Friday, September 3, 2010

makna memijak telur dan batu, dalam istiadat perkahwinan

Menginjak telur adalah adab para leluhur,kata Haji Aburrauf Abdullah lagi. Ia mempunyai erti dan makna bagi seorang pria, bila memasuki berumah tangga, pecah telur bererti kini ia bukanlah remaja lagi. Selamat tinggal masa lalu, masa remaja.

Menginjak batu dan tanah adalah simbol lambang kehidupan dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung.
Sebagaimana syair dan lagu:
Anak dagang di rantau orang, pandai-pandai membawa diri, biar merendah jangan meninggi, tutur kata santun budi bahasa, itulah pesan ayah bonda agar hidup selamat sentiasa.

Haji Abdurrauf Abdullah merupakan budayawan dari kota Pontianak, yang masih merupakan kerabat isteri saya . Beliau mengakui bahawa beliau mempunyai darah Banjar.

Menggigit besi mempunyai erti dan makna falsafah orang tua-tua, keras besi maka lebih keras lagi semangat dalam kehidupan berumah tangga.

Meniup api pelita (lilin) sebagaimana kita ketahui, api kecil sebagai kawan besar sebagai lawan yang sangat membahayakan. Diibaratkan, kalaulah kita dalam keadaan marah sebagaaimana meniup api itu padam, redalah semuanya. Insya Allah rumah tangga rukun dan damai.

No comments: