Khamis, 23 Ogos 2012

Catatan Aidil Fitri 1433 H (1)- di Babul Khair Titingan Hujung

Tags



Memang sudah lama saya menyimpan hasrat untuk mengambil gambar umat Islam yang menunaikan solat aidil fitri di Kampung Titingan Hujung, Tawau, sebuah kampung yang lebih dikenali sebagai Ice Box.
Sejak pertama kali solat aidil fitri di Masjid Babul Khair, saya jarang mendapat tempat di dalam masjid, apatah lagi jika datang terlambat.
Jemaah-jemaah yang terlambat datang itu terpaksa menunaikan solat di atas jalan raya atau di ruang lapang di samping kanan masjid, semata-mata untuk meraikan kemenangan mereka dalam memerangi nafsu nafsi sepanjang bulan Ramadan.
Situasi ini hanya berlaku setiap kali solat aidil fitri di kampung itu.Kalau dua tiga tahun lalu, solat itu biasanya diimamkan, kalau tidak silap saya, Imam Buraera, tapi kali ini saya tidak pasti kerana kami tiba beberapa minit sebelum solat aidil fitri dimulakan.
Sekarang kami menyewa di Taman Suhima, tapi saya memilih solat di Masjid Babul Khair dengan harapan dapat mengambil gambar jemaah yang melimpah ruah hingga ke jalan raya.
Sepatutnya kami beraya di kampung, di K B, tetapi anak saya Sitti Mehran menghadapi ujian UPSR tahun ini. Tentulah tidak memungkinkan kami bercuti panjang.
Waktu yang ada dua tiga hari itu, saya gunakan semaksimum mungkin untuk silaturrahmi bersama keluarga, menghubungkan yang lama terpisah.
Pengalaman solat aidil fitri di kampung Titingan itu agak menarik juga.  Tapi tahun ini, saya dapat merakamkan gambar kerana dapat duduk di saf hadapan, meskipun di atas jalan raya.
Saya tetap gembira.
Ahmad Fawzan dan adiknya Ahmad Aliff Farhan beria-ia ikut solat aidil fitri. Saya membawanya walaupun dengan dengan risiko terlambat ke masjid.
Cuma selepas solat hari raya itu, Ahmad Fawzan bertanya mengapa ada di antara jemaah itu pulang sementara khatib masih berkhutbah di mimbar.
Saya memberitahunya bahawa tidak lama lagi solat aidil fitri itu selesai, dan kami boleh pulang selepas bersalam-salaman. Dia mengadu kelaparan kerana itu mengajak cepat-cepat balik rumah sama seperti beberapa jemaah yang mungkin saja saja datang solat tanpa mengerti rukun rukunnya.
Mengapa orang itu merokok, abah? tanyanya ketika melihat ada orang merokok sambil mendengar khutbah.
Saya hanya meletakkan satu jari saya ke bibir untuk menegahnya daripada bercakap kerana bercakap cakap juga boleh mengurangkan pahala solat.
Tapi anak saya terus bertanya