Saturday, August 17, 2013

Mengenai Memoar Seorang Anak Kampung Ahmad Syafii Maarif



AHMAD SYAFII MAARIF mungkin tidak banyak dikenali di Malaysia. Tetapi tokoh ini adalah salah seorang tokoh penting dan berpengaruh, bukan saja di negaranya, Indonesia bahkan di dunia Islam.

Beliau pernah memimpin salah satu organisasi Islam terbesar di negara jiran iaitu Muhammadiyah, yang mempunyai lebih 30 juta ahli. Selain itu, beliau merupakan seorang pemikir Islam yang bukan saja dihormati tetapi seorang tokoh yang mampu memberikan wawasan yang luas, pemikiran yang teduh dan sederhana serta mampu menterjemahkan wawasan al-Quran yang rahmatan lil alamin.

Melalui memoir yang ditulisnya, kita akan dapat menelusuri kisah hidup tokoh yang dilahirkan di Desa Calau, Sumpur Kudus Sumatera Barat ini.

Memoir bertajuk "Memoar Seorang Anak Kampung" setebal 470 halaman yang diterbitkan pada Jun 2013 oleh Penerbit Ombak dibahagikan kepada lapan bab.

Buku itu dibahagikan kepada Bab (1) Bumi Kelahiran, Ibu Bapak, dan Saudara-saudaraku, (Bab 11) Ke Yogyakarta dan Peran M Sanusi Latief (Bab III) Anak Panah Muhammadiyah (Bab IV Meniti Titian Kehidupan, Mengakhiri Masa Lajang (Bab V). Kemudian Musibah Silih Berganti (Bab VI)Secercah Harapan dan Beragam Tantangan (Bab VII), Berkiprah Menyongsong Masa Depan (dan Bab VIII), serta Kegiatanku dalam Menyongsong Masa Depan.

Sebenarnya, buku ini adalah edisi revisi dari buku Titik-titik Kisah di Perjalananku. Beliau tidak hanya membaiki tetapi juga menambahkan beberapa informasi dan bahan penting.

Beliau melukiskan daerah kelahirannya Sumpur Kudus yang dikenali juga sebagai `Makkah Darat" sebagai sebuah daerah yang menjadi pernah menjadi pusat peradaban Islam, beralih dari sebuah daerah yang masih mengamalkan banyak amalan jahiliyah kepada Islam yang berjaya mengubah kehidupan masyarakat di daerah itu.

Ahmad Syafii lahir dari pasangan Ma’rifah Rauf dan Fathiyah pada 31 Mei 1935.

Beliau melukiskan kehidupannya sebagai seorang anak kampung. Ketika berada di kampung, beliau banyak menghabiskan masa bermain senapang angin, menjala ikan, memancing dan sebagainya sebelum beliau mengikuti abang satu suku, Prof Sanusi Latief merantau ke Yogyakarta. Orang inilah yang turut berperanan membawa Ahmad Syafii menjadi tokoh yang tersohor.

Dari Sumpur Kudus, beliau melanjutkan pengajian Muallimin Yogyakarta. Selepas itu, beliau diminta diminta mengajar di PGA Muhammadiyah di Lombok Timur . Ahmad Syafii kemudian dia melanjutkan kuliah di Universitas Cokroaminoto Surakarta.

Sebagai seorang pemikir, Banyak pandangan yang menarik sebagai tokoh agama dan kemasyarakatan.

"Masalah internal agama sendiri masih jauh dari suasana damai. Abad modern semakin jauh dari nilai-nilai moral transendental," tulisnya dalam buku itu. Indonesia bertuah memiliki tokoh toleran yang banyak menentang masalah ketidakadilan dan amalan yang tidak bertolak ansur terhadap pihak lain.

Banyak pengajaran yang kita perolehi dari buku memoir ini.Keteguhan hati, ketabahan untuk mencapai misi dalam kehidupan, dan bagaimana beliau tidak berputus asa dalam menghadapi kegagalan.Selain itu, bagaimana beliau meningkatkan pengalaman dan pemahamannya terhadap agama Islam yang mampu membawa rahmat dan pencerahan kepada manusia lain.

"Siapa tahu ‘Memoar Anak Kampung’ ini akan memberi secercah pencerahan agar orang tidak pernah percaya kepada kegagalan dalam upaya mewujudkan cita-cita yang melampaui usianya." katanya di kulit buku ini.

No comments: