Ahad, 16 Oktober 2011

Rakaman peristiwa di Patani, dari blog Nik Rakib

Tags

Terima kasih kepada saudara sdr Nik Rakib Nik Hassan yang merakamkan gambar kami sepanjang berada di Narathiwat dan Pattani, ketika menghadiri Seminar Antarabangsa Mengenai Pengajian Melayu Kali Pertama 2011.
Gambar-gambar ini antaranya menunjukkan saya sedang bercakap dalam sesi seminar di Prince of Songkla University, Kampus Pattani pada 26 September 2011. Sebelum itu, pada 25 September, selepas menunaikan solat maghrib, saya dan sasterawan dari Negara Brunei Darussalam dijemput untuk memberikan ucapan kepada jemaah Masjid Wadi Hussin, di Teluk Manak iaitu masjid kayu tertua di Thailand yang kini berusia 250 tahun.
Dalam perjalanan ke Pattani, dari Narathiwat, kami sempat juga singgah di Yarang, yang menjadi ibu kota Kerajaan Langkasuka, salah satu kerajaan Melayu tertua sebelum berpindah ke Kedah. Gambar-gambar ini saya perolehi daripada blog sdr Nik Rakib di alamat
http://nikrakib.blogspot.com/2011/10/1.html

Oleh kerana blog itu ditulis dalam bahasa Thai, dan saya pula tidak mampu berbahasa Thai, maka apa yang saya lakukan ialah memindahkan gambar-gambar itu ke dalam blog saya, untuk dikongsi bersama pembaca.