Thursday, April 4, 2013

Si Buyung mulakan catatan PRU-13

SEKONYONG-konyong teringatlah dia akan lagu si Buyung, kalau tidak silap dinyanyikan oleh Ahmad Jais. Ketika kecilnya dulu-masa kanak-kanak- lagu itu agak popular pada masa itu. Dia suka menyanyikannya. Itulah sebabnya, dulu dia dipanggil dengan nama si Buyung kerana suka mendendangkan lagu itu.

"Si buyung konon masa dulu
suka berdendang lagu
tapi kenapa kini bisu
tiada suara mendayu

si buyung duduk termenung
angan angan tinggi melambung
teringat si baju kurung
nun jauh berada di kampung

tak kan lari gunung dikejar
usah cemas berdebar"





Demikian bunyi lagu itu.Lagu si Buyung. Mungkin kerana dulu dia suka berdendang lagu, maka kini walaupun dia dikatakan diam membisu, kini dia tidak mahu membisu lagi. Kini dia tidak mahi duduk termenung lagi, dengan angan-angan tinggi melambung hanya kerana teringat si baju kurung, nun jauh berada di kampung. Kini si Buyung mahu menulis mengenai pilihihanraya umum ke-13 ini, dari sudut lain, yang dinamakannya catatan si buyung.

No comments: