Saturday, November 5, 2011

di balai berlepas terminal 2

masih terdapat kira-kira satu jam lagi sebelum waktu berangkat. saya sengaja masuk ke dalam Balai Berlepas lebih awal. Saya fikir mungkin dapat mencatat satu dua perkara atau sempat menyiapkan artikel. Tapi talian digi pula kurang baik. Seringkali terputus.

Saya sempat memesan maggi hotcup. Harganya RM3.00. Rasa nak makan tapi malas pula nak keluar semula.

Memang saya terasa banyak perkara yang mahu ditulis, tetapi tak kesampaian. Saya kira mahu menulis kesan selepas membaca semula novel Gadis Pantai karya Pramoedya Ananta Toer. Sebelum itu, Novel Naratif Ogonshoto Anwar Ridhwan. Saya terkesan juga pada sajak Ustaz Jalidar Abdul Rahim yang ditulisnya pada tahun 1999.Kalau diikutkan memang banyak yang belum tercatat tetapi memang fikiran agak buntu juga, barangkali kerana terlampau banyak yang mahu ditulis sehingga hilang fokus.

Catatan pertemuan dengan Prof.Howard Mc Kaughan dan kesan pertemuan dengan beberapa seniman juga masih terbengkalai. Saya berharap dapat menyelesaikannya sepanjang cuti.

3 comments:

aminorazmi said...

Assalam,

Tuan, boleh saya dapatkan email tuan, kerana ada beberapa perkara yang saya kira perlukan bantuan daripada tuan.

Terima Kasih
Aminorazmi

aminorazmi said...

maaf, lupa nak tinggalkan email saya.

aminor.azmi@gmail.com

abd naddin said...

terima kasih.
ini alamat emel saya abdnaddin@yahoo.com.
01683351013.tk