Isnin, 30 Mei 2016

PROF MADYA DR ISMAIL ALI: KERANA APAM BALIK, PANDANGAN HIDUPNYA BERUBAH

Tags












KALAU bukan kerana peristiwa ayahnya tergelincir di permatang dan apam balik yang dibawanya basah, mungkin jalan hidupnya akan jadi lain. Daripada seorang pelajar yang agak nakal, sikapnya terhadap hidup akhirnya berubah apabila melihat kuih apam balik yang sudahpun basah, direbus semula dan dipanaskan balik kerana sukarnya mendapat kuih itu. “Kami hanya orang kampung,” katanya. “Ayah terjatuh lalu masuk sawah padi dan kuih apam balik yang dibawa dalam raga terendam dalam air berwarna coklat. Beliau angkat motosikal itu, kemudian ambil kuih apam balik itu dan sesampainya di rumah, kuih itu dicuci, lalu direbus balik dan dimasukkan dalam kuali untuk dipanaskan. Itulah antara detik yang menyedarkan saya,” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Ismail Ali.



Prof Madya Dr Ismail Ali dilahirkan di Kampung Durian Tunjong,WilayahPersekutuan Labuan pada 4 Mac 1969. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Kerupang Bukit Kalam sebelum berpindah ke SRK Pekan Labuan 1. Selepas tamat sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran dalam sekolah menengah di SMK Labuan (1981-1984), SMK Kuala Penyu (1985) dan SMK Beaufort (1986-1987) Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (1988-1991) sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas 2 Atas.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Penyelia Operasi,Mud & Chemicals (Sabah (Sdn Bhd., Asian Supply Base di Wilayah Persekutuan Labuan sebelum berkhidmat sebagai

guru sandaran di Sekolah Menengah Datuk Peter Mojuntin (1993) sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Buruh Negeri Sabah Kota Kinabalu (1993).



Selepas itu, beliau mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Gaya (1993-1994) dan kemudian dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah, Jabatan Pendidikan Sabah di Maktab Sabah. Pada tahun 1996, beliau menerima tawaran sebagai Penolong Pendaftar, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universi Malaysia Sabah (1996-2005) . Sambil itu, beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana (MA) dalam Sejarah Peradaban Maritim, Universiti Malaya (1997-1999) . Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Peradaban Maritim dan Komuniti Pelaut Kontemporer di Universiti Malaysia Sabah (1999-2004) .

Selepas lulus PhD, beliau dilantik sebagai pensyarah pada tahun 2005. dan kemudian dilantik sebagai Ketua Program Sejarah Sekolah Sains Sosial (2005-2006) . Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (2006-2008),Ketua Program Sekolah Sains Sosial (2007-2010). Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS dari tahun 2010 hingga Julai 2012. Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dan kini Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),UMS.



Dr Ismail juga menjawat jawatan sebagai ACP (K) Kor Sukarelawan Polis UMS 2015- kini,PPj. (PA) Kor SISPA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 2014-kini.,Kolonel (PA) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (2014-kini). Dan Ahli Pakar Rujuk Sejarah Malaysia lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2012-2017)



Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang menemubual Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di pejabatnya di Anjung Siswa UMS. Ikuti petikan temubual bersama beliau:

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latar belakang Prof?

PROF MADYA DR ISMAIL ALI: Saya dilahirkan pada tahun 1969 di Durian Tunjong. Ada satu pokok durian senget di situ.Mungkin itu sebabnya disebut Durian Tunjong. Ayah saya bertugas sebagai Malaria Assitant Technician di Labuan. Saya anak lelaki paling tua. Ada dua orang kakak perempuan saya, dan lima orang termasuk saya. Kami tujuh orang semuanya.

UB: Dulu sekolah dimana prof? Sekolah Rendah?

PROF:Saya mendapat pendidikan rendah di SRK Kerupang Bukit Kalam sebelum berpindah ke SK Pekan Labuan 1. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di SMK Labuan hingga tingkatan tiga. Selepas saja peperiksaan SRP, saya di`buang’ ke Kuala Penyu kerana nakal. Kemudian selepas lulus tingkatan 5, Saya belajar di SMK Beaufort dari tahun 1986 hingga 1987.



UB: Seperti yang prof kata, dulu prof seorang pelajar yang agak naka. Bagaimana sikap prof berubah dari seorang pelajar yang nakal kepada seorang pelajar yang cemerlang?

PROF: Kalau ditanya bagaimana sikap saya berubah, ia bermula apabila saya melihat ayah saya terjatuh dengan motosikalnya di permatang sawah padi dalam perjalanan balik ke rumah. Ayah terjatuh lalu masuk sawah padi dan kuih apam balik yang dibawa dalam raga terendam dalam air berwarna coklat. Beliau angkat motosikal itu, kemudian ambil kuih apam balik itu dan sesampainya di rumah, kuih itu dicuci, lalu direbus balik dan dimasukkan dalam kuali untuk dipanaskan. Itulah antara detik yang menyedarkan saya.



UB: Khabarnya dalam peperiksaan STPM, prof dapat nilai A dalam mata pelajaran sejarah dan geografi. Boleh ceritakan rahsia di sebalik kejayaan prof?

PROF: Ketika itu, saya belajar di SMK Beaufort. Salah seorang cikgu kami, Cikgu Bat Hamid membuat cabaran terbuka bahawa kalau sesiapa dapat A dalam sejarah dan geografi, beliau akan berikan RM300. Masa itu peperiksaan STPM , hanya kira-kira dua bulan lagi. Saya asyik terfikir cabaran Cikgu Bat Hamid itu. Jika lulus A dapat RM300 seperti yang dijanjikan. Jadi saya belajar bersungguh-sungguh. Dont work hard, work smart, kata saya kepada diri saya. Saya pelajari semua skrip jawapan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. Akhirnya apabila keputusan STPM diumumkan, saya dapat A dalam sejarah dan Geografi.



UB: Wah, menarik kisahnya. Jadi prof dapat duit seperti yang dijanjikan?

PROF: Dapat. Ketika peperiksaan diumumkan saya paling akhir ambil keputusan. Saya jumpa cikgu Noraini. Tahniah, katanya, bagus kau punya keputusan. Sejarah dan geografi dua-duanya A, kata Cikgu. Kemudian saya ke bilik guru, mencari cikgu Bat Hamid untuk menagih janji. Cikgu Bat Hamid terpaksa bagi.He he. Saya rasa gembira. Kemudian saya panggil pelajar tingkatan satu, tingkatan dua, saya belanja mereka. Habis RM200. Ada lagi RM400 dalam poket.



UB: Selepas STPM,apa kerja yang prof buat?

PROF: Ketika menunggu peperiksaan STPM, saya bekerja di Asian Supply di Labuan sebagai buruh dengan gaji RM350. Saya hanya dilantik sebagai buruh, kerja menyapu, memotong rumput dan sebagainya walaupun pakcik saya jadi orang nombor dua di syarikat itu. Selepas lulus STPM, saya dapat tawaran belajar di Universiti Malaya. Itupun kakak saya yang tolong.



UB: Itu pengalaman pertama kali ke KL?

PROF: Itulah pertama kali saya naik kapal terbang. Sebelum berangkat ke KL, saya singgah di Pasar Malam Segama untuk membeli seluar. Kakak belikan tiket. Duit bekal cukup cukup makan. Saya sampai di UM, pada hari terakhir minggu orientasi. Kira-kira satu jam selepas mendaftar, tiba-tiba saya rasa mahu balik dan tidak mahu meneruskan. Saya balik ke kaunter, minta balik duit pendaftaran RM750. Masa itu, datang seorang mahasiswa, Daimin Melin dari Ranau menyapa saya dan bertanya datang dari mana dan mengapa berada di sana. Saya beritahu bahawa saya minta refund kerana mahu balik. Dia panggil kerani pejabat dan menyatakan bahawa saya tidak jadi balik. Dia berikan saya tazkirah. Kalau tiada dia, mungkin saya suda balik ke Sabah dan perjalanan hidup saya jadi lain.,



UB: Mungkin ada pengalaman menarik di UM? Pernah berguru dengan Prof Khoo Kay Kim?

PROF: Saya belajar di UM dari tahun 1988 hingga 1991. Banyak pengalaman menarik sewaktu di sana. Prof Khoo adalah pensyarah kami. Berkasut sukan dan selalu `bersigup’ rokok Rothman. Dia selalu datang ke kelas dan membuat syarahan mengenai sejarah. Sebahagian besarnya beliau bercerita mengenai sukan. Antara pensyarah lain ialah Prof Dr Radhuan Arif, Dr Shahril Talib dan lain-lain.

UB: Siapa rakan-rakan dari Sabah yang seangkatan dengan Prof?

PROF: Antaranya Gharib Talib, Nordin Hashim. Saya pernah terpaksa memakai seluar pendek kerana kalah bertaruh Sabah lawan Kedah. Sewaktu aktif dalam persatuan mahasiswa, kami pernah juara bolasepak seluruh Universiti. Tanya Rusdi Awang Putih di DBP Sabah. Beliau rakan saya, Selain itu, ASP Jauteh Dikon, ACP Chandra dan lain-lain. Sebenarnya banyak kisah yang tidak dapat dilupakan sewaktu di universiti.



UB: Sebaik tamat universiti, dimana Prof bekerja?

PROF: Saya bekerja semula di Asian Supply, jawatan yang sama. Jadi buruh. Tapi saya suka di Labuan kerana setiap hujung minggu, saya ada peluang menyelam yang menjadi salah satu hobi saya. Nenek perempuan saya mahu saya kerja jawatan yang lebih baik. Kemudian saya dapat tawaran jadi guru sandaran. Cikgu Hadis yang bawa surat tawaran. Saya mula jadi guru sandaran di SMK Datuk Peter Mojuntin. Pertama kali saya dapat gaji llebih RM1,000. Gaji pertama saya beli ikan tenggiri. Mulanya penjual ikan tidak percaya saya mampu beli ikan itu, sekilo RM9 hingga RM10 sekilo. Saya beli ikan tenggiri seberat 7kg itu, di potong-potong dan dibungkus dengan surat khabar. Saya naik kereta prebet bawa ikan.

Selepas itu, setelah bekerja beberaoa bulan saya beli kereta,KA30 dua pintu. Itulah pengalaman saya berkereta. Kemudian saya dapat tawaran sebagai pegawai di Jabatan Buruh tetapi saya hanya bekerja selama dua hari saja kerana berhenti selepas disuruh pindah ke Sandakan. Belum sempat ada kerusi saya berhenti. Kemudian saya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Gaya.

UB: Selepas itu?

PROF: Selepas tamat KPLI di Maktab Gaya, saya berkhidmat di Maktab Sabah. Di Maktab Sabah, saya pun ada cerita. Satu masa saya terpaksa merotan murid sekolah. Kebetulan pula murid sekolah itu anak Pengarah Pendidikan Sabah. Masa itu, saya bertugas sebagai guru disiplin. Hebohlah satu sekolah. Saya dipanggil ke bilik pengetua dan ditanya sama ada saya tahu siapa pelajar itu. Akhirnya saa memutuskan untuk menghadap Pengarah Pendidikan Sabah itu, Dr Hasbollah Mohd Taha. Sebaik masuk ke biliknya, beliau bertanya “Kenapa Awang?” Saya beritahu saya rotan anaknya. Dia bertanya, kenapa dirotan. Saya jelaskan sebabnya. Beliau tanya lagi, berapa kali, saya jawab satu kali.Kenapa tidak tiga kali. Kemudian beliau beritahu tugas dan tanggungjawab cikgu di sekolah. Beliau sama sekali tidak menyalahkan saya malah memberi saya semangat untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah meskipun yang dirotan itu adalah anaknya.

Beliaulah juga yang banyak membantu saya. Sehingga saya boleh berpindah dari Jabatan Pendidikan untuk berkhidmat di UMS. Dr Hasbollah yang membantu memudahkan saya.



UB: Tahun berapa Prof mula berkhidmat di UMS?

PROF: Saya mula berkhidmat di UMS pada Ogos 1996 sebagai Penolong Pendaftar di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada masa yang sama saya mengikuti pengajian di peringkat di peringkat sarjana (MA) di Universiti Malaysia sampai selesai pada tahun 1999. Kemudian saya melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Peradaban Maritim dan Komuniti Pelaut Kontemporer di Universiti Malaysia Sabah (1999-2004) . Saya adalah pegawai tadbir yang pertama mengikuti pengajian PhD. Selepas lulus PhD, saya dilantik sebagai pensyarah pada tahun 2005. dan kemudian dilantik sebagai Ketua Program Sejarah Sekolah Sains Sosial (2005-2006) . Selepas itu,saya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (2006-2008),Ketua Program Sekolah Sains Sosial (2007-2010). Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS dari tahun 2010 hingga Julai 2012. Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) dan kini Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

UB: Oh ya. Sebagai seorang ahli akademik, Prof pernah katakan bahawa laut bukan pemisah?

PROF: Paling penting persepsi masyarakat terhadap laut harus berubah. Laut bukan pemisah. Sebaliknya laut adalah penyatu peradaban di Asia Tenggara.Sabah, Sarawak dan Semenanjung dipisahkan oleh Laut Cina Selatan. Tapi sebenarnya laut bukanlah pemisah. Laut adalah penyatu dalam bentuknya yang berbeza.Ada orang lupa jalan lau. Laut Cina Selatan menjadi penhubung antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung . Jadi laut bukan pemisah.Ia sesuatu yang menyatukan kita.







POTONG JARI SAYA, CABARAN BUAT SJN (B) JULIUS MA

Tags







POTONG JARI SAYA, CABARAN BUAT SJN (B) JULIUS MA



“POTONG jari saya, kalau kamu dapat ke luar negara,” kata-kata itu terngiang-ngiang di mindanya. Cabaran itulah yang menguatkan semangat Sarjan (B) 47273 Julius Majulan untuk berlatih bersungguh-sungguh. Tekadnya cuma satu. Mahu mewakili Malaysia ke pertandingan di pertandingan di Peringkat Antarabangsa. Hajatnya tercapai apabila terpilih mewakili Malaysia untuk bertanding dalam acara lompat jauh Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Singapura pada tahun 1974. Beliau kemudian terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA di Bangkok Thailand pada tahun 1975. Selepas itu, Julius adalah antara tujuh atlit yang terpilih mewakili Negara ke Kejohanan Track and Field di Korea pada 1975. Selepas hasratnya mewakili negara tercapai, beliau teringat cabaran pakciknya, Datuk Gabuh Piging. Dia pun pulang kampung kampung untuk mencari pakciknya dan memberitahu bahawa beliau berjaya ke luar negara mewakili Malaysia. Tetapi sebaik-baik melihat beliau muncul, pakcik tergesa-gesa menyembunyikan diri.Beliau mengejarnya, bukan untuk menunaikan janji potong jari sebaliknya mahu memeluk bapa saudaranya itu.


Sarjan (B0 47273 Julis Majulan dilahirkan di Tambunan pada 31 Disember 1950. Beliau mendapat pendidikan awal di St John Tobu Tambunan kemudiaan ke St David hingga tamat darjah lima. Pada tahun 1968, beliau memasuki perkhidmatan polis. Beliau pernah mewakili negara ke Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Singapura, Sukan Sea Bangkok dam Kejohanan Track and Field di Korea. Beliau sering mewakili Sabah dalam sukan PDRM. Malah lompatan sejauh 7.21 m dan catatan 3.68 meter dalam lompat bergalah masih bertahan hingga kini.

Sepanjang tahun 1975 hingga 1977, belia sering menang pingat emas dalam acara lompat jauh dalam kejohanan Olahraga Kebangsaan.Beliau mendirikan rumahtangga dengan Nuri bte Yagas dan dikurniakan enam orang anak iaitu Edmund,42 tahun; Emily, 40 tahun;,Edith ,38 tahun; Daniel, 33 tahun dan Jane Joanna 27 tahun. Kini saya juga mempunyai 15 orang cucu.


Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang menemuramah beliau di salah sebuah hotel terkenal di Putatan baru-baru ini. Dalam kesempatan itu, beliau menceritakan serba sedikit pengalamannya ketika menceburi bidang olahraga. Ikuti petikan temubual bersama beliau:


UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan serba ringkas, latar belakang tuan?

JULIUS MAJULAN: Saya dilahirkan di Tambunan pada 31 Disember 1950. Saya anak kelima dari tujuh adik beradik. Saya mendapat pendidikan awal di St John Tobu Tambunan kemudiaan ke St David hingga tamat darjah lima. Pada tahun 1968, saya masuk jadi polis. Kemudian saya ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kepayan. Saya dinaikkan pangkat kopral pada 1982 manakala pada tahun 1999, saya mendapat pangkat sarjan.Saya bersara dari pekhidmatan polis pada 2000.



UB: Bagaimana minat tuan timbul dalam sukan?

JM: Saya meminati bidang sukan sejak dari sekolah. Saya minat dalam acara lompat jauh dan lari 100 meter. Tetapi bila masuk polis, saya memilih sukan lompat jauh dan lompat bergalah saja.


UB: Bila tuan mula terlibat dalam sukan?

JM: Ia bermula pada tahun 1970. Saya melibatkan diri dalam sukan olahraga Pasukan Polis Sabah. Pada mulanya saya mewakili pasukan saya dalam sukan antara pasukan polis seluruh Sabah seterusnya mewakili Pasukan Polis Kontinjen Sabah ke sukan Pasukan Polis Malaysia dalam acara lompat jauh dan lompat bergalah. Sepanjang penyertaan saya dalam kejohanan, saya sentiasa mendapat tempat pertama dalam kedua-dua acara itu dalam Sukan Pasikan Polis Malaysia dan Sukan Kebangsaan (MAAU).


UB: Apa kejohanan yang pernah tuan sertai? Jika masih ingat?

JM: Kejohanan-kejohanan olahraga yang pernah saya sertai ialah Kejohanan Sukan PDRM. Saya memperolehi pingat emas dalam acara lompat jauh apabila saya berjaya melompat sejauh 7.21 meter. Dalam acara lompat bergalah, saya juga menang pingat emas dengan catatan 3.68 meter. Kedua-dua rekod itu masih kekal bertahan dalam sukan PDRM sehingga kini.



Dalam tahun yang sama, saya menang pingat emas dalam acara decathlon Sukan Kebangsaan ke-52. Waktu itu saya mencatat 6,784 mata. Di Singapura, pada tahun 1974, saya mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa Singapura dengan catatan 7.35 meter. Tahun berikutnya, saya hanya mendapat gangsa dalam acara lompat jauh dengan catatan 7.15 meter. Sepanjang tahun 1975 hingga 1977, saya sering menang pingat emas dalam acara lompat jauh dalam kejohanan Olahraga Kebangsaan.

UB: Bilakah tuan mewakili negara?

JM: Saya mula mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Singapura pada tahun 1974. Saya menduduki tempat kedua dalam acara lompat jauh. Pada tahun 1975, saya mewakili negara negara dalam track and field dalam sukan Asia di Korea dan Sukan Sea di Bangkok dalam acara lompat jauh. Bagaimanapun, saya mendapat tempat ketiga.



UB: Apa pencapaian paling tinggi dalam karier?

JM: Pencapaian paling tinggi saya dalam karier ialah ketika mendapat pingat perak dalam acara lompat jauh dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Singapura pada tahun 1974. Saya mencatat 7.35 meter. Setahun selepas itu dalam sukan SEAP di Bangkok Thailand, sungguhpun mencatat lompatan sejauh 7.15 meter, saya mendapat pingat gangsa.



UB: Siapa orang paling banyak memberikan galakan kepada tuan?

JM: Pakcik saya. Tetapi sebenarnya ia bermula apabila beliau mengajak saya agar ikut beliau berlatih dalam sukan. Tetapi saya enggan. Dia marah saya.Suatu malam kami bergaduh hingga bergelut. Mujur ada orang yang meleraikan kami. Katanya, potonglah jari saya, kalau kamu boleh ke luar negara. Itulah yang terngiang-ngiang di kepala saya. Sepanjang malam itu saya tidak dapat tidur mengenangkan cabaran pakcik saya itu. Akhirnya saya berlatih. Sungguh-sungguh berlatih agar terpilih mewakili negeri seterusnya negara.

Setelah berjaya mewakili negara dan dapat bertanding ke luar negara, satu hari saya cuti dua minggu.Saya sengaja pulang kampung untuk berjumpa pakcik saya. Bila dia melihat saya, dia terus lari. Tapi kemudian saya mengejarnya. Saya katakan bukan saya mahu potong jari pakcik sebaliknya saya mahu memeluknya menyatakan rasa terima kasih kepada pakcik kerana kalau pakcik tidak mencabar saya dan tidak memalukan saya pada hari itu, mungkin saya tidak boleh berjaya. Kerana hasil cabaran pakcik itulah saya berlatih dan menang dan terpilih mewakili negara. Baru kau tahu, kata pakcik saya.


UB: Siapa nama pakcik tuan itu?

JM: Datuk Gabuh Piging. Beliau pernah mewakili North Borneo dalam Sukan Olimpik Melbourne pada 1956 dan Rome. Sering mewakili Sabah antara tahun 1956 hingga 1962 dalam sukan bertaraf antarabangsa.

UB: Waktu itu berapa usia tuan?

JM: Usia saya waktu itu sekitar 24 atau 25 tahun. Darah masih panas. Itu sebabnya saya rasa tercabar betul bila beliau katakan, potong jari saya kalau kamu dapat keluar negara. Selepas dia mencabar saya itu, saya terus lari dan berlatih. Dari jam 1 atau dua pagi hingga pagi. Selepas kerja saya tidak langsung pulang. Saya pusing round padang, kemudian berlati hingga jambatan petagasa, kemudian balik ke padang polis, sampai pagi.Satu tahun lebih saya buat begitu, hingga saya terpilih mewakili Sabah. Saya terus belatih sehingga tercapai hasrat wakil polis, wakili negeri dan wakil negara.baru saya senang hati.

UB: Selain tuan, siapa lagi anggota keluarga yang terlibat dalam sukan?

JM: Abang saya Paulus majulan, pernah mewakili Sabah. Ayah saya juga, Majulan Konsuhat, bekas polis North Borneo kuat juga dalam bersukan.

UB: Siapa rakan seangkatan tuan yang terlibat dalam sukan?

JM: Angtaranya Zainudin Wahab, Dandi Jamal, Peter Marius. Zaniudin pernah wakili Malaysia di Olimpik Montreal.



UB: Mungkin ada pengalaman manis sepanjang penglibatan dalam sukan?

JM: Antara pengalaman manis yang saya alami ialah mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Tempatan Antarabangsa Singapura dimana saya bertanding dengan peserta-peserta yang lebih kuat.



UB: Kalau ada pengalaman manis, tentu ada pengalaman pahit.Boleh ceritakan?

JM: Saya dijangkakan boleh mendapat pingat dalam acara decathlon dalam kejohanan Track and Field di Korea tetapi malangnya lembing yang direjam tidak terpacak dan menyebabkan penyertaan saya dibatalkan.

Pada Sukan Sea di Bangkok dalam acara lompat jauh, saya terpaksa meninggalkan keluarga untuk mewakili negara dimana isteri saya waktu itu sedang sarang mengandung anak kedua. Saya tidak dapat tidur. Besok saya mahu lompat, ini malam anak saya, Emily lahir. Waktu itu, saya minta abang saya yang menghantar isteri saya ke hospital. Kebetulan isterinya pun mengandung dan melahirkan. Saya tidak dapat menumpukan perhatian kerana kurang tidur. Itulah yang menyebabkan prestasi saya jatuh di Bangkok. Hanya menduduki tempat ketiga padahal orang yang mengalahkan saya di Bangkok pernah saya kalahkan di Singapura.



UB: Tahun berapa tuan bersara dari Olahraga?

JM: Apabila saya mengalami kecederaan lutut yang serius pada tahun 1977, itulah yang menghalang penglibatan saya dalam sukan. Saya terpaksa bersara dan hanya menumpukan perhatian terhadap tugas saya sebagai anggota polis dalam PDRM.

UB: Tentu banyak simpan pingat di rumah?

JM: Hanya beberapa yang terselamat. Medal saya satu peti musnah dalam kebakiaran. Ini saja yang selamat.Baju,Piala, sijil, sekepinng gambar, itupun yang tersisip di fail. Itu saja yang selamat.


UB: Apa aktiviti tuan sekarang?

JM: Selepas bersara, saya menceburi bidang pertanian secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan memandangkan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan.

UB: Berdasarkan sumbangan yang begitu besar kepada negeri dan negara, mungkin tuan boleh beritahu mengenai pingat atau bintang yang diterima sepanjang perkhidmatan.

JM: Saya belum menerima apa-apa pingat atau bintang. Mungkin tuan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Saya gembira melihat ramai-ramai kawan-kawan seangkatan saya mendapat kurnia pingat atau bintang kebesaran sebagai satu pengiktirafan kepada jasa-jasa mereka. Penghargaan itu penting supaya generasi muda lebih bersemangat untuk menceburi bidang olahraga.



UB: Siapa rakan-rakan tuan sewaktu mewakili Malaysia ke Korea?

JM: Sewaktu kami mewakili negara ke Korea, jumlah kami hanya tujuh orang. Iaitu Isthiaq Mubarak,Koh Chong Bing, Ramli Amat, Saya Julius Majulan, Marina Chin, Irene wan, Salmiah Abdullah.Ramai rakan rakan sudah dapat gelaran datuk. Saya Satu butir bintang pun tiada.Mungkin terlepas pandang.

Kalau anugerah, saya pernah dianugerahkan Diploma Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dalam Kejohanan Olahraga MAAU yang ke 52 di Ipoh Perak pada 1974.


UB: Sebagai bekas atlet, apa pandangan tuan mengenai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb)?

JM: Setelah menjadi ahli, saya dapat melihat peranan Yakeb sebagai yayasan yang mengiktiraf sumbangan bekas atlet dengan mengambil berat kebajikan bekas atlet. Bagi saya, ini adalah satu usaha untuk menghargai sumbangan bekas atlet agar semua bekas atlet negara tidak dilupakan begitu saja dan menambahkan lagi keyakinan seluruh rakyat Malaysia untuk menceburi bidang sukan dan memajukan dan meningkatkan lagi kualiti bidang sukan di negara kita.


UB: Apa nasihat tuan kepada generasi muda?

JM: Berani hadapi cabaran untuk jadi yang terbaik. Kepada orang muda , cubalah ikut sukan, apa saja bidang sukan. Untuk menjadi cemerlang dalam sukan, kuncinya ialah mesti berdisiplin, buat latihan yang cukup, ikut arahan jurulatih.Jangan malu-malu menuntut ilmu






HENDRO RETNO WULAN, BANGGA MEWAKILI INDONESIA

Tags



HENDRO RETNO WULAN, BANGGA MEWAKILI INDONESIA

Kalau tidak menjadi diplomat, mungkin Ibu Hendro Retno Wulan menjadi ahli bahasa. Melalui keahlian dalam bahasa, saya bisa ketemu banyak orang.Jalan-jalan ke banyak negara,Berinteraksi dengan banyak orang.Bisa berkomunikasi dengan mereka. Dengan berinterkasi dan berkomunikasi, pengalaman bisa luas.Kuncinya bahasa. Melalui bahasa kita bisa terkoneksi satu sama lain. Itulah cita-cita masa kecil saya.Mahu menjadi ahli bahasa, “ katanya santai ketika di temui di pejabatnya di Ibu Negeri.

Hendro Retno Wulan lahir sebagai anak bungsu dari 12 bersaudara di Surakarta pada May 1973. Beliau menerima pendidikan awal SD Balapan dan melanjutkan pelajaran menengah di SMA 2 Solo. Ibu Wulan kemudian mengikuti kuliah di Universitas 11 Maret dan lulus Sarjana Muda S1 pada 1997 dalam jurusan program bahasa Inggeris . Beliau kemudian terpilih mengikuti latihan Diplomat Muda di Sekolah Dinas Luar Negeri . Kemudian terpilih melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Indonesia (UI) pada tahun 2001. Selama 18 tahun dalam kerjayanya sebagai diplomat,Ibu Wulan pernah ditugaskan sebagai Konsul Bidang Ekonomi di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Los Angeles USA (2001-2004) , Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Frankfurt Jerman (2009-2010) sebagai konsul Hal Ehwal Protokol dan kini di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) sejak Julai 2015.

Beliau juga pernah mengikuti Latihan Junior Diplomatic Training/Caraka Muda II pada 1997, Mid Career Diplomatic Training (Sesdilu 38) pada 2008 dan Senior Diplomatic Training/Sespa 50 pada 2014. Selain itu, Ibu Wulan pernah mengikuti kursus seperti Course in Managing Foreign Policy Making in Indonesia for Mid Career Diplomat from Indonesia oleh Clingendael Institute, Netherland pada 31 Oktober hingga 28 November 2007, Course in Senior Diplomatic Leadership Programme oleh Japan International Cooperation Center (JICE) di Tokyo, Jepun 2013 dan Kursus `Certified Human Resources Programme dalam tahun 2012.

Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang untuk menemubual Ibu Wulan di pejabatnya di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Lorong Karamunsing mengenai pengalamannya sebagai diplomat Indonesia di luar negeri. Ikuti petikan wawancara bersama Ibu Wulan:

UB: Sepanjang 18 tahun karier dalam bidang diplomatik, dimana Ibu Wulan di tugaskan sebelum ini?

IBU WULAN: Saya ditugaskan di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Los Angeles Amerika Syarikat pada tahun 2001 hingga 2004 sebagai konsul ekonomi. Kemudian pada tahun 2009 hingga 2010, saya bertugas di KJRI Frankfurt Jerman sebagai Konsul Hal Ehwal Protokol dari tahun 2009 hingga 2010 dan kini bermula Julai 2015 hingga kini, bertugas di KJRI Kota Kinabalu sebagai konsul ekonomi.

B: Apa pengalaman menarik sepanjang bertugas di Amerika Syarikat?

IBU WULAN: Banyak pengalaman menarik sewaktu bertugas di Los Angeles. Kebetulan ketika itu terjadi peristiwa serangan terhadap WTC di New York. Saya hanya menyaksikannya di TV. Los Angeles jauh dari New York. Rasanya seperti tidak percaya melihat pesawat menabrak menara WTC. Rasa tidak percaya bagaimana ia berlaku di tempat yang relatif aman.

UB: Berapa jumlah masyarakat Indonesia di sana?

IBU WULAN: Terdapat kira-kira 15,000 warga Indonesia di Los Angeles. Kebanyakannya bekerja dalam bidang profesional. Banyak juga bidang `nursing’ atau kejururawatan. Mereka bekerja menjaga orang-orang tua yang tidak mahu dikirimkan ke rumah warga tua. Dalam bidang ini, tenaga Kerja Indonesia bersaing dengan filipina.

UB: Tentu sukar mendapatkan makanan Indonesia di luar negeri.

IBU WULAN: Tidak menjadi masalah bagi saya. Kerana saya suka masak. Kadang saya resepi makanan di `google’. Kemudian saya masak sendiri. Kalau ada tetamu dari luar negeri, kami biasanya membawa mereka ke restoran Ramayana, Dekat KJRI di Los Angeles, terletak berdekatan Korea Town.



UB: Selepas itu, Ibu Wulan bekerja dimana?

IBU WULAN: Selepas tiga tahun di Los Angeles, saya kembali ke Jakarta. Bertugas di Kementerian Luar Negeri di Jakarta dari tahun 2005 sebelum ditugaskan di Frankfurt Jerman selama dua tahun bermula tahun 2009.



UB: Mungkin ada pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan sewaktu bertugas di Frankfurt?

IBU WULAN: Sewaktu di Frankfurt, saya bertugas sebagai konsul di bahagian hal ehwal protokol. Bertugas sebagai konsul di bahagian protokol, adalah satu tugas yang sangat mencabar. Kebanyakan masa terpaksa dihabiskan di luar. Ia menjadi tempat persinggahan pemimpin-pemimpin dan pegawai tinggi yang bertugas di luar negara. Apatah lagi Frankfurt adalah tempat transit sebelum mereka melanjutkan perjalanan ke New York, Nairobi, England , Itali dan sebagainya.

Sebagai seorang petugas bahagian protokol, saya sentiasa bersiap sedia menerima kedatangan mereka.Kadang-kadang ada situasi yang agak mendadak misalnya pesawat tidak boleh terbang. Salju turun tidak bisa berangkat. Walaupun kadang-kadang merepotkan tetapi bertugas di bahagian protokol juga sangat menarik. Saya dapat berhubung dengan pegawai-pegawai tinggi, menteri hingga presiden. Malah saya pernah bertemu dengan Pak Habibie dan Ibu Ainun.

UB: Wah bertuahnya. Siapa diantara yang pernah ibu temui?

IBU WULAN: Saya anggap ini satu previlege. Satu previlege saya dapat berkenalan dengan oemimpin seperti Pak Habibie, Menteroi Sri Mulyani, Mari Pangestu,Mantan Gubernur Bank Indonesia, Miranda Goeltom, Jowuno Sudarsonio Menteri Luat Negeri, Ibu Retno sewaktu beliau masih di Kemlu, Pak Marty, Hassan Wirayuda. , Ibu Retno sendiri adalah seorang yang suka merendah diri.’down to earth’ Meskipun posisinya tinggi. Walaupun melelahkan tetapi menarik.

UB: Kemudian dimana ditugaskan?

IBU WULAN: Selepas menghabiskan masa tugas di Frankfurt, saya ditugaskan Bahagian Sumber Manusia Biro Kepegawaian di Jakarta. Cukup lama di bertugas di Jakarta. Dari tahun 2010 hingga 2015. Saya bersyukur kerana saya dapat melanjutkan pendidikan dalam bidang diplomatik. Saya sudah tamat dalam pendidikan diplomatik pada 2014. Kemudian saya ditugaskan di Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu sejak Julai lepas hinggalah sekarang.

UB: Apa komen ibu mengenai media sosial

IBU WULAN: Saya menggunakan media sosial. Saya yakin media sosial boleh menjadi medium untuk berkomunikasi. Melalui media sosial kita dapat memperkenalkan hal-hal menarik mengenai Sabah. Kita jadi tahu di mana lokasi makan yang menarik. Media sosial boleh dimanfaatkan . Selain itu kita dapat mengenalkan Indonesia kepada lokal di sini.

UB: Apa hobi Ibu di masa lapang?

IBU WULAN: Saya suka melukis.Malah pernah sering mengikuti pertandingan melukis sehingga SMA. Kalau saya melukis, kadang kadang sampai lupa makan. Tapi kemudian

UB: Apa cita-cita Ibu sewaktu kecil?

IBU WULAN: Saya mahu jadi ahli bahasa. Melalui keahlian dalam bahasa, saya bisa ketemu banyak orang.Jalan-jalan ke banyak negara,Berinteraksi dengan banyak orang.Bisa berkomunikasi dengan mereka. Dengan berinterkasi dan berkomunikasi, pengalaman bisa luas.Kuncinya bahasa. Melalui bahasa kita bisa terkoneksi satu sama lain. Itulah cita-cita masa kecil saya.Mahu menjadi ahli bahasa.

UB: Apa perasaan ibu selepas berkhidmat

IBU WULAN: Saya bangga mewakili Indonesia.Sepanjang kerjaya dalam bidang diplomatik sejak 1997 , saya bangga mewakili Indonesia.




JAME ALIP, BELAJAR MENGGUNAKAN PELITA,BERSARA SEBAGAI PENGARAH

Tags








JAME ALIP, BELAJAR MENGGUNAKAN PELITA,BERSARA SEBAGAI PENGARAH



SELEPAS memegang jawatan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah selama tiga tahun bermula 4 Mac 2013 hingga 29 Mac 2016, Datuk Jame Alip akhirnya memasuki usia persaraan. Banyak kenangan pahit manis sepanjang kerjayanya dalam bidang pendidikan yang diceburinya sejak tahun 1978. Bermula dari seorang anak kampung yang miskin, hanya menggunakan cahaya lampu pelita untuk belajar, tetapi berkat ketabahan dan kegigihannya , akhirnya beliau berjaya mendaki tangga demi tangga sehingga dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Bagaimanapun, Datuk Jame Alip terpaksa mengakhiri legasinya di Jabatan Pendidikan selepas memasuki usia persaraan wajib.



Datuk Jame Alip lahir di Tenghilan, Tuaran pada 30 Mac 1956. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tenghilan sebelum meneruskan pelajaran Menengah di ST James Junior Secondary School Linsuk dari tingkatan 1 hingga 3 (1969-1972). Selepas itu, Jame menuntut di SMK Tamparuli dari tingkatan 4 hingga 5 (1973-1974). Setelah tamat persekolahan, memasuki Maktab Perguruan Gaya dan berjaya mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1976-1977. Sebaik keluar maktab, beliau ditempatkan di SMK Mat Salleh,Ranau (1978-1981). Tidak lama kemudian Jame melanjutkan pelajaran di Southern Illinois University (SIU) di Carbondale sehingga mendapat ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang sejarah dan (MA) dalam bidang sejarah dan pengurusan pendidikan pada tahun 1981-1985. Sekembalinya ke tanahair, beliau bertugas di SMK Arshad Kota Belud (1986-1990) dan pernah menjadi Ketua Disilpin dan kemudian menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada tahun 1990, beliau menjadi pengetua pertama dan pelopor SMK Pekan Kota Belud yang baru dibuka, Selepas itu, Jame dilantik sebagai pengetua SMK Taun Gusi (1991-1995). Kerjanya menapak setingkat lagi, apabila dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) merangkumi Kota Belud, Ranau, Pitas ,Kota Marudu dan Kudat (2001-2003). Kemudian beliau dilantik pula sebagai Pegawai Pelajaran Gabungan KOBTAR, Kota Belud, Ranau, Tamparuli (2003-2005) Pada September 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Nazir Negeri Perak dan merupakan orang Sabah pertama dinaikkan pangkat ke DG52. Pada tahun 2006-2008, beliau dilantik Pengarah IPG Keningau. Pada Ogos 2009, beliau dinaikkan pangkat ke JUSA C dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kurikulum di Kementerian Pelajaran. Jame kemudian dilantik Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 4 Mac 2013 hingga 29 Mac 2016 beliau menjawat jawatan Pengarah Pendidikan Sabah. Atas jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan bintang kebesaran Negeri Sabah iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk, KMN (Kesatria Mangku Negara) dari Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) dan Bintang Setia Kinabalu (BSK).



Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN sempat menemubual Datuk Jame Alip di pejabatnya di Wisma Pendidikan Likas pada hari terakhir sebelum beliau bersara secara rasmi pada 29 Mac 2016. Ikuti petikan temubual bersama beliau di celah-celah kesibukannya mengemaskan barang-barang di pejabatnya sebelum melangkahkan kaki setelah berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah selama tiga tahun sejak 4 Mac 2013.





UTUSAN BORNEO: Sepanjang tiga tahun memegang jawatan Pengarah, bolehkah datuk beritahu kami, apa perkara yang datuk perkenalkan sepanjang tempoh itu?

JAME: Sepanjang saya menjawat jawatan Pengarah, antara perkara yang saya perkenalkan ialah Mesyuarat setiap pagi Isnin, memperkenalkan konsep back to basic (guru mengajar Murid Mengajar”. Kita merekacipta logo Guru mengajar Murud Belajar”, Mencipta lagu semangat bagi warga pendidik, iaitu 1 Agenda 1 Impian, pada tahun 2013, Lagu Barabis (2015) dan Sian Bani Manang (2015),



Selain kita juga memperkenalkan konsep CCTI, Memperkasa amalan PDCA. Kita juga adakan Program Menggapai Kinabalu (2014). Kita juga mengamalkan konsep mesra media, memperkasa program Guru Penyayang, Memperluaskan pelaksanaan EKSA ke semua 24 PPD dan juga sekolah,memperkenalkan Adab Murid menghormati guru, Mencipta dan Memperkenalkan Logo Baru JPN Sabah, Memperkenalkan English day setiap Selasa di JPN Sabah dan memperkenalkan lawatan ke rumah murid.



UB: Ramai yang memuji amalan pentadbiran yang Datuk perkenalkan ketika berkhidmat sebagai pengarah?

JAME: Antara amalan pentadbiran yang saya perkenalkan ialah Memperkenalkan dan memperkukuhkan “follow up & follow through”. Kedua, saya juga menitikberatkan `engagement’ antara pegawai-pegawai JPN Sabah sebelum membuat keputusan.Ketiga, Kita juga mengamalkan konsep lebih kepada “membantu dan mempermudahkan “keputusan yang dibuat untuk stakeholder.Keempat, kita juga mengetengahkan potensi staf bawahan ke peringkat atasan.

Kelima, saya juga memperkenalkan budaya ‘mengambil peduli dalam semua perkara,” Keenam, kita juga meremajakan kembali pendidikan negeri Sabah melalui program Kupi Kupi bersama Pengarah.Ketujuh, kita juga memperkasakan sistem keselamatan sekolah dengan mengadakan pemantauan sistem keselamatan `guard’ di sekolah-sekolah atau asrama.

Kelapan, kita mengadakan program Jelajah Jerayawara untuk turun padang menyampaikan amanat JPNS mengenai kejayaan/cabaran yang dihadapi , sasaran KPI, harapan JPN dengan tujuan semua warga pendidik sehati sejiwa melaksanakan misi dan visi JPNS.



UB: Boleh ceritakan sedikit apa cabaran yang dihadapi?

JAME: Banyak cabaran yang dihadapi sepanjang menjadi Pengarah, tapi kita berjaya menanganinya. Dari segi peperiksaan UPSR, umpamanya, sebelum ini prestasi Peperiksaan UPSR di bawah 50 peratus, ini sudah berjaya kita tingkatkan. Ada banyak juga cabaran yang kita hadapi tetapi kawalan kita sebagai manusia.Antaranya sekolah sekolah ditutup kerana banjir, banjir, kebakaran yang melibatkan sekolah seperti SK Gadong Beaufort dan SK pekan Kiulu tahun 2013, Ribut yang menerbangkan bumbung SK Matupang tahun 2014, Sekolah sekolah yang terhejas akibat gempa bumi 5.9 skala richter yang berlaku pada 5 Jun 2015. Semua ini menjejaskan pembelajaran anak-anak sekolah. Tetapi semunya dapat kita atasi dengan baik.



UB:Boleh sebutkan antara kejayaan yang dicapai setelah sepanjang tiga tahun itu?

JAME: Antara kejayaan yang kita perolehi , ketika saya menjadi Pengarah ialah kita berjaya meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Terdapat banyak peningkatan. Dalam perkhidmatan, kita juga boleh berbangga kerana pengetua-pengetua Sabah adalah yang teramai menerima tawaran baru iaitu 17 sekolah menengah dan 38 sekolah rendah.



UB: Dalam bidang ko kurikulum, khabarnya banyak wakil dari Sabah yang menang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Boleh sebutkan, apa kejayaan yang diperolehi.

JAME: Sebenarnya, banyak kejayaan yang kita perolehi.Salah seorang pelajar kita, Jail Omar dari SMK Nabawan 2 berjaya menduduki Naib Johan Merejam Lembing 6th ASEAN School Games 2014, Ezeye Grenggori dari SMK Mat Salleh Ranau menduduk tempat ketiga Pertandingan Rentas Desa, Ulan Batur, Mongolia.

Kita juga turut berbangga kerana ciptaan pelajar SM St Michael terpilih ke Romania, Selain iyu kita juga mengambil bahagian dalam World Robot Olympiad Russia 2014, SMK Pengiran Omar Sipitang menjadi Best Collaboration Award FI in School,, SMK Tamparuli jadi Johan Petronas All About Youth, SMK Tenghilan jadi Johan Toyota Eco Youth, SMK Benoni menang Contemporary Imagery Award “Just Click It” Global Contest 2-15 Award KWN, SMK Sanzac muncul Johan Codeasean, , Sabah juga muncul Juara Kadet Bomba dan Penyelamat





UB: Boleh ceritakan apa ya ng menjadi fokus utama Datuk ketika bertugas sebagai pengarah?

JAME: Ketika saya menjadi pengarah, antara yang kita fokuskan ialah peningkatan Prestasi Peperiksaan Awam, dengan meletakkan KPI UPSR 2.20 (GPN) dan 65 % Lulus manakala KPI SPM 4.70 (GPN) dan 92 Peratus lulus.Selain itu, kita juga memberi perhatian kepada Linus 2.0, ketiga, pembelajaran Abad ke 21,District Transformation Programme (DTP), Pemantapan kepimpinan dan pengurusan Sekolah melalui PKS-SKPM, Meningkatkan Sekolah-sekolah Band 1 dan 2, Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti di JPN dan PPD Sabah,Pengurangan Kadar Ponteng di kalangan murid sekolah,, pembangunan sukan dan kokurikulum,Peningkatan penguasaan asas pendidikan Islam Sekolah Rendah, Pemantapan Pematuhan Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan Awam dan Pengurusan PBS, Memantapkan Golongan Pendidik dan AKP melalui Program Psikolgi dan Kaunseling



UB: Selepas bersara, apa perancangan Datuk?

JAME: Saya akan terus berbakti kepada masyarakat.


DATUK DAHALI DAN BELIA , NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Tags
DATUK DAHALI DAN BELIA , NAMA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN


SEPANJANG 35 tahun dalam perkhidmatan kerajaan, nama Datuk Haji Mohd Dahali Haji Matsin hampir sinonim dengan pembangunan belia di negeri ini. Sebut nama Haji Dahli, serta merta tergambar di penglihatan kita mengenai belia. Namanya sukar dipisahkan dengan program dan kegiatan-kegiatan belia di negeri ini.

Datuk Haji Mohd Dahali Haji Matsin dilahirkan di Kampung Ulu Putatan pada 9 Mei 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Government Primary School (GPS) Buit Hill Putatan dari tahun 1961 hingga 1966. Pada tahun 1967, beliau memasuki GovernmentSecondary School Kota Kinabalu pada 1967 hingga 1973. Beliau memperolehi Ijazah Bachelor of Science (Sosiologi) pada 1986 dan kemudian melanjutkan pelajaran hingga mendapat Master in Public Administration dari Indiana State University, Terre Haute Indiana, USA 1987.

Beliau berkhidmat selama 35 tahun sebagai pegawai kerajaan sebelum bersara pada Mei 2015. “Hari ini genap setahun saya bersara dari perkhidmatan kerajaan,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Sepanjang tempoh perkhidmataannya sebagai kakitangan kerajaan beliau pernah menjadi Ketua Kerani di MUIS (1973-1979), Pembantu Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah,(1979-1989) beliau dilantik sebagai Pegawai Belia dan Sukan dan ditugaskan sebagai Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, (1989-1996), Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah (2001-2003), dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JBS dari tahun 2003-2007. Kemudian beliau ditukarkan sebagai Pengarah Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson (2007-2008), Pengarah Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) (2008-2012). Datuk Dahali ditukarkan semula sebagai Pengarah Jabatan Sukan dan Belia (Persekutuan) Sabah pada 2011-2015. Pada 9 Mei 1955, beliau bersara daripada perkhdmatan kerajaan pada 9 Mei 2015

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN sempat menemubual Datuk Haji Dahali Haji Matsin di salah sebuah kafe terkenal di Jalan Gaya. Ikuti petikan temubual bersama beliau mengenai cebisan pengalaman yang dilaluinya

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit pengalaman masa persekolahan dulu? Dulu sekolah naik apa?

DATUK HAJI DAHALI HAJI MATSIN: Dulu saya jalan kaki saja dari rumah. Mana ada pakai kereta. Saya berjalan kaki melalui sawah padi dari Kampung Ulu. Sebenarnya sebelum saya masuk sekolah di Buit Hill, saya bersekolah di Petagas. Saya ikut cikgu Haji Mohd Yunin Arshad, dia yang bawa saya ke sekolah. Sebenarnya umur saya belum cukup waktu itu. Ketika bersekolah di Petagas itu, setiap pagi saya berjalan kaki dari rumah..Saya ikut jalan keretapi kira-kira 3 km dari rumah setiap hari.

Saya anak kedua dari empat adik beradik, dua lelaki dua perempuan. Ayah saya Haji Matsin Matasan dan Hajah Terbah Ahmad, hanya kerja kampung. Kehidupan masa itu aga susah. Selain bertani, kami jual telur ayam, jual ikan. Saya pernah ikut bapa saya jual ikan di pasar. Saya tahu kehidupan orang susah kerana saya juga pernah susah dahulu. Tapi dari segi makanan cukup . Tidak banyak yang kita beli kerana semua boleh kita boleh perolehi dengan mudah. Dulu Sungai Putatan, banyak ikan, banyak udang sungai. Saya biasa merambat atau menjala. Jadi tiada masalah untuk dapat ikan. Kami juga pelihara ayam. Sayur-sayuran tidak ada masalah.

Saya juga masih ingat. Kami ada pokok belunu. Pokok belunu itu buahnya besar. Isinya tebal, bijinya kecil. Buah belunu kami jual dan hasil jualan juga agak lumayan.


UB: Bagaimana keadaan kampung Ulu Putatan masa itu?

DHMDHM: Masa itu, kampung Ulu adalah sebuah kampung yang agak terpencil. Kami pula tinggal di tanah kebun. Masa itu hanya terdapat satu dua buah rumah. Rumah kami terletak di hujung-hujung kampung. Dari sanalah saya berjalan kaki ke sekolah, berjalan di tengah-tengah sawah padi. Begitulah rutin saya setiap hari.



UB: Selepas itu, dimana datuk bersekolah menengah?

DHMDHM: Selepas itu saya bersekolah di GSS Kota Kinabalu dari tahun 1967 hingga 1973 hingga lulus SPM. Antara rakan sekolah saya masa itu ialah Datuk Abdullah Said, Pendaftar UMS, Datuk Paiman Karim, Datuk Arsit Haji Sedi, Haji Salim Ibrahim, Asmara Haji Mohd Bilin, Juriah Pelasin, Ketua Wanita Piutatan, Rosimah Haji Zakaria, Normah Ag Tengah, Husin Jirat, Haji Ibrahim Haji Yunus dan lain-lain lagi.



UB: Oh ya, masa itu siapa yang selalu memberi galakan supaya datuk mengutamakan pelajaran?

DHMDHM: Ayah saya. Dia katakan cukuplah saya saja seorang yang susah.Saya tidak mahu anak-anak saya susah. Saya tidak mahu anak anak saya hidup susah katanya.Masa itu, Walaupun ibu bapa tidak sekolah, tetapi dia sentiasa menggalakkan agar anak-anaknya sekolah. Tanggungjawab mereka besar, mereka sentiasa memastikan anak mereka tidak ponteng sekolah. Kalau tidak pergi ke sekolah, dia akan cari dengan pemukul rotan. Kesedaran mereka begitu tinggi. Mereka sangat pentingkan pelajaran. Cukuplah saya satu orang yang susah. Saya masih mampu sekolahkan kamu.

Selepas lulus SPM , saya terpaksa bekerja.saya bekerja d Majlis Ugama Islam Sabah dari tahun 1973 hingga 1979, dari jawatan kerani hingga ketua kerani.



UB: Apa cita-cita datuk sewaktu kecil dahulu?

DHMDHM: Cita-cita saya sewaktu kecil ialah menjadi guru agama.. Mentaliti ketika itu, semua orang mahu anaknya jadi orang baik, orang berguna. Mungkin itu sebabnya sewaktu kecil, saya bercita-cita jadi guru agama. Kebetulan saya juga bersekolah agama. Sayang sekali sewaktu memohon untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Islamiah Tawau, saya tidak diterima masuk. Selepas tingkatan lima saya rasakan perlu mencari kerja untuk membantu adik-adik bersekolah. Saya memohon kerja dan dapat bekerja di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1974. Saya bekerja di MUIS sehingga 1979. Selepas itu, saya pindah kerja ke Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan.



UB: Bagaimana Datuk boleh pindah ke jabatan persekutuan sedangkan Datuk dari jabatan yang terletak di bawah kerajaan negeri? Bagaimana ceritanya?

DHMDHM: Ketika itu saya aktif dalam kegiatan dan program-program belia. Saya aktif dalam persatuan belia, persatuan Sanya, aktif dalam pengakap dan sebagainya. Kebetulan masa itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, Haji Lasim Abdul Rahman minta saya datang ke pejabatnya. Beliau menawarkan untuk saya pindah kerja ke Jabatan Belia. Saya pun memohon dan kemudian di interview. Pada 7 Julai 1979, saya mula bertugas di Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, dari jawatan Pembantu Belia dan Sukan dari tahun 1979-1989. Dalam tempoh itu iaitu tahun 1984 hingga 1987, saya melanjutkan pelajaran di Indiana State University, Terre Haute Indiana sehingga mendapat Bachelor of Sceince dalam bidang sosiologi pada 15 Ogos 1986 dan Master of Public Administration dari universiti yang sama pada 18 Disember 1987.

UB: Siapa rakan dari Sabah sewaktu menuntut di Amerima Syarikat?

DHMDHM: Ramai. Antaranya Saudara Kibin Haji Samad, kini setiausaha politik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, Pencetak Kerajaan, Datuk Hamzah Haji Zakaria, mantan Pegawai Daerah Kota Belud, Pengarah Protokol dan kini Setiausaha Agung USIA.







Kemudian saya dilantik sebagai Pegawai Belia dan Sukan dan ditugaskan sebagai Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, (1989-1996), Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (persekutuan) Negeri Sabah (2001-2003), Selepas itu, saya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JBS dari tahun 2003-2007. Kemudian saya ditukarkan sebagai Pengarah Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson (2007-2008), Pengarah Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) (2008-2011). Saya ditukarkan semula sebagai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah pada 2011-2015. Pada 9 Mei 2015 saya bersara selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan kerajaan.



UB: Mungkin Datuk boleh ceritakan serba sedikit pengalaman berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan kerajaan khususnya di Jabatan Belia dan Sukan?

DHMDHM: Sepanjang tempoh 35 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, saya pernah bertugas selama lebih 30 tahun termasuk menjadi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah selama lebih tahun dan Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah selama 2 tahun 3 bulan. Saya menjawat jawatan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan (Negeri Sabah) bagi kali keduanya pada 15 Januari 2011 hingga bersara wajib pada 9 Mei 2015 (empat tahun empat bulan) di dalam usia 60 tahun. Saya juga pernah bertugas sebagai Pengarah Akademik Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Port Dickson Negeri Sembilan selama dua tahun.

Sepanjang perkhidmatan saya, saya telah membantu mendapatkan peruntukan bagi membina Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) di Putatan dengan kos RM8 juta, salah satu kompleks belia terawal di Malaysia,pembinaan Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut dengan kos RM70 juta, pembinaan Kompleks Sukan Komuniti di Libaran dengan kos RM4 juta, pembinaan 159 buah gelanggang Futsal 1 Malaysia di seluruh Sabah dengan kos RM23.6 juta, pembinaan sebanyak 69 Gelanggang Futsal di seluruh negeri Sabah di bawah Ist Rolling Plan RM ke-10 dengan peruntukan RM10.3 juta dan pembinaan 15 gelanggang Futsal 1 Mukim dengan kos RM1.5 juta.

Selain itu, saya juga pernah dilantik sebagai Pengurus Pilihanraya bagi P.137 Putatan pada tahun 2004 di samping lain-lain pelantikan termasuk menduduki beberapa jawatankuasa yang dibentuk kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.



UB: Sebagai seorang yang banyak sumbangan terhadap pembangunan negeri dan negara ini, sudah pasti Datuk memperolehi banyak anugerah. Boleh sebutkan antaranya?

DHMDHM: Dalam tempoh perkhidmatan 35 tahun dengan kerajaan, saya dianugerahkan pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 1998, Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran `Datuk’ pada 5 Oktober 2013. Selain itu, saya pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Kerajaan Persekutuan ada tahun 2002.



Saya juga dianugerahkan pingat Peringatan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia pada 19 Mei 2014. Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dalam pembangunan Belia di Negeri Sabah, Majlis Belia Sabah (MBS) atas persetujuan Ketua Menteri selaku penaung Majlis Belia Sabah menganugerahkan Bintang Belia Perkara (B.B.P) iaitu Bintang Kelas Pertama dan tertinggi dalam Anugerah Majlis Belia Sabah pada 21 Disember 2014.



Di samping itu, saya juga menerima Pingat Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah (Anugerah Ketua Pengakap Negeri Sabah) sempena Malam Pengiktirafan dan Penghargaan Pengakap Negeri Sabah 22 Februrai 2015. Selain itu saya juga dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang Persekutuan Pengakap Malaysia pada 25 Februari 2015.

Saya juga ditauliahkan sebagai Penolong Pesuruhjaya RELA (Bersekutu) pada 24 Mei 2015.



UB: Apa prinsip Datuk dalam bekerja?



DHMDHM: Bagi saya kerja itu sebagai ibadah. Jangan kerja kerana bos, mahu memperlihatkan kepada bos.Kalau bos tak nampak, Allah SWT pasti nampak. Oleh sebab itu, bekerjalah bersungguh-sungguh.Jangan curi tulang. Jaga disiplin. Jika kita bekerja sebagai satu ibadah, kita akan bekerja untuk mendapat keredhaannya. Setiap kerja kita ada pahala. Bagi saya kerja adalah satu ibadah. Saya tidak kisah mengenai pengiktirafan. Mungkin kerana ketekunan dan komitmen, saya mendapat lima kali perkhidmatan cemerlang.



UB: Hobi Datuk di masa terluang? Boleh kongsikan?

DHMDHM: Saya suka kegiatan rekreasi. Program kembara alam seperti ke Maliau Basin, Tabin, Lembah Danum, Naik gunung dan sebagainya. Sekarang semenjak bersara, saya aktif sebagai Pengerusi JK Masjid Nurul Iman Putatan.



UB: Apa motto Datuk dalam hidup?

DHMDHM: Kalau mahu buat sesuatu kerja, buat betul-betul. Jika tidak dibuat betul betul, sudah tentu duit yang digunakan, masa yang digunakan akhirnya akan sia-sia. Anggaplah kerja itu satu ibadah.



UB: Terima kasih banyak Datuk kerana sudi meluangkan masa bersama Utusan Borneo untuk temubual Ruangan Sembang Sabtu ini.
DHDHM: Terima kasih banyak.












.


SAYA TIDAK PERNAH MIMPI JADI WARTAWAN, KATA HAJI HUSSAIN KASAU

Tags

SAYA TIDAK PERNAH MIMPI JADI WARTAWAN, KATA HAJI HUSSAIN KASAU

“SAYA tidak pernah bermimpi jadi wartawan,” kata Haji Hussain Kasau, seorang tokoh yang banyak terlibat dalam perkembangan sejarah di negeri ini. Mantan Setiausaha Perhubungan Awam di Kementerian Kewangan Sabah ini pernah menjadi pengarang di suratkhabar tempatan seperti Daily Ekspress dan Kinabalu Sabah Times. Beliau juga pernah menjadi pengarang bagi majalah Sinar USIA, dan beberapa buah majalah yang terbit di Kuala Lumpur seperti Sarina, Keluarga, Suara Rakyat, Suara Merdeka dan Kisah Cinta. “Semuanya terjadi secara kebetulan saja,” katanya sambil mengakui bahawa minatnya lebih banyak kepada sastera.. “Saya hanya ingin menjadi penulis”, kata penulis yang pernah menghasilkan kira-kira 41 cerpen, sebuah naskhah drama, 25 puisi dan kira-kira 15 esei kritikan dan novel Deru dan Debu. Kini beliau berjaya menyiapkan beberapa buah buku termasuk novel, buku biografi Datuk Haji Abu Bakar Titingan , travelogue Nusantara dan menyusun sepuluh buah buku koleksi ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang dikumpulkannnya ketika berkhidmat sejak tahun 2003 hingga 2013.

Sebagai wartawan, Haji Hussain pernah membuat liputan di Korea, Pattani, Arab Saudi, dan bersama rakan-rakannya pernah menemubual Juara Tinju Heavyweight Dunia, Muhammad Ali. Beliau berkawan rapat antaranya dengan Tan Sri A Samad Ismail, Sasterawan Negara Dato A Samad Said, Sutan Shahril Lembang dan Haji Subky Latif. Beliau juga pernah berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Mochtar Lubis (Wartawan terkemuka Indonesia), A Hashmy (Ulama dan Gabenor Aceh) HB Jassin (Paus Sastera Indonesia), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub (mantan Ketua Menteri dan TYT Sarawak) dan mengenali hampir semua pemimpin utama di negeri ini.



Namun Haji Hussain Kasau seorang personaliti yang suka merendah diri. Sebagai seorang tokoh yang lebih banyak berperanan di belakang tabir, beliau beberapa kali menolak untuk diwawancara. Namun hatinya agak terbuka sedikit selepas diumumkan sebagai salah seorang tokoh penerima Anugerah Persuratan sempena Mahrajan Kesenian dan Persuratan Nusantara di Membakut.



Haji Mohamad Hussain Kasau lahir pada 12 Februari 1949. Berkelulusan Malaysian Certificate of Education (M.C.E), personaliti yang dibesarkan di Tawau ini mula menceburi bidang penulisan pada tahun 1968. Beliau menggunakan nama pena seperti HUKS, Asgar Husain dan Hussain M Qasau, Haji Hussain juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan pernah menjadi Setiausaha Pertama Pertubuhan Belia Kebangsaan Sabah (Sanya ) Cawangan Kampung Titingan, Tawau. Beliau pernah terpilih sebagai pemenang Hadiah Pertama Penulis Cerpen Terbaik pada tahun 1969, Anugerah Penulis Cerpen dan Puisi Radio Malaysia Sabah (1973) dan banyak lagi.



Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual Haji Hussain Kasau di Putatan baru-baru ini mengenai pengalamannya dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak melibatkan diri dalam bidang seni sastera pada tahun 1968. Di samping itu,beliau juga menceritakan serba sedikit beberapa peristiwa sejarah penting di negeri ini, “hanya sedikit saja, kerana selengkapnya nanti ada dalam buku saya,” katanya yang makin bersemangat untuk menyiapkan penulisan untuk buku-bukunya.Wartawan Sasterawan yang juga seorang pencinta buku ini memiliki perpustakaan sendiri Arena Pustaka Subhan Amanna Gappa di Puncak Iqra Papar yang menyimpan lebih 3,000 judul buku. Ikuti petikan wawancara bersama beliau:





UTUSAN BORNEO (UB) : Di kalangan wartawan, bapak dikenali sebagai seorang wartawan. Di kalangan sasterawan bapak juga dikenali sebagai penulis. Baru-baru ini tuan juga terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Persuratan dan Kesenian Nusantara di Membakut. Apa komentar tuan?

HAJI HUSSAIN KASAU (HK): Sebenarnya saya sudah lama tidak berada dalam arus sastera perdana. Itu sebabnya saya agak terkejut apabila diberitahu bahawa saya terpilih sebagai seorang tokoh penerima Anugerah Tokoh Mahrajan Kesenian dan Persuratan Islam Nusantara yang diadakan di Membakut. Dari segi karya, saya menghasilkan sebanyak 41 buah cerpen, 20 hingga 25 buah puisi, kira-kira 15 esei kritikan, satu drama, buku biografi dan sebagainuya. Kini saya sedang menyiapkan buku travelogue, novel yang sudah lama disiapkan tapi dirombak semula, dan banyak lagi.

UB: Biasanya dimana bapak mendapatkan ilham untuk berkarya?

HK: Cerpen-cerpen yang saya buat 90 peratus adalah pengalaman peribadi. Saya fiksikan pengalaman nyata. Semua karya yang saya hasilkan adalah pengalaman peribadi yang nyata. Bukan rekaan. Namun saya sendiri tidak menyimpan karya-karya itu.Bagi saya, setelah karya itu dihasilkan ia adalah untuk masyarakat. Bukan untuk saya lagi. Sebahagian karya saya masih tersimpan di Arkib dan Pusat Dokumentasi di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

UB: Boleh ceritakan sedikit mengenai drama yang bapak hasilkan?

HK: Drama satu-satunya yang saya hasilkan ialah Kembali Ke Jalan Tuhan, yang dipentaskan di Panggung Kong Fah Tawau pada tahun 1968. Ia satu-satunya drama yang dipentaskan di panggung wayang. Pada malam pementasan itu, saya tempah panggung wayang itu untuk drama. Filem yang sepatutnya ditayangkan pada malam itu tidak ditayangkan untuk memberi laluan kepada pementasan drama. Anehnya pawagam itu penuh. Lebih banyak orang datang menonton drama daripada filem.Hasil kutipan tiket pun amat memberangsangkan. Dapat banyak pendapatan.Semua tempat duduk saya bayar penuh. Saya juga mampu bayar honorarium kepada pelakon. Itulah kenangan yang sukar terulang.Untuk pertama kalinya saya tampilkan pelakon mengaji di atas pentas. Saya menyelitkan banyak agama dalam drama itu. Ada selingan muzik.

UB: Apa anugerah yang pernah bapak perolehi?

HK: Saya pernah terpilih sebagai pemenang Hadiah Pertama Penulis Cerpen Terbaik pada tahun 1969, Hadiah Sastera sajak 1972, Anugerah Penulis Cerpen dan Puisi Radio Malaysia Sabah (1973) dan banyak lagi.

UB: Oh ya. Bagaimana bapak mula terlibat dalam bidang kewartawanan?

HK: Semuanya terjadi secara kebetulan. Waktu itu saya berkunjung ke Daily Ekspress untuk berjumpa rakan-rakan. Masa itu saya sudah menulis sedikit. Tiba-tiba telefon berdering. Pemanggil menyatakan bahawa Saidi Lampoh ketika itu penolong pengarang kepafda Herman Noor Ayub dikehendaki polis. Saidi ditangkap gara-gara puisi. Saya yang sedang berkunjung itu diminta untuk ambil alih tempat Saidi untuk menggantikan beliau buat sementara. Saya sebenarnya tidak mimpi dunia kewartawanan. Saya hanya mahu menjadi penulis.Minat saya kepada sastera saja.

Begitu saja saya menjadi seorang wartawan secara kebetulan. Saya yang duduk duduk bersembang ketika itu diminta tolong ambil alih tugas Saidi. Setelah satu bulan begitu, Saidi yang sudah marah sangat dengan Tun tidak meneruskan tugasnya sebagai pembantu pengarang. Saya terpaksa meneruskan tugas sebagai pengarang.



UB: Lama bertugas di sana?

HK: Tidak lama. Satu hari saya melakukan kesilapan menyiarkan ucapan Tun. TS Hamid menghantar teks ucapan itu kepada saya. Sepatutnya ucapan itu embargo. Saya tidak diberitahu. Saya siarkan ucapan itu di muka depan Daily Ekspress, padahal Tun Mustapha ketika itu belum berucap lagi. Kemudian saya dipanggil, dapat arahan daripada Tun. Saya pun pergi dengan rasa takut. Saya tidak dihukum sebaliknya diminta membantu Allahyarham TS Hamid di Sinar USIA dengan gaji kira-kira RM1,000 sebulan. Satu jumlah yang besar ketika itu. Saya bantu TS Hamid dan menjadi pengarang bahagian Bahagian Bahasa Melayu. Masa itu pengalaman tidak ada. Terpaksa belajar. Di Sinar USIA, saya selalu menulis rencana editorial. Saya pernah tulis satu rencana bahawa tidak ada pertentangan agama antara Muslim dengan bukan Muslim. Begitu kira-kira tajuknya. Masa itu, Prof MT Kandil sudah berada di USIA. Beliau panggil saya, Hussin, tulisanmu terlalu jauh ke hadapan, jangan menulis begini. Kerana merasa kurang selesa saya berhenti.



UB: Ketika bekerja di Sinar USIA itu mungkin banyak pengalaman yang diperolehi?

HK: Banyak pengalaman ketika bekerja di USIA. Masa itu saya tinggal di Sembulan. Tan Sri Pandikar Amin (Speaker Dewan Rakyat) Tun Juhar (TYT sekarang) selalu pergi ke rumah saya di Sembulan sepulangnya mereka dari England. Saya selalu mendapatkan inspirasi dari perbincanganperbincangan itu. Dari sana saya berkembang. Saya ingat dari anak Semporna yanhg belajar dari London, Abdul Rahman dari Sipitang, juga belajar dari London yang sering singgah rumah. Dari pergaulan-pergaulan dengan mereka saya berkembang.

UB: Selepas berhenti dari USIA, dimana bapak bekerja?

