Friday, December 24, 2010

Rakaman kenangan di Cotabato IV-di depan Blue Mosque


Sebenarnya Casib (tengah) agak terkejut bila mengetahui kami orang Iranun. Beliau yang ditugaskan mengawal rombongan kami rupanya orang Iranun dari Buldon. Bertugas sebagai anggota marin Filipina sebaik tamat dari Universiti of Phillipines. Beliau berkata jiwa Iranunnya masih kental dan ini beberapa kali ditegaskannya.
Gambar ini diambil selepas kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Biru atau Blue Mosque dikalangan masyarakat setempat. Seorang lagi, yang berada dalam gambar, pandikar padi, (kiri) merupakan seorang yang kini sedang bergiat dalam bidang perkamusan Iranun. Beliau pernah mengikuti kursus jangka pendek dan memperolehi sijil linguistic di London.
Casib tidak menyangka ada orang Iranun dari Malaysia yang masih mampu berbicara dalam bahasa Iranun. Saya mengatakan bahawa nenek moyang orang Iranun di Mindanao mengakui bahawa nenek moyang mereka berasal dari Tempasuk. Ada banyak teori yang boleh mengesahkan pendapat ini, walaupun juga memang terdapat silang pendapat di kalangan para sejarawan.
Tetapi yang penting, apa yang harus difahami bahawa semua orang Iranun adalah Iranun yang mementingkan kasih sayang dan rasa persaudaraan sesama bangsa.

1 comment:

Emha Najib said...

Assalamualaikum, adakah Encik Naddin masih berhubung dengan Pandikar Padi. Sekiranya masih berhubung, boleh tolong saya dapatkan email address atau nombor phone sebab saya kenalan beliau dari Kuala Lumpur. Saya lost contact dengan beliau, terima kasih. Encik boleh hubungi saya, emhaainunk@yahoo.com terima kasih.