Tuesday, July 5, 2011

didatangi pencuri yang `prihatin'

Isnin lepas, awal pagi lagi saya menerima SMS daripada adik saya, Jamdin menyatakan bahawa bilik saya dimasuki pencuri. Katanya, kelihatan tiga cermin tingkap bilik saya dibuka. Satu masih terletak di luar dan dua lagi dalam bilik.
Bila balik? tanyanya. Ketika itu saya berada di Tawau.
Dua hari lagi. Tapi biarkanlah, kata saya kepadanya, kerana kalaupun pencuri itu masuk paling-paling dia akan dapat mengambil syiling mungkin ada dalam tiga puluh ringgit juga. Tak ada barang berharga lain. Kecuali kalau pencuri itu mahu ambil buku-buku saya.Saya fikir itu yang paling berharga.
Wahid juga ada menelefon memberitahu hal yang sama. Saya beritahu tak apalah, paling-paling pencuri itu dapat mencuri buku.
Tolong tengok-tengokkan saja.
Hari ini, hal yang aneh berlaku kata Wahid. saya tak habis fikir mengapa pencuri itu datang semula untuk memasang cermin tingkap?

1 comment:

Mohd Isa Abd Razak said...

Saya turut berfikir, tuan. Wassalam.