Ahad, 28 Mac 2010

Catatan di Kampung Telaga

Tags

Sebelum ini memang saya menyimpan hasrat untuk berkunjung ke kampung Telaga Pitas, kampung leluhur nenek perempuan saya sebelah ibu yang bernama Bai Rupiah @ Piang bte Datu Tating @ Datu Ating @ Datu Taing @ Datu Mohd.Tahir. Moyang saya itu terpaksa berpindah randah kerana merupakan penentang penjajah dan kerana itu, sama seperti pejuang-pejuang lain dikenali dengan pelbagai nama.
Beliau mempunyai seorang sepupu bernama Imam Maning di Kampung Telaga itu. saya masih ingat arwah pakcik saya, Haji Rakunman menyebut nama-nama seperti Dayang saluh, dayang Talu sebagai keluarganya. Nenek saya itu, sepupu dua kali dengan Tun Mustapha, menurut cerita yang saya dengar dari orang-orang tua.
Salah seorang pakcik saya diberi nama `Maning' sempena nama Imam Maning supaya susur galur keluarganya tidak hilang.
Jika sampai ke Kampung Telaga, sebut saja nama Imam Maning dan semua orang pasti tahu, katanya.
Saya tidak pernah membayangkan akan samapi ke Telaga naik helikopter. Saya bersyukur kerana sewaktu bersembang-sembang dengan penduduk kampung , saya berkenalan dengan Abd.Gafar Ajak, penduduk kampung Telaga yang mengaku masih anak cucu Imam Maning. Beliau merupakan menantu Apa Anggar, orang Iranun dari Kota Belud, dan masih kenal ramai ipar-iparnya di KB termasuk Haji Aturan, Haji Ekin, arwah Indagan dan Rendaan.
Katanya, antara cucu Imam Maning itu ialah Abdul Rahman Haji Jainal yang duduk di sebelah saya. Saya meminta nombor telefon tetapi tidak sempat memperkenalkan diri.
Saya sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama mereka. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berkenalan dengan kaum kerabat ketika menyertai lawatan bersama Datuk Rahim Bakri ke Kanibongan dan Telaga, jauh di Pitas.

6 comments

Salam.

Saya singgah di kampung ini pada tahun 1981. Orang kampung mengatakan, (a) komuniti kampung ini pernah mengamalkan hukum sebat,(b) ada seorang wanita gagah – mampu memikul bakau besar sendirian, dan (c) dahulu ada penangkap buat di Sungai Pitas - lagi garang buaya itu, lebih mudah ditangkap. Rasanya, banyak mitos, legenda dan cerita rakyat dapat dibongkar daripada kampung ini. Usaha itu sudah dilakukan?

Wassalam.

wanita berbaju purple di belakang En Naddin itu juga merupakan cucu Imam Maning (adik Abd Rahman Hj Zainal)

Cikgu, kampung telaga sentiasa menggamit rindu apatah lagi buat cikgu yang sudah lama tidak mengunjunginya.Banyak dongengan dan lagenda di sana, kerana kampung itu sendiri wujud dalam kurun waktu yang cukup lama

Cikgu Windi, terima kasih atas info.
Saya agak teruja juga, ya bagaimana cikgu berkenalan dengannya? Bagaimanapun terima kasih.

Kembali. Suami saya orang kg Telaga juga.

Dini , kalau berkesempatan lagi ke Kg. Telaga, adik saya Sofian menetap di situ. Dia berkahwin di sana.Pasti dia boleh membantu

Saya bertugas di sini sehingga April 2011...