat tepi jalan di Kampung Labuan itu, pokok mangga besar itu datangnya dari tanah bugis, dan bibitnya itu di bawa oleh Pattalena atau Embo Lena itu.

Menarik sekali kisah yang dituturkan oleh Datuk Haji Osman Jamal itu. Kisah yang perlu dikaji dan diteliti sejauh mana kebenarannya dari segi sejarah. Para pengkaji sejarah perlu menyelidiki cerita sejarah ini.

Dalam ucapannya selepas itu, Osman Jamal menyifatkan bahawa peristiwa itu bersejarah dan bermakna.

Beliau memuji usaha yang diketuai oleh Haji Andi Mapiasse kerana menubuhkan persatuan itu pada tahun lalu untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan pemandu teksi rumpun Melayu di ibu kota.

Penubuhan persatuan itu sudah tentulah dapat meningkatkan imej industri pengangkutan awam di negeri ini.

"Teksi amat penting dari dahulu hingga sekarang.Teksi menghubungkan antara satu sama lain, mendekatkan yang jauh. Teksi begitu dekat dengan manusia ," katanya.

Sambil itu tidak lupa juga beliau memuji pengusaha restoran Haji Bacho kada kerana menyediakan juadah yang `saya suka dari kecil', katanya. Ada ayam liko, ada kepala ikan, ada kuih muih, dan kita harus bangga dengan nenek moyang kita.

Usaha menyatupadukan pengusaha dan pemandu teksi Rumpun Melayu ini adalah satu usaha yang murni.
Haji Osman mengingatkan supaya mutu perkhidmatan teksi ditingkatkan lagi.
"Mutu bukan bermaksud pengusaha teksi harus menukar kepada kereta baru. Maksud mutu ialah kebersihan, cara kita berinteraksi dengan penumpang, malah memberi informasi kepada penumpang, itupun di sebut mutu.
"Kita harus menjadi teksi yang bermaklumat. Jika penumpang beragama Islam, tunjukkan dia dimana Masjid.Kalau Kristian, tunjukkan dimana gereja.Kita juga boleh memberi informasi mengenai tempat membeli belah yang murah dan sebagainya.
Jadilah kita masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, memasarkan kecantikan negeri sabah dan pada masa yang sama membantu negara.
"Kita haruslah menjaga nama negeri dengan baik. Oleh kerana itu, kita harus bersopan santun. Kalau ada barang penumpang yang tertinggal, pastikan ia tidak hilang dan dipulangkan kepada pemiliknya," katanya. "Saya percaya, kata nenek saya, rezeki kita akan bertambah, jika hati kita jernih antara sesama kita.
Entah kenapa pula malam itu hujan turun dengan lebat.Pemandu dan pengusaha teksi menamakannya sebagai rahmat. Dalam mesyuarat pertama itu Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Rumpun Melayu Kota Kinabalu, Haji Ambo Tou Haji Mapiasse dipilih sebagai Pengerusi , Dullah Bache (Timbalan Pengerusi), Erwandy Rani (setiuasaha) Haji Abd.Kadir Arpah (Timbalan Setiausaha), Bendahari Mohd Hading Bombang, Penolong Bendahari jaiman Abd Samat. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Abd.Lali Abah, Haji Basri Haji Kasau, Saripudin Hasan, M Ikhwan Anasrudin, Baharudin Abd.Aziz, Talib Bandog dan Sabturani Maddasi.
Mesyuarat itu berjalan dengan lancar. Ahli -ahli persatuan menyatakan komitmen untuk sama -sama membantu menjayakan matlamat persatuan membela nasib pengusaha dan pemandu teksi di sekitar ibu negeri. Barangkali semua ini disimpulkan dalam satu sebutan yang banyak maknanya. `Pakkamase".

Monday, August 10, 2009

"Not much to know about me," kata Pak Min

Saya mungkin antara orang yang paling gembira mendengar Pak Amin kembali aktif sebagai bloggers setelah sekian lama tidak menulis. Beliau hadir melalui blog http://pandikaramin.blogspot.com yang merupakan blog terbaru beliau. Saya kira beliau antara orang yang awal terbabit dalam dunia blog melalui blognya http://pakamin89.blogspot.com
yang sayangnya tidak lagi aktif.Blog itu merakam kegiatannya sepanjang menjadi pejuang bahasa ibunda di peringkat antarabangsa dan sekitar kegiatannya sebagai Naib Presiden Parlimen Komanwel dan sebagainya. Tetapi kehadirannya dalam blog yang terbaru ini, amat bermanfaat terutamanya jika kita menelusuri kegiatan dan programnya sebagai speaker parlimen Malaysia.

Siapakah Pak Min? Beliau menulis begini ""Not much to know about me. I was born in a poor family in a remote kampung in the District of Kota Belud, Sabah in 1955. I still go back to that kampung almost every week end. I have a kampung upbringing and mentality tempered with a good education in Egland. I know the feeling of being poor and being well off. I also know the feeling of being in the minority living with the majority as I was born in an Iranun community which is about 25 thousand out of 27 million of Malaysian. Certainly I know how its feel to be in the majority as I am a member of UMNO the biggest political party in Malaysia. I can eat any type of food so long as it is halal. I can live in any remote setting and in any busiest city in the world. I have led a political party (BN component) as a president and upon disolving that party on my on accord I joined UMNO as an ordinary member. I have been in the opposition side of politics and I have been in the government both state and federal levels. I have been a backbencher, minister as well as a Speaker of a State Assembly. I was a already a State Assemblyman at the age of 27. Now I am the Speaker of Malaysian House of Representatives. I wish to be called as Pa'Min."

