Selasa, 27 April 2010

Teringat kata Nabi

Tags

Masih ada rasa keterharuan dalam diri saya kerana kelmarin sempat membawa seorang sahabat, yang telah dianggap seperti saudara sendiri, ke ibu pejabat USIA untuk bertemu ustaz Masduki, Ustaz Kahar dan Ustaz Suharto untuk menerangkan sesuatu mengenai Islam.
"Orang Islam yang sejati ialah apabila orang lain merasa selamat kerana dia," kata Ustaz Suharto mengutip kata Nabi. Orang Islam membuat orang lain berasa aman, katanya mengutip sebuah hadis.
Selepas itu kami ke Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk bertemu Ustaz Mohd.Akmal untuk menanyakan satu perkara mengenai hukum Islam. Saya agak terharu kerana kehadiran Ustaz Najion, Ustaz Musally dan Ustaz Ridhuan yang turut bersama kami membicarakan perkara itu.
Saya tak putusputusnya bersyukur di atas hidayah dan rahmat yang Allah S.W.T berikan. Saya teringat hadis yang dikutip Ustaz Suharto. Orang Islam yang sejati ialah membuat orang lain, tidak kira siapa, berasa aman dan selamat.

4 comments

timakasih abg nad... mudah2an kmurnian hati abg nad mbawa dia yg mendapat hidayah mendapat keberkatan..timakasihh abg nad...

abang berdoa semoga Tuhan sentiasa membukakan jalan sebaikbaiknya jalan untuknya mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat

:-) abg nad..ada puisi utk abg baca di blog pa'al...bkaitan cerita 'teringat kata nabi' abg nad.. :-)

http://penaalam.blogspot.com/2010/04/lelaki-lelaki-baik-yang-mengajar-makna.html

Mudah2an Allah memberi hidayah kpd org yang tuan bawa itu.. dan dimudahkan urusannya. allahumma amin.