Sunday, December 12, 2010

IPS sewaktu dulu


Kak Norjanah MA ternyata masih menyimpan gambar ini.Gambar `dulu dulu'. Jika tak silap, gambar ini diambil ketika Manifestasi Seni di Pulau Memutik. Ketika Ikatan Penulis Sabah (IPS) baru setahun usianya, dan kami, yang dijuluki penulis muda, dengan semangat bergelora, cuba memperjuangkan aspirasi penulis baru untuk mengangkat martabat sastera tanahair di Sabah.
IPS ditubuhkan tahun 90, dan mendapat surat kelulusan pendaftaran pada tahun 92. Sebelum tahun 90 itu pun, penulis-penulis muda sudah giat untuk menulis dan memperjuangkan gagasan mereka.
Pada tahun-tahun awal penubuhan IPS sebagai gerakan sastera, ia dipimpin oleh Jasni Matlani manakala ketua dua ialah Ramlah Haji Othman, yang kami panggil Kak Mila. Ketua Satu IPS sekarang, Hasyuda Abadi (Sukor Haji Usin) merupakan orang yang pertama mengemukakan borang keahlian IPS. IPS ketika itu diperkuatkan dengan kehadiran Ailin Nor (Aliuddin Mohd.Salleh) sebagai Setiausaha ,Alung Jasmin (kini imam di Tandek) Ali Karim (kini memiliki syarikat penerbitan) Norjanah MA (kini di Pulau Pinang), Esther Bernard Mawan, Sharifah AM Noordin dan ramai lagi.
Tak terasa, IPS sudah 20 tahun usianya.Meski begitu, perjuangan memartabatkan sastera Sabah berjalan terus menerus.

2 comments:

Esther Bernard M said...

Waduh.... tidak kusangka masa berlalu sepantas kilat.

Sekeping gambar merakam pelbagai cerita dan sejarah yang tak mungkin hilang.

Cintalah yang menyatukan kita tatkala sastera puitis melamar peribadi kita, mengusik menjentik menyuntik hati... lantas IPS mengerat merapat memertabat persahabatan kita

kathy said...

Saya sendiri menjadi ahli pada tahun 1995, banyak bengkel anjuran IPS saya hadiri, menimba ilmu dan 1997 saya menang hadish sastera sabah, hasil bimbingan sdr Jasni Matlani dan berterima kasih pada seluruh warga IPS yang membuka jalan bagi semua penulis untuk memajukan diri.