Suara hati mewakili suara yang terpendam

Seorang lagi rakan blogger yang memperkenalkan blognya sebagai Suara Hati hadir di alam cyber ini, mulai kelmarin. kalau tidak silap saya, beliau seorang penulis, seorang guru, seorang kaunselor, sekaligus seorang pemberita di daerah kelahirannya. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah beberapa tahun yang lalu dan beberapa anugerah yang lain. Pernah menuntut di Maktab Perguruan Kent dan Institut Bahasa di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan posting dalam blognya dengan menjelaskan bahawa "Kewujudan blog suara hati ini bukan setakat suara hati dalam diri. Suara hati ini mewakili suara hati yang terpendam. Suara hati ini terilham sejak orang enggan bersuara, malu bersuara dan mungkin tak akan bersuara sampai bila-bila. Sebagai rakyat Malaysia, siapakah lagi yang perlu mewakili suara hati mereka. Suara hati ini lahir daripada orang kerdil,yang tak punya apa-apa kuasa. Hanya lidah yang tak apa-apa. Semoga suara hati ini dapat didengari dan dihayati. Suara hati ini adalah perjuangan jika dikatakan membawa mesej perjuangan,bukan sebagai paksaan.Suara hati ini sekadar lukisan sebenar terhadap sebuah kenyataan hakiki".

Saya bagi pihak diri saya sendiri mengalu-alukan kehadiran http://norawizah.blogspot.com.

Saya teringat kata-kata William Drummond yang kira-kira berbunyi "He that will not reason is a bigot.He that cannot reason is a fool.He that dares not reason is a slave". Barangkali kata-kata ini boleh diterjemahkan Orang yang tidak mahu memberikan hujan ialah orang yang berfikiran sempit.Orang yang tidak dapat memberikan hujah ialah orang yang dungu.Orang yang tidak berani memberikan hujah ialah seorang abdi".

Kepada saudara norawizah, saya ingin mengulang kata-kata Stephen Vincent Benet `we thought becauce we had power, we had wisdom" Kita berfikir kerana kita mempunyai kuasa, kita mempunyai kebijaksanaan.

Malam itu saya ke Kudat

Sehabis menulis berita kraftangan, hari sudah jam 7.00 malam. Hari Jumaat. Saya perlu ke Kudat untuk menunaikan janji dengan seorang kawan baik. Mujur masih ada kereta ke Kota Belud dan dari Kota Belud, Sabat sudah menunggu dan selepas makan, kami berangkat ke Kudat kira-kira jam 9.20 malam.
Jam 11.20 malam, kami sudah berada di Restoran Rakyat menunggu Sharif Sahar Sharif Ading, Ketua Pemuda UMNO Kudat. Kehadiran saya ke Kudat, lebih kerana sebagai seorang sahabat kerana beliau ini amat baik dengan saya.Banyak jasanya, terlebih lagi ketika satu masa, saya kebingungan mencari serunding daging di KK kerana dipesankan ibu , maka beliau yang ketika itu berada di Kota Bharu yang membeli serunding daging itu. Saya ingat kerana sempat terpusing-pusing di KK mencari serunding, sehinggakan Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas turut sama mencari serunding hingga memesan serunding dari KL dan semuanya saya kirimkan kepada ibu yang teringin makan serunding selepas menonton satu program tv.
Walaupun di ibu negeri, rakan-rakan wartawan sedang berbahagia kerana Press Nite, saya memilih ke Kudat pada malam itu. Beliau sudahpun menyediakan suite room di rest house Kudat tetapi pada malam itu, kami tidak menginap di sana kerana memilih untuk menginap di rumah brother Ma' Awin di SMK Abd.Rahim, Kudat. Kami hanya tidur ketika jam menunjukkan angka tiga pagi
Bangun keesokan harinya, kami bergegas ke Dewan Masyarakat, sempat juga singgah di gerai minum diajak rakan media Jalil Madarin dan sempatlah berborak dengan YB Bolkiah Haji Ismail, ADUN Pitas dan Harun Durabi, Naib Ketua Bahagian Kudat yang juga adik kepada penyair Juri Durabi.
Paling mengesankan juga kerana saya terjumpa seorang rakan lama, Zulkiram Asmat, yang kini menetap di kampung Pengkalan Pantai Kanibongan. Saya kira sudah 18 tahun kami tidak berjumpa, paling akhir ialah pada tahun 1991.
Sebelum pulang, kami sempat makan bersama penyair Kudat, Jair Sulai di Restoran Tanjung Puteri.
Dari Kudat, kira-kira jam 2.00 dan jam 4 lebih sedikit, saya sudah berada di Kota Belud. Kemudian diajak saudara Jalumin Bayogoh, terus ke Kota Kinabalu. Jam 5.20 hari Sabtu, itu saya sudah duduk di pejabat menulis berita.

Telefon dari Masidar

Masidar menelefon saya malam ini.Suaranya cemas."Saya berkawal siang malam bos," katanya. "Tiga hari sudah ada kebakaran hutan di Koromoko. Sudah dekat rumah saya, sekejap lagi, ia mungkin merebak ke tanah perkuburan."Semalam saya hampir pengsan mengawal api," katanya sambil terbatuk-batuk.Tapi sampai kini bantuan belum tiba.
Beliau berasa gundah kerana api tidak dapat dikawal. Sementara bantuan dari pihak berkuasa amat lambat. Tambahan lagi, kampung mereka terletak agak jauh di Tandek, di utara Sabah.
"Saya sudah lapor bomba, lapor pihak berkuasa tapi sampai sekarang mereka belum datang membantu," katanya kepada saya.
Katanya, ramai juga yang hanya mampu melihat sana kebakaran itu tanpa mereka berusaha menghalangnya.
"Saya minta bantuan kamu bos. Tulislah masalah saya supaya pihak berkuasa datang membantu.Kalau tidak, saya takut rumah kediaman kami musnah," katanya.