Thursday, January 1, 2015

Catatan di awal tahun.

Detik yang telah berlalu tak akan lagi kembali. Tahun sudah berganti. Kalau bukan kerana soal angka,sebenarnya hari yang kita lalui tetap sama.Seperti kelmarin juga. Sama, tak ada bezanya. Tapi waktu sudah diberi tarikh. Hari dihitung dengan pergantian siang dan malam.
Rupanya hari pertama 1 Januari 2015 sudah berlalu kira-kira 23 jam yang lalu.
Sebelum terlupa, saya ingin memperingatkan diri saya, bahawa segalanya menjadi tak ada erti dan sia-sia sekiranya waktu dibiarkan berlalu tanpa membuat sesuatu kebaikan , baik kepada diri sendiri , mahupun kepada orang lain.
Amalkan ilmu kebaikan, teringat pesan arwah ayah. Sebaik- baiknya kita apabila kita bermanfaat buat orang lain.
Kalau kita mengamalkan ilmu kebaikan, dimanapun kita berada, insya Allah selamatlah adanya.

No comments: