Selasa, 3 Januari 2017

KISAH DOKTOR YANG JADI TUKANG MASAK RAJA

Tags

Ada satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Malek Mazid dari Klinik Borneo

Tawau, tokoh yang saya interview beberapa hari lalu untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo.
Saya tidak boleh lupa ketika diminta memasak untuk persidangan majlis raja-raja yang diadakan di Kundasang kira-kira tahun 1984. Waktu itu, Dr Malek Mazid bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Ranau.
"Saya disuruh oleh Datuk Harris  Salleh (kini Tan Sri ) Ketua Menteri Sabah ketika itu untuk menyediakan satu jenis makanan daging kambing dan roti paratha untuk hidangan raja raja yang menghadiri persidangan itu di Hotel Perkasa Kundasang.
Kebetulan masa itu, tiada satu orang yang tahu masakan itu, sehinggakan beliau sendiri diminta untuk memasak".Chef di hotel itu pun tidak tahu sehingga Datuk Harris minta saya buat masakan itu," katanya. Masa itu, Tan Sri Ghani Gilong yang beri saranan.
"Semua bahan masakan tiada. saya terpaksa beli kambing sendiri.Minyak sapi juga tiada di Ranau. saya terpaksa buat sendiri. Akhirnya masakan itu jadi juga, " katanya. Persidangan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad,:Perdana Menteri Malaysia (kini Tun)
" Itu waktu saya rasa sangat takut. Takut kerana masakan saya dihidangkan untuk santapan raja-raja.
"Saya takut masakan tak sedap," katanya. Lebih lebih lagi tidak cukup bahan untuk memasak daging kambing dan membuat roti paratha.
Bagaimanapun, kata Dr Malek Mazid, rasa lega kerana masakannya mendapat pujian. Itu pengalaman yang tak dapat saya lupakan.