Friday, January 29, 2010

Kenangan Singgah di Nabalu Resort

Singgah minum di Nabalu Resort di Kundasang, tanpa disangka kami ketemu dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok yang kebetulan singgah di sana melepaskan lelah.Sebentar tadi, beliau merasmikan Projek Khidmat Sokongan Pemasaran Petani Koko dan Pelancaran Persatuan Penanam koko Ranau anjuran Lembaga Koko Malaysia di Ranau.
Pertemuan tak disengaja itu terjadi selepas Esther dihinggapi rasa ngantuk dan kemudian mengajak kami singgah menghirup kopi. Tidak berapa lama kemudian Tan Sri datang menyapa kami dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.Peluang sebegini jarang berlaku, kata Arifin yang mengakui tidak pernah bergambar dengan menteri sebelum ini.Sukar, fotografer LKM itu juga berkata kesempatan sebegitu sukar diperolehi. Kerana itu kami tidak melewatkan kesempatan bergambar itu untuk sekadar kenang-kenangan.




1 comment:

MIRWAN MUHAMMAD said...

sekali sekala boleh pergi ke sarawak...kampung muhibbah ladang 3 subis...disana banyak orang2 bugis. tapi warganegara la,,jangan plk salah faham...maju terus utk bugis..