Thursday, April 1, 2010

Catatan perjalanan ke Ampang Hilir

Jalan-jalan ke luar kota Kuala Lumpur agak sesak petang itu. Kami terperangkap dalam gelisah resah dan perasaan stress pemandu yang sedang cuba keluar dari kemelut kesesakan lalulintas itu.
"Hari-hari beginilah Nad", kata kakak sepupu saya yang mungkin menjadi satu-satunya orang kampung Tamau Kota Belud yang memandu kereta di tengah belantara bandaraya KL pada petang itu.
"Pukul berapa janjimu dengan duta itu?"
" Sepatutnya jam 3.00, tapi saya sudah beritahu mengenai kesesakan itu dan beliau sedia menunggu".
Saya memerhati betapa teruknya kesesakan itu. Orang-orang mungkin terpaksa menghabiskan waktu berjam-jam dalam perjalanan untuk suatu destinasi.
Kakak Inai Indah merungut kecil tapi saya katakan bahawa ada hikmahnya semua itu.
"Hikmahnya ialah kami dapat bercerita lebih panjang mengenai ehwal khabar keluarga di kampung". Kebetulan Bapa Indah terpaksa pulang ke Papar kerana mamanya meninggal Isnin, kalau tidak dialah yang akan membawa saya keliling kota.
Kami sempat singgah ke SK Cochrane untuk mengambil anak-anaknya sambil itu kami bertanya-tanya dimana letaknya kedutaan Timor Leste.
Kedutaan Timor Leste, No 62 Jalan Ampang Hilir di belakang Kedutaan Mesir. Rupanya Ampang Hilir menempatkan banyak kedutaan-kedutaan asing, antaranya Oman, Nigeria, Sri Lanka dan sebagainya Selepas bertanya orang-orang, kami akhirnya menemui kedutaan itu dan berjumpa Duta Besar sambil menyerahkan artikel mengenai penyanyi Aida Belo, Menyanyi Demi Timor Leste. Dalam wawancara singkat itu, saya sempat menanyakan mengenai langkah memperkukuhkan hubungan budaya antara Malaysia dan Timor leste, peluang-peluang pelaburan, tempat-tempat menarik, persamaan bahasa dan beliau mengatakan sangat berbangga dengan sumbangan Malaysia dalam misi pengaman PBB dan sebagainya.
Selepas mengucapkan obrigado barak dan menghabiskan segelas kopi, kami pun minta diri dan beliau menghantar kami hingga ke pintu.

No comments: