Monday, June 20, 2016

SABAH NEGERI TENTERAM, RAKYATNYA PERAMAH, KATA PAK THOSO PRIHARNOWO







SABAH NEGERI TENTERAM, RAKYATNYA PERAMAH, KATA PAK THOSO PRIHARNOWO,

Lakukan yang terbaik dan setelah itu, usah fikirkan lagi, kata diplomat muda, Thoso Priharnowo. Dalam setiap tugasan yang diberikan, saya sentiasa memastikan untuk melakukan yang terbaik.kata Pak Thoso yang akan mengakhiri masa tugasnya di Sabah pada Julai ini setelah tiga tahun berkhidmat sebagai Konsul Ekonomi di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu.

Pak Thoso Priharnowo, SE,MPP lahir di Jakarta pada 12 Januari 1980,. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 05 Petang di Jakarta Utara kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 116 Jakarta Utara. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Umum (SMU) Negeri 13 Jurusan Ilmu Pengetahuan Sosial. Kemudian beliau memasuki Universitas Udayana Denpasar Bali dan lulus sarjana ekonomi pada tahun 2004. Selepas itu,beliau melanjutkan kuliah di The Australian National University (ANU) di Canberra sehingga memperolehi Master of Public Policy 2011.

Sebelum memilih karier dalam bidang diplomatik, beliau pernah bertugas sebagai seorang wartawan. Mungkin kerana pengalamannya menjadi pemimpin umum Tabloid Mahasiswa Akademika di Universitas Udayana dan Majalah Mahasiswa Media Ekonomika menyebabkan beliau tertarik untuk memasuki dunia kewartawanan. Bermula sebagai penyumbang atau kontributor untuk majalah Gatra 2004, beliau kemudian diterima untuk bertugas di Tempo News Room antara tahun 2005 hingga 2006. Bagaimanapun, setahun kemudian, beliau memilih berhenti kerana benturan antara persoalan idealisme dan komersialme. Kemudian , beliau bekerja di Digital Studio sekitar tahun 2006,sebelum mencuba nasib di Jerman. Kemudian beliau melamar kerja sebagai diplomat dan terpilih sebagai Pegawai Dinas Luar Negeri di Kementerian pada tahun 2007. Beliau lulus Sekolah Dinas Luar Negeri ((SEKDILU) pada tahun 2008. Beliau pernah mengikuti kursus bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, bahasa Jerman, kursus kewartawanan, kursus mikro finance dan kursus insurans.

Ketika menjadi mahasiswa, beliau menjadi pemimpin umum Tabloid Mahasiswa Akademika Universitas Udayana Bali dan Majalah Mahasiswa ‘Media Ekonomika’

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN berpeluang menemuramah Pak Thoso Priharnowo di salah sebuah restoran terkenal di Suria Sabah sambil menunggu waktu berbuka puasa 7 Jun lepas. Ikuti petikan temuramah dengan beliau mengenai cebisan pengalaman hidupnya termasuk pengalamannya bertugas selama tiga tahun di Sabah:

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan bagaimana mulanya Pak Thoso terpilih untuk berkhidmat sebagai diplomat?

THOSO PRIHARNOWO (TP): Saya melamar kerja dalam perkhidmatan diplomatik pada tahun 2007. Saya terpilih menjalani ujian bertulis bersama 14,500 lagi calon yang mendaftar untuk memohon kerja dalam bidang diplomatik. Kami melalui banyak saringan. Selepas lulus ujian bertulis, kami menjalani ujian dalam penguasaan bahasa asing ` Language Test’. Apa bahasa asing yang kami kuasai. Sekurang-kurangnya kita menguasai satu bahasa asing. Jadi Kami diuji dalam bahasa asing yang kami kuasai. Selepas lulus ujian kemampuan berbahasa asing, kami menjalani satu lagi ujian itu iaitu Phsycology Test atau ujian psikologi. Kemudian setelah itu , kami menjalani ujian komputer, ujian kesihatan dan yang paling mencabar ialah wawancara dengan duta besar. Saya rasa yang paling berat ialah wawancara dengan duta-duta besar yang memiliki banyak pengalaman. Mereka ketemu banyak orang sehingga sebaik-baik saja kita masuk untuk ujian itu, kita sudah dinilai. Satu panel penguji terdiri dari tiga orang yang melakukan wawancara itu. Waktu itu, salah seorang mewawancara saya ialah mantan duta besar iaitu Albert Matundang. Memang ujiannya berat. Daripada 14,500 orang yang menjalani ujian itu, hanya 98 orang yang terpilih. Selepas proses itu, kami mengikuti satu sesi latihan prajabatan untuk calo PNS selama kira-kira sebulan. Dalam perkhidmatan diplomatik terdapat beberapa peringkat iaitu atase, third secretary, second secretary, first secretary, counselor,minister counselor, minister dan ambassador atau duta.

UB: Selepas bertugas sebagai seorang diplomat, di mana Pak Thoso mula ditempatkan?

TP: Ini posting (penugasan) yang pertama. Setiap tahun Kementerian Luar merekrut yang baru. Kadang ada sedikit yang tidak bisa langsung `posting’. Saya diberikan kesempatan untuk berkhidmat di HQ. Supaya tahu situasi begitu mendapat tugas `posting’ di luar negeri. Saya memasuki Kemlu (Kementerian Luar) tahun 2007. Saya posting 2013. Di HQ, saya ditempatkan di Direktorat Kerjasama Teknikal. Ketika masih bertugas di HQ, saya mendapat informasi mengenai peluang untuk melanjutkan kuliah di Australia. Saya mendapat biasiswa dari Kerajaan Australia untuk kuliah di Crawford School of Public Policy di The Australian National Universitu (ANU) sehingga memperolehi Master of Public Policy 2011.

UB: Pak Thoso tinggal di Jakarta?

TP: Saya lahir dan membesar di Jakarta.Ayah saya berasal dari Jawa Tengah, Semarang manakala ibu saya asal Solo. Ayah saya seorang marinir, ibu saya wiraswasta, buka kedai runcit. Kami tinggal di sekitar Tanjong Priok.

UB: Sebelum bekerja sebagai diplomat, Pak Thoso bekerja sebagai apa?

TP:Sebelum memilih karier dalam bidang diplomatik, saya pernah bertugas sebagai seorang wartawan. Mungkin kerana pengalaman saya sebagai wartawan kampus ketika kuliah di Universiti Udayana, menjadikan saya tertarik dengan dunia kewartawanan. Ketika menjadi mahasiswa, kita penuh idealisme.



Ketika di Kampus,Saya pernah menjadi pemimpin umum Tabloid Mahasiswa Akademika di Universitas Udayana dan Majalah Mahasiswa Media Ekonomika. Ketika bergiat di Pers Mahasiswa,Saya banyak bergaul dengan rakan-rakan dari fakultas sastera. Dari sana minat saya kepada puisi tumbuh. Saya sering nonton persembahan musikalisasi puisi.Selepas itu, saya menjadi kontributor untuk majalah Gatra 2004. Kemudian apabila ada kekosongan di Tempo, saya fikir, tidak ada salahnya mencuba.

UB: Jadi Pak Thoso masuk Tempo? Tentu persaingannya juga agak mencabar?

TP: Masuk Tempo juha persaingan juga agak mencabar kerana perlu menghadapi pelbagai ujian. Masuk Tempo, ada ujian psikologi, ada ujian berkumpulan dan daripada jumlah pemohon yang begitu banyak, hanya 10 orang yang dipilih. Setelah lulus ujian kewartawanan, saya diterima untuk bertugas di Tempo News Room antara tahun 2005 hingga 2006. Setahun kemudian, saya berhenti menjadi wartawan kerana soal idealisme yang tidak sesuai dengan apa yang saya impikan.

UB: Boleh ceritakan sedikit pengalaman ketika menjadi wartawan Tempo?

TP: Semua wartawan yang baru ditempatkan di Tempo Newsroom. Kami bekerja menyiapkan laporan untuk Tempo News Room. Setelah bekerja sebagai wartawan, saya mengalami kejutan budaya. Ternyata dunia jurnalisik berbeza dengan ketika saya mahasiswa di Denpasar memimpin akhbar mahasiswa. Terdapat benturan antara idealisme yang kita perjuangkan dengan persoalan seperti persoalan iklan dan sebagainya. Saya merasa tidak cocok. Saya fikir cukup satu tahun saya menjadi wartawan, jadi saya memutuskan untuk berhenti. Saya berhenti, sehari selepas saya mendapat surat untuk promosi.

UB: Siapa idola Pak Thoso dalam bidang kewartawanan?

TP: Goenawan Mohammad. Saya suka Goenawan Mohammad, itulah sebabnya saya memilih untuk bekerja di Tempo.

UB: Lepas itu, Pak Thoso kerja dimana?

TP: Saya bekerja di Digital Studio, di perusahaan Multimedia sekitar tahun 2006,sebelum mencuba nasib di Jerman.saya pergi ke Jerman ke tempat sepupu saya di sana. Saya merantau ke Jerman. Ambil kelas bahasa Jerman. Kebetulan saya menghantar salah seorang makcik yang perlu pengubatan di Jerman. Rupanya di Jerman, saya belum beruntung. Saya mencari kerja tetapi belum memenuhi persyaratan. Niat saya setelah tiga bulan di sana, saya akan memproses perpanjangan visa. Ternyata tidak dapat kierja. Saya pulang lagi ke Jakarta cari kerja. Selepas pulang dari Jerman, saya melamar kerja sebagai diplomat dan terpilih sebagai Pegawai Dinas Luar Negeri di Kementerian pada tahun 2007. Saya lulus Sekolah Dinas Luar Negeri ((SEKDILU) pada tahun 2008. Saya sempat latihan praktikal selama tiga bulan di Kedubes Indonesia di Sweden. Waktu itu musim dingin, itulah pertama kali saya melihat salji di Sweden.Selepas lulus Sekolah Dinas Luar Negeri, saya ditugaskan di Direktorat Kerjasama Teknikal di Kementerian Luar di Jakarta.Tahun 2013, saya ditugaskan di KJRI Kota Kinabalu.

UB: Bagaimana situasi ketika Pak Thoso ditugaskan di Sabah? Apa yang Pak Thoso bayangkan sebelum dihantar bertugas di Sabah?

TP: Waktu itu tahun 2013, Indonesia masih dibawah pemerintahan Bapak SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) dan siap melindungi wargan negara Indonesia. Apa yang saya bayangkan kerana terdapat warga Indonesia lebih satu juta orang. Saya bayangkan memang tugasan saya banyak berkaitan masalah Warga Negara Indonesia.

UB: Dimana bapak ditempatkan?

TP: Sebaik saya sampai di Sabah, dan mungkin kerana latarbelakang saya ekonomi, saya ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal ekonomi. Biasanya kami harus siap mengerjakan banyak hal. Saya juga diberi wewenang untuk tandatangan pasport di konsulat. Kepala perwakilan setiap tahun menerbitkan satu surat keputusan mengenai siapa-siapa yang boleh tandatangan pasport. Itulah antara bidang tugas saya. Selama bertugas selama tiga tahun di Sabah, saya ditugaskan di bahagian ekonomi. Kita berusaha supaya kerjasama perekonomian Malaysia Indonesia dapat dipertingkatkan. Untungnya Presiden Jokowi, mengutamakan diplomasi ekonomi diutamakan.

UB: Mungkin ada banyak pengalaman sewaktu bertugas di Kota Kinabalu?

TP: Sabah dan Indonesia agak mirip. Dari segi bahasa pun tak ada masalah. Cuma sewaktu pertama kali tiba di Kota Kinabalu, selepas bertemu dengan kenalan baru, saya ditanya `rumah kita dimana?” saya agak lama fikir. Itu yang paling saya terkenang. Rumah kita dimana bermaksud anda tinggal dimana. Pak Widodo, staff saya yang paling lama diSabah yang banyak membantu.

UB: Apa motto hidup Pak Thoso?

TP: Lakukan yang terbaik, setelah itu jangan fikirkan.

UB: Apa yang bapak rindukan mengenai Sabah?

TP: Yang pasti pulang dari Kota Kinabalu, saya akan merindukan jalan yang tidak macet (kesesakan jalan raya) di Kota Kinabalu, udara yang bersih, masyarakat yang peramah. Kembali tinggal di Jakarta,jalan kan macet, kadang-kadang waktunya lama. Hampir semua orang di buru waktu. Tapi Di KK terasa dingin, saya masih merasakan kehangatan. Nuansanya seperti di Jogja. Di sekitar tempat tinggal saya , di Alam Damai, banyak pohon-pohon, Suasananya terasa tenteram.




















MELIHAT OBJEK PELANCONGAN DI SUNGAI MUSI, PALEMBANG













MELIHAT OBJEK PELANCONGAN DI SUNGAI MUSI, PALEMBANG

Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

ENTAH sudah berapa abad Sungai Musi mengalir bersama sejarah, legenda, mitos dan cerita kehidupan manusia sejak zaman empayar Sriwijaya. Sungai sepanjang 750 kilometer itu, yang terpanjang di Sumatera, sejak sekian lama menjadi jalan pengangkutan utama bagi masyarakat di Sumatera Selatan. Tetapi jika kita ingin melihat pemandangan yang lebih cantik, kita boleh berkunjung ke Palembang, dan menyaksikan bagaimana Sungai Musi membelah kota itu menjadi dua bahagian iaitu Seberang Ilir di bahagian utara dan Seberang Ulu di bahagian selatan.

“Mungkin dari sungai inilah dahulu, Parameswara berlayar menuju Melaka,” saya terfikir dalam hati. Pada hari kedua itu,Rombongan 28 peserta Fam Trip Travel Agent-Media Sabah dibawa menaiki bot untuk menyeberang ke Kampung Kapitan sebelum ke Pulau Kemaro. Salah satu ikon kota Palembang iaitu Jambatan Ampera terlihat dengan megahnya. Jambatan Ampera yang terletak di pusat kota Palembang mulai dibina pada tahun 1962 atas persetujuan Presiden Sukarno. Biaya pembinaan jamabtan itu diambil dari bayaran pampasan perang Jepun. Mulanya ia diberi nama Jambatan Bung Karno dan pernah menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Pada tahun 1966, ketika terjadi pergolakan politik di Indonesia, nama jambatan itu diubah menjadi Jambatan Ampera atau Amanat Penderitaan Rakyat.

Jambatan ini lebih cantik jika dilihat waktu malam hari. Seseorang berkata begitu kerana pada waktu malam, jambatan itu dihiasi lampu warna warni dan sangat terang dan memancar ke segala arah. Ditambah lagi dengan teknik pencahayaan yang dibuat secara khusus, keindahan jambatan itu terlihat makin sempurna.

Beberapa minit kemudian, kami sampai ke Kampung Kapitan, sebuah perkampungan warga keturunan Tionghua. Kampung itu sendiri menjadi salah satu objek wisata atau pelancongan kerana menyimpan nilai sejarah yang tinggi.

Kampung Kapitan terletak di Jalan KH Azhari , Kelurahan 7 Ulu Su I bersebelahan Pasar Tradisional 7 Ulu. Bentuk-bentuk rumah masih banyak dipengaruhi dengan seni bina Cina terutamanya di bahagian dalam dan teras rumah. Kebanyakan rumah yang terdapat di kampung itu terdiri dari rumah kayu..Selain pengaruh budaya Cina, rumah yang sudaj berusia ratusan tahun itu juga dipengaruhi dengan seni bina gaya Palembang yang berupa bangunan rumah limas dan tiang yang menopang rumah.

Ketika berkunjung ke Rumah Kapitan, terlihat rumah yang menyimpan banyak sejarah tetapi masih perlu dibaik pulih. Rumah Kapitan itu boleh salah satu daya tarikan utama ke kampung itu. Selain rumah itu, di tengah halaman terdapat bangunan batu pagoda beralaskan ceramik setinggi 2.5 meter yang dikelilingi pokok bunga.

Selepas berkunjung ke Kampung Kapitan, kami menaiki bot lagi untuk ke Pulau Kemaro, sebuah pulau yang cantik tetapi menyimpan kisah legenda. Al kisah, pada masa dahulu kala, seorang puteri raja bernama Siti Fatimah disunting oleh seorang bangsawan Cina bernama Tan Bun An. Beberapa lama kemudian, kedua pengantin berangkat ke negeri China untuk bertemu keluarga Tan Bun An. Sepulangnya mereka ke Palembang, mereka dihadiah tujuh buah guci

atau tempayan oleh orang tua Tan Bun An.

Bagaimanapun, ketika kapal yang mereka tumpangi sampai ke Sungai Musi, Tan Bu An membuka hadiah yang diberikan oleh orang tuanya. Tetapi alangkah terkejutnya dia kerana tempayan itu hanya berisi sayur-sayuran yang sudah busuk. Kerana marah dan kecewa Tan Bun An membuang satu persatu guci itu itu ke dalam sungai. Tetapi apabila sampai ke guci yang ketujuh, guci itu didapati pecah dan terdapat emas di dalamnya. Emas sengaja ditutup dengan sayuran bagi menghindarkan mereka dirompak di tengah perjalanan. Sebaik menyedari bahawa guci yang dihadiahkan itu berisi emas, Tan Bun An pun terjun ke dalam sungai untuk mencari guci-guci itu. Malangnya ia tidak muncul muncul di permukaan. Begitu juga pengawalnya yang terjun mencarinya, tidak juga muncul-muncul. Ini imenyebabkan isterinya, Siti Fatimah ikut terjun ke dalam sungai untuk mencari suaminya. Kemudian kedua-duanya tidak muncul ke permukaan.

“Itulah sebahagian dongeng Cinta di Pulau Kemaro, “ kata Pak Latif sambil bercerita mengenai keistimewaan dan keunikan budaya yang terdapat di Palembang. Sebagai sebuah kerajaan yang terkenal pada masa dahulu, Kerajaan Sriwijaya menjadi tumpuan pedagang Cina dan Arab. Mungkin itulah sebabnya, budaya Cina dan Arab banyak mempengaruhi budaya Palembang.

Pulau Kemaro adalah sebuah objek wisata yang perlu dikunjungi jika kita ke Kota Palembang. Hanya dengan menaiki perahu atau bot, kita dapat melihat pemandangan mengasyikkan di sepanjang Sungai Musi. Kita dapat melihat kehidupan yang mengalir di sepanjang Sungai yang penuh sejarah itu.

BERKUNJUNG KE KAMPUNG AL MUNAWAR, KAMPUNG ARAB TERTUA DI PALEMBANG

BERKUNJUNG KE KAMPUNG AL MUNAWAR, KAMPUNG ARAB TERTUA DI PALEMBANG



Palembang adalah salah satu kota paling tua di Indonesia, kata Pak Latif. Bahkan dalam sejarah, kedudukan Palembang amatlah penting kerana pernah menjadi ibukota Kerajaan Srivijaya, sebuah empayar Melayu yang berpengaruh di Asia Tenggara abad ketujuh.

Selepas Medan, Palembang adalah bandaraya kedua terbesar di Sumatera. Bandaraya itu adalah ibu kota Provinsi Sumatera Selatan. Ia terletak di tebing Sungai Musi dengan keluasan kira-kira 369.22 kilometer persegi dengan penduduk sebanyak 1.7 juta.

Kota yang terkenal dengan jambatan Ampera (Amanah Penderitaan Rakyat) , jambatan sepanjang 1,177 meter dan dirasmikan oleh Jenderal Ahmad Yani pada tahun 1965 . Palembang juga terkenal kerana Sungai Musi yang membahagikan Palembang kepada Seberang Ilir dan Seberang Ulu. Kota Palembang adalah keenam terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Bandung, Medan dan Semarang.

Kini Kota itu sedang rancak membangun. Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, pembinaan LRT sedang giat dijalankan dari lapangan terbang hingga ke Jakabaring dimana terletaknya Stadium Gelora Sriwijaya. Palembang bersama Jakarta akan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018. Sebelum ini, Palembang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2011.

“Pa” ertinyanya tempat. Lembang ertinya tempat yang rendah. Palembang membawa erti tempat yang selalu digenangi air,” kata Pak Latif, yang menjadi pemandu pelancong kami sepanjang berada di Palembang.

Selepas berkunjung ke Muzium Bala Putera Dewa, Pak Latif membawa rombongan seramai 28 orang peserta Fam Trip Travel Agent-Media Sabah ke Kampung Al-Munawar, sebuah perkampungan Arab yang tertua di Palembang.

Kampung Arab Al Munawar adalah sebuah perkampungan yang terletak di kawasan 13 Ulu, di tepian Sungai Musi dan Sungai Ketemenggungan.

Sebaik memasuki ke kampung ini, kami disambut oleh penduduknya yang ramah tamah. Nuansa arabnya agak ketara. Peserta kemudian diberikan kesempatan untuk menonton tarian gambus. Rebana ditabuh, diiringi dengan petikan gitar khas, alunan muzik dan lagu-lagu irama padang pasir. Kemudian dua orang lelaki masuk ke dalam arena sambil menari mengikut irama muzik.

