Rabu, 28 September 2011

Catatan di Narathiwat 2

Tags
Pak Djamal sudah duduk di beranda ketika kami keluar dari bilik. Walaupun jam di tangan menunjukkan jam 8.00 pagi, tetapi waktu di Selatan Thai kira-kira jam 7.00 pagi.
Hari ini 25 September 2554, tahun Thailand atau 25 September 2011, iaitu hari kedua kami berada di Bachok, Narathiwat. Saya tidak pasti mana ejaan yang betul, sama ada Narathiwas atau Narathiwat.
Sambil menunggu sarapan, saya sempat bercerita dengan Pak Djamal Tukimin, sasterawan Singapura yang merupakan penerima Anugerah Tun Seri Lanang yang ke-7. Beliau seorang tokoh sasterawan yang terkenal dari Negara itu.
Saya tak sempat menegur Pak Djamal Tukimin dan isterinya ketika sedang check-in di LCCT. Saya sudah camkan wajahnya sebaik ternampak beliau di LCCT. Tak apalah, saya akan menegurnya kemudian, kata saya dalam hati.
Ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa petang kelmarin, kami sempat bersapa tetapi pagi ini, selain daripada malam kelmarin dalam sesi pertama, saya dapat mendengar banyak cerita daripada tokoh ini.
Nik Rakib terpaksa ke Sungai Golok untuk mengambil Prof.Dr.Zulhasril Nasri, Ketua Pusat Tamadun Melayu Nusantara, Universitas Indonesia, Depok, yang kelmarin tertinggal kapal terbang di LCCT.
Pagi ini kami akan dibawa melawat Kampung Gading Jeringa dan bertemu dengan Nik Amin Nik Ahmad, Ketua Kampung atau Tok Nibi yang berusaha mengumpul segala khazanah melayu dari zaman Funan, Srivijaya, Campa dan sebagainya. Segala artifak itu dikumpulnya sejak dua tahun lalu dan minatnya tumbuh sebagau melanjutkan minat bapanya, Nik Ahmad Hassan, seorang seniman dan budayawan yang terkenal di zamannya.
Dari Kampung Gading, kami dibawa melawat istana Raja Sai di Kampung Takok yang hampir roboh. Istana itu tidak dipedulikan atau dipulihara.Padahal ia merupakan salah satu daripada tujuh raja yang memerintah di selatan thai.
Selepas makan di perpustakaan, nasi bungkus dan sup,, kami di bawa pula ke Dewan Masyarakat majlis Daerah Bachok.
Orang kampong dan peserta seminar sudah memenuhi dewan ketika kami tiba. Saya sempat berkenalan dan bercakap dengan wakil rakyat Bacho, Pakrurozee Saleh, yang juga Deputy Speaker of Narathiwat Provincial Administration Organization.
Selepas majlis perasmian oleh ADUN Bacho, Nik Rakib mempersilakan panel pada sesi pertama iaitu Dr.Zulhasril dan Salmi Mesra. Dr.Zulhasril bercakap mengenai masyarakat majmuk di Indonesia manakala Awang Haji Abdul Hamid Haji Tamat bercakap mengenai masyarakat kedayan di Brunei.
Sementara sesi kedua yang dipengerusikan oleh Sdr Zawawi dari PSU, Pak Djamal Tukimin bercakap mengenai masyarakat Melayu Singapura, saya pula diminta bercakap mengenai perjuangan masyarakat Islam di Mindanao manakala isteri saya, Fauziyah diminta bercakap mengenai kedudukan kaum wanita dan pembinaan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di sabah, khususnya di Tawau.
Selepas saja saya bercakap, saya diserbu oleh masyarakat Islam di Bacho dan meminta bergambar dan mempelawa saya datang semula ke daerah itu.
Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan, sambutan masyarakat Islam yang begitu peramah dan sebagainya.
Insya Allah, saya pasti datang semula

Catatan di Narathiwat

Tags

Sebaik tiba di Pancor National Park, Bachok Narathiwas, Thailand jam menunjukkan 9.30 malam.

Perjalanan memang jauh dan melelahkan. Bayangkan kami berangkat jam 10.55 pagi dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan tiba di LCCT jam 1.00 petang.

"Kita tiba 25 minit lebih awal," kata pramugara AirAsia sebaik pesawat mendarat di lapangan terbang.

Selepas transit kira-kira satu setengah jam di LCCT, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu jam 3.50 petang dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 5.00 petang.

“Saya berada kira-kira tiga kilometer. Sebentar lagi sampai, “ kata Nik Rakib melalui telefon.

Bersama Pak Djamal Tukimin dan isterinya Kak Maimunah dari Singapura dan Salmi Mesra (Dato’ Paduka Utama Di Raja Dr. Awang Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Tamat) kami menunggu saja Nik Rakib tiba untuk menjemput kami.

Setengah jam kemudian kami berangkat lagi dengan teksi ke Sungai Golok di perbatasan Malaysia-Thailand kira-kira jam 6.25 petang.

Jam 7.00 malam, kami sudah berada di Pejabat Imigresen Sungai Kolok Thai untuk mengisi borang imigresen. Setelah segalanya selesai, kami meneruskan perjalanan lagi dan berhenti sebentar untuk buang air kecil dan membeli minuman di sebuah stesen minyak yang agak suram keadaannya jam 7.25 malam.

Kami melalui beberapa pos pemeriksaan keselamatan. Seminggu sebelum itu, terdapat peristiwa letupan bom di pekan Sungai Kolok dan mengorbankan rakyat Malaysia dan mencederakan berpuluh yang lain.

Kami sekarang memasuki wilayah yang bergolak itu. Memang terasa khuatir juga kalau tiba-tiba ada letupan bom atau kejadian-kejadian tidak diingini pada ketika kami melalui jalanraya Sg Kolok itu.

Jalan aspal itu terasa panjang dan di kiri kanan jalan masih dihuni oleh sesuatu yang misteri dalam minda kami.

Namun kami sempat juga singgah di Nasir Seafood dan makan dalam keadaan yang agak tergesa kerana kami telah ditunggu peserta 1st International Seminar on Malay Studies 2011 di Bachok, Narathiwas.

Setelah meletakkan beg pakaian, dan berehat tidak sampai lima minit, kami turun semula untuk menjayakan sesi pertama seminar antarabangsa pengajian Melayu itu itu.

Tajuk pertama yang diberikan ialah puisi perdamaian dan kami diminta untuk bercakap mengenai perdamaian dan menceritakan pengalaman dari negara masing-masing mengenai usaha-usaha mempertahankan kedamaian.

Nik Rakib Nik Hassan yang bertugas Pusat Studi Nusantara, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Prince of Songkla University memperkenalkan kami kepada hadirin. Pak Djamal Tukimin dari Singapura, Dato (Dr) Ustaz Awg Haji Abdul Hamid bin Haji Tamat atau lebih dikenali Salmi Mesra dari Negara Brunei Darussalam dan saya Abd.Naddin Hj Shaddin, wartawan kanan Utusan Borneo diperkenalkan sebagai seorang pengkaji dari sukubangsa Iranun dan Nik Rakib menambahkan bahawa saya diminta bercakap mengenai masyarakat Iranun di Sabah dan kerana saya akrab dengan Iranun, Maranao dan Maguindanao di Mindanao, maka saya diminta juga bercakap mengenai situasi masyarakat Islam di selatan Filipina itu.

Memang sambutan yang diberikan terhadap sesi pertama itu agak menarik.Kami dihujani dengan pelbagai pertanyaan, dan saya menjawab mungkin pertanyaan yang diajukan itu. Jam menunjukkan 12.45 minit malam. Pak Jamal mengisyaratkan agar majlis ditangguhkan buat sementara kerana sudah larut malam dan kami masih keletihan.

Masih awal lagi, kata Nik Rakib. Rupanya waktu di Selatan Thailand ketika itu ialah jam 11.45 minit malam, iaitu satu jam lebih lewat berbanding waktu di Malaysia.

Walaupun majlis berakhir, tapi saya sempat juga bercakap dengan Samsu Yaeyaeng, seorang wartawan muda dari Patani Forum, staff writer www.pataniforum.com dan Tuwaedaniya Tuwaemaengae, Director of Local Comunity Relation, Patani Forum, Pattani.

Entah jam berapa kami tertidur, mungkin jam 2.30 pagi atau jam 3.00 pagi waktu Malaysia, mengikut jam yang ada di tangan atau jam 1.30 pagi waktu selatan Thai.

Sabtu, 24 September 2011

Seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak

Tags
Seorang ibu boleh memelihara sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Ketika pertama kali mendengar kata-kata ini, sewaktu masih remaja dahulu, terus terang saya agak tidak bersetuju.

Mana mungkin! Apa mungkin? Bagaimana mungkin begitu? Sepuluh anak tidak boleh menjaga seorang ibu sedangkan seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak.

Kebetulan di kampung kami banyak keluarga yang mempunyai ramai anak. Jika semua anak itu, bila besar dan bekerja memberikan RM100 untuk ibubapa mereka setiap bulan, bererti orang yang mempunyai lima anak boleh menerima RM500 sebulan.

Itu perkiraan yang mudah dan sederhana. Maka sudah tentu, keluarga yang mempunyai ramai anak akan merasa sangat beruntung.

Tetapi pada masa dulu, kehidupan kebanyakan keluarga di kampung kami hidup dalam keadaan miskin dan agak daif. Kalau bukan petani, pekerjaan utama penduduk kampung kami adalah nelayan.Tidak seperti sekarang, pada waktu itu, orang bertani hanya untuk memenuhi keperluan sara diri.

Bagaimanapun, hubungan antara anggota keluarga, antara ibu bapa dan anak, antara adik beradik, antara saudara sepupu, makcik pakcik dan sebagainya amatlah erat dan kukuh.

Kadang-kadang, bila ada waktu, ibu selalu bercerita, dengan caranya sendiri mengenai bagaimana seharusnya sebuah keluarga itu didirikan. Asasnya tentulah saling bantu membantu, saling kasih mengasihi, saling hormat menghormati,saling maaf memaafi, saling faham memahami, toleransi dan sebagainya.

Beliau juga sering berpesan betapa restu ibu amatlah penting dalam menentukan mulia tidaknya kehidupan.Kehidupan yang diredhai, mestilah yang paling penting ialah mendapatkan restu ibu.

Kita tidak boleh menyakiti hati ibu.Menggores hati mereka adalah hal-hal yang sepatutnya dijauhi. Hati seorang ibu tidak boleh disakiti. Ibu sering berpesan agar anak-anak sentiasa menghormati orang tua mereka.

Syurga berada di bawah telapak kaki ibu, katanya selalu mengingatkan kami. Seorang ibu, sejak dari waktu mengandungkan anak, sudah menanggung bebanan derita dan sengsara.Kemudian dia akan memelihara anaknya sehingga anaknya atau anak-anaknya yang membesar.

Seorang ibu boleh memelihara sepuluh orang anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Itulah hakikatnya.Hakikat yang pahit.

Kita pernah terdengar betapa ada yang tidak mempedulikan orang tua mereka. Ada yang malah sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Ada yang menyerahkan penjagaan ibu bapa mereka kepada orang gaji dan jarang menjenguk ibu bapa.

Malah seorang rakan saya bercerita mengenai pengalamannya beberapa hari menjaga adiknya di hospital. Beliau melihat betapa ramai ibu atau bapa yang terlantar dan dijaga orang lain, yang bukan anak-anak mereka. Anak-anak mereka yang ramai itu agak sibuk, bekerja dan sebagainya.

Mungkin bukan salah mereka juga. Tetapi saya fikir nilai masyarakat kita berubah.Kalau dulu tak ada yang sampai hati membiarkan ibu bapa mereka tinggal atau menetap sendirian.

Meskipun tidak semua orang yang memiliki sifat-sifat yang yang kurang baik.Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang penyayang dan prihatin terhadap orang tua mereka. Beruntunglah orang yang mempunyai anak yang ramai. Dan anak yang ramai itu pula, prihatin dan menjaga anak-anak mereka.

Seorang ibu mampu menjaga, memelihara dan membesarkan sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Betapa benar kata ibu , betapa pahit realiti menjadi ibu bapa sekarang.

Jumaat, 23 September 2011

amai ilui masak ikan sembilang

Tags
di tengah-tengah kesibukan mengejar masa yang tak dapat dikejar, amai ilui jemput ke rumahnya di tanjung aru kerana beliau masak ikan sembilang.
jam 7.00 tepat!
siapa yang lambat, jangan menyesal, demikian kata dua yang diberikan amai happy mengenai jemputan amai ilui itu.
ya, lama betul tidak menikmati ikan sembilang masak pedas.Saya yang agak sibuk juga hari itu, terpaksa mempercepat lagi kecepatan menyiapkan artikel yang jika ditulis dengan paksa begitu, kadang mengalir juga walaupun setelah dibaca kemudian terasa dangkal isinya.
tak apa.
amai ilui masak ikan sembilang. beliau rajin menjemput ke rumah kalau ada rezekinya, untuk kami menikmati masakan tradisi iranun. beberapa waktu dulu beliau masak ikan tilapia, satu belanga habis.
sebelum itu, siager, satu menu tradisi masyarakat iranun, yang rupanya popular di kalangan masyarakat yang menetap di pesisir pantai.
saya fikir bukan ikan sembilang itu yang penting bagi amai ilui, melainkan keseronokan dan kebahagiaan yang tidak terkira ketika bertemu dan bercerita-cerita bersama keluarga.

Ahad, 18 September 2011

Ketika bercakap cakap dengan Mat Sabu

Tags
Kita tidak perlu menulis sejarah baru, kata Haji Mohammad Sabu.

Apa yang perlu ialah kita mengetengahkan peranan yang dimainkan oleh tokoh pejuang kemerdekaan yang lain seperti Dr.Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, dan sebagainya, dan bukan setakat peranan Datuk Onn Jaafar atau Almarhum Tunku Abdul Rahman.

"Itu sebabnya rakyat negara kita kurang semangat patriotiknya kerana hanya disajikan dengan satu versi sejarah semata-mata," kata Timbalan Presiden PAS itu.

Menurutnya, rakyat haruslah diberikan gambaran yang tepat dan lengkap mengenai peristiwa sejarah di negara ini dan bukan setakat satu versi sejarah dengan mengetepikan sumbangan dan peranan yang diberikan oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain.
Saya fikir beliau benar.

Sebenarnya saya agak jarang membuat liputan program Mat Sabu. Walaupun pernah menemuramah tokoh-tokoh Pas yang lain seperti Tuan Guru Haji Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man,Mahfuz Omar,Salahudin Ayub, Ir Khalid Samad,Mazlan Aliman, Nasrudin Tantawi, tetapi saya jarang sekali berkesempatan menemuramah Mat Sabu.

Mat Sabu adalah antara nama yang mewarnai politik negara. Bahkan jika tidak silap,beliau pernah bertanding melawan DSAI di Permatang Pauh ketika DSAI berada dalam UMNO.
Beliau seorang tokoh yang bersahaja. Berani dan lantang dalam ucapannya dan suka juga melucu, berjenaka membuat kita tertawa.

Selepas sidang media di Pejabat PAS Putatan di Asia City itu, beliau mendekati kami. Bercakap mengenai nilai patriotik di kalangan rakyat yang rendah.Sehingga mereka juga kurang semangat untuk mengibarkan bendera.

"Bila agaknya PRU-13 diadakan, kalau menurut pandangan pemberita?" tanya Mat Sabu kepada kami.
Saya balik bertanya kepadanya, kalau menurut beliau, bila agaknya pilihanraya akan diadakan?
Mungkin Dato' Najib perlu memulihkan imejnya kerana popularitinya menurut 6 peratus, katanya.

Tapi dengan pengumuman pemansuhan ISA, imej beliau meningkat, kata saya. Menurut Mat Sabu banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh kepimpinan Dato' Najib terlebih dahulu.

Kita mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi berharap ia bukan gimik politik semata-mata, katanya dalam Sidang Media sebelum itu.

Katanya, pemansuhan Akta ISA itu telah lama diperjuangkan oleh PAS dan menyifatkan pengumuman itu sebagai kemenangan rakyat.

"Walau bagaimanapun, kami masih lagi menunggu bagaimana bentuk akta baru yang dibuat untuk menggantikan ISA," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, Setiausaha Perhubungan PAS Sabah, Ustaz Haji Awang Laiman Haji Ekin dan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri, Haji Norbin Haji Abdul Wahab.

Mohammad Sabu yang juga mantan tahanan ISA berharap agar pemansuhan ISA itu benar-benar dilakukan dan bukan sekadar gimik politik menjelang pilihan raya.

"Kita masih menunggu apakah akta baru yang akan diperkenalkan itu serupa dengan ISA...Kita harap ia bukan gimik politik semata-mata.

Beliau berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program ceramah PAS dan menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu.

Ditanya mengenai sambutan rakyat terhadap program-program ceramah PAS, Mohamad Sabu berkata, sambutan rakyat semakin bertambah walaupun beliau difitnah selama `16 hari 16 malam' tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Beliau menyifatkan kebebasan media di negara ini setaraf dengan Myanmar dan negeri-negeri lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina malah Singapura kini semakin mengamalkan kebebasan media.

"kita harap para wartawan melaporkan berita yang seimbang" katanya sambil menambah, akses kepada media adalah salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Selepas sidang media itu, beliau mempersilakan wartawan untuk menikmati jamuan mee goreng yang disediakan.

Sebenarnya, ketika beliau datang itu, sebilangan rakan media terpaksa meletakkan pinggan berisi mee kerana tak sedaplah makan di depan beliau.

Sidang media itu agak singkat. Beliau hanya memberi komen mengenai pengumuman PM terhadap pemansuhan ISA. Selepas satu dua soalan, katanya kalau tak ada soalan lagi, beliau mengucapkan terima kasih dan menjemput media untuk menjamu selera.

Saya memperkenalkan Gary Louis, wartawan yang mewakili Malaysiakini, juga Rashid dari Utusan Malaysia. Mat Sabu berkata, beliau tidak boleh komen lagi mengenai Mat Indera kerana perkara itu telah dibawa ke mahkamah, tapi katanya kepada Rashid, orang lain boleh komen.

Secara umumnya, rakan-rakan media agak selesa dengan karakter Mat Sabu, tidak seperti yang selalu digambarkan dalam media dan TV.

Selepas PC itu, kami pun turun dan saya, rashid, suzy, suraidah, dary menyambung minum di Sri Sempelang.




Sabtu, 17 September 2011

Sedikit catatan mengenai Seda' a Tiapa di Kayu Putih

Tags
Seda' a tiapa, tidak syak lagi mampu menaikkan selera.Tiapa merupakan salah satu kaedah memanggang ikan yang popular dalam masyarakat Iranun di Kota Belud. Ikan diletakkan atau dipacakkan berdekatan unggun api.Kaedah menyalai ikan atau tiapa ini sudah agak jarang kita saksikan.Saya sendiri sudah lama tidak melihat proses tiapa ini.Mungkin sudah puluhan tahun juga,saya tidak melihat orang menjual ikan tiapa. Dahulu di minanga atau di simpang kampung Jawi-jawi ada orang orang yang menjual seda' a tiapa ini.
Seda' a tiapa ini memiliki aroma khas.Di kampung kayu putih, kami singgah di sebuah gerai yang menjual seda' a tiapa ini. Puan Norhayati, namanya.Beliau menjual ikan tiapa ini antara RM5.00 hingga RM10.00 menurut jenis ikan dan ukurannya,kecil atau besar.Menurutnya, sudah lapan atau sembilan bulan, Puan Norhayati menjual ikan tiapa ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Saya teringat pengalaman ketika melawat Quaipo City di Metro Manila. Saya menyaksikan orang Iranun Maranao di sana turut menjual seda a tiapa ini di tengah-tengah bandar quaipo.Jika kita berkunjung ke sana, terdapat banyak jenis masakan Iranun termasuk pialapaan, giataan, tiapa, kulia' dan sebagainya.
Seda' a tiapa ini memang memiliki rasa yang berbeza dengan ikan panggang.Seda' a tiapa lebih sedap lagi, cuma prosesnya agak lambat,kerana ikan yang disalai itu tidak boleh terkena api.
Barangkali bagi mereka yang teringin makan seda' a tiapa ini, bolehlah meminta rakan-rakan Iranun mereka untuk menyajikan seda' a tiapa jika ada majlis kenduri, keramaian dan sebagainya.



Aduhai jambatan Tawadakan

Tags
Berdiri di hujung jambatan Tawadakan itu, ingatan saya kembali ke zaman persekolahan dahulu.
Sebenarnya tidak ada yang istimewa. Dari rumah orang tua saya di Kampung Tamau, saya berjalan kaki merentas batas-batas sawah padi, parit dan juga padang ilalang untuk ke SMK Taun Gusi. Sambil menggalas beg dan menjinjit kasut, saya merentas desa bermula seawal jam 6.00 pagi. Jika saya lewat bangun daripada itu, saya pastilah terlambat ke sekolah.

Sesampainya di jambatan itu, saya membasuh kaki untuk kemudian memakai stoking sebelum tergesa meniti jambatan dan masuk di pintu pagar sekolah. Walaupun begitu, saya jarang sekali terlambat.

Ketika itu, tahun 1982, SMK Taun Gusi baru dibuka dan kami adalah kelompok pelajar pertama yang menduduki sekolah. Bangunan masih baru, papan hitam masih baru, kerusi masih baru dan semangat juga baru.

Saya berbangga kerana ketika berada di sekolah itu, guru-guru menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk mengajar dan mendidik kami. Kebanyakan pelajar pula mematuhi peraturan sekolah dan menunjukkan disiplin. Memang pernah ada satu dua kejadian pelajar bergaduh, dan ada juga pelajar di denda kerana melanggar peraturan, tetapi pada umumnya imej sekolah itu terjaga dengan rapi.

SMK Taun Gusi tempat saya belajar itu tempat menunjukkan prestasi dan kecemerlangan yang tinggi.

Tetapi ketika balik kampung baru-baru ini, saya dikejutkan oleh aduan ibu bapa mengenai masalah jambatan di Tawadakan itu.

Apa masalahnya? saya tertanya-tanya.Bukankah jambatan itu telah diperbaiki dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sendiri mengeluarkan peruntukan untuk membaiki jambatan itu setelah beberapa tahun rosak dan berbahaya untuk dilalui.

Rupanya bukan masalah fizikal jambatan itu yang menjadi rungutan, walaupun beberapa bahagian jambatan rosak kerana aktiviti vandalism. Apa yang menjadi masalah bagi ibu bapa ialah meningkatnya gejala sosial di kalangan anak-anak sekolah.

Apa yang akan jadi kepada anak-anak kita? Setiap hari, terutamanya hari Isnin dan Jumaat, banyak pelajar sekolah tidak kira lelaki dan perempuan ponteng sekolah. Ada di antara mereka yang berkumpul beramai-ramai, lebih sepuluh orang di atas jambatan itu.

Tanpa segan silu mereka ponteng sekolah. Bahkan ada juga yang sibuk berkasih-kasihan, minum minuman keras malah pernah juga dijumpai bahan-bahan yang tak sepatutnya.

Keadaan ini berlaku kerana sebilangan ibubapa membiarkan anak-anak mereka. Walaupun mereka memiliki rumah-rumah yang besar dan cantik, tetapi mereka gagal mengurus anak mereka.

"Kebanyakan anak-anak itu datang dari beberapa kampung, yang kebanyakan masyarakatnya adalah bangsa kita sendiri," katanya. Ibubapa juga bimbang kerana masalah itu terbiar begitu saja.

Menurut mereka, masalah itu boleh diatasi sekiranya anggota Rela ditempatkan untuk mengawal. Pihak PIBG dan pihak pentadbiran sekolah sepatutnya mencari jalan untuk menutup dan membaiki pagar yang rosak agar tidak mudah bagi pelajar keluar dari kawasan sekolah.

Jika ada kawalan sudah pasti masalah itu sedikit sebanyak akan dapat diatasi. Guru-guru mungkin tidak mempunyai masa yang lebih untuk mengatasi masalah ini kerana mereka juga mempunyai masa yang terhad dan memberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar yang mahu belajar. Bagaimanapun masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang dihadapi itu perlu ditangani semua pihak.

"Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah di kalangan anak-anak kita," kata KK Jamri kepada saya. Anak-anak ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Ibubapa perlu memberikan perhatian terhadap aktiviti anak-anak mereka. Banyak didapati ibubapa kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak remaja yang datang dengan uniform sekolah, kemudian ponteng sekolah dan kemudia bila tamat sesi sekolah, pulang ke rumah masing-masing tanpa ditanya atau disemak oleh ibubapa mereka.

Malah pernah juga berlaku, pelajar sekolah memuat naik di Youtube pelajar-pelajar perempuan bergaduh, kononnya berebut teman lelaki.

Pelbagai masalah diadukan kepada saya ketika pulang kampung baru-baru ini. Mungkin mereka menyangka dengan meluahkan masalah itu, sebagai wartawan saya dapat menulisnya.

Saya teringat satu ketika dahulu ketika saya turut sama meniti jambatan Tawadakan untuk ke sekolah. Ketika pagi limun saya meredah embun pagi untuk mendapatkan pengetahuan dengan belajar bersungguh-sungguh.

Saya tidak pernah menyangka bahawa pada satu waktu menyaksikan pelajar-pelajar remaja di bekas sekolah saya bergaduh, bertarik tarik rambut, tendang menendang di Youtube.

Saya termenung panjang memikirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di jambatan Tawadakan itu.

Satu catatan di Puncak Iqra'

Tags

SATU CATATAN DI PUNCAK IQRA'

Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com

KAMI sengaja singgah di Puncak Iqra' pada tengahari itu.Sekadar untuk bersalaman dengan penulis, wartawan, sasterawan Haji Hussain Qassau. Lama tidak bertemu pemikir bahasa dan sastera ini. Kerana itu, sejak awal lagi kami merancang akan singgah selepas menghadiri majlis perkahwinan Nur Ashikin Ashan anak seorang penulis, Rosyanti Haji Mohammad dan KK Ashan Moksin dengan pasangannya Mohd.Noorhazri Mohd Jaini di Kampung Melagui Kelatuan Papar pagi itu.

Selepas menjamu selera dan Mat Congo menyanyikan satu lagu yang digemarinya, kami berangkat meninggalkan majlis. Setiausaha IPS, Jasni Yakub dan isteri, Ahli kehormat IPS, Muhammad Haji Salleh pulang ke tempat masing-masing manakala kami singgah ke Puncak Iqra'.

Haji Hussain sedang memerhatikan anggota keluarga dan pekerjanya membersihkan dan mengemaskan Puncak Iqra' kerana beliau dijadual mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada 24 September nanti. Puncak Iqra' yang terletak di atas bukit adalah satu tempat yang istimewa. Pokok-pokok yang ditanam bernuansa sastera kerana nama dan karya penyair diabadikan di kawasan itu. Selain itu, Bung Hussain-begitu kami memanggilnya, memiliki koleksi buku yang lumayan banyaknya. Rumahnya hampir menyerupai sebuah perpustakaan yang dipenuhi dengan rak rak buku, dari pelbagai tajuk, yang dikumpulnya sejak berpuluh tahun lalu.

Beliau merupakan penulis antara penulis paling prolifik pada awal tahun 70-an. Sebagai wartawan, beliau pernah bertugas di beberapa buah akhbar tempatan termasuk Harian Ekspress dan Sinar USIA. Beliau pernah bertugas dalam dunia persuratkhabaran di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau pernah bertugas membuat liputan di beberapa negara seperti Korea Selatan. Malah beliau meliput beberapa peristiwa penting dalam sejarah negeri Sabah.

"Bila lagi kita adakan program di sini?" Saya bertanya Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin. Haji Hussain telah menawarkan tempat untuk berbengkel malah rumah yang ada boleh menampung 20 hingga 30 orang. Kita boleh merasakan angin perbukitan, membakar ikan atau jagung atau kalau mahu makan ayam, kita boleh menangkap dan menyembelihnya," katanya. Hasrat untuk mengadakan aktiviti sastera dan budaya di Puncak Iqra sudah lama terakam dalam fikiran tetapi hanya menunggu waktu untuk direalisasikan.

Percakapan kami berkisar mengenai senario semasa dan isu-isu sastera dan bahasa. Respon beliau terhadap usaha mengaktifkan MBSS. ADUN Membakut, Datuk Haji Mohd.Arifin Arif yang juga seorang sasterawan nusantara,Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas bersama Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin, Yang Di Pertua Bahasa, Jasni Matlani, Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul, pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah, Puan Ramlah Amir yang merupakan penaja MBSS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman di kediamannya di Seri Gaya untuk membincangkan usaha untuk menyemarak dan memartabatkan sastera Sabah.

Berdiri di Puncak Iqra' memang mengilhamkan. Penulis dan sasterawan yang ingin berkunjung hanya perlu melalui jalan ke Kampung Dambai, melintasi landasan keretapi, jambatan dan mengikiti jalan di pinggir bukit, menyaksikan sawah padi sebelum sampai ke Puncak Iqra yang penuh dengan pokok-pokok buah-buahan, yang barangkali berbuah jika sampai musimnya.

Sambil duduk di bawah pohon mangga itu, perbualan kami sekitar acara-acara sastera yang bakal diadakan tidak lama lagi. Banyak juga program yang akan diadakan nanti antaranya Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam 2011 yang akan diadakan pada 29 September nanti. Hasyuda Abadi terpilih sebagai pemenang Hadiah Utama manakala Ailin Nor, Raymond Majumah, Amini Gawis, Sahara Jais dan Ramli Jusoh turut terpilih sebagai pemenang dalam peraduan itu.

Satu lagi program yang tidak kurang pentingnya ialah Konsert Perdana Lagu Puisi anjuran bersama DBP Cawangan Sabah,Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar,Jabatan Penyiaran Sabah,Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober 2011,di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah.

Semoga selepas Hasyuda Abadi menghadiri pertemuan penulis Asean-Korea (Korean Asean Poet Literature Festival) yang akan diadakan di Pekan Baru Riau pada Oktober, aktiviti pembacaan puisi di Puncak Iqra dan Ekspedisi IPS berkeretapi ke Tenom dan beberapa program lain akan dapat dilaksanakan.

Selepas beberapa ketika, kami memohon untuk datang di lain waktu. Puncak Iqra' sentiasa menggamit rindu penulis untuk sering datang bertandang. Kelihatan sawah padi indah terbentang, juga perkampungan yang aman, keretapi yang bergerak di landasan,angin yang bertiup dan suasana damai yang mengilhamkan, kami pun berangkat meninggalkan puncak Iqra.

Jumaat, 16 September 2011

Sabah ini seperti raksasa sedang tidur

Tags
Konsul Rudhito ”Rudy” Widagdo
PERJALANAN KARIER DIPLOMASI DI SABAH
“Sabah ini Seperti Raksasa Sedang Tidur”

SELEPAS bertugas selama empat tahun di Sabah,akhirnya Diplomat Indonesia, Rudhito Widagdo pulang ke Jakarta mulai Oktober ini dengan pelbagai pengalaman dan kenangan manis.`Orang Kampoeng' dari Yogyakarta ini dilahirkan pada 1956, dan merupakan anak ke enam dari sebelaw bersaudara. Sebelum ini beliau menjalankan amanah sebagai Konsul yang menangani masalah hubungan ekonomi antara Sabah dengan Indonesia pada Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Malaysia, setelah 25 tahun mengabdi pada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia.

Rudhito Widagdo, Minister Counsellor, berumah tangga dengan seorang gadis Jogja, Dokter Gigi (Dentist) Dewi WR Widagdo, MHA, dan dikurniakan 2 (dua) anak laki-laki, yaitu Erlangga dan Baskara yang keduanya sedang mengambil pendidikan di Monash University di Kuala Lumpur.

Hobi beliau membaca (semua ilmu) dan komik kartun, berolahraga, serta menyanyi. “Menyanyi merupakan bagian tak tertulis dari berdiplomasi, dan ini harus kita lakukan untuk mendukung kerja kita dalam mempererat hubungan silaturochim. Dengan menyanyi, kita inginkan kesenangan, dicintai dan awet muda“, katanya seraya menambahkan bahwa “cintai dan dicintai adalah bagian dari aliran air yang harus kita ikuti. Itulah hidup agar kita lebih dinamis dan inovatif!“.

Pendidikan Rudhito Widagdo lebih banyak dihabiskan di Jogja, sebagai kota pelajar, dimana beliau lulus dari Fakultas Hukum UGM Jogja tahun 1982. Setelah lontang-lantung beberapa lama, diantaranya ke Madura dan Kalimantan, akhirnya beliau mantap sebagai Pegawai Negeri Sipil, “Saya tidak pernah membayangkan menjadi Diplomat. Mimpi apa itu “diplomat“-pun saya tidak pernah“, kata beliau yang juga alumni Philippines Christian University Filipina itu.

Setelah diterima sebagai pegawai di Departemen Luar Negeri, Rudhito Widagdo mengikuti berbagai pendidikan struktural dan berjenjang serta pendidikan fungsional. Beliau telah mengikuti Sekolah Dinas Luar Negeri (SEKDILU) Angkatan X (1984), SPAMA Angkatan IV (1998), Caraka Madya Angkatan V (2000), dan Sesparlu Angkatan XXX (2004). Beliau juga rajin mengikuti berbagai penataran, seperti Penataran Tingkat Instansi Pusat Tipe A (1986), Penataran Kewaspadaan Nasional Angkatan VII (1993), Penataran P-4 Terpadu (1993), dan Penyegaran/Pembekalan Tingkat Yunior (1994).

Selama bertugas di dalam negeri, beliau lebih banyak menangani masalah kerjasama ekonomi dengan luar negeri. Beliau mempunyai pengalaman menangani masalah hubungan perdagangan internasional dengan negara-negara di Eropa (1985-1988), kerjasama teknik dengan Negara-negara di Eropa (1992-1994), hubungan ekonomi antar negara-negara anggota ASEAN (1998-2000), permasalahan keamanan diplomatik (2005-2006), dan masalah perjanjian internasional (2007).

Selama berkiprah di Deplu, beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengikuti berbagai event internasional. Beliau pernah jadi anggota Komisi Bersama (Joint Commission), Loan Negotiations dengan Asian Development Bank (ADB), KTT APEC, ASEAN, OPEC, Tsunami, Asia Afrika, Lake Toba Summit, dan banyak lagi. Beliau juga pernah menjadi Kepala Sekretariat Panitia Pendukung Sidang-Sidang APEC di Filipina dan Kepala Sekretariat Paviliun Indonesia pada Expo Pilipino. Sementara di dalam negeri, beliau pernah ditunjuk sebagai Ketua Posko Kemlu Penanggulangan Bencana Alam di Propinsi Sumut dan Nanggroe Aceh Darussalam (NAD), Ketua Satgas Pengawasan Orang-Orang Asing di NAD dan Sumut/Intelligent Community, dan Gugus Tugas Kemlu Untuk Penanggulangan Krisis Pasca Gempa Bumi di Yogyakarta dan Jawa Tengah.

Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN sempat menemuramah Pak Rudy di ruang pejabatnya di KJRI Kota Kinabalu untuk meninjau pendapat dan bertanyakan pengalaman dan kenangan pahit manis sepanjang berada di Sabah.Ikuti sebahagian daripada temubual itu.



UB: Bagaimana bapak melihat Sabah dari segi potensi ekonominya?
RUDY: Dari segi ekonomi, negeri Sabah adalah seperti raksasa yang sedang tidur. Sekarang raksasa itu sedang mulai bangun menggeliat. Kerana apa? Sabah memiliki kekayaan alam yang luar biasa. Kekayaan sumber alam ini menunjang perkembangan perekonomian di negeri ini. Kekayaan alam ini harus dikelola dengan baik oleh mereka yang benar-benar kompeten dan betul betul faham dan mencintai negeri ini.
Kekayaan alam ini hendaklah diurus oleh kalangan profesional, tidak boleh dicampuri politik.Tidak semestinya ahli politik tidak boleh mengurus ekonomi asalkan ditangani secara profesional. Bagaimana dia tangani sebuah masalah secara profesional.

UB: Sepanjang tempoh empat tahun berkhidmat di Sabah, apa kesan pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
RUDY: Pada 26 September nanti, genaplah empat tahun saya berkhidmat di Sabah. Saya melihat banyak potensi ekonomi yang boleh dibangunkan di Sabah. Cuma apa yang saya lihat Sabah mempunyai kekurangan dari segi tenaga ahli atau kepakaran.

UB: Kalau menurut pak Rudy, apa sebenarnya penghalang kepada kemajuan kita?
RUDY: Terus terang saja, penghalangnya ialah sikap mudah berpuas hati.Mahunya duduk dikerusi empuk, punya isteri cantik atau kalau sudah makmur, mahu tambah isteri.Ini sikap sebilangan orang kita.Saya tidak bersetuju kalau ada yang mengatakan orang kita malas, hanya saja mereka belum dibimbing dengan baik. Yang penting kita kerja kuat, berbuat baik. Kaya tidak bisa diiukur dengan material. Saya berasa saya kaya. Kerana saya kaya dengan kawan, rakan sahabat, dan kaya hati nurani.

UB: Apa yang menarik tentang Sabah?
RUDY: Sabah macam gadis cantik yang belum dipoles atau dalam bahasa disini di solek atau di taruh makeup, lipstick.Gadis yang masih lugu dan pemalu. Saya kira ia akan menjadi cantik dan unggul di dunia jika sudah dimake up dengan baik. Apa make upnya? Ia disolek dengan perencanaan ekonpomi seperti Sabah Development Corridor (SDC) , satu program yang amat baik. BIMP-EAGA, SOSEK MALINDO dan sebagainya. Ini semua adalah solekan yang boleh mempercantik Sabah.

UB: Sebelum ditugaskan di Sabah, Pak Rudy pernah bertugas dimana?
RUDY:Saya mempunyai pengalaman menarik yang cukup beragam. Posting pertama saya ialah di Sydney , Australia. Selepas itu saya ditugaskan di Manila Filipina dan ketiga di Osaka Jepun. Di ketiga tempat itu, saya menangani permasalahan hubungan ekonomi antara kedua negara.Bagaimana lebih meningkatkan hubungan ekonomi kedua negara adalah tugas kami di Perwakilan Republik Indonesia. Apakah itu hubungan atau kerjasama perdagangan, menarik pelabur asing, kerjasama teknik, pelancongan, bahkan dalam rundingan pinjam wang dengan ADB di Manila. Selama itulah saya mengharungi belantara diplomasi yang semakin canggih.

Penugasan yang keempat ialah di Tawau selama 5 bulan sebelum akhirnya diangkat menjadi Acting Konsul Jenderal RI di Kota Kinabalu, Malaysia. Tawau merupakan pos penting, dimana sekitar 1,500 orang Indonesia keluar masuk Nunukan-Tawau setiap harinya. Dengan demikian, persoalan “manusia“ yang dihadapi cukup kompleks, dan itu perlu penanganan serius dan komitmen tinggi. Saya mengajak semua staff dan kakitangan merapaykan barisan dan bekerja kuat berdasarkan kepada 3 tertib (tertib administrasi, tertib lingkungan, dan tertib waktu) serta 1 aman dari berbagai permasalahan politik, ekonomi, sosial & budaya, serta pertahanan & keamanan.

UB: Apa pengalaman Pak Rudy ketika bertugas sebagi Acting Konsul Jenderal RI di Kota Kinabalu?
RUDY:Pekerjaan besar memang telah menanti ketika bertugas Acting Konsul Jenderal RI di Kota Kinabalu. Dengan berbagai pengalaman dalam berdiplomasi, saya diminta untuk menangani permasalahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan upaya untuk lebih meningkatkan hubungan ekonomi/perdagangan antara Sabah dan Indonesia. Alhamdulillah, saya dapat mengelola TKI di Sabah dengan baik sesuai dengan peraturan. Belum lagi dengan keberadaan lebih dari 52.000 anak-anak TKI yang memerlukan akses pendidikan dan kesehatan. Memang berat, tapi dengan mengucap bismillah dan terus melakukan kerjasama dengan semua lapisan saya akan lakukan tugas ini dengan sebaik dan sebenar mungkin. Insya Allah.“

Di Kota Kinabalu, saya banyak bekerja mengggunakan hati nurani. Bekerja dengan orang-orang yang notabene berada di bawah garis kemiskinan. Saya bekerja bukan lagi sebagai diplomat yang berada di atas awang-awangan sebaliknya sentiasa turun ke bawah, mendengar permasalahan pekerja dengan belas kasih.

Saat ini, terdapat sekitar 500 ribuan pekerja Indonesia yang mencari nafkah di Sabah. Memang KJRI-KK sedang disibukkan dengan upaya kedua negara untuk memberikan dokumen kepada para TKI dan dependent (isteri dan anak TKI), yang notabene mereka tidak mempunyai dokumen sama sekali (zero document).

Dalam pemberian paspor kepada para TKI, pihak KJRI-KK melakukan interview kepada para TKI tanpa dokumen itu, untuk memastikan apakah TKI tersebut benar-benar WNI. Selain itu, pihak KJRI-KK minta kepada para majikan (user) agar menyertakan resit pembayaran levy (ijin kerja), resit asuransi keselamatan pekerja, dan Kontrak-Kerja yang telah di stamp-duty. Penyertaan ketiga persyaratan itu penting diajukan, agar para TKI senantiasa mempunyai perlindungan hukum secara menyeluruh

Ini merupakan upaya untuk menaikkan bargaining position kita. Dari pengalaman pemutihan yang lalu-lalu, persyaratan itu tidak pernah ada, sehingga membuat kedudukan TKI menjadi rentan, gampang dinistakan!

Menurut catatan KJRI-KK, saat ini terdapat lebih dari 52.000 anak-anak TKI yang tinggal di Sabah. Sebagian besar dari mereka tidak diakui keberadaannya oleh peraturan Pemerintah Malaysia. Pantaslah bila mereka hidup tanpa akses pendidikan maupun kesehatan. Sebagai upaya memberikan kesempatan dalam rangka ikut mencerdaskan anak bangsa, Pemerintah Indonesia telah mendirikan

Sekolah Indonesia di Kota Kinabalu“ (SIKK), dimana saat ini telah tertampung sebanyak 498 siswa/siswi anak WNI/TKI di dalamnnya, yang diajar oleh 12 orang guru dari Indonesia. Selain SIKK, di wilayah Sabah juga terdapat beberapa Kelompok Belajar, baik yang dikelola oleh LSM “Humana“ maupun berbagai yayasan dan perkebunan kelapa sawit, yang menampung sekitar 9.000 anak TKI. “Upaya Pemerintah Indonesia Indonesia ini perlu diapresiasi, sebagai komitmen daripada pengejawantahan UUD ’45

KJRI-KK senantiasa turut menjaga pencitraan Indonesia dalam proses demokrasi di Sabah melalui program Pemilu yang akan diadakan pada tahun 2009. Dari hasil komunikasi KJRI-KK dengan seluruh perusahaan maupun majikan di Sabah, saat itu tercatat sekitar 66.000 WNI yang akan mengikuti penconterangan pada Pemilu 2009 tersebut yang tinggalnya yang jauh di pelosok-pelosok Negeri Sabah. “Memang “mahal“ menjalankan proses demokrasi untuk rakyat Indonesia di Sabah ini. Tapi, sesuai komitmen kami, bahwa kami harus lakukannya untuk mendukung program demokratisasi masyarakat Indonesia di Sabah ini.