HK: Saya berhijrah di Kuala Lumpur dan bekerja di sana. Saya menjadi pengarang Sarina, Keluarga dan Kisah Cinta. Di Kuala Lumpur, saya berkawan rapat dengan Haji Subky Latiff, seorang wartawan tersohor. Selain itu, ketika bekerja di sana, saya berkawan rapat dengan Tan Sri A Samad Ismail, Dato A Samad Said, sasterawan Negara dan Sutan Shahril Lembang. Selepas A Samad Ismail ditangkap, saya menderita. Dua minggu saya diinterogasi oleh Polis, haru hari mereka datang untuk bertanya hubungan saya dengan pak samad. Saya dituduh sosialis juga. Akhirnya saya jadi berkawan dengan Inspektor Zainudin yang menyiasat saya. Selepas bersara beliau tinggal di Labuan.
UB: Mungkin banyak pengalaman ketika bertugas sebagai wartawan. Boleh ceritakan sedikit?

HK: Ketika menjadi wartawan, saya pernah meliputi lawatan Juara Heavyweight Dunia Muhammad Ali di Kota Kinabalu pada tahun 1973. Itu antara pengalaman manis ketika menjadi wartawan. Saya pernah juga terpilih untuk membuat liputan mengenai penerbangan Haji dari Sabah pada tahun 1975. Tapi saya hanya sampai di Jeddah saja pada masa itu. Tidak ikut menunaikan haji..



Satu lagi ialah ketika saya terpilih sebagai wartawan Sabah dalam penerbangan pertama Mas ke Seoul Korea pada 1979.

UB: Boleh ceritakan sedikit pengalaman di Korea?

HK: Sesampainya di Korea, saya dapat jemputan dari Kedutaan Korea. Saya dipanggil kerana dalam pasport saya dinyatakan bahawa saya bekerja sebagai wartawan. Rupanya mereka meminta saya agar menulis baik baik mengenai Korea. “Tulis bagus-bagus mengenai Korea” katanya. Saya berada di Korea untuk menghadiri Perasmian Masjid dan mengikuti seminar Minoriti Islam. Mulanya saya sendiri yang mendapat jemputan untuk menghadiri program di sana. Tetapi kemudian pemergian saya itu tidak menyenangkan setengah pihak. Akhirnya pemergian saya di sana ditanggung oleh kerajaan dan diberikan wang poket USD3000.

Satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika tiba di Hong Kong. Ketika check in di Hotel, saya mendapat keistimewaan terlebih dahulu dan dipanggil lebih dulu kerana di pasport saya tertulis journalist.

UB: Apa kesan terhadap arwah Tun Mustapha?

HK: Sebenarnya saya tidak banyak mengenalinya secara rapat kerana beliau banyak berada di luar negara masa itu. Beliau seorang yang luar biasa. Seorang karismatik. Berada di hadapannya kita rasa kaku dan kelu. Melihat wajahnya saja, kita merasakan betapa beliau seorang yang karismatik.



UB: Bagaimana pula mula perkenalan dengan Datuk Musa (Datuk Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah).

HK: Saya berkenalan dengan beliau secara kebetulan. Ketika itu saya membantu Allahyarham K Bali untuk menyiapkan Buletin Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS). Saya tulis satu artikel. Artikel itu menarik perhatian Datuk Musa yang ketika menjadi Yang Di Pertua DPBS. Beliau mencari saya kerana artikel yang saya tulis itu. Sejak itulah saya mula mengenali beliau sebagai seorang yang amat baik, berwawasan dan penuh komited.

UB: Selepas bersara, apa yang bapak lakukan mengisi masa lapang?

HK: Saya banyak mengembara jelajah Nusantara. Saya menyiapkan beberapa buah buku termasuk novel saya yang saya sunting semula, buku perjalanan, biografi Datuk Abu Bakar Titingan dan buku Kumpulan Ucapan Datuk Musa Haji Aman dari tahun 2003 hingga 2013 sebagai hadiah saya kepadanya.

UB: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Sebagai seorang wartawan pasti punya segudang pengalaman yang menarik.

HK: Saya sebenarnya tidak pernah bermimpi menjadi wartawan. Minat saya kepada sastera. Saya hanya mahu menjadi penulis saja.

UTUSAN BORNEO 28. 5.2016

SEPULUH PESAN KONGMING KEPADA PUTERANYA

Tags
SEPULUH PESAN KONGMING KEPADA PUTERANYA

JIKA tidak ada ketenangan, kita tidak akan mampu merancang masa depan dengan efektif. Ketenangan adalah sebuah kekuatan. Ketika kita berfikir dengan tenang, barulah kita boleh mengembangkan jiwa raga.

Kita haruslah memiliki kekuatan ketenangan, kata Kong Ming, seorang ahli strategi perang Kerajaan Shu, salah seorang dari enam Perdana Menteri Terhebat dalam sejarah Cina. Kong Ming atau Zhuge Liang atau Zhuge Kongming, terkenal dalam sejarah Cina sebagai seorang ahli strategi perang pada abad ketiga (181-234).

Dalam buku Kumpulan Karya Militer Klasik karya Yanuardi G Soebiono, saya mendapati buku ini bukan setakat bermanfaat untuk strategi politik, ekonomi, bermanfaat juga dalam pergaulan selain mengandungi banyak kata-kata nasihat yang boleh kita renungkan.

Salah satu ahli strategi perang Cina iaitu Kongming nama julukannya Wo Long memberikan nasihat kepada salag seorang puteranya mengenai sepuluh kekuatan yang perlu dia kuasai. Kekuatan yang perlu dimiliki untuk menang dalam kehidupan.

Yang pertama sekali ialah kekuatan ketenangan. Jika kita berfikir dengan tenang, kita dapat membuat perancangan masa depan dengan lebih baik, katanya.

Selain itu, persyaratan utama pendidikan ialah memiliki suasana tenteram. Walaupun orang pada zaman sekarang sibuk seharian, sebaiknya di dalam kesibukan itu, kita dapat menenangkan diri merenung sejenak arah kehidupan manusia.



Kekuatan kedua ialah kekuatan berhemat. Kongming yang selalu dilukiskan memakai jubah dan memegan kipas yang terbuat dari bulu burung bangau menasihatkan anaaknya untuk kuat berjimat.Kekuatan berhemat atau berjimat cermat adalah penting untuk pembinaan moral diri sendiri. Kita dapat mengatur dengan lebih saksama pendapatan kita ketika berbelanja atau mengeluarkan wang. Ini membolehkan kita terlepas dari kerusauan berhutang. Selain itu, ia boleh mendidik kita hidup dengan sederhana dan berdisiplin dan tidak diperhambakan oleh material atau kebendaan. Dalam masyarakat beradab yang merangsang orang untuk berbelanja, apakah kita pernah terfikir manfaat untuk berhemat.

Kekuatan ketiga yang disebut oleh Kongming adalah kekuatan untuk membuat perancangan. Beliau menasihati puteranya bahawa untuk menjalani kehidupan perlu ada perancangan. Kita jangan terlalu mengutamakan nama dan kepentingan, supaya kita dapat memahami tujuan hidup diri sendiri.

Dalam menghadapi masa depan, kita mesti ada idealisme, misi dan visi, atau pandangan hidup sendiri.



Kongming menasihati pueranya mengenai kekuatan keempat, iaitu kekuatan belajar. Suasana yang tenang, sangat bermanfaat dalam belajar, suasana jiwa yang tenang dan damai maka kita semakin dapat melipat gandakan hasil yang kita pelajari.



Kekuatan kelima ialah kekuatan nilai tambah. Dalam hidupnya harusnya kita ada nilau tambah. Kita harus mempunyai tekad.Jika kita tidak mahu belajar bersungguh-sungguh kita tidak boleh menambah keterampilan diri diri sendiri. Dalam belajar, tekad dan ketabahan sangatlah penting. Jika tekad kita lemah, atau kekurangan tekad, kita boleh gagal di tengah jalan. Kita mesti memiliki kekuatan untuk dapat bertahan hingga akhir.

Kekuatan keenam yang harus dimiliki ialah kekuatan kecepatan. Dia mengingatkan puteranya agar jangan membuang masa atau melengah-lengahkan waktu untuk menyelesaikan sesuatu masalah penting dengan cepat.Kita mestilah lebih cepat satu langlah daripada orang lain.Sekiranya kita lebih awal atau lebih cepat dari orang lain, sudah tentu kita mempunyai banyak masa untuk mengulangkaji dan memperbaikinya.

Kekuatan ketujuh ialah kekuatan watak atau keperibadian.Apabila terlau terburu nafsu kita tidak akan dapat menempa atau membentuk watak kita. Fikiran mempengaruhi tindakan, tindakan mempengaruhi kebiasaan, kebiasaan mempengaruhi watak dan watak mempengaruhi nasib. Kita harus gigih dalam mengerjakan sesuatu.

Kekuatan kelapan ialah kekiatan waktu.Kepada puteranya beliau berpesan agar menggunakan waktu yang ada di masa muda, bagi mengelak nestapa di hari tua. Semua orang katanya diberikan masa 24 jam setiap hari, tidak lebih tidak kurang, dan kita harus bujak mengatur masa dan memanfaatkan setiap saat dan setiap ketika.. Jangan pernah membuang masa.

Kekuatan kesembilan ialah kekuatan daya imaginasi. Kita mesti mempunyai persiapan mentalsetiap saat dan harus bersedia untuk menghadapi hal yang tidak terduga. Ini penting supaya kita tidak mudah panik jika diancam bahaya. Daya imaginasi lebih berperanan dibandingkan ilmu pengetahuan. Sudahkah kita berfikir bertitik tolak dari yang makro dan menyusulinya atau secara mikro?

Kekuatan kesepuluh ialah kekuatan kata. Selembar surat Kongming kepada anaknya hanya menggunakan 86 aksara, dan dengan ringkas pesan beliau dapat disampaikan. Ungkapan yang sederhana bersumber dari fikiran yang jernih.Tidak terlalu bertele-tele sehingga memnbuatkan orang jemu.Komunikasi yang sederhana, hasilnya lebih lebih efektif, kata Kongming dalam buku Seni Perang yang saya baca sambil minum kopi itu.