Friday, March 19, 2010

Catatan pertemuan dengan Kamal Ishak

Kak Ony menelefon beritahu ada kawan datang dari KL. Oleh kerana saya tak dapat keluar ke tempat yang jauh maka saya mencadangkan tempat pertemuan kami di kedai di bawah ofis.
Alangkah terkejutnya saya bila diberitahu bahawa kawan dari KL itu rupanya Kamal Ishak!.
Kenapa tak beritahu lebih awal? Rupanya Kak Ony pun baru mendapat perkhabaran dripada rakannya yang mengatakan bahawa Kamal berada di KK untuk mengendali Bengkel Penulisan Skrip Filem di UMS.
Saya sebenarnya tidak pernah bertemu Kamal sebelum ini. Tapi saya banyak mendengar namanya. Beberapa skripnya amat menarik perhatian saya, terutamanya skrip `landasan' yang antara pelakonnya yang saya ingat Rosli Rahaman.
Dalam pertemuan singkat itu, kami sempat bersembang sembang mengenai filem-filem kita jika dibandingkan dengan filem dari luar.Kita datang ke pawagam hanya semata untuk menonton filem dan tidak sampai ke tahap `membaca filem'. Penulis skrip kita juga barangkali, kurang membaca sehingga skrip yang dihasilkan agak lemah.
Kalau di Indonesa, novel seperti Laskar pelangi, seperti Ayat Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih berjaya diangkat menjadi filem yang mendapat sambutan luar biasa. Di tempat kita, jarang berlaku perkara seperti itu.Tidak banyak novel kita diangkat ke filem.
Perbincangan kami sampai ke filem-filem Iran,Children of Paradise, Film China seperti Not One Less dan ada satu lagi Road Home arahan Zhang Yi Mou, yang belum sempat saya tonton lagi.
Seorang rakan dari Semporna, Sani Haji salleh yang tiba kemudian bercerita mengenai legenda Tandawan Selamiah dan tentang pulau-pulau di Semporna.
Banyak perkara yang kami bualkan, tapi banyak yang tak sempat dibicarakan. semoga ada pertemuan lain untuk dapat berbincang mengenai filem. Filem yang berkisah tentang kehidupan.
gambar-gambar ini dirakam oleh Sdr Vigor, yang berasal dari Sri Aman sarawak dan kini menuntt dalam bidang penulisan di Sekolah Pengajian Seni UMS







2 comments:

kamalishak said...

Terima kasih atas pertemuan itu.
Saya juga mendapat munafaat dari perbualan kita. Sukar untuk saya lupa lagenda puteri salamiah yang disentuh oleh sani haji salleh.
Saya akan turun lagi ke sabah kalau ada permintaan untuk saya membuat bengkel penulisan atau pengarahan. Begitu juga di Brunei.
Salam.

kamalishak said...

Kalau ada foto-foto saya lagi, tlng
kirim lagi ya. . . tq