Monday, February 28, 2011

Bolehkah saya berdoa?

Bolehkah saya berdoa?
Ya, kenapa tidak?
Kita berdoa kepada Tuhan memohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.Kita berdoa agar diberikan cahaya menerangi jalan ke arah kehidupan yang lurus.
Tapi bang,saya ingin mendoakan nenek saya yang telah meninggal dunia.Tapi kami tidak seagama.
Bolehkah saya berdoa untuknya?
Apa salahnya berdoa, kata saya menirukan pendapat seorang ustaz yang saya hormati.
"Dalam al-Quran,banyak ayat yang menyatakan bahawa Tuhan hanya akan bertanya apa yang dibuat oleh manusia ketika hidupnya, bukan nama agamanya.
Kalau orang itu buat baik, dia akan dapat pahala.
Tapi kalau orang itu buat jahat,dia akan dapat bala.
"Jadi saya sangat setuju kalau ada orang yang mendoakan kawannya atau keluarganya yang berbuat baik, doa kebaikan untuknya.
Malah, sungguh sangat bertentangan dengan kehendak Tuhan,kalau seseorang itu mendoakan kejahatan orang yang berbuat baik, hanya kerana nama agamanya tidak sama dengan dia.
"Islam bukanlah semata nama.Islam is not a name.It is submission to God".

No comments: