Khamis, 5 Januari 2012

teruja melihat Aliff Farhan ke sekolah

Tags

Hari ini hari pertama, Ahmad Aliff Farhan bersekolah tadika St Patrick Tawau. Dia ke sekolah sebelah petang.Jam 12.30 hari, Uncle Chin, pemandu bas sekolah sudah berada di depan rumah untuk mengambil Aliff Farhan dan abangnya, Ahmad Fawzan yang bersekolah di Tadika 2.

Beliau begitu teruja untuk ke sekolah.Sebaik memakai baju seragam, Aliff Farhan terus memasang sendiri kasutnya dan seterusnya melompat ke dalam bas sekolah. Kami juga agak teruja melihatnya, dan selepas makan tengahari, kami, saya, isteri saya, kakaknya sitti mehran,pak tamnya, neneknya, berkunjung ke sekolah untuk menyaksikan bagaimana Aliff Farhan menjalani hari pertama sekolah tadika.

Aliff Farhan duduk di baris kedua, menghadap cikgu Helen, yang mengajarkan mereka gambar-gambar sambil menyanyi. Sementara ada anak-anak sebayanya menangis, Aliff Farhan terlihat biasa saja.

Walau demikian, selain baju, antara bekalnya ke sekolah ialah pampers. Aliff Farhan sudah masuk empat tahun satu bulan.Usia abangnya, fawzan pula masuk enam tahun, 6 Januari.
Mereka sekolah petang di tadika St Patrick.Sebelah paginya mereka sekolah di tadika Islamiah.

Sebelum ini, Ahmad Fawzan sekolah pagi di tadika st Patrick sementara petangnya di tadika PASTI. Tapi kerana kami pindah ke Taman Suhima, Bal3, dengan sendirinya, fawzan pindah ke tadika Islamiah, dan adiknya Aliff Farhan juga sekolah tadika di Islamiah.

Tahun ini, putri sulung kami,Sitti Mehran Yasmine akan menduduki peperiksaan UPSR. Tak terasa begitu cepat masa berlalu.

Biasalah, memang banyaklah belanja, selain buku sekolah,baju, kasut, beg , yuran dan sebagainya, tetapi semua itu ialah rencah kehidupan setiap ibu bapa setiap kali tiba awal tahun.

Namun semua itu masih kalah menarik jika dibandingkan rasa keterujaan melihat aliff farhan yang mula bersekolah hari ini.