UB: Apakah bapak rasa gembira?
RUDY: saya sangat gembira dan berpuas hati sepanjang berkhidmat di Sabah. saya berasa menjadi sebahagian dari Sabah. Saya sangat bertuah kerana mempunyai hubungan baik dengan semua elemen masyarakat di Sabah. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemimpin-pemimpin di sabah.Saya mempunyai hubungan akrab dengan PBT, jabatan dan agensi kerajaan,saya punya hubungan yang sangat dekat dengan kalangan ahli akademik,NGO dan sebagainya. Pada tahun 2008, kalau saudara masih ingat, sebanyak 330,000 PTI dari Indonesia berjaya didaftarkan . Ini semua adalah hasil kerjasama yang baik daripada pihak Imigresen, Polis Diraja Malaysia. Saya memang menjangka bahawa tiga tahun kemudian akan ada proses pemutihan.Kita meneruskan dasar yang telah dibuat untuk melindungi pekerja warga kita.

UB: Boleh Pak Rudy ulas sedikit mengenai lawatan Sultan Hamengkubowono ke Sabah?
RUDY: Sabah sangat bertuah kerana inilah kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun, beliau ke Malaysia dan membuat lawatan ke Sabah. Banyak yang dapat dimanfaatkan daripada lawatan beliau ini. Ia boleh mempererat hubungan silaturrahim, hubungan dari segi ekonomi, pelancongan, budaya dan sebagainya.

UB: Setelah tidak lagi bertugas di Sabah mulai Oktober ini, apa yang Pak Rudy harapkan?
RUDY: Saya sebagai konsul bersedia untuk menjadi agen Sabah untuk kepentingan ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Saya sukakan sabah, saya cinta Sabah.Saya bersedia untuk menjadi agen untuk kepentingan ekonomi, memperkukuh hubungan antara Sabah dan Indonesia.


UB: Apa komen Pak Rudy terhadap usaha memajukan kebudayaan di Sabah?
RUDY:Sabah harus ada keberanian memajukan kebudayaan, bukan setakat tarian.Banyak yang boleh dimajukan. Kekayaan alam, eko-pelancongan ini boleh menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Sabah. Orang sabah jangan cepat berpuas hati, mesti ada follow up.Sabah mampu menarik 2.5 juta pelancong kerana Sabah adalah sebuah negeri yang aman. Sebuah negeri yang menarik, seperti yang saya katakan tadi sebuah negeri yang diibaratkan gadis cantik yang wajahnya belum ada solekan. saya telah melawat hampir semua tempat di Sabah, dan saya melihat Sabah memang sebuah negeri yang cantik. Eko tourism menarik, hasil buminya melimpah, masyarakatnya ramah dan sopan. Semua ini adalah aset untuk memajukan Sabah.

Isnin, 12 September 2011

Pengajaran ketika membeli ikan yu

Tags
Apa yang kita dapat pelajari dari pasar ikan?
Jual beli, untung rugi,bekalan, permintaan? mungkin lebih dari itu.
Saya berpeluang untuk ke pasar borong Safma untuk membeli ikan yu awal pagi kelmarin. Sesampainya di sana, kira-kira jam 3.00 pagi, anak-anak kapal sedang sibuk memunggah ikan dari bot laut dalam. Sementara peraih-peraih ikan sedang sibuk memilih ikan dan tauke tauke ikan asyik menimbang berat ikan sebelum beralih tangan. Suasana agak ramai dan bukanlah pasar namanya kalau tidak ada kegiatan tawar menawar.

Sebenarnya agak jarang untuk berada di pasar borong itu, kalau bukan kerana mencari ikan yu. Sejak beberapa hari ini kami sudah berusaha untuk mencari ikan yu.Ikan yu adalah sejenis ikan yang paling sesuai dibuat `siager' sejenis masakan tradisi sukubangsa Iranun yang dibuat dengan mencampurkan `palapa'- kelapa parut, kunyit dan ikan yu yang ditumbuk, lada secukup rasa dan sebagainya.

Masakan tradisi ini biasanya amat popular di kalangan masyarakat yang menetap di pesisir pantai. Di kalangan masyarakat Bajau Semporna atau Suluk, ianya disebut siagol manakala di kalangan masyarakat Bajausama, masakan ini disebut pancak yu.

Tetapi bukan itu yang menarik perhatian saya pagi itu.Saya melihat di tengah-tengah keramaian itu, ketika jual beli ikan berlaku, orang-orang dari pelbagai suku bangsa berada di pasar borong itu untuk memborong ikan-ikan yang baru dikeluarkan dari bot nelayan.

Tauke atau pemilik kapal itu kebanyakannya terdiri dari orang Cina. Pekerja-pekerjanya terdiri daripada orang-orang yang rasanya berasal dari filipina. Namun yang menarik ialah turut kelihatan juga orang-orang dari Peshawar memborong ikan.

Di pasar borong itu, saya belajar tentang persaingan, kompetitif, peluang perniagaan, juga rasa malu menjadi orang bumiputera.

Apa istimewanya orang-orang dari Peshawar itu memborong ikan? Hampir tak ada kecuali bahawa mereka memiliki semangat untuk berniaga, merebut peluang berniaga ikan, satu peluang yang sepatutnya diambil oleh orang bumiputera.

Begitu juga saya sempat memerhati pemborong dan pembeli ikan dari pelbagai strata masyarakat itu. Saya melihat peniaga-peniaga restoran, lelaki dan wanita, malah ada juga kelihatan ibu yang sarat mengandung turut membeli ikan seawal pagi itu.

Beberapa buah bot merapat ke tepian, dan berpuluh-puluh tan ikan, pelbagai jenisnya dipunggah dari perut bot nelayan untuk dipasarkan. Sungguhpun waktu masih terlalu pagi, tapi pasar itu tidak pernah sepi dari gelagat penjual dan pembeli.

Satu kilo ikan yu berharga kira-kira RM3.00 sekilogram dari atas bot. Selepas dibeli oleh peraih di jeti itu, harganya meningkat RM5.00. Kemudian peraih membawanya ke pasar ikan dengan menjualnya dengan harga RM7.00. Jika ikan yu itu dipasarkan ke luar daerah Kota Kinabalu, harganya sudah meningkat RM10.00.

Itu kalau mengambil contoh ikan yu. Sekadar menggambarkan bagaimana proses jual beli itu berlaku dan dalam masa yang singkat, orang tengah mencipta untung.

Walaupun kami datang seawal jam 3.00 pagi, tetapi kami telah didahului oleh peraih ikan. Kalau kami datang lebih awal, mungkin kami akan dapat membeli ikan itu pada harga RM3.00 tetapi kerana hanya terlambat beberapa minit, harga ikan itu telah meningkat kepada RM5, dan sebentar kemudian apabila ia sampai ke pasar ikan, harganya meningkat lagi dengan cepat.

Di jeti tempat memunggah ikan di Safma itu, saya dapat memerhatikan bagaimana roda ekonomi kita bergerak. Betapa sumber laut kita masih kaya. Bidang perikanan menyumbang kepada ekonomi negara. Ketika melihat ikan ikan pelbagai jenisnya itu, saya terfikir betapa maha kayanya Allah SWT kerana sudah berpuluh puluh tahun ikan ikan ditangkap para nelayan tetapi tidak pernah habis habis.

