Wednesday, April 28, 2010

Saya `make-up'kan orang mati, kata wak itu

Saya terjumpa Wak itu di perempatan jalan itu.
Beliau kelihatan gembira. Dengan basikal barunya beliau berkeliling kota, "supaya sihat", katanya.
"Wah, wak nampak senang hati. Apa cerita?"
"Banyak orang mati minggu ini dik,"katanya.
"Kelmarin ada orang mati lagi," katanya kepada saya. Setiap kali orang mati, beliau mendapat rezeki.Selain diberi gaji RM600 sebulan oleh taukehnya, beliau juga diberi upah antara RM200 hingga RM300 untuk `make up' kan jenazah sebelum dimasukkan dalam keranda.
"Saya hanya membantu make up, pakaikan baju dan sebagainya," katanya. Urusan ke jirat, bukan urusan saya.
Terus terang, katanya setiap kali ada orang meninggal, beliau mendapat rezeki kerana diberi upah membersih dan memakeupkan jenazah si mati. Selain itu, kadang ia diberi kasut baru, baju baru, dan sebagainya . Basikal inipun diberikan oleh keluarga simati kepada saya, katanya.
Kalau wak pakai kasut baru atau baju baru, itu bukan wak yang beli. Sebaliknya itu orang yang beri, biasanya keluarga si mati.
"Saya suka dapat membantu orang," katanya kepada saya.
"Apa tugas-tugas yang dilakukan untuk `make-up'kan mayat" saya bertanya saja-saja kepadanya.
Tak takut?
"Dah biasa dik," katanya . "Nanti lain kali kita cerita dik," katanya sambil mengayuh basikalnya untuk pulang.
Melalui orang tua ini, saya mendapat tafsiran lain bagi kegembiraan. Dia gembira bila ada orang mati kerana dengan itu, dia mendapat upah untuk meneruskan hidupnya.

No comments: