Sabtu, 2 Oktober 2010

Mereka memilih telanjang

Tags

Mereka lebih suka telanjang. Ini cerita yang diceritakan kawan saya May sepulangnya dari Lahad Datu.

"Betul Din, mereka lebih suka telanjang.Kalau kau tidak percaya, kau datang sana tengok dengan mata kepalamu sendiri," katanya lagi.

Pernah beberapa kali, kata May, beliau memperhatikan anak-anak itu, mungkin dua atau tiga tahun umurnya, berlari lari telanjang di pekan Lahad Datu.

"Jadi ada orang yang tak sampai hati melihat mereka telanjang. Lalu mereka membelikannya pakaian di supermarket berdekatan, untuk dipakai anak-anak orang palauh itu," kata May.

Selepas beberapa minit berlalu, kanak-kanak itu melepaskan seluar dan baju yang dipakainya lalu disimpan oleh entah nenek entah ibunya ke dalam beg.

Lalu mereka berlari lari. Telanjang. Kemudian datang lagi orang yang bersimpati memberikan mereka baju dan seluar. Tapi tak lama kemudian, pakaian itu pun dicopot dan disimpan lagi dalam beg.

Melucukan sekali.Mereka berlari dan telanjang lagi.