Apa yang tak pernah habis juga ialah keserakahan dan ketamakan manusia dalam memanfaatkan sumber alam yang ada sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar untuk kepentingan diri. Menggunakan bom ikan, merosakkan sisyem ekologi laut dengan penggunaan pukat yang tidak sesuai dan sebagainya.

Pengalaman berada di jeti safma itu, walaupun singkat memberikan banyak pengajaran dalam kehidupan.

Khamis, 8 September 2011

dari gesekan biola Tun hingga Hari Malaysia

Tags
Dari gesekan biola Tun hingga sambutan Hari Malaysia
Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com

KALAU bukan kerana gesekan biolanya yang merdu, mungkin tentera Jepun telah membunuh Tun Datu Mustapha. Kalau kepalanya dipenggal, mungkin jalan sejarah akan berbelok ke arah lain.

Ketika itu Tun Mustapha ditangkap kerana dituduh menjadi talibarut British tetapi dengan segala keberanian dan kebijaksanaannya, Tun yang mahir bermain biola menggesek biola memainkan lagu yang akhirnya melembutkan dan melekakan tentera Jepun.

Akhirnya beliau terlepas daripada dibunuh. Tidak lama selepas itu, Tun Mustapha melancarkan perlawanan secara gerila menentang Jepun sehingga Perang Dunia Kedua tamat pada 1945.

Apabila perang tamat, Tun bersama sembilan yang lain menghadiri Victory Parade di London pada 1946. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada tahun 1959, beliau mengikuti kursus di England mempelajari bidang pentadbiran kerajaan dan mendalami bahasa Inggeris.

Ketika itu gerakan untuk membebaskan diri dari belenggu kolonialisme pecah di negara-negara jajahan.Di sanalah, Tun menyaksikan betapa tidak beruntungnya menjadi orang yang dijajah.

Sekembalinya ke tanahair, bersama rakan-rakannya beliau menubuhkan United Sabah National Organization (USNO) pada 24 Disember 1961, nama yang terilham daripada nama UMNO di Semenanjung yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan memerdekakan Tanha Melayu pada 31 Ogos 1957.

Sejarah bergerak dari satu titik ke satu titik.dari satu waktu ke satu waktu.Setelah menjalani proses yang cukup genting dan penting, maka pada 16 September 1963, bendera Union Jack diturunkan di Padang Bandaran bagi memberi laluan kepada lahirnya sebuah negara baru yang merangkumkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya sebagai sebuah negara baru bernama Malaysia.

"Sabah mengambil langkah yang tepat untuk menyertai pembentukan Malaysia," kata Datuk Jumat Haji Idris, Ketua UMNO Bahagian Sepanggar. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah peristiwa yang amat bersejarah bagi semua kalangan rakyat di negara ini. Sejak itu, Sabah berkembang maju dan pesat membangun. Banyak projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan untuk membangunkan dan memajukan rakyat.

"Dimana-mana kita boleh lihat nikmat kemerdekaan yang kita kecapi. Sebagai negara yang membangun, dan dihormati di seluruh dunia kerana kestabilan ekonomi dan politik dan peranannya yang dimainkan di peringkat antarabangsa, kita boleh berbangga sebagai rakyat yang dilahirkan di negara ini".

Bagaimanapun, Jumat berkata, cabaran yang lebih hebat kini menanti. ""Kini kita memasuki fasa dua kemerdekaan," katanya. Empat puluh lapan tahun sudah berlalu. Kini keadaan telah banyak berubah. Kita mesti memastikan masa depan rakyat, dari segi kesejahteraan,sosial, ekonomi dan pendidikan sentiasa terjamin.

Selain itu, kita mestilah mengukuhkan lagi semangat dan kecintaan kita kepada negara supaya anasir tertentu yang tidak bertanggungjawab, tidak mengambil kesempatan untuk menyebarkan kekeliruan dan prasangka.

Beliau berkata , sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 16 September, bersamaan Hari Malaysia itu adalah satu langkah yangh bijak untuk membentuk semangat cintakan bangsa dan negara.

"Sambutan hari kemerdekaan yang diadakan buat pertama kalinya pada 16 September itu, secara tidak langsung adalah pengiktirafan kepada semua rakyat, bukan saja kepada rakyat Sabah dan Sarawak tetapi kepada semangat asal ketika penubuhan Malaysia pada 16 September," katanya.

Tetapi yang paling penting sekarang, ialah apakah peranan dan sumbangan mereka terhadap proses pembangunan negara.

Bagi kita Hari Malaysia yang diadakan pada 16 September adalah satu peristiwa yang teramat penting. Tahun ini ia menjadi lebih bersejarah kerana sambutan Hari Merdeka yang biasanya diadakan pada setiap 31 Ogos, turut diadakan pada 16 September.

"Bagi kita Hari Malaysia yang diadakan secara serentak dengan Hari Kemerdekaan perlu dikenang oleh generasi muda," katanya. Dari buku sejarah kita tahu bagaimana orang-orang tua kita dahulu berjuang demi mencapai kemerdekaan, hinggakan terpaksa menggadai gelang, emas perhiasan mereka," kata Ketua Pemuda UMNO Kudat, Sh Sahar Sh Ading

"Generasi muda perlu diberikan kefahaman sejarah dan mereka hendaklah menyedari bagaimana pahit maungnya perjuangan mencapai kemerdekaan," katanya.

Oleh itu sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September yang diadakan buat pertama kalinya tahun ini adalah satu peristiwa yang sangat siginifikan ke arah pembangunan negara bangsa," katanya yang juga Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan, bukan sesuatu yang mudah," katanya. Ia merupakan perjuangan yang perit yang dilakukan oleh pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh terdahulu.


Bagaimanapun, kita haruslah memiliki idea baru untuk membangunkan negara. Generasi muda haruslah jangan bersandar pada idea yang masih lapuk.

Apakah makna kemerdekaan yang sesungguhnya? Kemerdekaan bermakna kita merdeka dari segala penduduk penjajahan termasuk penjajahan minda.

"Jangan kita terikut-ikut budaya asing. Kemerdekaan perlu kita isi dengan cara dan budaya kita sendiri," kata Sh.Sahar. Sambil itu, beliau menyelar golongan yang cuba memutarbelit fakta sejarah.

Menjelang 16 September, kita haruslah memikirkan bagaimana pengisian kemerdekaan ke arah sebuah negara yang maju, dimana rakyatnya menikmati kesejahteraan, didahulukan dan pencapaian diutamakan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Sementara itu, Haji Mahil Kamarudin berkata, sambutan Hari Merdeka yang diadakan pada 16 September itu selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Fakta sejarah harus dihormati dan keikhlasan kerajaan Persekutuan nampak terserlah melalui perayaan yang diadakan kali ini," katanya yang juga seorang pemimpin tempatan dari Lahad Datu.

"Jika anda bertanya kepada saya apakah signifikan Hari Malaysia untuk Sabah dan pembangunan Negarabangsa, bagi saya ia sesuatu yang penting," katanya. Pengiktirafan terhadap sejarah penting.Apabila semua orang mempunyai semangat cintakan negara bernama Malaysia yang lahir pada 16 September 1963, ia adalah satu langkah yang baik kerana rakyat Malaysia akan merasa sama dan tidak dibeza-bezakan.

Jika semua rakyat berlagu dan menyanyi dalam nada suara yang sama, gesekan biola terdengar merdu bunyinya.