Thursday, November 18, 2010

catatan di Quaipo, Manila

Dari Makati, kami menaiki Metro dan turun di Edsa. Dari Edsa, kami menaiki LRT lain dan turun di Cadiera.
Dari Cadiera, kami menaiki tri-cycle ke Quaipo, antara tempat yang apabila anda mengatakan untuk pergi ke sana, orang akan cepat mengerutkan dahi dan bertanya untuk apa ke sana.
"Maksud anda Quaipo?" tanya orang yang kami temui di Manila. "Untuk apa ke sana?"

Ya, untuk apa ke Quaipo?
Sejak mengetahui bahawa Quaipo, kemungkinan besar berasal dari perkataan Iranun `ki apu' atau bermakna milik nenek moyang, saya tertarik untuk berkunjung ke Quaipo dan ingin mengetahui tempat yang dikatakan Quaipo itu.

Tetapi Quaipo menjadi sangat menarik kerana pelbagai persepsi dan interpretasi orang mengenainya.Benarkah seperti yang mereka katakan itu?

Sebaik turun dari Quaipo, kami mendengar lagu-lagu dalam bahasa Maranao, yang sebenarnya berasal dari bahasa Iranun seperti yang diakui sendiri oleh Prof.Dr.Mamitua Saber dari Mindanao State University (MSU). Malah, mengikut ahli linguistic, bahasa Iranun adalah bahasa induk bagi bahasa Maranao dan Maguindanao.

Kami menuju restoran yang menjual makanan Islam khususnya makanan Iranun di Quaipo.Ada ketam, ada ikan tilapia bakar, pialapaan, gulai a badak dan sebagainya. Sangat menyelerakan.
Namun terus mencari buku di gerai buku. Saya membeli buku terjemahan Quran dalam bahasa Iranun. Alhamdulillah, pagari ami, Haji Faruk menunjukkan terjemahan Quran yang terbaik dalam bahasa Iranun. Selepas itu, kami menuju restoran makanan Islam khususnya makanan orang Iranun Maranao di Quaipo. Ada ketam, ada ikan tilapia bakar, pialapaan, gulai a badak dan sebagainya yang sangat menyelerakan.

Selesai makan, kami mencari cenderamata bangsamoro yang boleh dibawa pulang, seperti malong (kain), dan sebagainya.Saya juga membeli beberapa CD lagu-lagu Maranao.Saya fikir, Quaipo menawarkan pelbagai produk CD dari industri cetak rompak yang berleluasa dan terbuka. Bayangkan, perlawanan Manny Pacquiao yang berlangsung pada hari Ahad, CDnya sudah terjual pada pagi hari Isnin. Sangat mengagumkan.Ada juga CD kungfu yang sudah dialihbahasakan ke dalam bahasa Iranun.

Kami bertemu dan berbicara dengan gadis-gadis Maranao, yang ada diantaranya tidak lagi boleh berbahasa Maranao. Generasi muda Islam di Quaipo menghadapi semacam ancaman kehilangan identiti khususnya kerana kurang mampu berbahasa manakala mereka terpaksa berdepan dengan banyak gejala kota metropolitan.

Kalau tidak diberitahu oleh Haji Faruk, kami tidak akan menyedari bahawa sebenarnya ketika kami berada disana kami `dikawal' supaya tiada sebarang lalat bahaya menghinggapi kami.

Hanya terdapat satu naskhah buku `paninggalan' di sebuah kedai, yang orang-orang di dalamnya seperti tidak percaya kami boleh berbahasa Iranun.

"Kamu sajakah yang boleh bercakap Iranun? Kami juga orang Iranun," saya berkata begitu.
"Cuma kami orang Iranun dari Malaysia," saya berhujah dengan mengatakan bahawa nenek moyang orang Iranun Maranao di Marawi mengakui bahawa nenek moyang mereka berasal dari Tempasuk.
Dimana Tempasuk itu sekarang? Tempasuk itu ialah satu tempat yang bernama Kota Belud sekarang ini.
Orang yang mengatakan begitu, maksudnya orang Iranun diMarawi yang mengatakan bahawa orang Iranun dari Tempasuk ialah Qadi Nurul Qaqim ketika ia ditanya General Bullard, gabenor pertama Lanao pada tahun 1906.

Di Quaipo, memang banyak benda yang boleh dibeli untuk cenderamata.Tetapi pesos yang ada di poket, tidaklah mencukupi untuk mendapatkan semua yang diingini.

Tetapi pengalaman di Quaipo memang sukar dibeli.Naik tri-cycle, makan `seda pialapaan' ikan masakan Iranun, berjalan jalan di sekitar kota yang paling `digeruni' di Manila, hati saya banyak terubat sebaik-baik terdengar azan dari menara Golden Mosque.

No comments: