Isnin, 27 April 2015

SASTERA UKHUWAH DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 IPS

Tags


SASTERA UKHUWAH DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 IPS

Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN
Ikatan Penulis Sabah (IPS) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 25 tahun di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada malam 14 April lepas. Tentu banyak yang dapat dicatatkan sempena acara sambutan ulang tahun selain memotong kek sebagai tanda meraikan usia IPS yang sedikit sebanyak mewarnai dunia persuratan dan kesusasteraan di Sabah sejak 25 tahun yang lalu.

IPS ditubuhkan pada 24 Mac 1990. Ketua Satu IPS, Sukor Haji Usin yang lebih dikenali dengan nama Hasyuda Abadi dalam ucapannya menceritakan mengenai perjalanan IPS dalam mengharungi arus deras yang sentiasa berliku untuk sampai ke destinasi yang diharapkan. Sudah pasti selama kehadiran IPS di persada sastera, sudah banyak sumbangan yang diberikan dan mengimarah dan menyemarakkan sastera di Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Arifin Arif ketika merasmikan sambutan ulang tahun itu menggesa penulis agar mempromosi sastera ukhuwah.

Sastera Ukhuwah yang mengedepankan persaudaraan, persahabatan dan silaturrahim adalah sesuai dengan motto IPS yang mengamalkan wasatiyah dalam segala tindakan dan pelaksanaannya. Beliau menyarankan agar golongan penulis sentiasa mengutamakan ukhuwah insaniah, ukhuwah basyariah dalam memajukan sastera Sabah.

"Biasa kalau kita berkayuh, air terpercik ke tempat kawan kita tetapi jangan pula kita pukul kawan kita pakai pendayung," kata Arifin yang juga seorang penyair terkenal tanahair.

Dalam majlis yang dihadiri penulis, seniman di sekitar ibu negeri, juga tetamu dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), IPS turut melancarkan semula penerbitan Majalah Sasteranya Komposisi. Komposisi akan diterbitkan semula sebagai sebuah majalah sastera berwibawa.

"Saya sempat menyaksikan penerbitan majalah komposisi ini ketika ia masih diterbitkan secara stensilan," kata Arifin. Malah saya mengikuti perkembangan IPS sejak ia mula ditubuhkan, ketika ia berusia lima tahun, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun sehinggalah sekarang," katanya. IPS adalah sebuah persatuan yang berwibawa dan banyak menyumbang dalam sastera Sabah selain Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah DBP Sabah, Tengku Fauziah Ku Mat, Profesor Madya Dr Baharuddin Md Arus, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, Penyair seniman Raja Ahmad Aminullah, Ahli Kehormat IPS, Muhammad Haji Salleh dan Ali Amat Anas, mantan Timbalan Pengarah DBP Sabah, Nadin Haji Salleh dan kenamaan lain berlangsung dengan jayanya. Ia turut diserikan dengan persembahan pembacaan puisi oleh Mohd Fuad Bebit dan Ramli AR serta persembahan Randai oleh grup Creative Stage pimpinan Alloy Azali Mohd Taib.

IPS akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program sebagai pengisian sambutan ulang tahun ke-25 IPS sepanjang tahun ini.


Ahad, 26 April 2015

PENGALAMAN SEJENAK DI KOWLOON

Tags


PENGALAMAN SEJENAK DI KOWLOON

KALAU sekarang saya berada di Kowloon, bukan kerana soal budaya atau sejarah yang selalu memotivasi saya untuk melakukan perjalanan demi perjalanan, dari satu tempat ke tempat yang lain, dari satu kota ke kota yang lain, atau dari satu pulau ke pulau yang lain.

Kali ini saya berada di Kowloon adalah kerana dipelawa untuk membuat liputan mengenai sukan Ragbi. Pasukan Maktab Sabah menyertai Standard Chartered International Youth Seven di King Park , dan akhirnya berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan. Sekolah Menengah Maktab Sabah muncul naib johan Bawah 19 dan hanya tewas kepada pasukan Kanada juara bertahan dan pernah merangkul piala itu sebanyak tiga kali. Pasukan Bawah16 pula berjaya mendapat Anugerah Khas sebagai pasukan yang pertama kali mengambil bahagian dan berjaya menunjukkan permainan yang baik.

Sebenarnya banyak pengalaman yang dapat dikutip di Hong Kong. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Hong Kong, kami terus dibawa ke Yau Ma Tei, menginap di beberapa apartmen. Cuaca agak dingin. Suhu di bawah 17*C.

Segalanya serba mahal di sini. Sebotol air mineral berharga kira-kira RM6. Sekotak rokok Dunhill berharga HK60 atau RM30.00 sekotak. Sepinggan nasi beriyani ayam berharga HK52 atau kira-kira RM26.00. Kami terpaksa makan nasi beriyani kerana itulah sat-satunya restoran halal milik orang Pakistan di Jalan Yau Ma Tei.

Harga sewa apartmen juga amat mahal di sini. Di Apartmen kami , di Jalan Waterloo, sewanya kira-kira $2,000 pound sterling selama lima hari atau kira RM12,000 . Terdapat tiga bilik dan kami tinggal di tingkat 16. Kalau menginap di hotel bertaraf empat bintang, sewanya boleh mencecah RM2,000 untuk satu malam.

Saya juga memerhatikan orang-orang yang berjalan tergesa-gesa, kadang seperti berlari mengejar masa. Saya melihat betapa mereka amat menepati waktu. Sistem pengangkutan di sini juga amat mengagumkan.Ada bas, ada trem,ada keretapi bawah tanah, ada teksi dengan pemandu yang berdisiplin dan banyak lagi. Tetapi saya selalu memilih untuk berjalan kaki sambil melihat-lihat langit Hong Kong.

Bangunan-bangunan berpuluh-puluh tingkat. Dimana pun mata kita tertancap, di sana ada bangunan-bangunan mencakar langit Tetapi anehnya untuk pembinaan bangunan baru, mereka masih menggunakan buluh sebagai salah satu alat pembinaan.

Setiap pagi saya tida lupa membeli akhbar South China Morning Post dengan harga HK7 untuk mengetahui berita-berita semasa. Halaman sukan dipenuhi oleh acara sukan Ragbi Hong Kong Seven yang bertaraf dunia dan disertai negara Afrika, Asia, Amerika dan Eropah.

Setiap pagi pula saya melihat orang-orang menyapu sampah. Hampir setiap ketika saya melihat bretapa pekerja-pekerja bandaraya ini amat mementingkan kebersihan.

Saya terfikir bagaimana orang-orang menjalani kehidupan di sini. Penuh persaingan, penuh perlumbaan. Saya tidak pernah melihat orang berjalan sambil lewa. Saya menerhati mereka bergerak dengan pantas. Apa yang terfikir di minda saya ialah tiada tempat bagi orang-orang yang sambil lewa di Hong Kong. Bukan saja di Hong Kong, malah untuk hidup yang lebih baik, tiada masa untuk kita sambil lewa.

 

HONG KONG, YANG SIBUK TETAPI SERBA MAHAL

Tags



HONG KONG, YANG SIBUK TETAPI SERBA MAHAL

Catatan perjalanan ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN yang melawat Hong Kong

HIDUP ini penuh dengan keajaiban. Tanpa diduga, saya diberi peluang untuk turut serta dalam kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan Maktab Sabah ke Hong Kong untuk menyertai Kejohanan Ragbi Peringkat Antarabangsa Piala Belia 7 Sebelah Standard Chartered (Standard Chartered International Youth Sevens) di King Park, Kowloon.
Tidak pernah saya bayangkan sebelum ini untuk mendapat kesempatan berkunjung ke Hong Kong, apatah lagi untuk membuat liputan kejohanan ragbi. Walaupun saya suka menonton ragbi, dan masih ingat aksi Jonah Lomu, tetapi terbang ke Chek Lap Kok untuk membuat ulasan ragbi tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Tetapi tawaran ke Hong Kong itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan. Sebelum ini, saya hanya mengenali Hong Kong melalui filem-filem Jackie Chan, Chow Yuen Fatt, Jet Li, Alex Man, Do Do Cheng dan sebagainya.

Namun pada 25 Mac itu, saya ikut berbaris untuk pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Hong Kong. Kami berangkat dari Terminal Satu, Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 11.35 pagi dan tiba di Hong Kong kira-kira dua jam setengah kemudian.

Cuaca agak dingin. Suhu 18'C. Suasana di lapangan terbang itu kelihatan agak sibuk. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong adalah antara lapangan terbang paling sibuk di Asia, dan antara sepuluh lapangan terbang tersibuk di dunia. Tahun lalu saja, menurut Wikipedia, seramai 63.3 juta penumpang menggunakan lapangan terbang itu. Lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di Chek Lap Kok menghubungkan 180 bandaraya di seluruh dunia.

Selepas semua bagasi dimuatkan dalam bas yang sedia menunggu, kami terus di bawa ke Yau Ma Tei, di selatan Kowloon. Kejohanan Ragbi Antarabangsa Standard Chartered itu akan diadakan di King Park, dan jaraknya kira-kira 40 minit berjalan kaki dari tempat penginapan kami.

Di Yau Ma Tei, kami menginap berdekatan jalan Waterloo, tidak jauh dari Nathan Road. Sewa apartmen tiga bilik yang kami tumpangi itu agak lumayan juga. "Kadar sewanya $2,000 poung sterling atau kira-kira RM12,000 selama lima hari," kata Chai, rakan kami yang biasa ke Hong Kong. Jika menginap di Hotel, sewanya lebih mahal kira-kira RM2,000 satu malam.

Kami menginap di tingkat 16. Selepas meletakkan barang dan berehat seketika, Awang Sharif mengajak kami ke kedai orang Pakistan berdekatan Kei Lai Hotel. Ia adalah satu-satunya kedai yang menjual makanan halal di kawasan itu.

Kedai makan itu agak kecil tetapi ramai pengunjung. Mungkin kerana satu-satunya kedai makanan halal di sana. Daripada 7.2 juta penduduk Hong Kong, hanya 3.1 peratus daripada terdiri daripada orang Islam. Kira-kira 93.6 peratus penduduknya Cina berbahasa kantonis.

Harga sepotong pizza ayam ialah HK35 atau RM17.50 manakala Beriyani Ayam berharga HK52 atau R26 ringgit, beriyani daging HK55 atau RM27.5, kebab ayam HK48 (kira-kira 24) manakala minuman kopi HK10 atau RM5.

Pakcik Bakrim Haji Said, rakan seperjalanan kami, yang membeli rokok agak terkejut kerana harga rokok sekotak kira-kira HK60 atau RM30 sekotak. Abdul Sham Haji Bagu juga agak terkejut ketika membeli air mineral HK12 atau RM6.00 sebotol. Seikat pisang berharga HK20 atau RM10 manakala durian HK14 sekilo. Akhbar South China Morning Post dijual dengan harga HK9, pada hari itu melaporkan di halaman depannya mengenai lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China dan diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua negara.

Kadar upah gaji juga agak tinggi. Pembantu rumah dibayar gaji sebanyak HK4,000 hingga HK8,000 (RM2,000 hingga RM4,000) sebulan. Gaji penyelia kedai pula ialah HK10,200 (RM5,100), pembantu kedai HK9200 (RM4600), pekerja sambilan HK4600 (RM2300) manakala kerja lebih masa HK37 hingga HK47 (RM18.5 hingga 23.5). Menurut Shim, yang banyak membantu sepanjang di Hong Kong, gaji pekerja purata kakitangan awam HK10,000 hingga HK12,000 (RM5,000 hingga RM6,000) sebulan.

Hong Kong adalah sebuah negara maju.Selepas dipajakkan selama 99 tahun kepada British, Hong Kong dikembalikan kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997 dan kini ditadbir oleh Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Sistem pengangkutan awam di Hong Kong memang agak mengagumkan. Bas awam dua tingkat hampir setiap lima minit,pemandu teksinya juga agak berdisiplin tetapi tidak suka menunggu lama. Setiap kesalahan jalan raya akan diberi kiraan mata dan jika jumlah mata mencecah had yang ditetapkan, pemandu tidak dibenarkan memandu untuk tempoh tertentu seperti setengah tahun atau satu tahun.

Sistem Keretapi Transit Awam (MTR) yang menggunakan laluan bawah tanah mula digunakan di Hong Kong sejak tahun 1979. Kini Sistem MTR meliputi jarak sejauh 218 km menghubungkan destinasi penting di Hong Kong dengan jumlah pengguna sebanyak 4.5 juta sehari.

Keesokan harinya, kami berjalan kaki dari Yau Ma Tei ke Padang King Park Kowloon untuk menyaksikan Kejohanan Ragbi Piala Belia. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit. Puan Sri Hajah Diana Deigo, selaku ketua kontinjen berada di padang untuk memberikan semangat kepada kontinjen Maktab Sabah yang bertanding dalam kejohanan itu. Begitu juga Penolong Ketua Kontinjen, Hajah Nuinda Alias, yang juga Pengetua Maktab Sabah turut memberikan sokongan kepada pasukan.

Dalam perlawanan pertama, pasukan bawah 16 tahun Maktab Sabah, yang pertama kali menyertai kejohanan itu, kalah kepada Vajirudh Colege Thailand 0-20. Dalam perlawanan kedua, pasukan itu kalah kepada Valley Fort England 0-15. Tetapi dalam perlawanan ketiga, Maktab Sabah berjaya mengalahkan Kowloon Hong Kong 21-5. Namun dalam perlawanan terakhir, mereka kalah tipis kepada Discovery Bay USA 17-21.

Di padang bersebelahan, Kejohanan Ragbi Wanita Antarabangsa juga sedang berlangsung. Walaupun berpeluang melihat aksi-aksi menarik tetapi saya terpaksa ke apartmen untuk menghantar berita ke tanahair.

Setiap pelancong atau pengunjung ke Hong Kong diberikan kouta setengah jam akses wifi percuma setiap hari. Tetapi di apartmen, akses internet lebih laju.

Sesampainya di Apartmen, saya terus membuka laptop dan menghantar bahan-bahan berita kepada Utusan Borneo. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Chai memberitahu supaya saya cepat berkemas kerana Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, yang juga penaung pasukan, mengajak ke Padang King Park semula. Pasukan Bawah 19 tahun Maktab Sabah berjaya memenangi semua perlawanannya kecuali kalah kepada juara kejohanan tiga kali, BC Rugby Team 0-21.

Kali ini kami naik teksi ke padang, dan kebetulan pemandu teksi yang kami naiki boleh berbahasa Melayu kerana dilahirkan di Indonesia.
Setibanya di Padang, Tan Sri Pandikar menyalami pemain-pemain yang menunjukkan keunggulan dengan mengharumkan nama Malaysia dalam arena ragbi belia antarabangsa. Maktab Sabah Sabah menewaskan Flying Kukris (China) 21-0, East Kowloon Hong Kong 26-0, Kowloon Lion HK 19-0 sebelum kalah kepada BC Rugby Team Canada 0-21 dan selepas itu menang ke atas Discovery Bay (China) 21-0.

Pasukan Bawah 19 tahun Maktab Sabah dinobatkan sebagai naib juara kejohanan. Walaupun kebanyakannya pemain pasukan itu berusia di bawah 18 tahun tetapi mereka berjaya menunjukkan permainan cemerlang menumpaskan pemain-pemain yang lebih senior dengan bentuk fizikal yang kekar. Kemenangan mereka mendapat pujian penyokong manakala pasukan bawah 16 tahun berjaya mendapat anugerah khas kerana bermain cemerlang dalam penampilan kali pertama.

Selepas majlis penyampaian hadiah, semua anggota kontinjen berjalan pulang dengan perasaan yang gembira ke tempat penginapan masing-masing. Tetapi sebelum itu, mereka sempat menikmati pizza dan kebab, sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan itu. Selain itu, mereka berpeluang menonton Hong Kong Sevens, kejohanan ragbi bertaraf dunia yang menyambut ulang tahun yang ke-40.



 

 


TERILHAM DARI LAWATAN PA'MIN KE KEBUN BUNGA

Tags
 

TERILHAM DARI LAWATAN PA'MIN KE KEBUN BUNGA

 


DI sebalik personalitinya yang tegas, kebijaksanaan dan keluasan fikiran dan wawasannya,keterbukaan dan keprihatinannya, selera humornya , di sebalik ketokohan dan kewibawaanya sebagai Speaker Parlimen Malaysia, sesungguhnya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia seorang yang sensitif terhadap tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga.

Di celah-celah kesibukannya, beliau suka melihat bunga-bunga. Kerana minatnya yang mendalam terhadap pokok bunga, beliau sering menyempatkan diri untuk singgah di nursery untuk membeli bunga. Menurut pembantunya, Tan Sri Pandikar Amin yang lebih mesra dengan panggilan Pa'Min itu boleh membicarakan mengenai hampir 200 spesies bunga beserta khasiat dan kelebihan setiap pokok bunga. Beliau sering bercerita mengenai ilmu yang dimiliki orang tua dan nenek moyang kita mengenia khasiat tertentu setiap pokok bunga.

Keahliannya bercerita mengenai alam flora, mengenali alam semula jadi, bukan saja menjadi makanan jiwanya tetapi memberikan kelebihan kepada beliau untuk mengenal sikap manusia.

Setiap bunga boleh mewakili makna tersendiri. Sejambak bunga mawar mempunyai makna sendiri, berbeza dengan makna sejambak bunga carnation misalnya. Mawar putih tidaklah sama makna dengan mawar merah. Bunga kekwa tidak sama dengan bunga daisi. Orkid tidak sama dengan bunga matahari. Bunga tulip tidak sama dengan bunga raya. bunga kertas tidak sama dengan kembang dipun, (kembang jepun), kasbang tidak sama dengan kamadu-madu, dan sebagainya. Dua jenis yang baru disebut ini, saya tidak tahu padanannya dalam bahasa Melayu tetapi masyarakat Iranun menyebutnya sebagai kasbang dan kamadu-madu. Ada juga mengenai bunga semalu, tetapi semua mungkin sudah tahu.

Pa'min mempunyai banyak pengetahuan mengenai alam flora. Beliau boleh bercakap mengenai sesuatu jenis bunga dan menerangkan mengenai khasiatnya.Inilah kelebihan tokoh negara yang rupanya halus jiwanya.

Kita harus menguasai semua bidang ilmu. Masyarakat kita seharusnya mempunyai ketrampilan dalam segala bidang, bukan setakat politik, projek tetapi juga mereka haruslah melibatkan diri dalam kegiatan sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan kemasyarakatan.

Masyarakat kita dahulu mahir dalam pelbagai bidang kehidupan. Di samping mereka menguasai ilmu tumbuh-tumbuhan, yang sekarang disebut ilmu botani, mereka juga mahir ilmu mengenai bintang-bintang atau ilmu astronomi.Masyarakat ita juga menguasai ilmu pertanian, perikanan malah menguasai ilmu pelayaran. Jika direnung-renungkan, masyarakat tradisi kita mempunyai banyak kelebihan, banyak pengetahuan, kearifan lokal yang sepatutnya diketengahkan, tetapi sekarang, banyakdi antara ilmu-ilmu nenek moyang kita itu tidak lagi kita pelajari dan dengan itu tidak lagikita kuasai.

Sebab apa? Mungkin kerana kita sibuk bertelingkah atau berbalah sesama sendiri. Mungkin kerana kita kehilangan tumpuan dan perhatian.Mungkin kerana banyak sebab yang mungkin kita sama-sama sedari tetapi tidak segera memperbaikinya.

Berbicara mengenai bunga ini, saya terbaca satu artikel mengenai warna bunga. Jika bunga merah warnanya, ia bermakna perasaan yang berkobar-kobar dalam melakukan sesuatu. Jika bunga warna ungu membawa semangat yang diperlukan untuk melakukan sesuatu yang diinginkan, bunga kuning maknanya peluang yang bakal hadir dalam diri seseorang dan warna putih melambangkan semangat yang mementingkan kebenaran.

Saya teringat penyair Umar khayyam. Jika masih ada bunga, maka hargailah sebaik-baiknya. Kerana, kata Umar Khayyam, bunga hanya mekar sekali sebelum mati selama-lama.

HAJI AMINUDDIN ALING, KE SEKOLAH MENUNGGANG KUDA

Tags


HAJI AMINUDDIN ALING, KE SEKOLAH MENUNGGANG KUDA

KECUALI dalam filem-filem koboi, kita jarang mendengar melihat seseorang bepergian dari satu tempat ke satu tempat dengan menunggang kuda. Tetapi bagi personaliti kali ini, kuda adalah kenderaan utamanya ke sekolah. Setiap pagi, beliau akan berangkat dari rumahnya di Kampung Tempasuk 2 ke Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Tambulion dengan menunggang kuda. Sesampainya di sekolah, kuda ditambatkan di pagar sekolah sebelum beliau masuk bilik darjah untuk belajar.

Kisahnya menunggang kuda ke sekolah agak menarik. Beliau terpaksa menunggang kuda kerana tidak ada kereta yang boleh ditumpanginya ada masa itu. Lebih-lebihlagi keadaan jalan raya yang berkelikir dan berdebu.

Jadi bagaimana caranya menjinakkan kuda liar? Haji Mohd Aminuddin Aling tersenyum mendengar soalan yang diajukan kepadanya. Bagi Pesuruhjaya PAS Sabah ini, kerja menjinakkan kuda liar, kerbau atau lembu liar bukan satu perkara yang menghairankan. Lahir dari sebuah keluarga penternak dan petani, beliau mewarisi kemahiran menjinakkan binatang peliharaan sejak kecil lagi.

Haji Mohd Aminuddin Aling dilahirkan pada tahun 1960 di Kampung Tempasuk 2 Kota Belud. Anak kedua dari tujuh adik beradik, lima lelaki dua perempuan ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Tambulion sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Arshad Kota Belud selepas mengikuti kelas peralihan di sekolah yang sama. Beliau adalah antara angkatan pelajar yang terakhir mengikuti pelajaran dalam aliran Inggeris kerana selepas itu, pelajaran menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Selepas tamat sekolah menengah, Haji Aminuddin bekerja di Lembaga Padi Sabah (LPS)sebelum berhenti untuk menceburi bidang perniagaan. Selain itu, beliau seorang yang rajin mengikuti usrah. Apabila PAS mengembangkan sayapnya, beliau dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Belud sejak tahun 1988.Beliau mempelopori penubuhan Sekolah Pondok Fi Zilalil Quran di Kampung Rosob, sebuah sekolah agama rakyat yang melahirkan ramai golongan tahfiz. Sebagai seorang yang istiqamah dalam perjuangan, beliau kini diberikan tanggungjawab untuk menggalas amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah.

Wartawan UTUSAN BORNEO,ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN menemui beliau di salah sebuah restoran di Taman Puterajaya Telipok untuk berkongsi pengalaman beliau semasa persekolahan dan selepas menceburi bidang politik khususnya pembabitannya dalam PAS. Ikuti petikan temubual bersama beliau.

UTUSAN BORNEO: Assalammualaikum tuan haji. Terima kasih kerana sudi ditemubual untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo. Boleh ceritakan sedikit mengenai masa kecil tuan haji? Lahir dimana?

HAJI MOHD AMINUDDIN (HMA): Saya dilahirkan di Kampung Tempasuk Dua, dalam Daerah Kota Belud pada tahun 1960. Tempat lahir saya itu, sekarang terletak benar-benar di Kompleks Sukan Kota Belud, di Butong. Itulah tempat lahir saya dulu. Saya anak kedua dari tujuh orang adik beradik,lima lelaki dan dua perempuan. Keluarga saya adalah keluarga penternak kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, mereka juga bertani.

UB: Tentu banyak pengalaman jadi penternak. Pernah jinakkan kuda liar?

HMA: Saya boleh menjinakkan kuda yang liar, kerbau yang sedang membesar dan lembu. Bahkan saya boleh memanggil lembu, dan bila mendengar nama mereka dipanggil, mereka akan datang tanpa kita bersusah payah mencarinya. Untuk menjinakkan lembu, boleh lima ekor satu kali. Tetapi untuk menjinakkan kuda liar, caranya memang berbeza.

UB: Lembu boleh datang bila dipanggil? Bagaimana cara mereka tahu mereka dipanggil?

HMA: Ya.mereka boleh datang jika dipangil. Yang penting mereka boleh mendengar suara kita.Bagaimana tidak, setiap hari kita memanggil nama mereka, dengan sesuatu nama, bermula dari liar hingga menjadi jinak. Hari-hari kita panggil nama mereka. Jika mereka masuk hutan, atau kemana pun, asalkan mereka mendengar suara kita memanggil mereka, mereka akan datang mendekat kepada kita. Itu yang seronok. Betapapun, mereka itu lembu, mereka mengerti bila mereka dipanggil.

UB: Dulu sekolah dimana?

HMA: Saya bersekolah di SRK Tambulion dari darjah satu hingga darjah enam.

UB: Naik apa ke sekolah?

HMA: Saya terpaksa menunggang kuda ke sekolah setiap hari kerana tidak ada kereta pada waktu itu.Kalau adapun agak jarang.Lebih-lebih lagi jalan raya kelikir dan berdebu. Jadi saya ke sekolah dengan menunggang kuda, mungkin satu-satunya orang yang menunggang kuda pada masa itu, sebelum ia diikuti oleh rakan-rakan saya yang lain. Selepas menunggang kuda kira-kira setengah jam, menunggang kuda jam 7.00 dari rumah, sampai di sekolah jam 7.30 pagi.Setibanya di sekolah, saya mengikat kuda saya di pagar di luar sekolah sebelum saya masuk bilik darjah untuk belajar. Kemudian bila loceng berdentang, saya mengambil kuda yang ditambatkan itu untuk pulang. Kadang-kadang ada rakan saya yang mengajak untuk berlumba. Jadinya kami berlumba.

UB: Itu zaman sekolah rendah. Sekolah menengah bagaimana pula? masih naik kuda lagi?

HMA: Sekolah menengah, saya tidak naik kuda lagi. Kerana sekolah terletak agak jauh. Kami terpaksa menumpang di bangsal panjang yang didirikan oleh Datuk Haji Ismail Gimbad, mantan pembantu menteri dalam kerajaan USNO. Kami tinggal di bangsal, yang dia panggil reban ayam, sebuah bangsal panjang.Masa itu beiau adalah wakil rakyat. Ramai anak-anak dusun dari kampung simpang Ranau yang menumpang di bangsal itu. Mereka bawa bekal sendiri, masak sendiri dan belajar menggunakan pelita, tapi oleh kerana pelita banyak jelaga, kami pakai lilin.

UB: Berapa orang yang tinggal di sana masa itu?

HMA: Ada kira-kira sepuluh orang. Kami semua sekolah bridge class sebelum ke form one.

Sebelum bersekolah di Form One (Tingkatan 1) di SMK Arshad pada kami terpaksa mengikuti bridge class (kelas peralihan) kerana masa itu, semua subjek diajarkan dalam bahasa Inggeris. Tahun 1977. Itu adalah tahun terakhir bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. Selepas itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan.

UB: Siapa rakan sekelas pada masa itu?

HMA: Antaranya Saudara Lamsil Hamidsor, (Naib Yang Di Pertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Ustaz Awang Laiman Haji Ikin (kini Setiausaha Perhubungan PAS Sabah. Selepas tingkatan tiga, saya tidak sambung belajar sebaliknya bekerja di Lembaga Padi Sabah (LPS). Rakan-rakan lain seperti Ustaz Awang Laiman pergi ke semenanjung untuk belajar.

UB: Apa yang tuan haji lakukan selepas tingkatan tiga?

HMA: Sebagai anak lelaki kedua, saya terpaksa membantu orang tua untuk menyara adik-adik yang masih belajar lagi. Selain itu, bagi pengisian ilmu, saya sering pula mengikuti usrah. Kemudian kami membuka pondok Fi Zilalil Quran di Kampung Rosob untuk pendidikan agama. Sekolah itu telah banyak melahirkan tahfiz al-Quran. Antara pelajarnya ialah Ustaz Haji Ibrahim Kisab, imam masjid negeri. Ada ramai lagi yang jadi alhafiz. Walaupun nama sekolah itu, sekolah pondok, tapi SubhanaAllah, sekolah itu banyak melahirkan orang-orang yang hafiz al-Quran.

UB: Bagaimana idea untuk menubuhkan sekolah itu lahir?

HMA: Setiap bulan, kami pimpinan PAS dari tiga cawangan yang ada, Sandakan, Tawau, Kota Belud berkumpul untuk mengadakan perbincangan dan cetusan minda. Salah satu yang kami cetuskan ialah pembinaan sekolah untuk pendidikan agama memandangkan masih tidak banyak sekolah pada masa itu. Saya ada tanah, kalau ada yang menguruskan, kita boleh buka sekolah. Selepas itu, kita cari dana dan gotong-royong untuk membina sekolah. Jalan raya pada masa itu sangat teruk. Tapi sekolah itu terletak di tepi sungai bagi memudahkan bekalan air.

UB: Siapa antara orang yang banyak membantu di peringkat awal?

HMA: Antaranya ialah Drs Zainuddin Awang Hamat, mantan ADUN Limbungan. Waktu itu beliau bertugas di SMK Mat Salleh Ranau, Seorang lagi, pengetua Ustaz Abirairah, orang Pahang yang tiap-tiap tahun bertukar sekolah Setiap tahun kena pindah dari Tawau, Ranau, Sarawak sebelum akhirnya pulang ke Pahang. Inilah antara kendala yang kita hadapi pada masa itu.

UB: Sejak bila terlibat dalam politik?

HMA: Saya terlibat dalam perjuangan berparti sejak 1988. Pada masa itu saya selalu mengikuti program-program usrah bersama-sama dengan pelajar sekolah di Kota Belud.Saya antara orang yang bukan dari kalangan guru atau pelajar, tetapi sering mengikuti usrah sebagai pengisian ilmu. Pada masa itu, Pas Kawasan Kota Belud belum didaftarkan lagi. Apabila didaftarkan saya menjadi Yang Di Pertuanya yang pertama. Saya tidak ada pengalaman, tapi saya terima cabaran.

UB: Boleh cerita sedikit mengenai sejarah PAS di Sabah? Siapa pesuruhjaya yang pertama?

HMA: PAS mula mengembangkan sayapnya di Sabah pada tahun 1988. Pesuruhjaya PAS Sabah yang pertama ialah Haji Hamzah Abdullah.Kemudian diikuti oleh Haji Muhammad Abdullah. Selepas itu dipimpin pula oleh Allahyarham Dr Haji Datu Bandira Datu Alang. Selepas beliau kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Tawau, beliau digantikan semula oleh Haji Muhammad Abdullah. Kemudian saya diamanahkan pula sebagai Pesuruhjaya PAS Sabah.

UB: Berapa cawangan PAS di Sabah?

HMA: Sejak saya mengambil alih PAS sejak dua penggal lepas, cawangan Pas Sabah bertambah kepada 17 kawasan daripada lapan kawasan sebelumnya. Antara cawangan PAS ialah PAS kawasan Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Keningau, Tawau, Sandakan, Kalabakan, Silam, Batu Sapi, Kinabatangan, Beluran, Libaran, Beaufort.

UB: Tahun berapa PAS meletakkan calon dalam pilihanraya di Sabah?

HMA: Pas mula meletakkan calon dalam pilihanraya pada tahun 1986. Waktu itu Pas belum berdaftar di Sabah lagi.Calonnya ialah Allahyarham Jamlidi Haji Oli.

UB: Tuan haji pernah bertanding dalam pilihanraya?

HMA: Saya dipilih bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1999. Sebenarnya pada masa itu saya ditugaskan untuk mencari calon untuk mewakili PAS.Alih-alih saya pula yang diamanahkan untuk bertanding.Pada masa itu belum banyak pengalaman lagi. Antara pengalaman yang menarik ialah Presiden PAS, Datuk Haji Fadzil Noor datang memberi ceramah dan ramai diantara pendengarnya, berbaris di bawah jambatan untuk mendengar ceramah. Majlis ceramah itu diadakan pada sebelah malam, dan ramai yang datang itu tidak mahu dilihat kerana mereka masih terikat dengan kerajaan, malah ada diantaranya penyokong BN.

UB: Sejak akhir-akhir ini timbul pergolakan dalam PAS antara golongan ulama dan profesional.Bagaimana tuan haji melihat perkara ini? Apakah ia tidak menjejaskan sokongan akar umbi?

HMA: Realitinya sokongan terhadap PAS semakin bertambah di seluruh negara walaupun ada orang melihat pergolakan berlaku dalam PAS. Kini keahlian mencecah 1.3 juta di seluruh negara. Sepatutnya kalau ada pergolakan, minat orang ramai akan menurun tetapi ini sebaliknya bertambah. Apa diantara yang menarik, saya kurang pasti, tapi orang semakin yakin terhadap perjuangan PAS. Mungkin selama ini mereka tidak dapat maklumat, maklumat yang adapun hanya dalam tv, tapi mereka dapat maklumat yang sebenar mengenai perjuangan parti, ramai yang tertarik.

UB: Pergolakan dalam PAS tidak menjejaskan sokongan?

HMA; Tidak menjejaskan malah semakin banyak sokongan.

UB: Terima kasih kerana sudi ditemubual oleh Utusan Borneo.

HMA: Terima kasih banyak.

NOURMAN RAYN, PRESIDEN MBS, MEMBESAR DALAM GERAKAN BELIA

Tags


 

NOURMAN RAYN, PRESIDEN MBS, MEMBESAR DALAM GERAKAN BELIA

 

JIKA ditanya bagaimana mulanya beliau tertarik dalam gerakan belia, Nourman @ Rayn bin Datuk Ag Zaini mungkin sukar baginya memberikan jawapan tepat. "Bukan soal bagaimana saya tertarik dalam gerakan belia, tapi saya dibesarkan dalam suasana gerakan belia," kata anak sulung kepada Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Datin Siti Rokiah Haji Mohd Amin. Nourman sendiri mula terlibat dalam persatuan apabila menyertai Pengakap secara rasmi sebagai Pengakap Kanak-Kanak pada tahun 1983 ketika berada dalam darjah 1. Sebelum itupun, ketika pra-sekolah, Nourman sudahpun menyertai pengakap sebagai pengakap kancil pada tahun 1978. Pada tahun 1990, beliau terpilih menjadi Ketua Kumpulan Pengakap Remaja seterusnya menjadi Ahli Pengakap Kelana dan Penolong Pemimpin Pengakap pada tahun 1996, dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu pejabat Negeri pada tahun 2004, Penolong Pesuruhjaya Negeri (Perhubungan & Multimedia) 2007, Setiausaha Latihan Negeri Pengakap Sabah tahun 2007 dan dilantik sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran) pada tahun 2009. Sejak dilantik Setiausaha Eksekutif Majlis Pengakap Negeri Sabah pada tahun 2007, Nourman sudah menjalankan lebih 700 kali tugas kesetiausahaan. Pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Ketua Pengakap Negeri Sabah (Anugerah Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah) dan penerima Medalion 'Certified Professional Scout Executive' (World Organization of Scout Movement). Beliau adalah penerima ke-473 pengakap profesional di Asia Pasifik semenjak 1960 dan satu-satunya penerima dari Sabah. Sebelum itu, beliau menerima Tauliah 'Jurulatih Antarabangsa" Pergerakan Pertubuhan Pengakap Sedunia sebagai Penerima termuda dalam sejarah Pengakap Sabah pada tahun 2013 dan penerima Anugerah Belia Negara 2011. Kini Nourman terpilih untuk menerima amanah sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) 2014-2016, dan Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) 2014-2016 serta sejumlah jawatan lain sebagai komitmen terhadap pergerakan belia.

Nourman @ Rayn bin Datuk Ag Zaini lahir pada 18 Januari 1976 di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada enam adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRJK St Agnes Kota Kinabalu (1981-1988). Kemudian melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Berasrama Penuh Sabah (1989-1993). Sebagai salah seorang pelajar cemerlang, Nourman terpilih meneruskan pengajian Sains Kemanusiaan di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Lembah Pantai (1994-1996) dan kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah dengan pengkhususan Sains Kemanusiaan/Sains Politik di kampus utama UIAM Petaling Jaya dan kemudian di Gombak dari tahun 1996 hingga 2000.

Sepanjang penglibatannnya dalam gerakan pengakap dan belia, Nourman berpengalaman mewakili negara sama ada sebagai ketua urusetia, pengerusi, setiausaha, timbalan ketua kontinjen atau peserta ke serata dunia seperti New York, Bangladesh, Negara Brunei Darussalam, Sweden, Taiwan, Kalimantan Barat, Jakarta, Australia, Korea Selatan,Hong Kong, England

"Menyertai kegiatan berpengakap bukan setakat berseronok atau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan , malah segala ilmu yang diperolehi dalam kegiatan itu dikongsikan bersama pengakap lain sebagai amal jariah dan sumbangan positif kepada masyarakat.

Kini Nourman berkhidmat sepenuh masa sebagai Setiausaha Eksekutif, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah. Beliau juga adalah ahli tetap Pasukan Latihan Pengakap Negara dan menjadi Setiausaha Latihan Pengakap Negeri Sabah sebagai wakil negeri ke peringkat Ibu Pejabat Pengakap Malaysia. Kini beliau memegang satu lagi amanah sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) yang dianggotai 13 badan gabungan merangkumi kira-kira 400,000 belia di negeri Sabah.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN sempat menemubual Nourman@ Rayn mengenai misi dan visinya sebagai Presiden MBS dalam menjadikan belia Sabah sebagai Belia Berwibawa. Ikuti petikan temubual bersama beliau yang diadakan pada satu petang di salah sebuah restoran terkemuka di Jalan Gaya.

UTUSAN BORNEO: Bagaimana saudara tertarik dalam pergerakan belia?

NOURMAN: Bukan soal bagaimana saya tertarik dalam gerakan belia, tapi saya dibesarkan dalam suasana gerakan belia. Ketika berada dalam tahun 1, pada tahun 1983, saya sudah menyertai Pengakap secara rasmi pengakap kanak-kanak. Sebelum itupun, ketika berada di sekolah tadika, saya sudah dipakaikan uniform pengakap. Boleh dikatakan sejak zaman kanak-kanak, remaja hingga kini, saya membesar bersama pengakap dan gerakan belia. Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan.

UB: Di mana saudara bertugas sekarang?

NOURMAN: Saya bertugas sepenuh masa sebagai seorang pengakap profesional. Sekarang saya adalah Setiausaha Eksekutif Majlis Pengakap Negeri Sabah sejak 2007.

UB: Tentu banyak pengalaman? Boleh ceritakan?

NOURMAN: Sejak dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif pada tahun 2007, saya sudah menjalankan lebih 700 kali tugas kesetiausahaan dalam menjalankan program-program pengakap di negeri dan juga peringkat kebangsaan. Pergerakan pengakap mempunyai kira-kira seramai 70,000 keahlian. Saya bertuah kerana dilantik sebagai Pengakap Profesional, satu-satunya pengakap profesional dari Sabah. Di Malaysia, jika tidak silap saya hanya terdapat tujuh orang pengakap profesioanl. Saya adalah penerima ke-473Certified Professional Scout Executive dari kawasan Asia Pasifik sejak tahun 1960.

UB: Sekarang saudara terpilih sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) bagi tempoh 2014 hingga 2016. Boleh beritahu sedikit mengenai MBS?

NOURMAN: Majlis Belia Sabah (MBS) dianggotai sebanyak 13 badan gabungan.Jika dikumpulkan ia merangkumi kira-kira 400,000 belia di Sabah. Jumlah belia di Sabah adalah kira-kira 1.2 juta orang.Apa yang menjadi keprihatinan kami ialah 800,000 belia di negeri ini yang masih belum dapat dijangkau dan tidak menyertai persatuan-persatuan belia.

UB: Apakah objektif atau Falsafah Penubuhan Majlis Belia Sabah (MBS)

NOURMAN: Objektif/Falsafah Penubuhan Majlis Belia Sabah, antaranya ialah Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi di dalam

pergerakan belia, Menyemarakkan potensi diri dan jasmani, melalui pendidikan belia di dalam negeri ke arah mencapai kebahagiaan diri melalui kegiatan berpersatuan.

Selain itu, Meningkatkan semangat kesetiaan kepada Negara dalam kalangan belia dengan menyebarkan prinsip-prinsip Rukun Negara,Mewujudkan dan menggalakkan minat menyertai persatuan belia,Mewujudkan kerjasama dan persefahaman dikalangan belia melalui aktiviti bersama.,Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik dan kegiatan persatuan belia dengan cara berunding, membantu menubuhkan persatuan-persatuan atau pertubuhan belia baru untuk kemajuan belia,Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan lain mengenai perkara-perkara kebajikan belia, sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran dan kemanusiaan.

UB: Bagaimana peranan MBS sebagai Pusat Informasi dan Interaksi Belia?

NOURMAN: Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang digelar Majlis Belia Sabah dengan singkatan (MBS) dan kini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),

MBS berperanan penting kepada semua belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun di mana MBS adalah payung dan badan yang memperjuangkan nasib belia dalam negeri Sabah.



MBS berfungsi dalam gerak kerja belia terutamanya dalam membantu belia menubuhkan persatuan,memberi nasihat dan panduan dalam penubuhan persatuan serta sebagai perunding dalam kebajikan & kemajuan belia.MBS juga berperanan penting sebagai penyalur maklumat dan bekerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Swasta dalam dan luar negeri.



MBS juga membantu belia dalam proses peluang kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, peluang belia dalam memperolehi kemahiran dan juga dalam aktiviti kesukanan dan riadah.



UB: Apa hala tuju MBS dalam membentuk belia Sabah yang berwibawa?

NOURMAN: Fokus paling utama adalah untuk sesi ini ialah menguatkan sistem pentadbiran dan pengurusan MBS. Memahami kehendak Perlembagaan Majlis dan serta merencanakan agenda bertindak selaras dengan perlembagaan MBS

Kita juga merancang untuk menubuhkan Majlis Belia Daerah di setiap daerah di Sabah. Ini bertujuan untuk memberi peluang yang lebih adil kepada belia di peringkat daerah untuk bersama dalam kepimpinan belia.



Selain itu, MBS juga akan meneruskan usaha-usaha untuk menjaga kebajikan golongan belia di negeri ini dan juga yang berada di luar negeri Sabah (Semenanjung, Singapura dan Brunei). Di samping itu, MBS juga akan mendaftarkan golongan belia ini menjadi pengundi berdaftar yang dapat bersama-sama untuk mencorak kepimpinan di negeri dan Negara ini. Selain daripada itu, MBS juga akan meneruskan usaha untuk menggerakkan Jawatankuasa jawatankuasa Tetap selaras dengan Perlembagaan MBS.



Kita juga merancang agat MBS juga akan menjadi pusat rujukan kepada golongan belia dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian melalui Pusat Info Belia dan Pusat Interaksi Belia.



UB: Apa kendala utama yang dihadapi dalam melahirkan belia berwibawa?

NOURMAN: Halangan utama yang kita hadapi adalah kekurangan dana dalam menjalankan program. Bagaimanapun, kita amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman atas keprihatinan yang tinggi terhadap belia.Saban tahun peruntukan terhadap pembangunan belia sentiasa meningkat . Kita berharap lebih banyak peruntukan disalurkan untuk pelaksanaan program belia selain untuk pembangunan sukan dan prasarana. Kalau boleh lebih banyak peruntukan disalurkan untuk program.



UB: Boleh jelaskan sedikit?



Semasa Ahli Jawatankuasa Kerja MBS kini mengambil alih teraju kepimpinan pada tahun 2010, MBS masih merupakan satu badan gabungan belia yang masih dikira kerdil, dengan pejabat yang ditumpang dan seharian bergelumang dengan isu ketidak cukupan dana. Tidak siapa mengambil endah dan masyarakat juga tidak begitu menyedari kewujudannya. Malah Ahli Jawatankuasa Kerjanya juga berkhidmat mengikut kesenggangan masa sesuai layaknya sebuah pertubuhan sukarela seperti lainnya. Disebalik segala tohmahan dan tanggapan negatif, MBS sedikit demi sedikit berusaha mendapatkan keyakinan pihak kerajaan dan masyarakat tentang peranan dan fungsinya dalam menjadi pelantar agenda pembangunan belia utama di negeri ini. Kita bersama berusaha menanam keyakinan masyarakat terhadap kebolehan kita, membina kehormatan diri (self respect) sebagai manusia seperti orang lain dan membina kepercayaan kepada diri sendiri (self confidence) akan kemampuan kita.



.

Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun ini, kita telah dikejutkan dengan beberapa insiden bunuh diri yang kesemuanya melibatkan golongan belia. Insiden-insiden ini seolah menempelak kita semua selaku pimpinan pertubuhan belia kerana di dalam beberapa kes ini, media juga telah memuatkan mesej peribadi individu terlibat dan sebab berlakunya insiden tersebut yang memberi cerminan bahawa belia di Sabah sanggup bertindak nekad mengambil nyawa sendiri hanya kerana masalah cinta, emosi dan keinginan yang tidak tercapai. Seharusnya kita selaku pimpinan belia berfikir sejenak adakah kurangnya integriti dan jatidiri di kalangan belia di negeri ini dan apakah peranan kita dalam perkara ini?

MBS dan pimpinan belia di negeri ini perlu diberi lebih kepercayaan dan tanggungjawab oleh pihak kerajaan dengan lebih banyak pengiktirafan dan hakupaya bagi membolehkan kita menyumbang dengan lebih mantap lagi dalam mengelakkan masalah sebegini daripada berulang.

 

Generasi muda dan kepimpinan belia tidak terlepas daripada memikul amanah menjadi penyelesai masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita. Anak muda yang mampu memberi sumbangan walaupun sedikit akan sentiasa dilihat sebagai asset. Manakala anak muda yang hanya meminta-minta dan berkeluh kesah tanpa sebarang usaha pasti akan dianggap liabiliti yang merugikan.



UB: Boleh komen sedikit mengenai pelantikan 11 Ahli Parlimen Belia Malaysia dari Sabah?

NOURMAN: Perlantikan 11 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia di bawah program Kementerian Belia dan Sukan Malaysia merupakan cerminan positif latihan kepimpinan peringkat tertinggi yang bakal diterima oleh golongan belia di Sabah. Syabas dan tahniah kepada semua Ahli Parlimen Belia Sabah yang telah terpilih. Diharap Ahli Parlimen Belia ini dapat membawa suara majoriti belia yang mereka wakili ke peringkat kebangsaan. Adalah juga diharapkan dengan pendedahan ini, golongan belia dapat memahami bahawa kerajaan memandang serius keperluan mempersiapkan golongan belia untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara pada masa akan datang. Semoga Ahli Parlimen Belia Malaysia akan dapat bergerak seiring dengan MBS dalam memperjuangkan agenda belia Sabah.

.

UB: Apa matlamat peribadi saudara sebagai Presiden MBS bagi tempoh 2014-2016?

NOURMAN: Antara matlamat saya ialah Pengembangan skop Jentera Pentadbiran MBS;Utilisasi 10 Jawatankuasa Tetap MBS dan memberi Penekanan kepada 'signature programmes' MBS dan Badan Gabungannya.

Saya juga berhasrat Meng'arus perdana'kan lebih ramai golongan belia di peringkat daerah melalui Penubuhan Majlis Belia Daerah di seluruh negeri Sabah. dan mengadakan Program signature MBS di peringkat Bahagian/Daerah.(Program Belia Sayang Kampung, Kursus Pimpinan Muda dan Pro8) Ini ditambah lagi dengan pengukuhan Majlis Peundingan Belia Negeri Sabah melalui penglibatan lebih ramai belia di peringkat akar umbi dengan lebih sistematik dan telus. Adalah diharapkan, dengan penubuhan Majlis Belia Daerah kelak, lebih banyak hasrat dan aspirasi belia dapat disalurkan ke pengetahuan kerajaan melalui pelantar yang tepat

Bagi Memupuk budaya kecemerlangan melalui pengiktirafan kepada lebih ramai golongan belia, kami juga akan memperluaskan skop Anugerah Majlis Belia Sabah

dan Mewujudkan sebuah galeri ataupun dokumentasi khas pencapaian belia Sabah.

Selain itu, MBS juga mahu menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang perniagaaan dan keusahawanan. Kita akan mewujudkan Kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti KPDNKK dan SKM melalui penggalakkan belia menceburi bidang koperasi dan Menjadi pusat info kepada peluang-peluang mendapatkan dana bagi usahawan belia



 

RAKAM SJIM PERNAH WAKILI SABAH DALAM SUKAN TENIS

Tags


RAKAM  SJIM PERNAH WAKILI SABAH DALAM SUKAN TENIS

WALAUPUN lebih dikenali sebagai ahli politik, pernah menyandang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 2000 hingga 2013, tetapi beliau juga adalah seorang ahli sukan tenis yang disegani dan pernah mengharumkan nama Sabah. Pernah mewakili Negeri dalam sukan Tenis 1988 hingga 1989. Beliau juga mewakili Kota Kinabalu dari tahun 1987 hingga 1991 ke Kejohanan Tenis Antara Gabungan SLTA. Selain itu, beliau pernah menjadi Penolong Pengurus Pasukan Sabah dalam Kejohanan Remaja Antarabangsa Brunei pada 1987, dan Pengurus Pasukan Sabah ke Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Filipina pada 1986.

 

Rakam Sijim dilahirkan pada 25 Februari 1954 di Kampung Berungis Tuaran. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan (S.R.K.) Mengkabong Tuaran dari tahun 1961 hingga 1965. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kerajaan Tamparuli dari tahun 1966 hingga 1971. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang pada 1972 hingga 1975 hingga lulus Diploma Pertanian. Sekembalinya ke Sabah, beliau bekerja sebagai Pegawai Padi Kanan Lembaga Padi Sabah dari tahun 10 April 1976 hingga 15 Mei 1982. Ketika bertugas di LPS, beliau juga berpeluang melanjutkan pelajaran di UPM pada tahun 1979 hingga memperolehi Bacelor Sains Perniagaan Tani. Kemudian Rakam berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Sabah pada 22 Jun 1982 hingga 20 November 1993.Selepas itu, Rakam bertugas sebagai Pengurus Besar Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah dari 1 Disember 1993 hingga meletakkan jawatan pada 30 November 1993 untuk menceburi bidang politik. Beliau juga pernah menyandang jawatan Pegawai Khas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dari 16 Julai 2008 hingga 31 Disember 2013. Beliau juga memiliki Diploma Lanjutan Busines Management in Agriculture and Food Industry, Royal Agriculturul College , United Kingdon. Selain itu, beliau lulus Sarjana Pentadbiran perniagaan dariOpen University Malaysia.

Rakam berkecimpung dalam bidang politik dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1999, dan dipilih sebagai calon PBS DUN Sulaman dalam PRU pada 1999.Kemudian beliau dilantik sebagai Penyelaras PBS DUN N13 Likas dan Pilihanraya ParlimenP150 Gaya pada tahun 2002. Beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya BN Tuaran dalam PRU ke11 (2004), AJK Jentera Pilihanraya BN Tuaran dalam PRU ke12 (2008) dan sekali lagi terpilih sebagai AJK Jenteea Pilihanraya BN Tuaran pada pilihanraya umum ke-13 (2013).

Beliau pernah menjawat jawatan Naib Presiden PBS dari tahun 2000 hingga 2013, AJK Penyelaras BN Tuaran dari tahun 2002 hingga kini, Ahli Majlis Tertinggi PBS dari tahun 2013 hingga kini dan Ketua Bahagian PBS Sulaman dari tahun 2013 hingga kini,. Rakam juga pernah menjadi Ahli Majlis Daerah Tuaran dari tahun 2006 hingga 2009 dan Ahli Naziran Peringkat Negeri Sabah, Majlis Latihan Khidmat Negara dari 2005 hingga 2008.

Bagi memperingati jasa-jasanya, beliau dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK) sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 1996, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada tahun 2002 dan Johan Setia Mahkota (JSM) sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong pada 2010.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN menemui beliau pada satu pagi yang cerah di pejabatnya di ibu negeri untuk berkongsi sedikit pengalaman beliau bersama pembaca Utusan Borneo.Ikuti petikan temubual bersama beliau:

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan?

RAKAM SIJIM: Saya dilahirkan di Kampung Berungis Tuaran pada 25 Februari 1954. Namun saya dibesarkan di Kampung Raganan, Tuaran. Saya anak kedua daripada enam adik beradik. Ayah Saya Sijim bin Dapil bekerja sebagai Pemandu PWD di zaman British manakala ibu saya, Tijah binti Bakar, seorang suri rumah.

UB: Dulu sekolah dimana?

RAKAM: Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Mengkabong Tuaran dari tahun 1960 hingga 1965. Masa itu masih bangunan kayu. Kami berjalan kaki sejauh 2 km setiap hari. Masa itu, jalan raya masih gravel, batu kelikir. Naib baik tidak banyak kereta, sebab setiap kali kereta melintas, selalu menerbangkan debu. Tapi oleh kerana kami berjalan kaki beramai-ramai, kami rasa seronok. Murid murid yang terdiri berbilang kaum, dari suku Bajau dan Dusun berjalan kaki ke sekolah kerana itulah sekolah yang terdekat dengan mereka.

UB: Berapa bekal ke sekolah pada masa itu?

RAKAM: Masa itu bekal ke sekolah hanya dua puluh sen saja.

UB: Apa yang dapat dibeli dengan duit dua puluh sen pada masa itu?

RAKAM: Dua puluh sen masa itu nilainya besar. Kuih pau atau kuih lain harganya lima sen sebiji.

UB: Lepas itu, sekolah di mana?

RAKAM: Tahun 1966, saya menduduki Bridge Class (kelas peralihan) di SMK Tamparuli. Dari rumah saya berjalan kaki ke Simpang Mengkabong kira-kira 20 minit. Sampai di tepi jalan , kami menunggu bas TUT (Tuaran United Transport) ke SMK Tamparuli dengan tambang 30 sen. Saya bersekolah di SMK Tamparuli dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

UB: Siapa rakan sekelas tuan pada masa itu?

RAKAM: Antara rakan sekelas saya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima ialah Datuk Louis Rampas,(mantan ADUN Kiulu) Datuk Wilfred Mojilip Bumburing,(mantan Timbalan Ketua Menteri dan kini ADUN Tamparuli) Dandi Jamal (Pegawai Polis)Selepas tingkatan lima, jika tidak silap saya, Datuk Wilfred melanjutkan pelajaran dalam tingkatan enam di SM All Saints. Saya pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pertanian di UPM Serdang..

UB: Mungkin ada guru yang masih diingati?

RAKAM: Antara guru yang paling baik dengan saya ialah Mr Leong Kam Ming, guru matematik sewaktu Form One.

UB: Bagaimana perasaan tuan dapat sekolah di Semenanjung pada masa itu?

RAKAM: Saya agak teruja kerana tidak pernah lagi ke semenanjung masa itu. Ayah saya yang bekerja sebagai pemandu sejak zaman British selalu memberi galakan untuk belajar terutama sekali kerana beliau pernah merasai pahit getir bekerja di bawah perintah orang putih sejak tahun 50-an lagi. Oleh sebab itu, beliau mahu memastikan anak-anaknya belajar ke menara gading. Walaupun saya tiada pelajaran, katanya, tetapi beliau mahukan anak-anaknya memberi penekanan atau keutamaan terhadap pelajaran. Kita mesti sanggup bersaing untuk meningkatkan taraf hidup. Ayah saya selalu menekankan agar kami memberi tumpuan terhadap pelajaran. Ibu saya pula seorang petani, bertanam padi. Kalau boleh beliau tidak mahu berpisah atau berjauhan dengan anaknya tetapi dia tidak pula menghalang saya untuk bersekolah di semenanjung atau Malaya pada masa itu.

Dulu kalau sekolah di semenanjung, satu tahun hanya sekali dapat pulang, Tidak seperti sekarang. Masa itu, ada juga biasiswa yang diberikan Kerajaan Negeri tetapu tidaklah besar sangat, Kadang-kadang ayah saya mengirimkan wang berdafar atau wang pos $30 ringgit untuk perbelanjaan harian kerana kadang-kadang biasiswa lambat dikeluarkan.

UB: Siapa rakan seuniversiti dari Sabah yang tua masih ingat?

RAKAM: Antara rakan seangkatan saya ialah Jumat Bidon, Teddy Chew, Salim Mohammad, Datuk Ahmad Bujang, sekarang ADUN Sindumin Juib Ajim, Datuk Ronald Kiandee (Timbalan Speaker Dewan Rakyat), Datuk Rayner Stuel Galid pula junior saya sewaktu di UPM.

UB: Selepas tamat sekolah di UPM, tuan bertugas di mana?

RAKAM: Saya bertugas di Lembaga Padi Sabah sebagai Pegawai Padi Kanan dari tahun 1976 hingga 1982. Saya pernah bertugas di Sipitang sebagai Pengurus Projek Penanam Padi Tunggul Tinggi, dari tahun 1976 hingga 1977.Selepas itu, saya berpindah ke Papar hingga tahun 1979. Sejak 1979 hingga 1982, saya melanjutkan pelajaran di UPM di peringkat Bacelor Sains Perniagaan Tani.

.elepas lulus, saya kembali bertugas di LPS. Namun apabila ia ditutup, saya bekerja sebagai Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Sabah dari 22 Jun 1982 hingga 30 November 1993. Sewaktu bertugas di Jabatan Pertanian Sabah, saya terlibat dalam penubuhan Persatuan Peladang Kawasan.

UB: Apa cabaran bekerja dalam bidang pertanian pada masa itu?

RAKAM: Waktu itu, Sabah masih mula membangun. Banyak projek pertanian yang dijalankan. Skim penanaman padi diwujudkan di Pitas, Sipitang, Nabawan. Cabarannya memang banyak. Antaranya untuk menarik seberapa ramai petani untuk menjadi peserta Pertubuhan Peladang kawasan. Meyakinkan mereka mengenai pengurusan ladang yang baik, sistem penanaman yang baik dan sebagainya.

UB: Masa itu PPK di bawah kerajaan negeri?

RAKAM: Pada awalnya, PPK di bawah kerajaan negeri.. Apabila Datuk Sanusi Junid (kini Tan Sri) menjadi Menteri Pertanian pada masa itu, beliau mengambil inisiatif menubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan semua persatuan peladang diletakkan di bawah LPP.

UB: Oh begitu. Lepas tu tuan kerja dengan LPP?

RAKAM: Saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Ekonomi, Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah. Nama jawatannya Pengurus Besar LPP dari 1 Disember 1993 hingga meletakkan jawatan pada 28 Februari 1999.

UB: Mengapa tuan meletakkan jawatan?

RAKAM: Saya mengambil keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Masa itu,saya terpilih untuk bertanding di DUN Sulaman pada tahun 1999 di bawah tiket PBS. PBS masa itu masih dalam pembangkang. Tetapi waktu itu saya tidak bernasib baik dalam pilihanraya itu.

UB: Sejak bila tuan minat dalam politik?

RAKAM: Apabila PBS ditubuhkan pada 1985, saya memang tertarik dengan landasan perjuangannya yang berbilang kaum dan membela rakyat Sabah. Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan paradigma masyarakat masa itu tetapi saya memilih berjuang dalam PBS di bawah kepimpinan Tan Sri Pairin. Masa itu, masyarakat islam

 

 

 

 

 

MARMOH, PERSONALITI YANG GIGIH BERUSAHA

Tags


MARMOH, PERSONALITI YANG GIGIH BERUSAHA



WALAUPUN sibuk dengan tugas hakikinya sebagai pengetua sekolah, Cikgu Marmoh Kasman masih mampu menghasilkan karya kreatif iaitu puisi dan cerpen. Beliau adalah seorang pengetua sekolah di Malaysia yang juga dikenali sebagai seorang penulis. Baru-baru ini, buku Kumpulan Puisi Jernih Diri terbitan ITBM terpilih sebagai salah satu buku yang terlaris di Malaysia.Perjalanan hidupnya penuh warna. Walaupun terpaksa berhenti sekolah setakat tingkatan empat tetapi Marmoh masih mampu memasuki universiti Malaya setelah berjaya lulus STP sebagai calon persendirian.


MARMOH KASMAN dilahirkan di Kudat, Sabah pada 31 Disember 1959. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1986 dalam Jurusan Pengajian Islam dan Sejarah. Beliau juga memperoleh Diploma Pendidikan dari universiti yang sama dan dalam jurusan yang sama pada tahun 1987. Beliau berkhidmat sebagai guru siswazah sejak tahun 1987. Kini, beliau bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu II, Sabah.

Beliau melibatkan diri dalam arena penulisan puisi dan cerpen sejak tahun 1993. Karya-karyanya diterbitkan di pelbagai media massa di Malaysia seperti Wadah, Jendela Sabah, Borneo Mail, The Borneo Post, Utusan Borneo, New Sabah Times, Daily Express dan Berita Minggu. Cerpennya yang berjudul "Doa" telah tersiar di majalah Bahana (Brunei Darussalam) keluaran Disember 1995.

Karya-karya puisinya termuat dalam antologi puisi "Qiam" (Kota Kinabalu : Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) & Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), 1995), "Tasbih Rindu" (Kota Kinabalu : DBPCS, 1998), "Peta Seniman" (Kota Kinabalu : DBPCS, 1998), "Cahaya" (Kota Kinabalu : DBPCS & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), 2000), "Lautan Asyik" (Kota Kinabalu : Badan Bahasa Sabah, 2000) "Tasbih Hayat" (Kota Kinabalu : DBPCS & JHEAINS, 2001), "Iktikaf" (Kota Kinabalu : Jawatankuasa Kecil Mahrajan Sastera Islam Sabah XVII, 2003), "Nyanyian Iman" (Kota Kinabalu : DBPCS, 2004), "Hadrah Cinta" (Kota Kinabalu : DBPCS, 2005), dan dalam kumpulan puisi perseorangan "Jernih Diri" (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2015) .

Karya-karya cerpennya termuat dalam antologi cerpen "Sangkar Demokrasi" (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 2001), "Aki Sompoton 3" (Kota Kinabalu : DBPCS, 2008), "Nembilu" (Kota Kinabalu : DBPCS, 2008) dan dalam kumpulan cerpen perseorangan "Lingkaran Takdir" (Kota Kinabalu : DBPCS, 2012).

Beliau pernah menerima beberapa anugerah, iaitu,

Pemenang Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam Peringkat Negeri Sabah anjuran MUIS / JHEAINS / DBPCS pada tahun-tahun 1994, 1998, 2000, 2001, 2003, 2004 dan 2008; Pemenang Peraduan Menulis Puisi Ramadan Peringkat Negeri Sabah Tahun 1998 anjuran Ikatan Penulis Sabah; Pemenang Hadiah Sastera Sabah bagi tahun 1996/1997 dalam kategori cerpen menerusi cerpen "Kehilangan"; Pemenang Saguhati Sayembara Menulis Puisi Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2007 anjuran DBPCS" ; Pemenang Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2007 anjuran DBPCS menerusi cerpen berjudul "Tanah Pusaka" ; dan Pemenang Saguhati Peraduan Menulis Puisi Islam Sempena Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011 anjuran JHEAINS.

Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam persatuan. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Cawangan Kota Marudu bagi penggal 2010/12, 2012/14 dan 2014/16. Pada masa yang sama, beliau secara otomatis memegang jawatan Exco PPSMS peringkat negeri. Di samping menjalankan aktiviti-aktiviti PPSMS, setiap tahun beliau menghadiri persidangan pendidikan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN sempat bersembang-sembang dengan beliau padasatu pagi yang cerah di salah sebuah restoran terkemuka di ibu negeri. Ikuti petikan temubual besama beliau mengenai sedikit pengalaman hidupnya.

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latarbelakang cikgu?

MARMOH: Saya lair di Kudat pada 31 Disember 1959.Saya anak ke empat dari enam adik beradik.

UB: Dimana tuan menduduki sekolah rendah?

MARMOH: Saya mula bersekolah rendah di SRK Bandau, sekarang namanya SRK Pekan Kota Marudu. Tempat kami tinggal itu di Kampung Marudu Laut. SRK Bandau terletak di seberang sungai. Saya jalan kaki ke sekolah setiap hari. Kira-kira sepuluh minit.

UB: Tamat darjah enam, dimana tuan bersekolah menengah?
MARMOH: Saya bersekolah di SMK Bandau dari tahun 1966 hingga 1971. Waktu itu

SMK Bandau masih dikenali sebagai GJSS Bandau sebelum Cikgu Sabli Mohiddin mencadangkan agar nama sekolah itu diubah..Masa itu saya berekolah BridgeClass atau kelas peralihan. Pelajar-pelajar sekolah Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah terpaksa ikut bridge class. Selepas itu saya belajar aliran Inggeris sampai tingkatan tiga.

UB: Masih ingat rakan sekelas?

MARMOH: Antaranya Cikgu Geoffery. Sekarang sudah di KL

UB: Selepas itu, tuan sekolah dimana?

MARMOH: Saya bersekolah di Maktab Sabah. Bagaimanapun saya terpaksa berhenti setakat tingkatan empat kerana keadaan tidak mengizinkan. Keluarga saya susah. Saya terpaksa balik kampung.kerana tiada lagi tempatboleh menumpang.Kerja tidak tentu tetapi hasrat belajar tidak pernah pada. Saya mengambil SPM beberapa kali sebelum lulus, begitu juga dengan peperiksaan STPM. Saya ambil secara persendirian.

UB: Mengapa tuan berhenti sedang keputusan peperiksaan LCE tuan amat balik sekali?

MARMOH: Sebenarnya ada kaitannya dengan politik.sewaktu bersekolah di Maktab Sabah, saya menumpang di rumah Datuk Haji Idris Matakim, yang berjawatan menteri pada masa itu dan wakil rakyat di Kota Marudu. Jadi apabila pilihanraya diadakan dan USNO kalah, dan kerajaan baru memerintah, beliau terpaksa pindah. Saya pula terpaksa balik kampung kerana tidak berjaya menyewa rumah pada masa itu. Kisah bagaimana saya tinggal di rumah Datuk Haji Idris Matakim itu juga tidak kalah menariknya. Sewaktu peperiksaan LCE dan saya mendapat keputusan terbaik, cikgu Sabli bawa saya jumpa Datuk Haji Idris Matakim. Beliau mempelawa saya menumpang di rumahnya. Sebenarnya saya segan tapi terpaksa kerana saya tidak ada pilhan..

UB: Apa kerja yang tuan buat ketika berhenti sekolah?

MARMOH: Saya buat kerja-kerja kampung. Sambil itu , saya belajar kerana mahu menduduki SPM sebagai calon persendirian.Akhirnya saya lulus SPM secara persendirian. Lepas itu, saya mengambil peperiksaan STPM juga lulus sebagai calon persendirian, dengan keputusan yang baik dan melayakkan saya ke universiti Malaya. Bila masuk universiti Malaya , mereka tidak percaya saya boleh masuk universiti Malaya tanpa sekolah biasa. Tidak mungkin kata mereka apatah lagi kerana peperiksaan STPM memang sukar.

Sebelum itu, saya menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan Pengajian Islam.

UB: Masih ingat nama-nama pensyarah yang pernah mengajar tuan?

MARMOH: Saya terhutang budi kepada pensyarah saya antaranya Prof Tan Sri Ismail Hussein, Prof Khoo Kay Kim, Prof Mohamamad Abu Bakar, Prof YusoofHashim, Prof Abdullah Zakaria, ini antara mahaguru yang pernah mengajarsaya.

UB; Tahun berapa masuk universiti?

MARMOH: Sayamasuk universitiMalaya pada tahun 1983. Saya terpilih setelah mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan STP.Saya menduduki STP sebagai calon persendirian.

UB: Setahu saya masa itu tidak mudah masuk universiti Malaya tanpa keputusan yang baik.

MARMOH: Mulanya ramai juga yang tidak percaya saya dapat masuk universiti Malaya . Apatah lagi saya masuk selepas lulus STPM sebagai calon persendirian.

UB: Siapa antara pelajar dari Sabah yang pernah menuntut di Universiti Malaya pada masa itu?

MARMOH:: Antara yang pernah menuntut di Universiti Malaya pada masa itu ialah Puan Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Yusop Sarangit, Abdul Samat Jumat, Roslina Suhailin, Puan Junaidah Yusop Koh. Itu antaranya.

UB: Ada biasiswa masa tu

MARMOH: Kebetulan saya mendapat biasiswa kerajaan negeri. Kami dapat biasiswa kira-kira RM3,000 satu tahun. Tapi makanan pada masa itu bukanlah mahal sangat.Walau bagaimanapun kami terpaksa berjimat.Kami terpaksa berbelanja dari duit biasiswa RM3,000 ringgit satu tahun itu.. Di situlah diambil semuanya. Kami tinggal di asrama. Jadi bayaran asrama terus dipotong dari biasiswa itu.Tahun pertama dan ketiga di universiti saya tinggal di asrama

UB: Apa makanan yang paling murah?

MARMOH: Makanan yang paling murahpada masa itu ialah nasi dengan kerang.Jika tidak silap harganya RM1.20. Hari hari itulah yang saya makan kerana itulah yang paling murah waktu itu.

Airnya air sirap. Itulah yang paling murah. 30 sen. Tapi boleh juga minum air kosong dari water cooker yang disediiakan di universiti. Nasi kerang dan air sirap hanya RM1.50.

UB: Setamat universiti, di mana tuan bertugas? Tahun berapa?

MARMOH: Saya mula bertugas sebagai guru dan penolong kanan di SMK Kota Marudu dari hingga 2000.Kemudian saya bertugas di SMK Bengkongan dari tahun 2000 hingga 2008 sebagai pengetua. .

 

UB: Sejak bila pula tuan bertugas sebagai pengetua di SMK Kota Marudu II?

MARMOH: Saya bertugas sebagai pengetua di SMK Kota Marudu II sejak hujung 2008 sampai sekarang.

UB: Sejak bila pula tuan berkecimpung dalam bidang penulisan?

MARMOH: Sya menceburkan diri dalam bidang penulisan iaitu sejak 1993. Saya sudah mengajar di SMK kota Marudu. Waktu itu mendiang Daniel Jebon Janaun bertugas di sekolah yang sama.Masa itu, beliausudah terkenal. Dia menjemut DBP Sabah untuk mengadakan bengkel di SMK Kota Marudu. Jika tidak silap saya salah seorang pembingnya Sitti Hadiah.Pesertanya pelajar dan juga guru. Itulah pertama kali saya ikut bengkel. Lepas itu mulalah saya menghantar karya ke Borneo Mail. Apabila karya saya tersiar, saya rasa gembira dan teruja. Itulah mulanya cerita saya menulis.

 

UB:: Apa pesan orang tua yang selalu jadi pedoman?

MARMOH: Katanya kalaumahu belajar, belajar betul-betul. Jangan tidak tentu-tentu. Itu bahasa orang tua.

UB: Apa hobi jika ada masa lapang

MARMOH: Hobi saya jika ada masa lapang ialah menanam nenas, durian dan membantu isteri mengurus bunga.



 

 

AKHMAD DH IRFAN, SELALU MENCARI PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN

Tags


AKHMAD DH IRFAN, SELALU MENCARI PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN

KALAU tidak jadi tukang masak, saya mahu jadi tukang jahit. Kalau tidak jadi tukang jahit, saya mahu jadi tukang foto, kata Bapak Akhmad DH Irfan mengenai cita-cita masa kecilnya.

"Saya mahu jadi tukang masak kerana saya suka makanan yang enak," katanya. "Saya mahu jadi tukang jahit kerana saya suka berpakaian rapi. Saya mahu jadi tukang foto kerana saya suka melihat pemandangan alam yang indah," katanya lagi. Tetapi tidak satupun daripada tiga cita-cita masa kanak-kanaknya itu yang ditekuninya secara serius. Di kemudian hari, beliau masih suka memasak, suka menjahit dan suka bidang fotografi di celah-celah kesibukannya sebagai seorang diplomat. Sejak Januari 2015, Akhmad DH Irfan dilantik sebagai Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu.

Akhmad DH Irfan atau nama penuhnya Akhmad Daya Handasah Irfan dilahirkan di Jakarta pada 2 Disember 1959.Beliau tumbuh sebagai warga Jakarta yang akrab dengan budaya Betawi, walaupun ayah dan ibunya adalah seorang pendidik yang berasal dari Jawa Barat. Beliau mendapat pendidikan rendah di SD Cenderawasih sebelum melanjutkan sekolah di Sekolah Menengah Negeri Bulungan. Selepas iitu, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Hukum Jakarta manakala pada sebelah petangnya mengikuti kuliah di Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Sebaik tamat kuliah, beliau sempat bekerja sebagai Pegawai Penjara sebelum berpindah ke Kementerian Luar Negeri. Sepanjang kerjayanya sebagai diplomat,beliau pernah ditugaskan di Sepanyol, Korea Selatan, Negara Brunei Darussalam dan Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Kota Kinabalu sebagai Ketua Perwakilan Republik Indonesia di KJRI Kota Kinabalu.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang mewawancara Bapak Akhmad DH Irfan pada satu pagi yang tenang di pejabatnya di Karamunsing. Ikuti petikan temubual bersama tokoh yang rendah hati dan suka berjenaka ini.

UTUSAN BORNEO: Terima kasih kerana sudi diwawancara untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo.Kami juga mengucapkan selamat bertugas. Mungkin ramai yang ingin tahun mengenai latar belakang bapak. Boleh ceritakan sedikit?

AKHMAD DH IRFAN: Saya dilahirkan di Jakarta Selatan kira-kira 55 tahun yang lalu. Pada masa itu, kampung saya masih daerah pinggiran. Banyak hutan kecil. Jalan masih berdebu ketika kemarau atau berlumpur ketika hujan.Belum ada banyak kawasan perumahan sampai tahun 1975, seingat saya, baru dibina kawasan Pondok Indah dan Gandaria. Dulu kawasan itu masih hutan.

UB: Sekolah dimana?

AKHMAD: Saya bersekolah di SD Cenderawash sebelum melanjutkan di Sekolah Menengah Negeri Bulungan, Jakarta. Dari rumah berjalan kaki. Kami perlu menempuhi jalan raya berdebu atau berlumpur kira-kira 150 meter jauhnya.

Kalau pergi ke sekolah, dari rumah kami pakai sandal. Kalau hujan, kami bawa sesuatu dalam plastik untuk dipakai di jalan aspal. Kami terpaksa menempuhi jalan raya yang becak ketika hujan. Tapi kami rasa gembira. Malah sehabis waktu sekolah, kami bermain bola di jalan raya yang dijadikan padang bola.

UB: Selalu main bola? apa posisi?

AKHMAD: Saya selalu main sebagai defender.

UB: Selepas Sekolah Negeri Bulungan, , saya melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Sekolah Tinggi Hukum Jakarta. Saya sekolah di dua tempat. Pagi saya sekolah di Akademi Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Kepenjaraan-ilmu mengenai hal ehwal penjara, pada sebelah petangnya saya bersekolah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Muhamadiyah, Jakarta.

UB: Tahun berapa selesai kuliah? Kerja dimana selepas itu?

AKHMAD: Tahun 1981. Selepas itu, saya lima tahun dipenjara. Ada orang bertanya, apa pasal saya lima tahun dipenjara? Sebenarnya saya bertugas di Penjara.Tugas saya di Penjara kerana menjadi Pegawai Penjara.

UB: Selepas dari penjara, dimana bapak bertugas?

AKHMAD: Saya berpindah ke Kementerian Luar Negeri pada tahun 1988. Pada 1991, saya mengikuti kursus untuk diplomat asing di Kampus Intan Kuala Lumpur. Selepas itu, saa balik bertugas di Departemen Luar Negeri (DEPLU) dari tahun 1991 hingga 1993. Selepas itu, saya ditugaskan di Sepanyol.Ketika bertugas di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Sepanyol dari tahun 1993 hingga 1997, saya sempat bersekolah di Sekolah Keprotokolan, diplomatik dan bahasa Sepanyol.

UB: Lama di Sepanyol? Di sana kan banyak kelab bola sepak? Apa pasukan favourit?

AKHMAD Pasukan favouritsaya ialah Atletico Madrid. Tapi saya terpaksa menyokong Espanyol yang dimiliki oleh Konsul Kehormat Indonesia di Barcelona. Jika Espanyol bertanding, beliau menyediakan tiket percuma untuk kami menonton bola. Saya berada di Sepanyol kira-kira empat tahun.

UB: Selepas itu, dimana bapak bertugas?

AKHMAD: Pada tahun 1998, saya ditugaskan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Kemudian Pada tahun 2003, saya dilantik sebagai Minister Counselor di Kedutaan Besar Indonesia di Korea. Dalam perkhidmatan diplomatik susunannya seperti ini; selepas Atase, Setiausaha Tiga, Setiausaha Kedua dan Setiausaha Pertama. Selepas itu Konsul. Selepas jawatan konsul, minister counselor, minister. Selepas itu, saya bertugas sebagai Minister Counselor, Penerangan dan Sosial Budaya di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur. Saya juga dilantik sebagai Jurucakap KBRI Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Sabah, sebagai Konsul Jenderal.

UB: Bulan berapa mula bertugas secara rasmi sebagai Ketua Perwakilan Indonesia di Kota Kinabalu? Apa perasaan bapak?

AKHMAD: Saya mula bertugas pada Januari 2015. Saya rasa amat gembira sekali. Rakyat Sabah amat ramah. Banyak pemandangan cantik.Kalau kita berjalan, mereka tidak tanya orang apa. Tahap penerimaan mereka terhadap warga asing agak tinggi. Mereka tidak bertanya, orang apa? Asal dari mana? Walaupun pertanyaan ini lazim di tempat lain.

UB: Pernah datang Sabah sebelum ini?

AKHMAD: Saya pernah mendaki gunung Kinabalu sewaktu bertugas di Brunei. Saya selalu katakan saya bertuah kerana dapat bertugas di Sabah. Apa sebab saya dapat kembali? Kerana sebelum ini saya sudah minum air Kinabalu. Kata orang tua, kalau sudah minum airnya, pasti datang kembali.

UB Khabarnya bapak melanjutkan pengajian di UMS?

AKHMAD: Saya baru saja mendaftar sebagai calon PhD di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Asalkan ada kesempatan untuk meningkatkan kompetensi, kami diizinkan untuk belajar.

UB: Ada pengalaman yang paling unik yang boleh diceritakan kepada pembaca?

AKHMAD: Sebagai seorang Islam, saya ingin menunaikan haji di Mekah. Walaupun sudah memohon berkali kali, tetapi selalu tidak ada kesempatan kerana tugas. Bagaimanapun, dengan takdir Allah, pada tahun 2002, saya berpeluang menunaikan haji sebagai jemaah haji dari Brunei. Saya rasa itu yang paling unik.

UB: Kalau boleh tanya, apa cita-cita bapak Konjen sewaktu kecil dahulu?

AKHMAD: Cita-cita saya ingin jadi tukang masak. Kalau tidak jadi tukang masak, saya mahu jadi tukang jahit. Kalau tidak boleh jadi tukang jahit, saya mahu jadi tukang foto. Saya ingin jadi tukang masak kerana saya suka makan enak. Saya selalu tunggu ibu saya memasak untuk kami adik beradik kerana beliau pandai memasak yang enak. Saya mahu jadi tukang masak agar mampu masak seperti ibu saya.

Sebenarnya, sewaktu kecil dahulu saya ada tiga cita-cita. Kalau tidak jadi tukang masak, saya mahujadi tukang jahit.Kalau tidak boleh jadi tukang jahit saya mahu jadi tukang foto.

Saya ingin jadi penjahit kerana ketika menonton tv, saya lihat orang berpakaian rapi. Saya suka berpakaia rapi. Malah saya mahu jadi designer. Kalau ada kain, saya suka potong-potong, kemudian jahit lagi.

Saya suka jadi tukang foto kerana saya suka melihat lanskap yang indah. Kalau untuk memotret lanskap, saya selalu gunakan Nikon. Saya guna rumus 361. Guru saya Darwis, salah seorang fotografer terkenal di Indonesia, selalu menasihatkan agar jangan takut untuk mengambil banyak gambar sesuatu subjek. Pasti daripada 36 kali ketik, pasti ada satu foto yang menarik.

UB: Kenapa suka jadi tukang masak?

AKHMAD: Saya mahu jadi tukang masak kerana saya suka makanan yang enak. Saya suka sambal yang dibuat oleh ibu saya. Sambalnya enak. Saya dapat mewarisi bakatnya membuat sambal.Isteri saya bilang, sambal yang saya bikin enak.

UB: Tentu ada rahsianya?

AKHMAD: Sudah tentu. Cara membuatnya. Orang selalu menumbuk sambal sekaligus dalam satu lesung. Saya menumbuknya satu-satu supaya rasanya enak. Begitu juga kalau membancuh kopi. Bapa saya seorang penikmat kopi. Dia selalu minta saya buat kopi.Cara buat kopi yang enak ialah tuang air panas dahulu kemudian baru masukkan gula dan kopi. Itu baru enak dan kopinya wangi.bukan sebaliknya. Begitu juga cara sembelih kambing. Ada daging kambing yang berbau selepas disembelih. Ada yang pandai sembelih. Untuk menjadikan daging kambing tidak berbau, sembelih lah kambing itu sewaktu ia membuang nafasnya. Perhatikan urat nadinya. Kalau nafasnya keluar, ketika itu baru sembelih kambing.

UB: Berapa adik beradik?

AKHMAD: Kami adik beradik, enam orang. Saya anak yang kedua.

UB: Apa makanan yang yang selalu bapak tunggu?

AKHMAD: Saya selalu tunggu opor ayam, dengan sambal khas. Ibu saya terkenal kerana rasa sambalnya. Kalau di Jawa Barat, untuk cari menantu selalu ditanya rasa sambal yang dibuatnya. Enak atau tidak? Jikalau sambalnya enak, perempuan itu dikatakan pandai layan suami. Selalunya yang diuji ialah rasa sambalnya. Kalau sambalnya enak, orangnya pasti hebat dan pandai layan suami. Tapi kalau sambalnya pahit, ia susah dijadikan menantu. Dalam budaya di Jawa Barat, kalau orang tua mahu cari menantu, selalunya ditanya apakah calon menantunya itu sudah pandai bikin sambalnya yang enak.

UB: Maafkan saya pak. Saya tertarik dengan nama bapak, Akhmad Daya Handasah Irfan. Daya itu maksudnya apa pak?

AKHMAD: Daya itu ertinya tenaga atau power dalam bahasa Inggeris. Dalam filsafat orang tua, kalau mahu hidup sejahtera dunia akhirat, harus ada tujuh syarat. Pertama orang itu, punya asa atau punya harapan. Oleh sebab itu beliau menambahkan Asa dalam nama abang saya. Kedua orang itu ada Daya, ertinya orang itu harus punya daya. Beliau berikan nama saya, Daya. Ketiga, orang itu harus punyai nur atau cahaya. nama adik saya Nur. Keempat, orang itu harus ada Dana. Beliau menamakan adik saya Dana. Kelima, orang itu harus miliki Data. Dalam mencipta sesuatu kejayaan, kita mesti memiliki data. Dan satu lagi, orang itu harus ada Amal. Sebab itu, beliau menamakan adik saya dengan nama Amal. Cita-cita orang tua tercermin pada cara ia memilih nama untuk anak-anaknya. Orang tua saya seorang kepala sekolah atau guru besar , istilahnya di Malaysia. Ibu saya juga seorang guru.Ayah saya mahu kami bekerja mandiri, bidangnya terserah, apa saja. Jadi ada yang jadi diplomat, ada yang kerja di swasta, ada yang kerja di bank dan sebagainya.

UB: Apa hobi bapak di masa lapang? Sukan apa yang digemari?

AKHMAD: Kalau ada masa lapang, saya suka bermain golf. Saya bermain golf kerana saya suka berkawan.Di sekolah dulu, saya suka bermain sepak bola atau bolasepak. Saya sering di Stadium Gelora Senayan. Saya sering jadi anak gawang. Tahu apa itu anak gawang? Tukang ambil bola kalau bola offside. Saya juga pernah jadi juara pertandingan badminton antara diplomat ketika bertugas di Sepanyol.

UB: Apa prinsip bapak dalam kehidupan?

AKHMAD: Dalam kehidupan, saya tidak mencari musuh. Jika ada pertentangan, saya selalu mencari penyesuaian. Saya tidak cari perbezaan. Saya cari persamaan. Saya selalu melihat dari sudut yang positif.

DR RUSLAN AMIN, DOKTOR YANG PANDAI MENYANYI

Tags
DR RUSLAN AMIN, DOKTOR YANG PANDAI MENYANYI

KASIH ibu dan ayah memberikan inspirasi yang luar biasa kepada Datuk Dr Mohamad Ruslan bin Mohamad Amin, seorang pengamal perubatan terkenal di negeri ini. Beliau bukan saja seorang doktor yang boleh mengubati pesakit, tetapi seorang doktor yang mampu menghibur masyarakat melalui nyanyian dan lagu-lagu ciptaannya. Dr Ruslan mencipta lagu untuk ibu dan ayahnya, untuk guru-guru, pasukan keselamatan, dan masyarakat yang menjadi penggemarnya. Pernah satu ketika, lagu ciptaannya tersenarai dalam anugerah lagu-lagu popular . Doktor perubatan yang memiliki lesen juruterbang ini juga adalah seorang aktivis masyarakat dan sukarelawan yang pernah menyumbang bakti merawat mangsa tsunami di Aceh.

Datuk Dr Mohamad Ruslan bin Mohamad Amin dilahirkan di Lahad Datu pada 6 Ogos 1959. Ayahnya Haji Mohamad Amin Haji Abd Latif manakala ibunya Hajah Rahmah Mastan. Anak sulung daripada empat adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Pekan Lahad Datu (1966-1971)dan Sekolah Rendah Agama Kampung Tabanak Lahad Datu (1966-1971). Kemudian beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Dominic Lahad Datu pada tahun 1972 sebelum bersekolah di Sekolah Menengah Dato'Bentara Luar Batu Pahat Johor (1972-1974) kerana mendapat tawaran biasiswa Yayasan Sabah untuk menuntut di Semenanjung Malaysia.Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Alam Shah, Cheras Kuala Lumpur (1975-1976). Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Asasi Sains Universiti Malaya (1977-1978) sebelum diterima masuk di Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada 1979 hingga lulus MBBS pada tahun 1984. Beliau juga memiliki DFM (Malaysia), Cert.Occ.Med (Malaysia), Cert. Dermatology (Malaysia). Selain itu, beliau juga mendapat ijazah MBA dari Southern Cross University, New South Wales Austraia pada tahun 2003. Dr Roslan juga memiliki lesen juru terbang PPL (Private Pilot License).

Sebelum menjadi pengamal perubatan, beliau pernah menjadi Pegawai Perubatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Hospital Umum Tawau dari tahun 1984 hingga 1988,

Selepas itu, beliau membuka Klinik RuslanAmin di Wisma RuslanAmin Sabindo pada 8 Ogos 1988. Sepuluh tahun kemudian beliau membuka Klinik RuslanAmin di Jalan Teratai Lahad Datu.

Dr Ruslan adalah seorang yang aktif dalam kegiatan-kegiatan persatuan, kemasyarakatan dan badan profesional.

Beliau adalah ahli seumur hidup Malaysian Medical Association (MMA), Primary Care Doctor's Organisation Malaysia dan The National Autistic Society of Malaysia. Beliau juga adalah seorang doktor kesihatan pekerjaan (Occupational Health Doctor),. Selain itu, Dr Ruslan adalah ahli Koperasi Doktor Malaysia Berhad dan menjadi ahli pertamanya di Sabah, Ahli profesional Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur, Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah. Beliau juga adalah ahli Alumni Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur, AJK Masjid Arraudah Lahad Datu.

Dalam bidang kesenian, kebudayaan bahasa, , beliau adalah Ahli MACP Musicians's Authors Copyright Protection dengan nama MorusMaal.

Beliau juga mengasaskan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah pada 1988 dan menjadi presidennya yang pertama, menubuhkan Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu pada 1998 dan menjadi pengerusinya hingga kini.

Dr Ruslan juga berpengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu selama tiga penggal dari 2004 hingga 2009, Ahli Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dari tahun 2004 hingga 2010.

Sebagai seorang sukarelawan MERCY, Dr Ruslan pernah menjadi Team Leader Mission 6 Acheh Tsunami pada Februari 2005, Ketua pasukan perubatan Miri-Penan, dan mengadakan klinik bergerak untuk pelarian di Kampung Hidayat Tawau pada mei 2006. Beliau juga pernah menjadi Doktor Pelawat Rumah Warga Tua Air Panas Tawau.

Bersama Task Force, beliau membantu menyelaras misi seumpama itu di Semporna Mabul dan Tanjung Labian Lahad Datu. Dr Ruslan juga adalah penasihat Hospital Tawau Paliative Care.

Dalam bidang politik, Dr Ruslan adalah antara yang terawal menjadi ahli UMNO di Sabah sejak parti itu mengembangkan sayapnya di negeri ini pada 1991. Beliau adalah Ketua Cawangan Kampung Panji baru 2, Lahad Datu Silam dan menjadi Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Sabah.

Beliau juga adalah seorang yang aktif dalam kegiatan riadah seperti badminton, golf, menulis, membaca, muzik, penerbangan dan minat mengembara. Beliau adalah Ahli Royal Selangor Flying Club Sungai Besi Kuala Lumpur dan Sabah Flying Club.

Di atas jasa-jasa baktinya, Dr Ruslan dianugerahkan Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S) pada 2004, Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K) pada 2011 dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran datuk pada tahun 2014. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Hajah Siti Saffur @ Maslina Salleh, berasal dari Negeri Sembilan dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ili Shahirah, Amalina Zafirah, Mohamad Ruszan dan Mohamad Rszaini.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang bersembang-sembang dengan beliau di ruang kerjanya di Wisma RuslanAmin, Sabindo Tawau untuk berkongsi sedikit pengalaman yang beliau lalui. Selain buku-buku perubatan dan kesihatan, rak bukunya juga dipenuhi dengan kamus, kitab tafsir, bahasa dan sebagainya.Ikuti petikan temubual bersama beliau:

UTUSAN BORNEO: Ramai orang mengenali datuk sebagai seorang doktor perubatan. Tidak ramai yang tahu bahawa doktor juga seorang penyanyi dan sudah menghasilkan album. Boleh ceritakan sedikit mengenai album-album itu?

UB: Saya menyanyi secara suka-suka sahaja. Sehingga kini saya sudah menghasillkan dua album. Album pertama berjudul Oh Ibu & Ayah, yang mengandungi lagu-lagu iaitu Oh Ibu & Ayah, Pelangi Indah, Cahaya Kasihku, Jasa Guru, biarkanlah aku sendiri, Wajah Ayu, Berikanlah Kasih, Rindu di Perantauan, Turun Padang, Salam Sayang Malaysia dan Menitis Air Mata. Manakala album kedua Anugerah di Bawah Bayu berisi lagu-lagu antaranya, Jantung Hati, Jasa Utama, Jiwa Murni, Bidadariku, Nasi Kuning Tawau, Anugerah Di Bawah Bayu, Muliakanlah Ya Latif, Cinta .

UB: : Boleh ceritakan sedikit bagaimana mula timbul minat dalam bidang nyanyian?

DATUK DR RUSLAN: Sebenarnya saya menyanyi sekadar suka suka. Saya anggap ini secara kebetulan saja.Saya menyanyi sekadar untuk memberikan penghargaan terhadap kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah saya.

UB: Bagaimana mulanya timbul minat menyanyi?

DR RUSLAN: Minat menyanyi timbul sejak zaman persekolahan lagi. Sewaktu saya dihantar untuk bersekolah di Semenanjung, di Sekolah Dato Bentara, saya selalu teringatkan ibu saya. Saya menangismahu pulang tetapi kemudian saya ditenangkan oleh guru-guru dan rakan saya.Waktu itu usia saya 12 tahun. Masih kanak-kanak lagi. Sesampainya di sana, saya menangis dua minggu . Dia orang pujuk pakai keropok. Dari situlah mula timbul minat saya menyanyi. Menyanyi lagu untuk saya dedikasikan buat ibu dan ayah yang dikasihi.

UB: Siapa rakan pelajar dari Sabah yang dihantar belajar ke Semenanjung ketika itu?

DR RUSLAN: Antara pelajar dari Sabah yang dihantar belajar ke Semenanjung ketika itu ialah Datuk Dr Amin Senin tapi beliau belajar di Pahang jika tidak silap saya.

UB: Kalau di Johor berapa ramai pelajar masa tu?

DR RUSLAN: Di Batu Pahat itu, pelajar dari Sabah seramai 15 orang. Antaranya Rahim Karim, ASP Ghani Ajirul, Haji Tawakal Sipaan@ Abu Bakar, Mohd Noor Lajabangsa, arwah Arifin, dari Sandakan, Harun Mursali, Mat Mat Muidin, Tipon Masalin, Saprin Majanggil, dari Papar, dari Weston: Yunus Langgu, Abdul Ghani Badri, dari Mesapol Mahali Aris, dari Linkungan, Garai Arsad Yahya Yusop dari Sipitang.

Selepas tamat tingkatan tiga, saya belajar pula di Sekolah Alam Shah. Antara rakan saya di sana ialah Pengiran Lalung, Abdul Rahman salleh, Mohd Noor Bidin.

UB: Selepas itu, datuk sekolah di mana?

DR RUSLAN: Saya terpilih untuk memasuki Asasi Sains di Universiti Malaya.

UB: Siapa antara rakan datuk pada masa itu?

DR RUSLAN: Antara first badge Asasi Sains Universiti Malaya 1977-1978 dari Sabah ialah Abirin Lapongan, Arifin Anuar Tan,Robert Tobasian,Kennedy Aralas, Tunga Surat, Datuk Harun Ismail,Rujinah Miki, Elizabeth Mikil, Lee Kui Lin, Tajul Arifin,Agustine Tien, Gelawis Mudin, arwah Zulkifli Sulaiman.

Antara senior kami di UM ketika itu ialah Datu Nasrun Datuk Mansur, kini Ahli Parlimen Silam, Dr Teo, Lim Pan Kan, Datuk Dr Ewon Ebin, Sangau Gunting, Tan Sri Gani Patail, Datuk Gulam Jelani, Salleh Lamsin.

UB:Sebagai pelajar yang jauh di rantauan , apa perasaan doktor ketika itu?

DR RUSLAN: Setiap kali tiba musim raya, perasaan amat sayu sekali. Tetapi itu sudah menjadi resam di rantauan.

UB: Kalau dari segi makanan?

DR RUSLAN: Waktu kami mendapat biasiswa yang mencukupi. Kira-kira RM25 sebulan. Duit sebanyak itu ,cukup untuk beli bajubeli seluar. Apabila tiba hari raya, orang semua balik kampung asing-masing. budak Sabah tak balik kerana jauh dan tambang kapal terbang pada ketika itu, boleh dikatakan mahal. Musim hari raya, kamiterpaksa cari makan sendiri., gerai-gerai pula tutup, akhirnya makan maggi, rendam dalam air, tengah hari makan dua, malam dua,

UB: Oh ya. Kami difahamkan Datuk juga aktif dalam kegiatan NGO? Apa NGO Yang disertai?

DR RUSLAN: Sebenarnya saya banyak terlibat dalam kegiatan-kegiatan persatuan, kemasyarakatan dan badan profesional.

Saya adalah ahli seumur hidup Malaysian Medical Association (MMA), Primary Care Doctor's Organisation Malaysia dan The National Autistic Society of Malaysia. Saya juga adalah ahli Koperasi Doktor Malaysia Berhad dan menjadi ahli pertamanya di Sabah, Ahli profesional Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur, Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah. Selain itu, saya juga adalah ahli Alumni Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur, AJK Masjid Arraudah Lahad Datu.

Dalam bidang kesenian, kebydayaan bahasa, , saya adalah Ahli MACP Musicians's Authors Copyright Protection dengan nama MorusMaal.

UB: Saya difahamkan datukjuga adalah pengasas PERKIPS?

DR RUSLAN: Kami mengasaskan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah pada 1988 dan menjadi saya menjadi presidennya yang pertama,. Selain itu saya menubuhkan Persatuan Rumpun Melayu Lahad Datu pada 1998 dan menjadi pengerusinya hingga kini.

UB: Kegiatan lain?

DR RUSLAN: Saya juga adalah Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu selama tiga penggal dari 2004 hingga 2009, Ahli Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dari tahun 2004 hingga 2010.

UB: Khabarnya datuk juga pernah ke Aceh selepas peristiwa tsunami?

DRRUSAN: Saya ke Aceh sebagau salah seorang sukarelawanMERCY. Saya menjadi Team Leader Mission 6 Acheh Tsunami pada Februari 2005, Ketua pasukan perubatan Miri-Penan, dan mengadakan klinik bergerak untuk pelarian di Kampung Hidayat Tawau pada mei 2006.

Selain itu, saya juga pernah menjadi Doktor Pelawat Rumah Warga Tua Air Panas Tawau.

Bersama Task Force, Saya pernah membantu menyelaras misi kemanusiaan di Semporna Mabul dan Tanjung Labian Lahad Datu. Saya juga adalah penasihat Hospital Tawau Paliative Care.

UB: Penglibatan dalam politik?

DR RUSLAN: Dalam bidang politik, saya adalah antara yang terawal menjadi ahli UMNO di Sabah sejak parti itu mengembangkan sayapnya di negeri ini pada 1991. Saya menjadi Ketua Cawangan Kampung Panji baru 2, Lahad Datu Silam dan menjadi Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Sabah.

UB: Apa kegiatan datuk di masa lapang?

DR RUSLAN: Saya aktif dalam sukan seperti badminton, golf, menulis, membaca, muzik dan minat mengembara. Selain itu, saya juga minat dalam bidang penerbangan Saya adalah Ahli Royal Selangor Flying Club Sungai Besi Kuala Lumpur dan Sabah Flying Club.

UB: Apa pesanan ibu bapa yang selalu menjadi pedoman datuk?

DR RUSLAN: Ibu bapa saya berpesan agar jangan sombong,selalu membantu orang bila ada peluang untuk membantu.

 

 

 

 

 

 

KAN ASNAH ATU, BAHAGIA DAPAT BERKHIDMAT

Tags


KAN ASNAH ATU, BAHAGIA DAPAT BERKHIDMAT

TEMURAMAH DENGAN PENERIMA ANUGERAH SUKARELAWAN KEBAJIKAN 2014

Beliau seorang tokoh yang disenangi. Sering tersenyum dan selalu membantu masyarakat di sekelilingnya.Di sebalik senyuman manisnya, wanita ini bukan calang-calang orang. Beliau salah seorang wanita di Sabah yang dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (KAN), satu jawatan yang jarang dipegang oleh wanita. Tokoh kita kali ini seorang yang amat berpengalaman dalam kegiatan kemasyarakatan. Selain pernah menjadi ketua kampung,beliau juga adalah pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Keningau sejak lapan tahun kepas, Pengerusi RT Kampung banjar Keningau selama 15 tahun dan Pengerusi Tabika Perpaduan Kampung Banjar sejak 22 tahun lepas. Baru-baru ini beliau dinobatkan sebagai menerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan Sabah 2014.

Ketua Anak Negeri (KAN) Asnah @ Hasnah binti Atu dilahirkan di Kampung Banjar Keningau pada tahun 1959. Anak sulung daripada sepuluh adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Yuk Yin Keningau dari tahun 1968 hingga 1970 sebelum berpindah ke SRK Banjar dari tahun 1971 hingga 1973. Selepas itu, KAN Asnah menuntut di SMK Gunsanad Keningau dan kemudian di SM St Francis. Pada tahun 1974, beliau mendirikan rumah tangga degan Cikgu Jamal Haji Tamsir dan dikurniakan lima orang cahayamata. Kini beliau mempunyai 9 cucu dan 1 cicit.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Anak Negeri (KAN), beliau yang lebih mesra dipanggil kak Asnah ini pernah menjadi Ketua Kampung. Lima tahun selepas itu, beliau dilantik pula sebagai Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan pada bulan September lepas, diberi kepercayaan sebagai Ketua Anak Negeri (KAN) dan bertugas di Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau.

Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual beliau di salah sebuah restoran terkemuka di ibu negeri selepas beliau menerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2014. Ikuti petikan temubual bersama beliau mengenai pengalamannya dalam bidang sukarelawan.

UTUSAN BORNEO: Tahniah kerana terpilih sebagai penerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2014. Apa perasaan puan?

KAN ASNAH: Saya bersyukur kerana terpilih sebagai penerima Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2014. Saya tidak menyangka tetapi pemilihan ini adalah satu pengiktirafan bukan saja kepada saya tetapi kepada kerja-kerja kesukarelawanan di negeri ini. Saya dipilih dalam bidang sukarelawan kebajikan. Piala, Sijil dan cek disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin. Saya rasa gembira. Bahagia dapat berkhidmat kepada masyarakat.

UB: Sebelum ini puan pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. Jarang sekali seorang wanita dipilih sebagai ketua kampung. Selepas itu,puan dilantik pula Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan kini sebagai Ketua Anak Negeri (KAN). Tentu banyak pengalaman pahit manis sepanjang bertugas?

KAN ASNAH: Ketika bertugas sebagai ketua kampung selama lima tahun, banyak juga pengalaman yang diperolehi. Banyak tugas yang dipikul oleh ketua kampung dalam menguruskan hal-hal berkaitan kepentingan masyarakat kampung, mengenai masalah yang dihadapi penduduk, pertikaian, dan adat istiadat. Kalau dikira memang memenatkan tetapi sudah menjadi tugas yang diamanahkan kepada kita.Walau penat, kadang terlampau banyak kerja tapi saya rasa seronok kerana menimba pengalaman.

Kadang-kadang seawal jam enam pagi, ada sudah orang ketuk pintu rumah. Ada yang datang untuk minta tandatangan surat, pengesahan dan sebagainya. Ketika menjadi Wakil Ketua Anak Negeri, sebenarnya hampir sama saja kesibukannya.Tugasnya lebih banyak berkaitan dengan adat istiadat. Kalau ada perbicaraan, Saya jadi pengapit, membaca kes selaras dengan peraturan Mahkamah Anak Negeri. Sekarang sebagai Ketua Anak Negeri,saya membantu menyelesaikan mes-kes mengenai isu adat istiadat, isu keluarga seperti perceraian, isu pertikaian tanah dan sebagainya.Saya rasa gembira dapat berkhidmat kepada masyarakat.

UB: Biasanya apa jenis denda yang dikenakan apabila mereka melakukan kesalahan?

KAN ASNAH: Kita tengok apa jenis kesalahan yang dilakukannya. Misalnya ada kes melibatkan kecederaan. .Kalau cedera atau luka, pengadu hendaklah membuat pemeriksaan perubatan dan membuat laporan polis sebab kita mahu bukti.

UB: Kalau cedera berapa sogitnya?

KAN ASNAH: Bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Berapa sogitnya?. Sogit tidak lari daripada binatang seperti kambing, ayam, babi dan sebagainya. Kalau tidak ada binatang,tidak ada ayam, misalannya, boleh ganti dengan duit. Kerana mungkin susah untuk cari ayam kampung. Kalau dendanya ayam kampung, mesti cari ayam kampung.Ayam karan tidak boleh. Mesti ayam kampung juga.

UB: Jam berapa bertugas di Mahkamah Anak Negeri?

KAN ASNAH: Waktu kerja saya dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Sebenarnya Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau mempunyai dua ketua daerah iaitu OKK Amir Datu Arif dan OKK Majabin Dalinus.Biasanya kalau hari cerah dan tidak hujan, saya lebih suka naik motosikal ke pejabat.

UB: Suka menunggang motosikal?

KAN ASNAH: Setiap hari, saya ke pejabant naik motosikal kalau hari cerah. Ia lebih mudah dan efesien.

UB: Berbalik kepada kegiatan sukarelawan, sejak bila puan terlibat dalam kegiatan sukarela?

KAN ASNAH: Sebenarnya saya terlibat dalam kegiatan sukarelawan sejak lama. Kini saya terlibat sebagai Pengerusi PDK atau Pusat Pemulihan dalam Komuniti. Saya diberi kepercayaan sebagai pengerusi PDK sejak lapan tahun lalu.

UB: Boleh jelaskan sedikit mengenai PDK?

KAN ASNAH: PDK adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat . Tumpuan PDK kepada pemulihan dan latihan asas . Ia dibuka kepada uka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina.

UB: Bagaimana caranya?

KAN ASNAH: Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ini ciri-ciri PDK. Ibu bapa dan ahli keluarga/komuniti memainkan peranan penting. Pemulihan itu menggunakan teknologi dan kos yang rendah. Kaedah dijalankan secara seliaan di pusat dan seliaan rumah serta menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada.

UB: Apa konsep PDK?

KAN ASNAH: Konsep PDK adalah mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan;Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan komuniti ;Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan dari keluarga dan komuniti;Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka dan Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU. Ini konsep yang dilaksanakan PDK seperti yang terdapat dalam laman web PDK. Saya berterima kasih kepada Pengarah Kebajikan Keningau , Encik Ali Hassan kerana banyak membantu. Begitu juga Encik Ishak,Encik Ahmat Razali yang banyak membantu PDK Keningau.

UB: Kami difahamkan puan juga seorang yang aktif dalam Rukun Tetangga.

KAN ASNAH: Saya aktif dalam RT Kampung Banjar sejak 15 tahun lalu. Sebenarnya saya seorang yang suka bermasyarakat sejak dulu lago. Selain itu, saya jadi Pengerusi Tabika Perpaduan sejak 22 tahun lepas. Selain itu,saya juga turut terlibat sebagai AJK Pemadam, Puspanita dan lain-lain lagi. Saya juga adalah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Keningau, sejak 1994 lagi, Pengerusi Tanah Perkuburan Jalan Tenom. Jiwa saya memang suka berkhidmat dengan masyarakat.

Walaupun banyak pengorbanan tenaga dan wang ringgit tetapi saya tidak berkira sangat asalkan kita dapat berbakti kepada masyarakat.

UB: Dalam politik?

KAN ASNAH: Dalam kegiatan politik, saya pernah menjadi Bendahari Wanita UMNO Bahagian Keningau. Saya juga pernah menjadi penaja UMNO di peringkat cawangan sebagai ketua cawangan.

UB: Bagaimana puan mengagihkan masa?

KAN ASNAH: Sebelah pagi sebelum pergi ke tempat kerja adalah waktu saya bersama keluarga, urusan di rumah. Biasanya saya memasak dulu sebelum ke pejabat. Biar tak ada lauk, yang penting mesti ada nasi.Selepas itu barulah saya buat kerja untuk masyarakat. Hari Sabtu dan Ahad, saya juga bersama keluarga. Ketika berada di rumah juga, saya ambil ruang dan kesempatan untuk menjahit kain, bagi menambah ekonomi keluarga.

UB: Suami tidak menghalang?

KAN ASNAH: Suami saya tidak pernah menghalang. Saya berasa bersyukur kerana beliau sering memberi galakan dan banyak membantu. Selalu prihatin dan bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan tetapi dia tidak pernah menghalang.

UB: Apa hobi puan?

KAN ASNAH: Saya minat menghiburkan orang. Saya suka menyanyi. Malah pada tahun 2010, saya pernah menjadi juara pertandingan Suara Emas Perpaduan yang diadakan di Pantai Tanjung Aru. Sebelum itu, pada tahun 2009, saya jadi naib juara ketika pertandingan itu diadakan di Semporna. Pada tahun 2008, saya mendapat tempat ketiga di Sandakan.

Pada tahun 2013, saya juga menjadi johan Bintang Saloma FM Keningau. Saya juga jadi bJuara Suara Klasik 2013 LHDN Keningau.

UB: Minat menyanyi sejak kecil?

KAN ASNAH: Minat menyanyi ini sebenarnya timbul ketika masih sekolah. Dulu kami didenda. Siapa yang pandai nyanyi , tidak boleh pulang. Di situlah timbul semangat saya untuk belajar menyanyi. Selepas itu, saya selalu dijemput menyanyi dengan live band. Saya juga suka jadi pengacara. Malahan kalau ada majlis kahwin, saya selalu diminta jadi deejay, pengacara di kampung sekadar suka-suka.

UB: Apa rahsia kelihatan muda?

KAN: Saya suka masak sayur-sayuran. Suka masak sayur rebus. Nasihat kepada saya kepada generasi muda ialah amalkan gaya hidup sihat dan jauhi kegiatan-kegiatan tidak sihat. Amalkan sikap kejujuran. Kalaujadi pemimpin, jadilah pemimpin yang baik.

UB: Apa falsafah puan dalam kehidupan?

KAN ASNAH: Dalam kehidupan ini, kita mesti jujur dan amanah, Dalam pengalaman saya, selagi kita jujur dan amanah, kita akan diberi kepercayaan oleh masyarakat dan dapat menjalankan tugas kita dengan baik.