Monday, May 17, 2010

Info terbaru untuk pengguna viagra

"Saya kenal orang tua itu", katanya ketika kami melintasi lorong itu.
"Orang tua yang mana?"
"Yang menjual viagra itu," katanya sambil menunjuk kepada seorang lelaki yang duduk di sudut kedai itu untuk menjual segala jenis ubat yang diperlukan oleh orang yang ghairah nafsunya luar biasa, hingga tidak dapat lagi membezakan mana yang dilarang dan mana yang dibenarkan.
"Macam mana kenal?' saya bertanya Amai Shafiq, yang memandu kereta selepasa kami menyantap ikan bakar di kedai Lilok.
Menurutnya, setiap kali ke Keningau, beliau sering dipesankan untuk membeli viagra kerana di Keningau ia dijual dengan harga RM14.00. Harga biasanya ialah RM8.00 manakala di tempat orang tua itu, ia dijual dengan harga RM4.00.
"Jadi saya menjualnya kepada mereka dengan harga RM12.00," katanya sambil memberitahu, viagra itu dikatakan boleh meningkatkan rangsangan berahi.
Saya tersenyum mendengarnya kerana tidak menjangka bagaimana Amai Shafiq begitu kreatif dan cepat menyambar peluang untuk menjual viagra kepada kenalannya yang mencari viagra.
Lain di Keningau, lain lagi di Beaufort, katanya yang membuat saya terus tertarik mencdengar ceritanya.
"Di Beaufort, ada orang menggunakan viagra untuk menegangkan leher ayam jantan," katanya.
"Biasanya jika ayam sabung diberi makan viagra, lehernya akan tegang dan kuat dan boleh memenangi pertandingan sabung ayam," katanya lagi.
"Jadi viagra bukan saja untuk menegangkan `anu' tetapi boleh juga digunakan untuk menegangkan leher ayam," katanya yang membuat saya tertawa kerana mendapat info terbaru itu.

2 comments:

Hanafiah Zulkifly said...

Manusia Sabah memang kreatif dan inovatif.Bukan viagra saja, bakakuk pun orang Sabah buat. Tempat lain mana ada. Mungkinkah kerajaan membina kilang senapang patah di sini agar mereka yang kreatif itu boleh terus mencurahkan bakat?

abd naddin said...

ya, orang sabah memang kreatif dan inovatif. saya fikir jika diberi galakan dan insentif yang memadai, banyak lagi perkara yang boleh kreasi baru boleh dihasilkan.