Thursday, July 11, 2013

Semoga sembuh Madiba

SEMOGA SEMBUH MADIBA

Sebaik melangkah keluar dari pintu penjara yang mengurung jasadnya selama 27 tahun, Nelson Mandela menemui musuh dan seteru politiknya, Itu adalah antara perkara penting yang dilakukan oleh lelaki yang lebih dikenali sebagai Madiba di kalangan rakyat Afrika Selatan.

Beliau mencari musuh-musuhnya bukan untuk membalas dendam.Sekalipun sebahagian usianya dihabiskan dengan menjalani hukuman di Pretoria, di Pulau Robben,di Cape Town akibat kesalahan atau risiko perjuangan yang dilakukannya tetapi Madiba berusaha untuk menemui musuh-musuhnya sekadar untuk memberitahu bahawa beliau telah memberi kemaafan kepada mereka.

Ia merupakan satu tindakan yang luar biasa. Lebih luar biasa lagi kerana orang yang memberikan kemaafan itu adalah orang yang menjadi mangsa, orang yang dipenjara 27 tahun lamanya, direnggut kebebasan dan kemerdekaannya oleh rejim Aparthied.

Rolihlahla Mandela dilahirkan di Mvezo, Transkei . Pada 18 Julai ini, jika panjang umur, Mandela akan memasuki usia 95 tahun.

Gurunya di sekolah rendahnya di Qunu, Miss Mdingane memberikan nama Nelson kepadanya, iaitu satu tradisinya di sekolahnya. Nelson Mandela lulus Junior Certificate di Clarkebury Boarding Institute. Beliau kmudia bersekolah menengah di Healdtown.Selepas itu beliau memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera di University of Fort Hare tetapi beliau tidak sempat menyelesaikan kuliah kerana dibuang dari sekolah selepas didapati menyertai bantahan pelajar. Bagaimanapun beliau lulus BA melalui University of South Arika dan kemudian kembali semula ke Fort Hare untuk mendapatkan ijazah pada tahun 1943.

Beliau lari ke Johannesburg kerana tidak mahu dikahwinkan.Di sana beliau bekerja sebagai Pegawai Keselamatan lombong. Melalui Walter Sisulu, beliau berkenalan dengan Lazar Sidelsky dab kemudian beliau membuat artikel melalui firma guaman Witkin Eidelman dan Sidelsky.

Kemudian Mandela meneruskan pengajian untuk LLB di University Witwayersrand.Beliau terpaksa meninggalkan university itu pada tahun 1948 tapi tidak selesai. Mandela kemudian belajar di University of London tetapi tidak juga berjaya menamatkan kuliahnya.

Bagaimanapun, tidak lama sebelum keluar dari penjara,beliau berjaya mendapatkan ijazah LLB daripada University of South Africa. Beliau mendapat ijazah secara in absentia dalam satu majlis penyampaian ijazah di Cape Town.

Mandela mula terlibat dalam politik pada tahun 1942 tetapi menyertai African Nasional Congress pada tahun 1944 dan beliau menubuhkan Liga Belia ANC.

Sebagai pelajar diploma undang-undang selain BA, Nelson Mandela menjadi pengamal undang-undanf dan dalam bulan Ogos 1952, bersama Oliver Tambo beliau menubuhkan firma guaman Mandela and Tambo yang banyak membela kepentingan golongan kulit hitam di negara itu

Beliau pernah ditangkap beberapa kali.ANC diharamkan pada 8 April 1960. Mandela dan rakannya adalah antara ribuan yang ditangkap semasa Darurat itu. Pada tahun 1962, Mandela menyamar dengan nama David Motsamayi dan pergi ke negara-negara Afrika dan England. Sepulangnya dari luar negeri,pada 5 Ogos Mandela ditangkap dalam satu sekatan jalanraya di luar Howick ketika pulang dari Kwazala-Natal selepas memberikan taklimat kepada Presiden ANC Albert Luthuli.Pada Oktober 1963, Nelson Mandela dihadapkan ke Mahkamah dalam perbicaraan yang dikenali sebagai Rivonia Trial;

Mandela bersama tujuh rakannya, Walter Sisulu, Ahmed Katharada, Govan Mbeli, Raymond Mhlaba, DenisGoldberg, Elias Motsoaledi dan Andrew Mlangeni dijatuhi hukuman mati.

Walaupun sering ditahan dari penjara ke penjara, Mandela terus memberi komitmen kwpada perjuangan bangsanya. Beliau menolak pembebasan bersyarat sebaliknya terus berjuang dari penjara ke penjara. Nelson Mandela memegang peranan yang besar dalam sejarah Afrika Selatan. Pada tahun 1991, beliau menjadi Presiden ANC menggantikan rakannya yang sakit Oliver Tambo.

Pada tahu 1993 bersama Presiden FW de Klerk, Mandela menang Hadiah Novel Peace Prize. Pada tahun 1994, Mandela terpilih sebagai Presiden Afrika Selatan. Beliau mengundur diri pada 1999 selepas satu penggal jadi Presiden.

Sehingga usia tuanya, Nelson Mandela terus memperjuangkan demokrasi,kesama rataan dan pembelajaran. Beliau tidak pernah menjawab isu rasis dengan rasis.
"I have fought against white domination, and I have fought against black domination. I have cherished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But if needs be, it is an ideal for which I am prepared to die."


Hidup dalam suasana harmoni dan peluang yang samarata.Saya kira walaupun sederhana, ia merupakan tujuan yang baik dan mulia.
 

No comments: