Isnin, 30 Ogos 2010

mn suzien rupanya dah berpulang

Tags

saya agak terkejut juga mendengar khabar bahawa rakan seperjuangan kami, mn suzien sudah berpulang pada Mac lalu.Saya baru tahu hari ini melalui Nassir, yang mendapat maklumat itu daripada sdr Radik. Saya baru tahu beliau telah meninggal. MN Suzien penyanyi lagu-lagu bajau itu, dan pencipta liriknya juga merupakan seorang pencinta seni dan bahasa yang komited. Nama sebenarnya Sunjin Haji Samsudin dan pernah bertugas sebagai pegawai penjara.
SWsaya mengenalinya cukup lama itu sejak mula terlibat dalam pengumpulan data bahasa sukuan sejak 1988. Arwah Sunjin yang mempunyai banyak kisah lucu, suka membuat kami tertawa. Selain itu dalam memerikan sesuatu, beliau sering membawa banyak alat bantu untuk menjelaskan deskripsi sesuatu benda.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan segala amal baktinya diterima dan dibderi ampunan oleh Allah SWT.

3 comments

memang pakcik sudah lama pergi tapi legacy yang dia tinggalkan masih wujud di hati saya.. dialah yg menanam semangat tak kan bajau hilang di dunia.. rajuknya tawanya sentiasa rapat dengan kami sekeluarga.. semoga Allah memberi kerahmatan kepada dia yang tidak jemu memberi semasa hidupnya

pemergian pakcik tidak dpt diganti walau dengan apa sekalipun.. ketegaran hatinya memperjuangkan bahasa bajau memang sedari kecil kami dengari.. setiap rasa pasti pakcik akan berkunjung ke rumah kami dan kehadirannya juga selalu kami nanti..

kami rasa kehilangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan hidayahNya. terima kasih atas respon