Khamis, 2 September 2010

Beza antara Pang dan Raymond

Tags

Politik Sabah memberikan banyak kejutan, juga meninggalkan banyak perkara yang membuat kita geleng kepala.
Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Pang En Yin keluar daripada LDP, parti komponen BN tertua di Sabah dan berhasrat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet negeri.
Semua ini gara-gara dia tidak bersetuju dengan kenyataan dan pendirian parti itu yang dikatakan tidak meyakini kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Beliau kemudian menyatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau berhasrat untuk menyertai Gerakan.
Pang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang kedua meninggalkan partinya sendiri.
Kedudukannya agak berbeza dengan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebelum ini. Raymond keluar SAPP setelah parti itu keluar BN. Tetapi LDP sebaliknya masih merupakan anggota Barisan Nasional. Itulah keanehan atau mungkin keunikan, kalau tidak mahu disebut keganjilannya. Pang keluar LDP, yang masih anggota komponen BN untuk memasuki Gerakan, sebuah parti komponen BN yang lain. Ertinya dia hanya berpindah bilik dalam bangunan yang sama.
Inilah yang membezakan Pang dan Raymond. Pang keluar parti ketika partinya masih dalam BN untuk memasuki komponen BN yang lain sementara Raymond keluar partinya setelah parti itu mengambil tindakan keluar BN.
Kedua-duanya memilih Gerakan.
Raymond sudah menjadi ahli Gerakan dan Pang baru menyatakan hasrat menyertai Gerakan.
Ada apa sebenarnya dan siapa yang sedang memainkan dadu atau wayang kulitnya? Siapa yang sedang berada dibalik tirai sambil menulis skrip senario politik Sabah.

2 comments

Kita tidak dengan pemikiran orang politik.Cerita keluar masuk dalam politik ibarat seperti menukar baju di badan,ikut suka dia.
Politik adalah permainan,penuh dengan strategi,penipuan,pembohongan.

Jangan hairan, sedikit masa lagi akan berlaku kejutan bahawa akan ada lagi yang mengistiharkan diri keluar dari parti yang dianutinya. Biasanya golongan ini akan menyertai parti politik bukan kerajaan.

Saya menjangkakan PRU13 yang bakal tiba akan menjadi gelanggang permainan ini.Pergerakannya yang amat rahsia ini sukar dikesan.Di semenanjung misalnya gerakan ini telah berjaya dipraktikkan di perak.Lihatlah apa yang telah berlaku dengan perak.Di manakah bermulanya kes Robohnya Kerajaan PKR di Perak?

Inilah sdra Nadin maksudkan wayang kulit dan geraakan buah dadu.Gerakan buah dadu ini secara rahsianya sedang rancak berlaku dengan tenang.

terima kasih atas komen, yang sedikit banyak merungkai dunia orang politik.