Sunday, April 25, 2010

Catatan tentang kampung Penimbawan

Sebentar lagi, Kampung Penimbawan Tuaran , sebuah kampung yang terletak di atas air sejak berkurun lamanya akan bertukar imejnya. Kerajaan telah membina perumahan bagi membolehkan penduduk yang selama hidup mereka berada di kampung air untuk berpindah ke sebuah kawasan perumahan di atas bukit.
Penimbawan memang sebuah kampung yang cantik. Entah berapa pelukis yang telah menghasilkan karya berkenaan perkampungan itu.Entah berapa jurugambar yang telah mengabadikan gambar, entah berapa penyair yang menulis mengenai kampung yang dihuni masyarakat Bajau itu.
Tetapi hidup adalah perubahan perubahan. Tanpa sesuatu perubahan, kehidupan akan membeku dalam kejumudan fikiran. Hidup harus bergerak ke hadapan, tetapi masyarakat Penimbawan bergerak dari perkampungan di atas air ke perkampungan di pinggir bukit.Fantastik sekali.
Gambar ini dirakamkan dari lensa kamera kekanda Haji Salim Haji Ibrahim untuk tatapan kita bersama.
Betapa cantik.

2 comments:

HMS Ibrahim said...

terima kasih din kerana guna gambar kita dlm blogmu.

abd naddin said...

terima kasih bang. gambar yang abang rakamkan amat menarik untuk dikongsi bersama.