Sunday, April 25, 2010

Memandang Sungai Likas

Entah berapa pengembara telah menyusuri sungai Likas ini. Sejak ratusan tahun lamanya. Ipar saya, Eliyas pernah menemui syiling berusia 275 tahun, yang kemudian diserahkan kepada Muzium. Ini membuktikan bahawa pelayar, dari Asia dan Eropah pernah mudik di sungai ini.

Masalah utama yang akan dihadapi kerajaan ialah bagaimana mereka mahu menyediakan rumah-rumah yang mampu dimiliki sekiranya mereka mahu memindahkan perkampungan setinggan yang terdapat di pinggir sungai Likas.
Saya diberitahu, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris telah menyediakan pelan pembangunan Sepanggar, dan dalam pelan itu, beliau merangka perancangan pembangunan di kawasan itu.
Semoga pembangunan yang akan dilaksanakan kelak tidak akan meminggirkan masyarakat bumiputera dari arus pembangunan. Semoga mereka tidak tersingkir dan nasib mereka terus dibela dan diperjuangkan.
photo credit: Haji Salim Haji Ibrahim

No comments: