Saturday, October 20, 2012

Naomi Kato Cinta kepada Alam Sekitar




NAOMI KATO CINTA KEPADA ALAM SEKITAR

"Saya tak dapat menghentikan orang makan tenggiling", kata Naomi Kato.  Tenggiling adalah salah jenis haiwan yang hampir pupus. Ia mesti dilindungi, katanya ketika saya berkunjung ke pameran lukisan itu. Pameran 1 Malaysia Contemporary Art Tourism Festival Sabah 2012. Saya melihat Naomi banyak menghasilkan hasil seni mengenai haiwan itu, sama ada melalui lukisan ataupun melalui gentian fabrik yang disukainya.

Saya tak dapat menghalang orang makan tenggiling, katanya lagi. Saya hanya mahu membangkitkan kesedaran orang ramai mengenai tenggiling itu. Saya mengamati lukisan-lukisan yang dicipta oleh pensyarah yang kini bertugas di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sejak tiba di Sabah pada tahun 2003, beliau telah menekuni bidang lukisan. Minatnya tumpah pada tenggiling, yang diminati sejak kecil lagi.  Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam golongan mamalia. Haiwan itu mempunyai tulang belakang, berdarah panas, melahirkan anak dan mempunyai bulu di badannya. Ia banyak ditemui di Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain. Haiwan pemakan anai-anai dan semut ini akan menggulungkan tubuhnya dengan menggunakan sisiknya yang keras jika terancam bahaya.

Walaupun haiwan itu dilindungi di bawah undang-undang, tetapi masih ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menyeludupnya. Ia menjadi makanan eksotik di setengah negara.Populasinya semakin berkurang. Inilah yang menggelisahkan pelukis yang dilahirkan di Yokosuka,Yokohama, sebuah daerah terkenal di Jepun. Sebagai seorang yang pernah dibesarkan di Jepun, Mesir dan Amerika Syarikat, Naomi adalah seorang yang suka menghayati keindahan alam termasuk flora dan faunanya. Tenggiling menjadi satu subjek yang menarik minatnya sejak dulu, dan sentiasa komted terhadap cintanya terhadap haiwan itu melalui lukisan-lukisandan hasil rekaan yang dipamerkan dalam dan luar negara termasuk di Tokyo.

"Haiwan ini mesti dilindungi, " katanya. Saya hanya mampu melukis untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Naomi memiliki ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni di Yokohama National University Jepun dan ijazah sarjana dalam Pendidikan seni di Osaka Kyoiku University. Selain itu mempunyai lesen mengajar seni dan kraftangan di sekolah-sekolah dan memiliki lesen mengajar dalam bahasa Jepun.

Saya minat  seni kontemporari, katanya. Pada masa ini, beliau banyak menumpukan perhatian untuk melukis dan menggunakan gentian fabrik mengenai tenggiling, kerana `saya tersentuh olehnya,' katanya.

Kini beliau sedang menekuni tenggiling sebagai subjek karyanya dan bersama 30 pelukis lain dari seluruh dunia untuk dibukukan sebagai satu sumbangan kepada cintanya terhadap alam sekitar.


No comments: