Saturday, November 13, 2010

papanuk ka kun saken a nuri

Burung nuri sudah lama hadir dalam perbendaharaan kata Iranun iaitu sejak era Paramata Bantogen lagi.Dalam epik darangen yang terkenal itu,bantogen menggunakan burung nuri untuk berkirim khabar atau menyiasati keadaan di tempat lain.

Oleh kerana itu, burung nuri mempunyai peranan penting-sekurang-kurangnya dalam kesusasteraan Iranun.Burung nuri selalu dilambangkan sebagai sesuatu yang disayangi, kekasih hati, sesuatu yang dimanjakan dan sesuatu yang istimewa.

`papanuk ka kun saken (kakak) a nuri, dapai su samberku da' ka kasimpiruti'.
Ungkapan berbentuk kata-kata kiasan ini amatlah indah, terutamanya bagi pencinta bahasa Iranun.

Demikianlah pada satu ketika di Marawi City, dalam satu kunjungannya ke Mindanao, OKK Haji Masrin Haji Hassin pernah diajukan dengan bayuk ini. Saya tidak sempat bertanya, apa jawaban beliau, tetapi saya amat tertarik dengan kata-kata yang digunakan.
Bayangkan sajala ungkapan `samber da' ka kasimparuti' itu. samber maksudnya hembusan atau tiupan, dalam bayuk ini samber membawa makna bekas kibaran sayap burung nuri itu manakala sampirut membawa makna jerat atau menjerat.
Perkara ini amatlah mustahil berlaku.Bayangkan bagaimana kita mampu menjerat bayang, atau menjerat bekas kibaran burung nuri.
Tapi bagaimana kita boleh mengatakan bahawa burung nuri itu milik kita, sedangkan bayangnya atau bekasnyaa saaja kita gagal untuk menjerat atau mengenalinya.

Dalam bahasa biasa, bagaimana kita dapat mengatakan sesuatu itu milik kita, kekasih kita atau burung nuri kita, sedangkan `samber'nya saja kita tidak dapat menjeratnya.

Jika seorang wanita, sepanjang perkenalan anda dengannya, tiba-tiba bertanya kepada anda `papanuk ka kun kakak saken a nuri, dapai su samber ku ku da' kakasimpuri', apakah yang akan anda jawab. Ia sebenarnya meminta pengesahan, kerana perhubungan anda dengannya sering diperkatakan orang walaupun sebenarnya kalian tidak mempunyai apa-apa hubungan.Jika ia ditanyakan pada anda, wanita itu pastilah inginkan pengesahan atau tindakan selanjutnya daripada anda sama ada mahu melanjutkan perhubungan itu atau sebaliknya.

Tetapi ungkapan itu, papanuk ka kun saken a nuri, dapai su samber ku ku da'ka kasimpiruti' walaupun sekadar ungkapan biasa, tetapi maknanya amat mendalam.Ia tidak bertujuan untuk mengaibkan sebaliknya hanya satu pertanyaan sejauh mana anda mencintainya.

Sungguh ungkapan ini amat dalam maknanya. Ia boleh diterjemahkan dalam banyak makna, terpulang kepada kita sebagai pengguna bahasa.

No comments: