Jumaat, 29 Januari 2010

Kenangan Singgah di Nabalu Resort

Tags
Singgah minum di Nabalu Resort di Kundasang, tanpa disangka kami ketemu dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok yang kebetulan singgah di sana melepaskan lelah.Sebentar tadi, beliau merasmikan Projek Khidmat Sokongan Pemasaran Petani Koko dan Pelancaran Persatuan Penanam koko Ranau anjuran Lembaga Koko Malaysia di Ranau.
Pertemuan tak disengaja itu terjadi selepas Esther dihinggapi rasa ngantuk dan kemudian mengajak kami singgah menghirup kopi. Tidak berapa lama kemudian Tan Sri datang menyapa kami dan kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.Peluang sebegini jarang berlaku, kata Arifin yang mengakui tidak pernah bergambar dengan menteri sebelum ini.Sukar, fotografer LKM itu juga berkata kesempatan sebegitu sukar diperolehi. Kerana itu kami tidak melewatkan kesempatan bergambar itu untuk sekadar kenang-kenangan.




Sejenak pertemuan dengan editor ANIQAH

Tags
Seperti yang dijanjikan tepat jam 8.00 malam kami sudah berada di Rainforest cafe untuk pertemuan itu. Dr (H) Kirana Mohamad memperkenalkan kepada kami Perunding Editorial Majalah Aniqah, Puan Sarimah Othman dan Editor Bersekutu,Puan Webah Salleh.Mereka dalam rangka kunjungan ke Sabah dan dalam pertemuan yang agak singkat itu, maka sempatlah kami bertukartukar informasi dan maklumat mengenai senario terkini dunia penulisan kita.Kak Sarimah, 13 tahun pernah berkhidmat dengan Bernama manakala kak Webah Salleh itu memang nama yang cukup terkenal dalam dunia penulisan khususnya majalah, dan inilah pertama kami bersua muka dengannya.
Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Sukor Haji Usin yang lebih dikenali dengan nama penanya Hasyuda Abadi menghadiahkan buku sajaknya yang terbaru.Kemudian,Kak Webah menyampaikan majalah Aniqah untuk rakan-rakan kerabat IPS.

Sebenarnya terasa amat singkat pertemuan itu, tetapi yang singkat dan sekejap itu mendatangkan rasa persahabatan yang akrab.





Catatan perjalanan ke Ranau satu pagi

Tags



Meski selalu ke Ranau, perjalanan kali ini mungkin yang pertama kali. Biasanya saya tidak sempat menyaksikan keindahan puncak gunung kerana dilitupi awan tetapi kali ini dapat melihat puncak Kinabalu berlama lama.
Sebelum ini saya tidak pernah berangkat dari rumah seawal itu.Jam 5.15 pagi saya sudah berada di Restoran Bismillah,Likas Plaza menghirup kopi Radix sambil menunggu kereta tiba.Tepat jam 5.30 pagi Esther datang dan kami berangkat ke Ranau dalam dingin Subuh itu dengan kenderaan LKM yang dipandu saudara Arifin.
Jam 6.00 kami sudah berada di Tamparuli. Setengah jam kemudian, setelah melalui liku-liku jalan pergunungan, puncak Kinabalu yang indah itu mulai terserlah.
Yang menyerlah ialah rindu kepada keindahan itu.
Saya tidak ingat bila kali terakhir saya mendaki gunung yang dikatakan tertingi di Asia Tenggara itu.Mungkin 13 tahun yang lalu.Sudah cukup lama sebenarnya.Ketika itu,kos mendaki gunung hanya kira-kira RM100 lebih sedikit tetapi kini ia sudah melonjak RM800, suatu jumlah yang menyakitkan hati ramai orang.
Syukurlah kerana saya sempat mendaki tiga kali.Seingat saya, hanya pendaki dari tentera Australia itu yang tidak dapat saya kalahkan, walaupun saya akhirnya kecundang kerana kegagahan pendaki dari Jepun yang sudahpun berusia 70 tahun. Saya menyaksikan sendiri betapa handalnya pendaki-pendaki gunung , orang Dusun, yang mengiringi kami, mereka memang tak dapat dikalahkan.
Betapa megahnya puncak gunung itu.Saya teringat betapa hajat Prof.Datuk Dr.Zainal Kling untuk melihat puncaknya hampir tak kesampaian ketika satu petang kami sengaja ke Kundasang untuk melihat kemuncak Kinabalu itu.
Sebelum itu, Dr.E.U Kratz sanggup bersusahpayah datang dari London untuk melihat rahsia alam itu ketika satu waktu beliau berada di Kota Kinabalu.
Sukar melukiskan keindahan puncak gunung itu dengan kata-kata. Dan saya membiarkan kenangan memanjat dari keindahan ke keindahan yang lain.
Betapa dinginnya pagi ketika orang sudah ramai memenuhi pekan Kundasang dalam kemeriahan transaksi jual beli sayur. Sudah lama tidak menyaksikan keramaian pasar.Sudah lama juga tidak menyaksikan kabus membungkus pekan itu, yang menjadi pusat aktiviti pertanian yang utama di negeri ini.
Jam 7.05 minit pagi, kami tiba di pejabat LKM di Jalan Lingkudau, Ranau dan kini sedang meneliti pula rahsia koko.
Koko dibuat coklat. Dan coklat paling diminati isteri saya.

Menyingkap sejarah pelajaran di kalangan masyarakat Bajau di KB

Tags
Lulus darjah tiga sekolah Melayu di Kota Belud, ayah saya sudah ditawarkan bekerja.Ketika itu Malaysia belum terbentuk lagi. Negara masih ditadbir penjajah dan dijarah segala isinya untuk kepentingan kolonialisme.
Lahir tahun 1935, ayah saya merupakan antara orang yang dianggap terpelajar pada zamannya. Jarang orang kampung yang sampai hingga darjah tiga apatah lagi darjah lima. Mereka berhenti sekolah sama ada kerana mereka kurang mampu atau mungkin kerana kesedaran mengenai pentingnya pendidikan belum lagi berakar diminda orang-orang tua yang kebanyakannya golongan tani dan nelayan ketika itu. Padahal sekolah melayu didirikan di Kota Belud pada tahun 1921, iaitu antara yang terawal di negeri ini.
Saya tidak merasa hairan jika tiada anak tempatan yang mengecap pendidikan yang lebih tinggi ketika itu. Apalagi penjajah masih berumah di tanahair kita.
Ayah saya kemudian bekerja sebagai mata-mata atau sekarang anggota polis. Selepas berhenti sebagai polis, beliau melanjutkan pelajaran lagi hingga darjah lima. Selepas itu beliau ditugaskan sebagai guru di GPS Pulau Sepanggar, dan merupakan antara guru pertama yang mengajar di sekolah itu.
Barangkali kalau diberikan peluang, atau barangkali jika arwah atuk saya punya kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya pendidikan, mungkin ayah saya mampu menjejakkan kaki ke tangga universiti.
Benar, memang beliau pernah menjejakkan kaki ke universiti, tetapi itu berlaku kerana beliau dijemput memberikan ceramah mengenai pantun di Universiti Malaya oleh Prof.Datuk Dr.Zainal Kling.
Sampai sekarang, jika bercerita mengenai budaya dan adat resam Bajau atau Iranun, ayah saya sering menjadi rujukanorang-orang Universiti.
Tetapi yang menjadi persoalan di kepala saya ialah siapakah orang Bajau yang pertama melanjutkan pelajaran di universiti. Saya tak ada maklumat yang tepat. Maklumat yang ada juga terasa tidak lengkap.
Namun ketika duduk di kedai kopi bersama-sama rakan-rakan lain, saya mengajukan pertanyaan itu semula.
Saya ingat Datuk Mohd.Noor Mansor yang lulus sebagai peguam dari Universiti Malaysia di Singapura, mungkin orang Bajau yang pertama menjejakkan kaki ke universiti.
Saya tidak berani mengesahkannya.
Saya pasti bahawa antara orang Bajau yang terkedepan dalam bidang pelajaran ialah Datuk Rashid Bolong, yang belajar di UM.Juga Jainisah Nurajim juga belajar di UM.Rashid pernah menjadi Pengarah Kastam Sabah.
Dalam bidang ekonomi, saya fikir antara nama yang perlu disebut ialah Musli Oli yang lulus dalam bidanf ekonomi dari Universiti Malaya ketika berusia 21 tahun. Amir Awit lulus dari London School of Economics. Dalam bidang kejuruteraan, arwah Ir Maduarin Haji Riar mendapat ijazah dari Cambridge manakala Ir Anjin Ajik dari Univerisiti Aystralia.
Satu lagi nama ialah Makbul Dualis, juga menurut maklumat merupakan antara orang bajau yang terawal ke IPT.
Dalam bidang perubatan, mungkin Dr Saijan Samit antara yang terawal lulus. Dr.Bangrose Sadin yang lulus University Gent dari Belgium kini masih bertugas di Sungai Buluh. Dr.Hasnah Ajmain, Dr.Fatimah Awit, Dr.Mohamad Jikal. Ini merupakan antara pencapaian masyarakat Bajau Kota Belud dalam bidang perubatan.
PHD? Saya fikir ramai juga orang Bajau Kota Belud yang lulus hingga PHD.Dr Kamarudin Datu Mudin, Dr.Saidatul Nornis Haji Mahali, Dr Halina Sendera Mohd.Yakin, Dr.Kartini Saibeh dan mungkin banyak lagi orang Bajau kota Belud yang telah mencatat prestasi tinggi dalam pelajaran.
Ya, kalau dalam bidang sastera, Jenar Lamdah, antara orang yang pertama lulus dari Universiti Malaya . Chenderamata Sintih, juga antara orang Bajau KB yang awal di IPT . Masni Jubil juga layak disebut sebagai antara orang Bajau yang awal masuk universiti.
Senarai ini memang panjang dan saya kira bertambah panjang lagi. Catatan ini hanya bermkasud untuk menggali seberapa banyak maklumat mengenai sejarah pendidikan di kalangan masyarakat bajau khususnya di Kota Belud.

amira

Tags
Kalau tidak kerana sepupu saya Insing, saya tidak mungkin mampu mengenali Amira.Apatahlagi sekarang dia sudah berusia belasan tahun.Amira merupakan anak saudara kami iaitu anak kepada sepupu saya, yang sewaktu kecil mereka ikut ibu mereka yangberpisah dengan suami, entah apa sebabnya.
Kami tidak tahu.Apa yang kami tahu, Amira dan Ringgo itu dibawa oleh ibu mereka ke kampung ibunya dan sejak lebih sepuluh tahun kami tidak pernah melihat mereka.
Pernah ada usaha untuk menjejak mereka tetapi tergendala oleh kekangan waktu sehinggalah Insing menemui mereka di rumah neneknya di daerah S.
Berapa ramai anak-anak di negeri ini yang terpisah dengan keluarga mereka dan tidak mengenal ibubapa mereka.
Petang itu saya begitu terharu sebaik bertemu Amira.

raja kabuayaan

Tags
Jarang orang yang tidak mengenali `raja kabuayaan'.Bagi mereka yang melibatkan diri dalam politik pada akhir 80-an hingga awal tahun 2000,pastilah pernah mendengar nama `Raja Kabuayaan'. Sebenarnya beliau hanyalah orang biasa,jauh sekali menjadi raja. Cuma beliau sukakan gelar gelaran dan cepat berasa seronok jika dipanggil sultan ataupun raja.
Saya fikir beliau seorang yang mempunyai semangat survival yang tinggi.Walaupun menyedari tidak berpelajaran tinggi, raja kabuayaan tetap menggagahkan diri untuk mencari peluang yang ada.Oleh sebab itu, beliau sering kelihatan dalam program-program politik dan kepada orang yang dikenalnya, cepat dikenakan `cukai', yang sebenarnya bermaksud minta dibantu,dengan caranya sendiri.
Apa kelebihan raja kabuayaan? Antara kelebihannya ialah beliau antara angkatan pertama di kampung kami yang pandai mengaji.Cuma barangkali ada amalan ilmu tariqat tertentu yang membuat beliau tidak dapat pergi jauh.
Beliau seorang yang kuat semangat.Keistimewaanya ialah mampu menyusun kata-kata berirama dengan spontan.Satu ketika, beliau membuka kolam ikan dekat rumahnya tetapi ikan ikan itu habis didermakan kepada orang yang menyebut gelarnya.Tetapi itulah caranya menghulur sedekah, tanpa kita tahu, kita terikutikut meremehkannya.
Memang sebagai manusia, beliau punya banyak kelemahan.Tetapi kelebihannya tidak sedikit walaupun tersembunyi.
Melihat wajahnya, orang dengan cepat terbayang sosok tubuh Tuan Guru Haji Hadi Awang.Tetapi beliau bukanlah tuan guru walaupun dipanggil haji ulamak dikampung kami.
Sudah lama beliau tidak muncul di khalayak ramai dan sudah lama tidak mendengar katakatanya yang selalu berseni dan berirama.
Apapun pandangan dan pendapat saudara mengenai beliau, sama samalah kita mendoakan beliau cepat sembuh kerana sejak tiga tahun ini beliau hanya terlantar sakit di rumah dihinggapi stroke.
Beliau bukan orang penting.Dia hanya seorang orang biasa yang perlukan doa kita

Sabtu, 23 Januari 2010

Catatan singkat mengenai Matin Haji Pandin

Tags
Program Ziarah Sekampung USIA di kampung Kabang Papar mempertemukan saya dengan tokoh ini, Matin Haji Pandin.Beliau kini sudah lama bersara.
Beliau merupakan seorang pejuang Bahasa yang tegar.Satu ketika dahulu, beliau merupakan peneraju Badan bahasa Sabah (BAHASA) Tawau. Perjuangannya menegakkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di sabah tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah walaupun susuk tubuhnya kecil tetapi tersembunyi jiwa yang besar dalam mempertahankan bahasa dan sastera.
Kerana itu, sebaik ternampak beliau di Kampung Kabang, saya tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.Kelihatan juga Ustaz Awang Jurij dan seorang penduduk yang bergambar bersama beliau.

Rabu, 20 Januari 2010

Sekitar Sidang Akhbar Khas PPRS

Tags
Sebuah parti baru, Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang baru ditubuhkan mengadakan Sidang Akhbar Khas di Inanam kelmarin. Parti itu yang dipimpin oleh Datu Mohd.Arshad Abdul Mualap,33, seorang ahli perniagaan yang satu ketika dulu merupakan ahli UMNO di Sungai Sibuga memberitahu parti itu ditubuhkan atas kehendak rakyat.
Katanya, parti itu diilhamkan penubuhannya selepas melihat senario politik pasca pilihanraya umum ke-12 lepas.
"Kami ingin menyatukan rakyat.Rakyat yang selama ini tersisih, terkeluar dan tidak puas hati, supaya mereka mempunyai saluran untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.
Beliau mendakwa parti baru itu kini mempunyai kira-kira 80,000 penyokong di 25 bahagian di sabah. Agak besar juga jumlahnya juga juga dibandingkan dengan usianya yang baru ditubuhkan.
PPRS, menurut Mohd.Arshad, merupakan sebuah parti yang berbilang kaum. Katanya parti itu akan bertanding dalam pilihanraya ke-13 akan datang, dan terserahlah kepada rakyat untuk menentukan.
Saya kira, pihak penganjur masih belum berpengalaman lagi menganjurkan majlis sidang akhbar. Sepatutnya disediakan teks untuk panduan media dan diperkenalkan satu persatu barisan jawatankuasa parti baru itu.
Yang mungkin dikenal orang ialah nama Datu Zulkifli Tun Datu Mustapha, yang disebut sebagai yang dipertua PPRS. Barangkali ramai lagi orang yang berada di sebalik tabir dan tidak mahu muncul di peringkat awal ini.
Saya berpendapat sekiranya PPRS serius untuk memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat Sabah, mereka sepatutnya bekerja lebih kuat lagi untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka layak untuk memimpin, bukan setakat rakyat Sabah tetapi juga memimpin diri mereka untuk lebih setia kepada nilai nilai kebenaran, keadilan dan kebaikan.

Penduduk Kampung Bakau dengan sepanduk rasa kecewa

Tags


Saya berasa simpati kepada mereka walaupun saya merasakan tindakan mereka sudah agak terlambat.Pihak DBKK telah merobohkan rumah mereka dan mereka juga telah diberi notis untuk berpindah.Tetapi kerana pampasan yang dijanjikan tidak juga tiba, mereka menulis sepanduk sepanduk untuk menyatakan kekecewaan sekaligus permintaan mereka.
Apatah lagi setelah mendapat rumah yang dijanjikan kepada mereka di Telipok Ria tidak dapat ditempati dengan rasa selesa, kerana jaraknya agak jauh berbanding Kampung Bakau Likas yang mereka tempati sekarang.
Walaupun hujan, walaupun panas kami terpaksa bertahan di rumah kami yang tidak sepertinya ini.Atapnya bocor dan sebagainya. tapi kami tiada pilihan, kata salah seorang daripada mereka.
Mereka berkumpul untuk menyampaikan isi hati mereka.Semoga kerajaan dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik menangani masalah yang mereka hadapi.

`Orang Malaya'

Tags
Kira-kira sebelah tahun lalu, ketika bertemu pak Haji Harun Haji Salleh (kini arwah) saya bertanya kepadanya apa karyanya yang terbaru.
Arwah Haji Harun, berasal dari Negeri Sembilan, memberitahu saya beliau sedang menyiapkan buku bertajuk Orang Malaya.
Sebelum sempat beliau menatap buku itu, Tuhan memanggil terlebih dahulu pada tahun 1999.
Sebelas tahun yang lalu.
Rupa-rupanya novel Orang Malaya itu diterbitkan DBP iaitu kira-kira sepuluh tahun selepas beliau kembali ke rahmatullah itu pada tahun 2009.
Ketika melihatnya di rak buku, saya terus membelinya dan kemudian melahap buku itu tak sampai dua malam.
Kisahnya menarik iaitu mengenai seorang cikgu dari Malaya (semenanjung Malaysia) yang ditugaskan ke Sabah.Sesampainya di sabah beliau ditugaskan di pedalaman dan hasratnya untuk mencari atuknya, Cikgu Shuib juga terus membara. Cikgu Shuib merupakan antara guru lulusan SITC yang terawal di tugaskan di Sabah. Novel itu juga bercerita mengenai penerimaan orang sabah terhadap `orang Malaya' dan sikap sesetengah `orang Malaya' yang suka berlagak hingga menimbulkan sentimen di kalangan orang tempatan. Dalam pencarian itu, cikgu muda itu tertarik pula dengan gadis pedalaman yang cantiknya aduhai.
Saya fikir novel ini perlu dimiliki oleh pembaca dan peminat sastera tanahair kerana ia menyelongkar akar punca timbulnya sentimen yang kadang-kadang keterlaluan terhadap `orang Malaya'.
Dengan membaca dan menghayati karya arwah pak Harun, saya kira ia dapat memberi sumbangan bermakna ke arah menjayakan konsep 1 Malaysia, jikalau kita suka menyebutnya begitu.
Novel ini amat berguna bagi memahamkan kepada kita bahawa antara rakyat Malaysia, sebenarnya tak ada bezanya.

Ketika orang temerloh dan orang rompin jumpa di Sabah

Tags
Pertemuan ini berlaku ketika Datuk Saifuddin Abdullah melawat ke sabah beberapa ketika yang lalu.Kebetulan sahabat saya, Abdul Rashid Rahman, wartawan Utusan Malaysia di Kota Kinabalu itu berasal dari Rompin manakala Datuk Saifuddin dari Temerloh.Saya teringin mendengar mereka bercakap kerana saya belum pernah mendengar bahasa Melayu loghat pahang.Kalau orang utara bercakap, atau kalau orang kelantan atau kalau orang negri, saya dapat teka darimana mereka berasal tetapi bahasa melayu pahang, sungguh saya tak dapat membezakan yang mana pahang, yang mana johornya.

Selasa, 19 Januari 2010

Sejenak bersama Datuk Saifuddin

Tags

Saudara Liaw Sin Kuang sempat merakamkan gambar kami ketika sedang menginterview Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipertanggungjawabkan menjaga UMNO Putatan. Selain Putatan, Saifuddin juga dipertanggungjawabkan memantau UMNO Bahagian Kuala Kedah dan UMNO Bandar Tun Razak.
Kami sempat bertanya mengenai kempen daftar pemilih kerana masih ramai ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pemilih. Temuramah itu diadakan di Le Meridien, malam kelmarin.Turut bersama dalam temuramah itu ialah Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, beliau meminta kami supaya hanya menemuramah `short interview' dengan Datuk Saifuddin.

Isnin, 18 Januari 2010

Gambarpun kena banjir

Tags
Sejak awal pagi lagi, kawan dari PBTM menelefon saya bertanya mengapa berita kunjungan hormat kepada Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu tak ada gambar.
"Sorry tuan, gambarnya kena banjir," saya memberitahunya begitu. Sebenarnya saya baru bangun tidur dalam baca newspaper lagi.
"Kena banjir? bagaimana kena banjir? basahlah!," katanya.
"Okey, lepas mandi nanti, kita jumpa di KK, biar saya jelaskan" saya memberitahunya yang terlalu mengharap agar gambar kunjungan hormat itu disiarkan di suratkhabar.
Kawan saya itu telah lama menunggu ketika saya sampai di restoran bawah pejabat kami itu.
Saya memberitahunya bahawa memang pada mulanya gambar kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan itu dicadangkan sebagai salah satu gambar yang menghiasi muka depan.
Tetapi kerana banjir telah melanda kota belud, kota marudu, pitas dan beberapa daerah lain seperti telupid, kinabatangan dan sebagainya maka keutamaan diberikan kepada berita dan gambar mengenai kejadian banjir itu.
"Itulah sebabnya mengapa gambar banjir yang disiarkan," saya menjelaskan kepadanya.
"Jadi gambarmu tidak dapat disiarkan kerana dilanda banjir," kata saya sambil berseloroh.
Kawan saya itu mengangguk-anggukan kepala sambil tersenyum.
" Oh begitu, saya sangka tadi kameramu terjatuh kena banjir".
Lucu juga bila dingat-ingat peristiwa itu.Saya belum beritahu news editor kami mengenai cerita ini.
Selepas pertemuan kami itu, terfikir untuk menganjurkan bengkel kewartawanan foto. Mungkin dalam bengkel itu kelak, boleh dijelaskan mengenai bentuk foto yang layak disiarkan diakhbar, mana foto yang diberi keutamaan, etika kewartawanan foto, sudut pengambilan foto dan sebagainya, yang pastinya berguna untuk peserta.

Ahad, 17 Januari 2010

Lebih 300,000 bekas tentera dapat faedah dari Akta Veteran

Tags

LEBIH 300,000 BEKAS TENTERA DAPAT FAEDAH DARIPADA AKTA VETERAN

KOTA KINABALU: Lebih 300,000 pesara tentera di negara ini akan mendapat pembelaan yang lebih baik dengan adanya langkah kerajaan menggubal Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kebajikan bekas bekas tentera akan lebih terjamin kerana akta baru itu digubal untuk membantu bekas tentera dari pelbagai aspek kebajikan.

Akta baru yang dikenali sebagai Akta Veteran yang dijangka dibentangkan dalam Sidang Parlimen itu akan memastikan kebajikan veteran ATM terus dijaga supaya terus menjadi aset negara dan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Sabah diketuai Yang Dipertuanya, Abd.Sanon Haji Sapri yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

Katanya, beberapa jenis bantuan akan diperuntukkan di bawah akta itu seperti bantuan sara hidup, persekolahan, kemasukan ke Insitut Pengajian Tinggi (IPT), peralatan pesakit dan bencana alam.

"Akta baru itu akan memastikan semua bekas tentera di negeri ini mendapat pembelaan.Akta Veteran itu turut memperuntukkan faedah dan bantuan bagi memberi lebih jaminan untuk membela kebajikan dan nasib tentera yang telah berbakti kepada negara," katanya.

Menurutnya, pendekatan lebih menyeluruh termasuk menaikkan kadar bantuan kepada veteran ATM dan keluarga mereka termasuk pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Beliau berkata, jika sebelum ini veteran ATM diberikan bantuan RM1,500 untuk peringkat ijazah di IPTA, jumlah itu akan dinaikkan kepada RM3,000 melalui akta yang digubal itu.

Ini untuk mencapai objektif nasional untuk membantu pesara-pesara tentera dan keluarga mereka, katanya.

Jelasnya, kerajaan juga akan menbantu anak-anak bekas tentera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah di IPT di negeri termasuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional.

Sementara itu, Pengerusi PBTM Sabah, Abd.Sanon Sapri merayu kerajaan supaya terus membantu bekas-bekas tentera di negeri ini yang masih perlukan perhatian dan sokongan kerajaan.

Beliau juga meminta supaya bekas-bekas tentera diberikan keutamaan untuk menjalankan projek-projek di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan dan turut membantu bekas tentera menceburi bidang perniagaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah PERHEBAT, Mej.Haji Mohd Zain Daud, Timbalan Yang Di Pertua PBTM Sabah, Zaman Haji Bayang, Naib Yang Di Pertua , Marshid Haji Salleh dan Tommy Sawali, Setiausaha Haji Jindih Ason dan Ketua Penerangan PBTM Sabah, Adrin Haji Dullah.

Mengenai Haji Mastun (Maha Sabah)

Tags
Haji Mastun Abas yang menulis menggunakan nama pena Maha Sabah berkunjung ke pejabat kami bagi menyerahkan hasil karyanya terbaru.Saudara Rozzalin mengambil kesempatan menemuramahnya mengenai kenaikan harga barang.

Sebagai seorang yang berpengalaman Haji Mastun pastilah dengan mudah dapat menjawab pertanyaan wartawan kami itu.

Haji Mastun, merupakan seorang penulis veteran yang rajin menulis. Novel bersirinya yang disiarkan di akhbar Utusan Borneo, Rambutnya Ikal Mayang setiap Ahad punya peminat tersendiri. Katanya, novel itu ditulisnya sebanyak 25 bab.Kini sudah 21 bab telah disiarkan.

Maha Sabah atau kalau pada tahun 60-an dahulu menggunakan nama Malam dalam penulisannya juga aktif menulis cerpen dan puisi. Beliau pernah menjadi guru, menjadi ADO dan menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Haji Mohd.Noor Mansor.
Saya fikir dengan pengalamannya yang luas itu, moleklah kiranya kalau satu masa nanti beliau dilantik sebagai karyawan tamu di DBP Sabah. Saya fikir beliau mampu menyumbangkan buah fikiran melalui karya-karya sastera jika kehadiran beliau disedari oleh rakan-rakan kita di DBP.

Kunjungan Hormat PBTM Sabah kepada Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi

Tags
Jam 8.10 pagi, saya sudah berada di Hotel Le Meridien untuk mengikuti rombongan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan Malaysia, datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi.
Kami datang agak awal walaupun pertemuan itu sepatutnya berlangsung jam 9.00 pagi.
Tidak lama kemudian, Datuk Zahid datang dan menyalami kami sambil tersenyum.
Beliau merupakan seorang personaliti yang menarik. Selepas ucapan alu-aluan, beliau mendengar mengenai perkara-perkara berkaitan pesara tentera. Dr Zahid sempat menceritakan nostalgianya di sabah yang bukan lagi asing bagi dirinya.
Tapi itu kenangan dulu, kita buka cerita baru, katanya.
Beliau juga menjelaskan pelbagai perkara mengenai Akta Veteran yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Mac ini.
Selepas jamuan dihidangkan, Datuk zahid sendiri yang membaca doa sambil mempersilakan kami menjamu sarapan pagi.
Sebelum bersurai, Pengerusi PBTM Sabah, Abdul sanon Sapri sempat menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr.Ahmad Zahid sebelum beliau berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Sabtu, 16 Januari 2010

Catatan kenangan mengenai banjir

Tags
Banjir di Kota Belud selalu mengingatkan saya kawanan kambing yang berpuluh-puluh ekor jumlahnya.
Kalau tidak kerana banjir, mungkin saya sekarang menjadi antara pemilik kambing yang paling banyak di kampung kami.
Peristiwa ini berlalu lebih 30 tahun yang lalu.
Kambing itu sebenarnya bermula dari duit RM10 ringgit yang diberikan untuk saya yang masih kecil ketika ayah dan ibu saya bertandang ke rumah arwah pakcik Iping di Kampung Likas.
Mengikut tradisi keluarga, setiap kali kita menerima tetamu terutamanya menerima tetamu khususnya bayi atau kanak-kanak yang baru pertama kali datang ke rumah kita, kita hendaklah memberikan hadiah apa saja bentuknya kepada si kecil itu.
Dan pakcik saya memberikan duit sepuluh ringgit untuk saya.
Kemudian dengan duit sepuluh ringgit itu, ibubapa saya membelikan saya seekor kambing.
Kambing itu akhirnya beranak pinak dan menjadi kambing kambing yang tak terkira jumlahnya.Setiap kali ada majlis akikah atau apa saja, selalu kambing saya yang memenuhi jalanraya di kampung Merabau itulah yang dijadikan korban,
Tetapi bukan itu yang menyebabkan kambing kambing saya pupus.Kambing-kambing itu mati selepas peristiwa banjir teruk yang melanda kampung merabau dan kotabungan. Abang-abang sepupu menyeberangkan kambing kambing yang kesejukan itu dengan bangkar iaitu rakit pisang ke Kampung Bubung Tamau iaitu tempat kami sekarang ini.
Banjir besar itu mengakibatkan kambing-kambing itu itu akhirnya mati satu demi satu.Maka saya yang dahulunya memiliki kambing kacang yang berpuluh puluh jumlahnya akhirnya tidak lagi memiliki kambing, walaupun seekor.
Peristiwa banjir besar itu meninggalkan kesan juga terhadap perjuangan kami. Ketika banjir besar itu melanda maka kerajaan ketika itu mengagih-agihkan bantuan makanan berupa sardin, minyak dan lain-lain.
Saya dapat bantuan itu kerana bapa saya penyokong USNO.
Tetapi kakak sepupu saya tidak diberi bantuan hanya kerana pakcik saya menyokong Pekemas.
Peristiwa itulah yang memperkenalkan saya kepada politik diskriminasi.Walaupun sama sama terkena musibah banjir, pakcik saya tidak mendapat bantuan hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan.
Alangkah sedihnya. Satu ketika orang kampung tidak diberi bantuan banjir jikalau dia tidak menyokong kerajaan. Kerana dia penyokong pembangkang maka kita kehilangan rasa kemanusiaan terhadap mereka. Peristiwa ini berlaku tahun 75, kalau tak silap ingatan saya.
2.Hujan turun tidak berhenti sejak tiga hari lepas. Abang sepupu saya menelefon jam 11 malam kelmarin kerana tidak dapat pulang ke rumahnya di Rampayan Ulu disebabkan air di Timbang naik hingga satu meter.
Hujang lebat sejak petang tadi, katanya kepada saya kelmarin. banjir teruk melanda Kota Belud, Kota Marudu dan Tongod. Bahkan ramai orang sudah dipindahkan kerana khuatir paras air akan naik lagi.
Saya menelefon ke kampung dan ibu saya memberitahu bahawa rumah kami tidak terkena banjir kerana terletak di tanah yang tinggi.
Air naik hanya satu kaki dan menenggelamkan pangkal pokok mempelam.Syukur, Alhamdulillah.

Jumaat, 15 Januari 2010

Sejenak bersama Dewan Pemuda PAS

Tags
Ustaz Nasruddin Tantawi kelihatan tak sempat membetulkan cermin matanya ketika kami mengajaknya bergambar kenang-kenangan. Saya dan Lee, ketua biro Nanyang Siang Pau berdiri di sebelah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat ini. Temuramah itu berlangsung agak singkat, kerana agak kesuntukan waktu. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua AMK Sabah, Abd Razak Jamil, saudara Azman Sapawi (Timbalan Ketua DPP Pusat), Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan DPP Pas Pusat, Sdr Lahirul Latigu, Ketua DPP Pas sabah, Sdr Zainudin Hasan AMK Sabah dan rakan-rakan lain.
Lee menanyakan mengenai isu kalimah Allah dan pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat. Nasrudin menjawab perlunya diadakan dialog. Tidak lama selepas peristiwa itu,beliau memberitahu Dewan Pemuda Pas Pusat telah melawat gereja yang terbakar itu.Bahkan DPP Pusat telah menghantar surat kepada pihak gereja untuk mengadakan pertemuan bagi merungkaikan permasalahan.Nasrudin menceritakan beberapa peristiwa di zaman nabi, di zaman khalifah Abu Bakar. Bahkan Islam melarang keras kekerasan dan melarang rumah ibadat agama lain diganggu dan sebagainya.
Jawapan yang diberi Ustaz Nasrudin itu cukup mantap bagi menggambarkan pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat mengenai isu itu.
Rasanya saya belum pernah bertemu Nasrudin sebelum ini.Tetapi saya melihat beliau seorang yang cukup bijaksana, berwibawa bagi memimpin dan mengedepankan agenda perjuangan Pemuda Pas di negara ini.

Sejenak bersama Pak Rudhito

Tags
Saudara Kamarudin sudah menunggu di Centre Point ketika saya dengan tergesa-gesa bergegas keluar dari hotel sehabis sidang media itu selesai.Kami telah berjanji untuk minum teh bersama Bapak Rudhito Widagdo, Konsul Indonesia di Kota Kinabalu di rumahnya di Likas. Sebelum ini beliau merupakan acting konsul jenderal selama dua tahun. Beliau mempunyai hubungan baik dengan media. Bapak Rudhito, orang jogja itu seorang yang sangat sporting dan mudah ditemui untuk mendapatkan sebarang maklumat khususnya mengenai nasib pekerja Indonesia, mengenai Pendatang tanpa izin dan sebagainya.
Beliau suka menghadiahkan saya majalah sebagai bahan bacaan.Pak Rudhito kelihatan santai pagi itu ketika kami mengambil kesempatan untuk menginterviunya mengenai perempuan-perempuan yang menjadi korban perdagangan manusia seperti kes yang terjadi di Keningau dimana 22 orang wanita ditangkap dalam satu sebuan oleh pihak berkuasa.
Kuih muih khas Indonesia yang disediakan isterinya sangat sedap. Kami ingin menemubualnya
lebih lama tapi hari itu, hari Jumaat, dan jam sudah menunjukkan jam 12.00.







Khamis di Sri Kajura, Petagas

Tags

Beberapa hari sebelum majlis penutupan Kursus Penyediaan Makanan Bermasak itu, Haji Jumat Miasin telah menghubungi saya. Ada baiknya kamu datang untuk buat liputan, katanya kepada saya. Lebih-lebih lagi Pembantu Menteri, Datuk Hajah Jainab yang datang menyampaikan sijil kepada peserta.

Peserta kursus itu, datangnya dari seluruh Sabah. Saya sempat menemui beberapa orang diantaranya, yang meminati bidang penyediaan makanan.Mereka ingin jadi usahawan, atau paling tidak mendapatkan pekerjaan di bidang perhotelan, membuka restoran sendiri, katering dan sebagainya.

Saya kagum dengan semangat mereka yang berkobar-kobar itu.Bukan saja gadis-gadis manis, bahkan terdapat juga belia di kalangan lelaki yang mengikuti kursus penyediaan makanan itu.

Sewaktu jamuan makan itu, saya dipelawa duduk di meja VIP walaupun saya menolaknnya. YB Datuk Hajah Jainab mempersilakan saya duduk di meja yang sama, rupanya bukan kerana saya wartawan tapi kerana dia menganggap saya sasterawan!.

Saya berasa lucu kepada diri saya sendiri.Betul saya memang menulis sedikit puisi, esei dan cerpen tapi belumlah saya layak dipanggil sasterawan.Semuanya bermula ketika kami menjayakan majlis Pengucapan Puisi Ambang 2010 di Dewan Serbaguna Likas.

Saya tidak membaca puisi pada malam itu, tetapi kebetulan selepas membaca puisi dengan begitu baik, saudara Ketua Bahagian mengembalikan buku puisi yang dipinjamnya sehari sebelum itu, buku puisi karya Prof.dr Wan Mohd.Nor Wan Daud. Iya, barangkali orang menganggap saya yang pengarang puisi yang baru selesai dibaca itu, dan dianggaplah saya sasterawan hi hi.Saya mengaku saya aktivis, kerana saya Ketua Dua Ikatan Penulis Sabah (IPS) tetapi saya belum lagi sampai ke tahap sasterawan walaupun saya sebenarnya suka juga dipanggil penulis.

Dalam ucapannya, beliau berkata, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat melalui JPSM yang diberi mandat membangunkan modal insan di negeri ini telah melatih lebih 1,200 belia, tidak termasuk peserta kursus jangka pendek, untuk mendapat pelbagai latihan kemahiran sepanjang tahun lalu.
Katanya, golongan sasaran JPSM adalah para belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, agar mereka juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan belia yang lain.
Bagaimanapun, usaha-usaha kerajaan hanya akan berjaya dengan syarat belia sendiri mempunyai sikap yang baik dan sentiasa berilitizam memajukan diri, katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Penyediaan Makanan Bermasak tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama Restoran Sri Kajura, di Petagas .Jainab berkata, kerajaan sedar bahawab aset yang paling berharga yang dimiliki sesebuah negara adalah modal insan yang berkemahiran tinggi, pelbagai atau `multi-skills' dan juga merweka yang mempunyai sikap yang positif.

"Modal insan negara ini perlu dibangunkan secara berterusan untuk memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 akan dapat direalisasikan," katanya.
Katanya, kursus itu amat bermanfaat bagi melahirkan usahawan dalam bidang penyediaan makanan yang sangat penting dalam usaha memajukan Sabah sebagai sebuiah destinasi pelancongan yang menarik.
Kelahiran ramai usahawan ini juga akan membantu memperkenalkan lebih banyak makanan tradisi kita ke peringkat nasional dan antarabangsa, tambahnya.

Beliau berkata, belia-belia yang mengikuti kursus itu boleh menceburi kerjaya dalam bidang perhotelan, menjalankan perniagaan sendiri dan sebagainya.Jainab berharap pelatih-pelatih akan memanfaatkan sepenuhnya kemahiran bermasak yang diperolehi dan jika berpeluang mempertingkatkan dan mempelbagaikan kemahiran dalambidang masakan dan bidang berkaitan. "Saya percaya kemahiran memasak boleh membantu pelatih untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan sama ada secara kecil-kecilan sehingga membuka restoran dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelatih atas kejayaan menamatkan Kursus penyediaan Makanan Bermasak. Selain itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengarah JPSM, Billy Yumbod, Pengurus dan tenaga kerja Sri Kajura kerana berjaya menganjurkan kursus itu dengan baik sekali. Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM, Haji Maarof Haji Abd.Wahid, Pengurus Restoran Sri Kajura, Hajah Kamsiah Dasi dan suamim Haji Jumat Miasin, pelatih dan jemputan lain.










































































Khamis, 14 Januari 2010

di larang menjual di tempat ini

Tags
Hampir saya tak kenal makcik itu.
"Kenapa pindah di sini?"
Saya selalu melihatnya di luar pasar besar kk setiap malam berjual sayur atau buah, kadang sekadar lada, bawang, pisang, serai dan sebagainya.Siangnya makcik itu berjual di dalam pasar tapi bila tiba malam, beliau beringsut keluar untuk terus mencari rezeki.
"Kami terpaksa pindah, nak!.Kalau tidak barang kami dirampas DBKK," katanya kepada saya ketika saya mendekatinya di pinggir sinsuran itu.
"Ada kawan saya dari Luyang, semua banrangnya dirampas," katanya dalam bahasa bajau.Mungkin dia berasal dari Tuaran.
Saya sudah lama melihatnya berjualan hingga tengah malam begitu, taapi menurutnya mereka tidak dibenarkan berjualan hingga malam. Mujurlah katanya, ada juga pegawai yang berperikemanusiaan memberitahu kami supaya jangan berjualan diluar pasar kalau malam.
Itulah sebabnya kami pindah ke mari, katanya.
"Maaf nak, saya tak begitu kenal tadi, maklum sudah tua". Makcik ini mengenal saya kerana saya sering membeli buah-buahan yang dijualnya, kalau tidak buah, ubi keledek juga.
Duduk tidak jauh dari tempatnya ialah seorang nenek tua, berbangsa dusun dari sebelah telipok atau tamparuli. Dia menjual langsat dan buah terap, tapi katanya terap dah habis dan yang tinggal itu, tidak boleh dimakan lagi.
Sudah cukup lama mereka berjualan, setiap malam di luar pasar.Entah siapakah yang sudi membela nasib mereka dan memberi izin bagi mereka menjual hingga malam. yang jelas mereka tak mengganggu siapa siapa.Mereka orang tempatan dan mereka hanya ingin menjual menambahkan pendapatan.

Selasa, 12 Januari 2010

Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu

Tags

Saya menerima khabar duka itu melalui sms yang dikirimkan Joha. Menurutnya salah seorang anak ct yang dilahirkan kembar itu kembali ke rahmatullah.Saya teringat minggu lalu ketika menerima sms dari CT mengkhabarkan anaknya masuk ICU.
Untuk beberapa ketika saya termangu di depan skrin komputer.Tak dapat berkata apa, sambil membayangkan betapa pilu, betapa sedih hatinya.Tapi Tuhan lebih menyayangi,dan maha Kuasa, kita hambanya ini lemah tak berdaya.Semoga ct dan suami diberikan ketabahan menghadapi ujian darinya. Kami ikut berdukacita.
Saya teringat puisi Kahlil Gibran, sebuah puisi yang menyentuh jiwa
Anak-anakmu bukan anak-anakmu.
Mereka adalah putera puteri kehidupan yang rindu
akan dirinya sendiri.
Mereka datang melaluimu tetapi bukan darimu.
Dan meskipun mereka ada bersamamu,mereka bukan milikmu
engkau adalah busur tempat anak-anakmu,sebagai panah hidup,diluncurkan
Kahlil Gibran,Sang Nabi

gambar ini dirakamkan ketika secara kebetulan saya dan saudara Lichong ketemu keluarga ct di bawah ofis kami.

Sejenak di Taman Kemajuan Likas

Tags
Guru-guru kontrak dari Semenanjung dan sabah yang pernah berkhidmat dalam Crash program pada awal 70 an dahulu dipelawa menyertai persatuan kakitangan dan guru kontrak yang baru ditubuhkan di Sabah. banyak manfaat jika menyertai persatuan ini, yang antara lain bertujuan untuk menjejaki guru-guru kontrak yang belum menerima tunggakan gaji mereka. Sebelum ini kerajaan telah bersetuju dan meluluskan pembayaran kepada guru-guru kontrak yang telah berkhidmat di negeri ini dan mereka layak menerima tunggakan bayaran bagi tempoh pelantikan hingga mereka disahkan dalam jawatan dahulu.Sebelum ini, tempoh perkhidmatan kontrak tidak dikira tetapi dengan adanya kelulusan kerajaan itu, ramai guru kontrak menerima manfaatnya.Ramai yang telah menerima bayaran tunggakan tetapi ramai juga yang belum tahu mengenainya.Kelihatan Cikgu Ramli AR, salah seorang tenaga penting persatuan itu di sabah dan presiden persatuan kakitangan dan guru kontrak ketika kami minum pagi di kedai di taman kemajuan likas.

gambar 18 Disember

Tags
18 Disember, sebaik selesai majlis pernikahan Sam dan Nelly, anak-anak buahnya tidak melepaskan peluang bergambar di kowaibi.Entah bagaimana mengeja kowaibi itu, tetapi ia merupakan salah satu tempat untuk masyarakat di Tawau mengadakan resepsi.
Melihat mereka ke pinggir taman, saya mengejar mereka takut kalau mereka terus ke pantai.tapi tempat itu berpagar. Mujur juga ada kakak kakak mereka, jadi tidaklah juga terlampau risau melihat mereka berlari ke sana kemari.







Sejenak di Tanjung Batu Tawau

Tags
Walaupun lima minit, datanglah ke rumah kami, kata pakcik Jaya Dallah.Dengan kata-kata itu, maka pada 19 Disember itu, kami berkunjung ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Tawau. Kami tak ingin menghampakan orang yang berhati mulia dan baik ini. Apatah lagi budi bahasa dan layanan mereka suami isteri amatlah istimewa sekali.
Alhamdulillah, ayah dan ibu saya yang baru datang dari Kota Belud, berkesempatan untuk berkunjung ke rumahnya walaupun sebenarnya agak kesuntukan masa, kalau tidak sudah tentu mereka bermalam di rumah pakcik Jaya, yang kebetulan pula masih mempunyai ikatan keluarga dengan ayah saya.
Pertemuan itu terasa amat singkat apatahlagi kerana mereka berkongsi cerita, yang tak henti-hentinya membuat kami tertawa.
Namun demikianlah resam kehidupan, setiap pertemuan ada perpisahan. Kami sempat singgah di Restoran Yassin sebelum mereka menghantar kami pulang ke Titingan Hujung.

Gambar di Batu Payung

Tags


Shukri, biras saya, sudi menemani kami ke Batu Payung berkunjung ke rumah Pakcik Maing (Ismail Alim).Lama tidak ke sana.Kebetulan keluarga dari Batu 4 juga ada, kak Hasnah dan anak-anak, kak munah dengan anak-anak, bang Yunus dan anak-anak, dan Si Otto dan isteri dan pakcik Anting dan isteri juga ada.Maka pertemuan itu meriah dan tambah bermakna dan berbaloi kerana walaupun ayah dan ibu datang dari kampung di kota belud, kunjungan ke rumah keluarga di Batu payung itu merupakan satu peristiwa yang istimewa.











Isnin, 11 Januari 2010

10 01 10,tarikh yang bererti buat kami

Tags
Jam 9.10 pagi,JY sudah menelefon memberitahu mereka sudah sampai di Likas Plaza.Cikgu Mohd Fuad juga ada.Saya melihat semula jam tangan saya dan menyemak sms saudara Laliman bagi memastikan saya tidak tersilap pandang.Ya, memang benar, jemputan untuk pertemuan itu jam 10.00 pagi.
Kira-kira setengah jam kemudian, saya sampai di Restoran Bismilah.Cikgu Fuad,JY, Hasyuda, Laliman dan Sdr Mashud sedang duduk minum sambil menunggu rakan-rakan lain.Beberapa diantaranya mengirim sms berhalangan.Selepas saudara Jikran Mahmut sampai, kami naik ke tingkat atas bagi memulakan perbincangan untuk menubuhkan Koperasi Penulis Sabah atau singkatannya Ko-Pen.
Hari ini memang hari yang bertuah untuk kami memulakan langkah bagi memberi sesuatu erti untuk membela nasib dan masa depan golongan penulis dan karyawan seni di negeri ini.
Saudara Laliman, mantan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak ini memang berpengalaman mengurus bidang seni dan industri seni.Begitu juga Saudara Jikran mantan pegawai Bank yang berpengalaman. Pendek kata, kehadiran rakan-rakan seperi Cikgu Fuad,pensyarah SPS UMS, Hasyuda Ketua Satu IPS dan JY, Setiausaha serta rakan lain mampu menggalas tanggungjawab untuk mengangkat imej penulis dan industri seni dan sastera di negeri ini ke satu tahap yang membanggakan.
Kebetulan sekali,Ikatan Penulis Sabah (IPS) menyambut ulang tahun yang ke-20 tahun ini, dan penubuhan Ko-Pen membawa erti yang mendalam buat penulis di negeri yang kita cintai ini.

Ahad, 10 Januari 2010

Hassan Omar menang Hadiah Sastera Perdana

Tags

Kesibukan sebagai seorang wartawan di Berita Harian,tidak menghalang Saudara Hassan Omar menghasilkan karya kreatif.Beliau menceburi genre sastera kanak-kanak,satu genre yang tidak ramai sasterawan kita menceburinya.
Pembabitannya dalam dunia sastera ternyata membawa tuah kepada Hassan apabila novel Azrul Wira Anak laut terbitan K Publishing Sdn.Bhd pada tahun 2006 dipilih memenangi Anugerah Sastera Perdana bagi kategori Novel Kanak-Kanak dengan hadiah bernilai RM5,000.
Majlis penyampaian hadiah yang akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan di Hotel Legend.
Sebelum ini, Hassan pernah memenangi Hadiah Novel Kanak-kanak anjuran Mobil-Persatuan Penerbit Malaysia pada tahun 1996 dengan novel bertajuk Awang Hitam dan layak menerima hadiah RM10,000. Seorang lagi pemenang kategori yang sama ketika itu ialah Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

IPS anjur bengkel penulisan

Tags
IPS DAN BIRO PENDIDIKAN UMNO SEPANGGAR ANJUR BENGKEL PENULISAN

Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Biro Pendidikan UMNO Sepanggar akan menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif dan Non Kreatif di Likas Plaza dari jam 9.00 hingga 12.00 tengahari di Likas Plaza bermula 24 Januari depan.
Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin berkata, bengkel penulisan yang diadakan setiap dua minggu sekali itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik teknik dan ilmu penulisan kreatif dan non kreatif seperti puisi, cerpen, esei, penulis berita dan rencana dan sebagainya.
Katanya, bengkel penulisan itu boleh disertai oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) asalkan mereka berminat dan ingin menceburi bidang penulisan untuk kerjaya masa depan mereka.
Menurutnya, peserta dikenakan bayaran komitmen sebanyak RM50 seorang jika mereka berminat untuk mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh penulis-penulis terkemuka dan wartawan ternama di negeri ini.
Sukor berkata, bengkel itu diadakan sebagai salah satu program sempena Sambutan Ulangtahun IPS yang ke-20 yang akan diadakan tahun ini selain aktiviti-aktiviti lain yang tidak kurang menariknya.
Beliau berkata, IPS kini menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjayakan pelbagai program yang dirancang sepanjang tahun ini.
Mereka yang berminat mengikuti bengkel itu boleh menghubungi Hasyuda Abadi melalui talian 0168120664, Laliman Haji Ahmad melalui talian 0168047876, Jasni Yakub 0109305214 atau emel kepada hasyuda@yahoo.com, fawzantawfiq@yahoo.com.

Penari manuk-manuk limbukun

Tags

Anak-anak Kampung Bangka-bangka Likas mungkin kurang dikenali tetapi remaja inilah yang menari tarian manuk-manuk limbukun, tarian suku kaum Bajausama yang menarik.Saya mula mendengarnya daripada seorang kawan dari Kuala Penyu yang berkunjung ke Kota Belud tahun lalu dan menanyakan kepada saya, apakah saya tahu mengenai tarian manuk-manuk limbukun itu.
Saya tahu pantunnya tapi saya belum pernah melihat tariannya.
Selang beberapa waktu kemudian, bekas rakan sekolah,Rahmah Jamawi mengundang saya ke Taun Gusi kerana katanya terdapat satu program anti dadah yang akan diserikan dengan majlis perasmian tarian manuk manuk limbukun itu.
Saya tidak berpeluang ke Taun Gusi dan dengan itu tidak berpeluang melihatnya.
Kemudian saya menonton tarian manuk manuk Limbukun itu dipersembahkan di Dewan SESB ketika majlis pelancaran majlis wanita anti dadah kota kinabalu.Tarian yang sangat menarik dan menggabungkan unsur-unsur runsai sama dan gerak tari moden.
Itulah kali pertama saya melihatnya.Kali kedua di Dewan Serbaguna Likas pada 31 Dis lepas dan persembahan anak anak bangka-bangka pada 3 Januari dalam majlis pemimpin rakyat itu, saya rasa tarian manuk-manuk limbukun yang paling menarik saya pernah lihat.
Hidup matinya budaya terletak bukan saja di tangan gadis gadis remaja ini tetapi di tangan kita semua, pencinta budaya.

Padahal hanya lalang!

Tags

Melihat bunganya yang putih,saya berasakan betapa indahnya pemandangan ini.Padahal hanya lalang, mungkin tak bererti bagi sebilangan orang.

gambar kunjungan ke manjong

Tags
Rakan rakan dari Tungku,mungkin tertunggu-tunggu gambar ini.Bilakah agaknya akan disiarkan mengenai lawatan kami ke Loji Janakuasa ArangBatu di Manjong itu.
Saya minta maaf kerana agak sibuk juga selepas lawatan itu, dan tidak dapat menulis dengan baik dan lengkap.
Namun kesibukan yang menerpa pada minggu-minggu akhir disember kini mulai diatasi.Saya berharap,laporan di Manjong itu akan dapat disiapkan dengan lebih terperinci dan memadai.




Sabtu, 9 Januari 2010

Belia USIA perkasakan dakwah

Tags
Badan Belia USIA Pusat yang kini dipimpin oleh Saudara Abdul Hakim Haji Gulam Hassan telah mengadakan mesyuaratnya di Ibu Pejabat USIA Sembulan baru-baru ini dengan tekad untuk memperkasa belia belia Islam di seluruh negeri.
Saya fikir, pimpinan Belia USIA yang baru ini mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka oleh perwakilan USIA dalam Perhimpunan Agung USIA Sesi 2009/2012 yang berlangsung pertengahan November lalu.
Ketua Belia USIA kini disandang oleh Saudara Abd.Hakim, Naib Ketua Belia, Saudara Zaki Laumin, Setiausaha, Ustaz Jadmin Mohd.Soon, Bendahari Mohd Rafi bin Alli Hassan dan Ketua Penerangan, Khairul Firdaus Datuk Akhbarkan.

Sedikit catatan mengenai Raja Guru Sabah

Tags
Cikgu Ibrahim Mohamad yang kita kenali sebagai Raja Guru Sabah dalam dunia kesusasteraan di negeri ini, merupakan seorang penulis yang amat gigih. Menulis sejak 35 tahun yang lalu, Cikgu Ibrahim telah menghasilkan ratusan sajak sejak Sajak pertamanya Cinta Pulau Pimping terbit tahun 75. Dalam tempoh tiga tahun iaitu 1975 hingga 1978, beliau menghasilkan 80 buah sajak menjadikan beliau antara tokoh penting dalam dunia persajakan ketika itu.

Cerpen pertama yang dihasilkannya ialah Harimau Desa Ketapang pada tahun 1978. Cikgu Ibrahim telah menghasilkan lebih 40 buah cerpen sehingga tahun lalu. Selain menjadi guru, beliau pernah menjadi pemberita sambilan di antara tahun 80-an hingga 90-an dengan akhbar Borneo Mail. Raja Guru Sabah minat membaca novel, cerpen dan sebagainya.Menulis telah menjadi darah daging beliau sejak sekian lama. Penulis yang diminati ialah Arifin Arif (Datuk Haji Mohd.Arifin Arif), Jasni Matlani, Ramlie AR dan Sukor Haji Usin (Hasyuda Abadi).
Saya mula mengenalinya awal tahun 90an ketika persatuan kami Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengadakan aktiviti bersama GERIMIS Membakut di SK Pengiran Jaya Pimping. Ketika itu, cikgu Ibrahim giat menulis dan beliau terus menulis hingga kini.Syabas Raja Guru Sabah.

dari sungai darau,melihat hutan bakau dan sampah yang memukau

Tags

Saya fikir bukan kerana komplen ikan julung-julung dan surat daripada masyarakat ikan dan monyet yang membuat kami begitu bersemangat menyertai tinjauan pencemaran sungai Likas dan Inanam itu.Masalah pencemaran sungai dan sampah sudah seringkali disebut oleh Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris.
Ucapannya di kampung bangka-bangka pada 3 Januari yang mengatakan beliau menerima tiga surat komplen dari masyarakat ikan, monyet dan ikan jukung-julung,walaupun sesuatu yang penuh jenaka tetapi menarik perhatian.
Kerana itu, apabila Zek menyampaikan undangan Cif, begitu kami menyapa Ketua Bahagian UMNO Sepanggar itu, undangan itu segera mendapat respon.
Jam 10.00 kami sudah sampai di pengkalan nelayan Kampung Darau yang kecil.Salam sudah menunggu tetapi mungkin juga terkejut melihat bilangan kami yang ramai.Ada Utusan Borneo, Ada Daily Express, ada Utusan Malaysia, Ada Borneo Post dan wartawan dan krew RTM dan TV3.
Kami terpaksa menaiki dua perahu nelayan menyusuri sungai Darau.Pada mulanya kami melihat hutan-hutan bakau dan seekor dua burung bangau.Ada yang hinggap dan terbang.
Monyet-monyet tak ada ketika ini, kata Mad Jakar, pesara pos yang mengiringi kami.
Selepas melihat pemandangan yang cantik, melihat bangunan IBorneo, UMS dan bangunan Mini Putrajaya dari celah-celah pohon bakau, menyapa nelayan yang sedang memukat, kami melalui jambatan king fisher dan terkejut melihat ada orang yang tinggal di bawah jambatan.Kononnya keluarga itu dihanyutkan arus dari semporna, perahu mereka pecah dan tak dapat pulang.
Sesampainya di kawasan Likas, kami melihat jajaran rumah setinggan, dengan sampah di bawah rumah mereka, dengan ampaian pakaian dan kutang, dan ibu ibu yang sedang memasak, anak anak gadis yang sedang mandi dan anak-anak yang riang melambai kami.
Masalah petempatan setinggan itu sudah tentu memeningkan kepala, dan rambut Ketua Bahagian yang sudah putih itu akan bertambah putih lagi dengan masalah pencemaran alam sekitar, masalah penyusunan semula sepanggar, dan idea untuk mewujudkan pasar terapung dan mempromosi pelancongan sungai di kawasan itu.


"Kira-kira 70 peratus kawasan sungai di Likas, Inanam dan Menggatal mengalami masalah pencemaran yang agak teruk dan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menangani masalah pencemaran itu, kata Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris.
Pencemaran sungai yang kini dipenuhi sampah sarap menjadi satu isu yang perlu diselesaikan untuk memastikan alam sekitar sentiasa cantik dan bersih.
Keadaan itu bertambah teruk lagi dengan kewujudan penempatan setinggan yang menyebabkan sungai bertambah sempit manakala sampah bertimbun di sebalik kesedaran penduduk yang semakin hilang terhadap kepentingan alam sekitar.
"Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi menangani masalah pencemaran sungai yang semakin teruk itu," katanya selepas membuat tinjauan bersama wartawan media cetak dan elektronik selama lebih dua jam menyusuri kira-kira 10 km sungai yang merentangi beberapa buah kampung seperti Kampung Darau, Kampung Cempaka, Kampung Cenderamata Dua, Kampung Lembaga Padi, Kampung Kalansanan, Kampung Bangka Bangka.
Sungai-sungai yang mengalir di kawasan Sepanggar bukan saja kaya dengan flora dan fauna tetapi cantik dan penuh sejarah.
Sungai Likas, Sungai Inanam dan Sungai Darau, yang bersambungan satu sama lain merupakan sungai yang pernah ditelusuri oleh Pahlawan Sabah, Datu Paduka Mat Salleh ketika melancarkan serangan ke atas penjajah di Pulau Gaya pada awal 1900.
Tetapi sungai yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan masyarakatnya kini menghadapi pencemaran yang agak teruk akibat masalah sampah sarap yang terhimpun sejak berpuluh tahun lalu.
Masalah itu memang memeningkan kepala kerana ia bukan saja sampai ke tahap yang kronik tetapi keadaan sungai semakin sempit akibat tumbuhnya rumah-rumah setinggan.
Jumat juga menggesa pihak pemaju dan kontraktor di kawasan Sepanggar supaya memberi kerjasama ke arah pemuliharaan sungai supaya tidak membuang sisa kumbahan terus ke dalam sungai yang menjadi salah satu punca pencemaran.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana kilang bebola ikan boleh diluluskan di kawasan yang padat penduduk yang mengakibatkan sungai bertambah tercemar kerana sisa buangannya di buang ke dalam sungai yang turut merumitikan keadaan.
Masalah pencemaran itu juga bukan saja menjejaskan sumber pendapatan nelayan bahkan membahayakan mereka.
Katanya, pelbagai potensi telah dikenalpasti menjadi tarikan pelancong di sungai itu seperti kelip kelip yang boleh disaksikan setiap malam di kampung Darau.
Menurutnya, pihaknya sedang pelbagai langkah untuk menangani masalah pencemaran sungai termasuk memperkenalkan pasar terapung, pelancongan sungai dan sebagainya.