Rabu, 16 Jun 2010

Gunung Kinabalu diselaputi awan

Tags


Bulan Mei lalu, pada satu pagi dalam perjalanan ke Kampung Perapat Laut Kudat,saya sempat merakamkan gambar gunung Kinabalu dari tingkap helikopter. Saya terpegun melihat keindahan gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu. Sejak dari Kota Belud hinggalah ke Teluk Marudu, pandangan saya asyik memandang gunung yang mempunyai banyak legenda itu.Konon dipuncaknya ada gemala naga, itulah sebabnya Ong Sum Peng dulu datang untuk mengambil gemala itu.Puncak gunung ini mula didaki oleh Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low.Sebab itu,tercatat nama Hugh Low dan Gunting Lagadan disana.
Gunung Kinabalu memang indah.Kecantikannya tiada tara dan tiada duanya.




















































2 comments

salam abg nad..

teringin sekali mendaki gunung ini...sejak dari tahun 2007..tapi hajat tak kesampaian kerna kuota suda penuh katanya.. :(

kalau nak mendaki, mesti tempah tempat lebih awal. di puncak gunung memang cantik pemandangannya,tapi di kaki gunung pun indah kerana tumbuh banyak bunga bunga