Ahad, 19 September 2010

sahabat kami, Sitti Rohmah

Tags

Tidak sangka Sitti Rohmah boleh sampai ke kota kami. Sahabat kami dari Bandung ini, singgah di Kota Kinabalu, penghujung Syaaban yang lepas.Bahkan Sitti sempat menghabiskan dua hari pertama bulan Ramadan di Sabah.

Dalam kunjungan singkat itu, kami sempat membawanya ke Pantai Tanjung Aru, untuk minum air kelapa. Ustaz Drs.Daiman Salalah, pernah beberapa tahun berdomisili di Bandung untuk menghabiskan kuliahnya di UAIN Sunan Gunung Djati. Beliau sempat menghimbau kenangan sewaktu belaajar di Bandung.Sitti juga sempat berkenalan dengan pelakon drama tv dari Sabah,Mas Inongan Suin. Mas Inongan terlibat dalam beberapa drama tv yang disiarkan di stesyen tv tempatan.

Sitti Rohmah yang bekerja dalam bidang perbankan di Bandung, sempat ke Kundasang untuk melihat betapa gagahnya Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara.





















2 comments

Saya sempat bertemu Siti Rohmah secara kebetulan di DBP Sabah bersama Ustazah Ony sewaktu sya menghantar transkrip karya sya kepada Pengarah DBP Sabah.

kata Sitti, dia juga berasa gembira kerana sewaktu di Sabah beliau sempat berkenalan dengan penyair, seniman, artis dan ahli akademik.itu akan menjadi kenangan kepadanya, katanya.Paling mengesankan juga ialah Kak Ony, dipanggilnya umi itu kerana hospitalitinya yang mengagumkan.