Tuesday, June 19, 2012

Kerajaan ini adalah seperti pokok getah

Petang ini, satu petang yang biasa bagi kami.
Kebanyakan orang sibuk dengan tugasan masing-masing. Saya sendiri ditugaskan untuk menemuramah sekurang-kurangnya sepuluh orang mengenai manfaat apa yang mereka telah perolehi sepanjang kerajaan diperintah  BN sejak 1994.
Sayang sekali kerana ramai yang saya temui bercakap mirip pembangkang walaupun mereka sebenarnya bukan pembangkang. Mereka mahukan kerajaan ubah sedikit pendekatan, turun padang dan jangan jadi YB mikrofon, yb janji tinggal janji dan sebagainya.
Ini kali lah, kata mereka. Saya pun tidak tahu apa yang mereka maksudkan ini kali lah setiap kali bercakap itu. Bahkan dalam hal yang tidak kena mengena dengan politik pun, mereka bercakap ini kali lah. Ini kali lah, kata kawan saya sebaik tiba pelayan yang membawa sepiring pisang goreng di kedai goreng pisang itu.
Kedai itu sangat terkenal bukan saja kerana goreng pisangnya, malah kerana nilai sejarahnya. Nilai sejarah? Saya fikir lebih tepat digunakan ialah kenangan manis tuan punya kedai kerana di kedai itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk minum pada satu malam ketika beliau berada di ibu negeri beberapa waktu yang lalu. Gambarnya pun masih terpampang di kedai itu.Juga gambar Datuk Dr.Rais Yatim, yang datang dalam acara yang lain.
Kemudian datanglah seorang dari Kundasang ke pejabat kami. Tujuan utamanya ialah memberi kenyataan akhbar supaya wakil rakyat yang sedia ada disana dipilih semula sebagai calon.Menurut beberapa rakan, beliau selalu datang ke pejabat tetapi selalu pula membawa isu yang sama. Tak ada isu lain melainkan beliau mahu agar calon Kundasang Dr.Joachim Gunsalam dikekalkan dalam pilihan raya.

Kalau dia buat cerita mengenai pembangunan kah, mengenai isu jambatan ka, isu jalan raya ka, isu air ka, isu letrik dan pelbagai isu berkaitan rakyat, barangkali ada baiknya juga. Tapi dia datang minta siar, balik-balik mengenai isu yang sama, rungut seorang rakan kami.

Walaupun kurang mempunyai apa yang kami katakan `nilai berita' itu, saya tertarik juga dengan pernyataanya bahawa kerajaan ini adalah seperti pokok getah. Mungkin inilah kali pertama seseorang menggunakan perumpamaan bahawa kerajaan ini adalah seperti pokok getah.

"Kerajaan ini adalah seperti getah. Getah  itu sudah besar, tinggal mengeluarkan hasil. "Tapi ada orang datang suruh tumbang itu kerana kurang hasil, bagus tumbang kerana ada dua keuntungan satu boleh jual batang dan kedua ganti durian pasti banyak hasil". Saya perturunkan ayat yang beliau gunakan sepenuhnya.

Kerajaan ini adalah seperti getah.Katanya, pokok getah yang ditanam itu sudah besar dan tidak lama lagi mengeluarkan hasil, dalam erti kata lain sedia untuk ditoreh untuk mengeluarkan susunya iaitu susu getah.Tetapi kata orang yang mengaku sudah lama terlibat dalam politik itu, ada orang datang mengarahkan agar pokok getah berkenaan ditebang kerana tidak mendatangkan hasil yang banyak. Jika ditebang, batang getah itu boleh dijual kerana harganya yang mahal dan keduanya, tanaman getah itu boleh diganti dengan tanaman durian.

"Tetapi apabila sudah jadi itu akibatnya orang yang terpengaruh itu rugi banyak kerana batang getah itu tidak mahal durian yang ditanam semua mati, jadi menyesal pun tidak ada guna lagi," katanya. Jelasnya setelah pokok getah itu ditebang, si petani itu atau `orang yang terpengaruh' itu mendapat kerugian kerana batang getah itu hanya dijual dengan harga murah manakala durian yang ditanam sebagai pengganti itu pula, malangnya semua mati.

"Jadi menyesal pun tidak ada guna lagi," katanya. Seterusnya beliau mengatakan " jadi tuan/puan orang yang menumbang getah itu dialah permbangkang.Kita harus faham betapa senang kerajaan dan betapa susah pembangkang. tuan/puan saya tahu belum ada lagi masalah ini kerajaan pusat atau kerajan negeri sampai kita guling kerajaan.  Apa yang penting saya minta kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri melaksanakan jalan highway dari Ranau ke Kota Marudu siapkan secepat mungkin kerana itulah isu pembangkang yang paling besar sekarang,' kata Jupinin Bondiwai.

4 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Saudara Naddin,
Saya hanya ingin mengucapkan tahniah atas penulisan saudara. Pada pengamatan saya, gaya penulisan saudara amat baik sekali. Sesungguhnya, ia melambangkan betapa tingginya kemahiran bahasa Melayu saudara. Saya, turut merasa amat bangga kerana saudara lahir dari kalangan kita - masyarakat Kota Belud.

Salam hormat
BELUM PENDEKAR

abd naddin said...

salam hormat kepada saudara Belum Pendekar.
Terima kasih kerana memberi respon atas tulisan saya yang tidak seberapa ini. Komen-komen seperti ini membuat saya tambah bersemangat untuk menulis.Terima kasih banyak

Nim Yorza said...

Perumpamaan yg agak baik, Kerajaan Umpama Pokok Getah. Ia sesuai di Semenanjung tetapi di Sabah ini tidak lagi sesuai. Pokok getah di Semenanjung sudah 5 kali ditebang dan tanam semula dengan penghasilan yg amat lumayan. Tetapi pokok getah di Sabah sudah sangat tua tetapi belum mampu ditoreh kerana kebenaran menorehnya datang dari jauh. Kita di Sabah, hanya mampu melihat pokok getah itu ditanam dan akhirnya dibiarkan ia membesar sendiri. Apabila ia sudah membesar, kita tiada pisau toreh untuk menorehnya kerana pisau itu di tangan orang lain. Kini getah itu sudah terlalu tua dan kita yakin jika diberikan pisau toreh itu hari ini, hasilnya juga sudah sangat sedikit. Maka getah itu harus ditumbangkan dan diganti dengan pokok getah yang baharu beserta pisau toreh yg tersedia di tangan sendiri...Durian boleh ditanam tetapi bukan di atas tanah di mana getah itu ditumbangkan...Durian itu harus tumbuh di tanah yang berbeza agar kita mendapat dua hasil yg terbaik...

abd naddin said...

Seorang sahabat baik saya, Ali namanya, memberi respon melalui sms.
Katanya, kalau pokok getah tua tiada susu toreh sepuluh ekar baru dapat dua keping getah, lebih baik tumbangkan ganti dengan sayur sawu sebulan boleh makan.