Sunday, October 2, 2011

di prince of songkla university, pattani

Walaupun hampir kesemua pelajar jurusan pengajian Melayu PSU berbangsa Melayu tetapi sebahagian daripada mereka tidak lagi lancar berbahasa Melayu.Malah ada di antaranya terpaksa mengajukan soalan dalam bahasa Thai. Mujurlah pensyarah PSU, Saudara Zawawi P.Amin yang mempengerusikan sesi bersama mahasiswa itu membantu untuk menterjemahkan soalan mahasiswa kepada kami. Namun tidak semuanya begitu, ada juga yang mampu berbahasa Melayu meskipun masih kental loghat Pattaninya.
Lebih ramai mahasiswi berbanding mahasiswa.Ini bukan satu fenomena baru di IPT kerana sekarang ternyata pelajar wanita melebih lelaki.
Seminar Antarabangsa Mengenai pengajian Melayu kali pertama 2011 itu dihadiri oleh penceramah/pemakalah dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Ketika tiba giliran kami, yang ditanyakan pelajar ialah bagaimana mencari solusi damai di selatan Thai, apa perasaan kami ketika berkunjung ke wilayah bergolak itu, dan ditanyakan juga mengenai Komuniti Asean 2015.
Saya berpeluang menjelaskan mengenai hubungan antara kaum di Sabah,keistimewaan Sabah, pengalaman sebagai wartawan membuat liputan di Mindanao, perbandingan antara Patani dan Mindanao dan tanggungjawab generasi muda untuk meneruskan perjuangan dan komitmen ke arah perdamaian yang berkekalan di wilayah selatan itu.

Apa perkara yang menarik perhatian tuan dalam kunjungan ke Pattani? Tanya seorang mahasiswa.

Saya memberitahu betapa kami terharu dengan sambutan dan layanan yang diberikan kepada kami sepanjang berada di Pattani.

Telur itik di Singgora, saya terlupa sambungan pantun yang telah berusia 400 tahun sejak Tun Seri Lanang menuliskannya dalam sejarah Melayu.

Singgora- mungkin Songkla, bayangkan tempat itu sudah tercatat sejak 1612 lagi dalam sejarah melayu. Dulu saya hanya melihatnya dalam peta dan belajar mengenai Segenting Kra, saya tak menyangka kalau satu waktu kelak dapat berada di sana.Sungguh tak disangka

No comments: