Thursday, May 16, 2013

Laptop tak dapat di `on', aduhai

Tidak sampai sebulan, laptop yang baru dibeli itu tidak dapat dibuka.
Jadi terpaksalah saya menghantarnya semula ke kedai komputer, tempat saya membelinya pada 21 April yang lalu. Pekerja kedai itu masih tidak dapat mengesan punca kerosakan dan terpaksalah pula menghantarnya ke syarikat yang mengeluarkan laptop itu.

Kini saya tidak punya laptop. Padahal tadi saya sudah berazam untuk menyaipkan beberapa rencana, kerana kebetulan bahan-bahan yang diperlukan hampir lengkap. Kini saya khuatir, kalau kalau data -data yang diperolehi itu dengan susahpayah itu, beberapa di antaranya diunduh dari internet akan turut musnah apabila laptop itu diperbaiki.

Tapi di tengah keresahan dan tekanan itu, anehnya, idea untuk menulis datang mencurah-curah. Mujur ada komputer di pejabat. Dapat juga menyelesaikan beberapa bahan yang tertangguh. Walaupun ia tidak dapat memadamkan kekecewaan di hati saya, tetapi sekurang-kurangnya idea saya mengalir dengan sempurna.

Saya bersyukur. Semuanya pasti ada hikmahnya. Ada hikmah yang lebih besar, kata Amai Shukri dalam perjalanan kami ke Karamunsing itu.

Ya, siapa tahu kan.

1 comment:

dhuhasteffa novel said...

Salam Sejahtera,Tuan Blog..Semoga sentiasa dalam limpahan kasih sayang-Nya.

Saya ingin bertanya tentang Peraduan Menulis Cerpen usahasama DBP,Perpustakaan Negeri Sabah dan Ikatan Penulis Sabah...Karya-karya yang menang,adakah akan diterbitkan oleh DBP dan hak cipta masih milik penulis? dan karya yang tidak terpilih, adakah akan dikembalikan atau bagaimana,ya?

Saya sudah menyiapkan cerpen saya untuk menyertai peraduan itu tetapi pertanyaan2 ini mengasak dalam kepala..Mohon pencerahan dari tuan yang prihatin... Didahului dengan berbanyak2 terima kasih.... :-)