Sangat menarik. Ia mengembalikan ingatan saya kepada kunjungan-kunjungan ke perkampungan Arab di seluruh pelusuk Nusantara, yang tetap mempertahankan budaya mereka.

Di perkampungan ini, banyak rumah yang sudah berusia lebih dari satu abad, kata Ami atau pakcik, seorang tetua kampung yang memberikan maklumat mengenai kampung Arab itu.Malah ada lapan rumah di kampung itu yang berusia lebih 250 tahun tetapi masih kukuh.Kebanyakan rumah dicat warna putih bercampur hijau, ungi dan merah jambu sehingga terlihat baru.

Jika kita mengamati rekabentuk binaan rumah itu, kita akan dapat melihat arsitektur Arab dan Timur Tengah. Rumah panggung yang dibina menggunakan kayu dan sebahagian lagi menggunakan batu. Terdapat juga gaya eropah dalam seni binanya. Ada juga yang berbentuk seperti rumah adat Sumatera Sekatang.

Masih banyak rumah yang mengekalkan senireka yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Kita dapat melihat ukiran tangga yang pelbagai.Selain itu, kita juga dapat melihat pagar, engsel dan ada juga yang menggunakan batu marmar yang dikatakan didatangkan dari Itali sebagai lantai rumah.

Saya tertarik dengan jendela kayu rumah-rumah yang kami lewati. Arsitektur rumah itu sangat menarik dan bagi yang suka seni bina lama, kunjungan ke kampung Arab itu adalah satu kunjungan yang amat bermakna.

Kampung Al-Munawar adalah perkampungan Arab yang pertama di Palembang. Ia mendapat namanya daripada Habib Abdurrahman Al-Munawat, seorang tokoh yang dihormati, yang juga seorang tokoh penyebar agama Islam di palembang.

Terdapat kira-kira 300 pemduduk yang mendiami Kampung Al-Munawar. Semuanya mempunyai kaitan keluarga. Ada satu peraturan tidak tertulis yang tidak membenarkan mereka berkahwin dengan orang di luar kampung mereka,Anak-anak perempuan keluarga itu tidak dibolehkan menikah dengan orang dari suku lain walaupun pihak lelaki dibenarkan menikah di luar kampung mereka kerana darah arabnya masoih kental dari nasab keturunan ayah.






Selepas menyaksikan tarian gambus, salah satu tarian tradisional dan sempat mengamati seni bina rumah-rumah lama di kampung itu, kami diundang masuk ke rumah. Rupanya di sana,terhidang pelbagai hidangan istimewa. Kami dijamu mengikut adat tradisi Arab di kampung itu. Ada nasi kebuli, kari kambing, ayam gulai, sambal dan acar. Walaupun masih kenyang tetapi melihat makanan makanan itu, perut tiba tiba terasa lapar.

Kami juga sempat merakamkan gambar di tepian Sungai Musi, sungai yang menyimpan pelbagai catatan sejarah di aliran airnya yang sentiasa mengalir. Kampung Al-Munawar sendiri adalah sebuah perkampungan yang bersejarah dan kini menjadi salah satu destinasi wisata menarik, yang perlu dikunjungi jika kita melawat Palembang.




TUJUH NASIHAT JALALUDDIN RUMI

TUJUH NASIHAT JALALUDDIN RUMI



Sahabat, jangan marah kalau dalam tulisan kali ini, saya mengutip tujuh nasihat Maulana Jalaluddin Rumi, penyair sufi yang hidup sekitar abad ke-13 itu. Saya fikir ada baiknya saya mengulangi nasihat-nasihat Rumi ini untuk kita renungkan bersama. Memang sudah lama saya tertarik dengan puisi-puisi Jalaluddin Rumi tetapi beberapa buku yang menghimpunkan puisi-puisi dan kata-kata Rumi yang disusun Haidar Bagir, bagi saya sangatlah menarik. Seperti dalam buku `Mereguk Cinta Rumi-Serpihan-Serpihan Pelembut Jiwa’ yang terbit Jakarta Selatan Februari 2016 yang diberikan kata pengantar oleh Goenawan Mohamad. Dr Haidar Bagir sendiri adalah CEO Kelompok Mizan, banyak menulis buku dan termasuk sebagai salah seorang tokoh berpengaruh dalam senarai 500 Most Influental Muslims (The Royal Islamic Strategic Studies Centre, 2011).

Dalam buku itu, beliau mengutip puisi-pusi Rumi yang menurutnya `Memang hampir-hampir tak ada yang lain, selain cinta, yang bisa kita sampaikan saat kita bicara tentang Rumi’. Kisah hidupnya, semua nya, adalah tentang cinta-Cinta kepada Tuhan dan cinta kepada manusia-manusia sahabat Tuhan. Kerana itu, katanya, hidup sungguh tak lain adalah meraih cinta sejati itu-cinta kepada puncak kesempurnaannya. Tanpa itu, bukan hanya hidup, kematian pun hanya akan menandai kehancuran, padahal seharusnya ia menandai kembalinya kita kepada Samucdera Tanpa Batas,-Sumber Kita sendiri pemenuhan kerinduian primordial kita. Kerana bagi pencinta, kematian jasad sesungguhnya hanya menandai awal kehidupan dan Rumi menyebut Cinta sebagai (mata ) air hidup kita”.

Saya amat tertarik dengan petua-petua Jalaluddin Rumi, sahabatku, kerana kufikir ia sangat berguna dan bermanfaat untuk kita fikirkan. Mari kita hayati kata-kata Rumi, penyair yang hidup antara tahun 1207 hingga 1273, yang diberikan huraian dengan baiknya oleh Dr Haidar Bagir, yang banyak mengkaji mengenai Falsafah, Tasawuf dan pemikiran Islam kontemporari.
”Dalam hal kedermawanan dan menolong orang, jadilah seperti sungai,” kata Rumi. Seperti yang kita selalu saksikan sungai mengalir tidak henti-henti tetapi tidak mengharap kembali. Jika kita menolong atau membantu orang, jangan sesekali harapkan balasan.. Penyair sufi abad ke-13 meninggalkan kumpulan puisi al matsnawi al-maknawi yang banyak mengandungi puisi-puisi sufi yang kebanyakannya bercerita mengenai Cinta, bahawa pemahaman atas dunia hanya boleh diperolehi melalui cinta. Bagi Rumi Tuhan sebagai satu-satunya tujuan, tidak ada yang menyamai.

Nasihatnya yang kedua “Dalam kasih sayang dan Berkah, jadilah seperti Matahari.”. Kenapa Matahari?. Kerana matahari mampu memberi kehangatan kepada siapa saja tanpa diskriminasi.

Dalam menutupi aib orang, jadilah seperti malam. Ini Nasihat Rumi yang menasihatkan supaya kita menjaga dan tidak membuka aib orang. Katanya, seprertu malam, ia sentiasa menutupi semuanya rapat rapat tanpa pernah membocorkannya.
Dalam keadaan marah dan murka, jadilah seperti orang mati. Diam, jangan melakukan apa pun agar tak ada kesalahan dan tidak ,menyesal kemudian

Seterusnya Rumi berpesan agar kita menjadi seperti Bumi dalam hal kesederhanaan dan kerendahhatian. Bumi selalu menempatkan diri di bawah dan meninggikan orang lain.
 Dalam hal tolorensi, jadilah seperti Laut. Laut sentiasa berlapang dada selapanglapangnya dan siap menampung pandangan yang berbeza

Dan akhir sekali, kata Rumi Tampllah seperi dirimu sejatimu atau jadlah seperti tampilanmu.Hiduplah penuh integrati sama lahir dengan batin.

Goenawan Mohammad dalam kata pengantarnya menyebut Cinta, adalah sebuah pengertian yang selama berabad abad menggetarkan hati dan membingungkan, sepatah kata yang dengan mudah pula boleh menjadi banal (ganas) tapi juga buat  membuat orang lain merelakan dirinya sendiri. Kita tidak bisa merumuskannya, kata Goenawan Mohammad. Cinta bukan bahagian dari yang secara konseptual kita ketahui.

Beliau mengutip Ibnu Arabi, pemikir kelahiran Sepanyol abad ke-12 yang mengatakan dalam risalahnya ,”Futahat” bahawa Cinta tidak punya definisi. Siapa yang mendefinisikan bererti tak mengenalinya. Sebab cinta adalah minum tanpa hilang haus.