Ahad, 31 Disember 2017

ARKIB PENTING UNTUK JATI DIRI BANGSA

Tags




ARKIB PENTING UNTUK JATI DIRI BANGSA

Arkib adalah institusi yang memperolehi,menyimpan,memelihara memulihara serta menyebar bahan bahan sejarah serta rekod negara yang amat bernilai untuk  tujuan rujukan semua lapisan masyarakat
Khazanah negara dijaga dan dipelihara sebagai bukti kepada kewujudan negara bangsa. Dengan adanya rekod sebagai bahan bukti sejarah dan kewujudan negara bangsa., ia dapat meningkatkan jati diri, kata Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Arkib Negara Malaysia, Mokhtaruddin Lamsin. Beliau adalah salah seorang anak Sabah yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan Arkib di negara ini.
Mokhtaruddin Lamsin dilahirkan pada tahun 1965 di Kampung Liang Kota Belud, Sabah. Anak kesembilan daripada 12 adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Peladok (1971 hingga 1976).Kemudian beliau meneruskan persekolahan di peringkat menengah di SMJK La Salle Kota Kinabalu pada 1977 hingga 1983, Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada 1984 hinga 1987. Pada tahun 1992 hingga 1993, beliau mendalami pengajian dalam bidang Arkib di School of Archives, National Archives of India, New Delhi.
Beliau pernah bertugas sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1984, sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM. Selepas tamat di UM, beliau bekerja sebagai kerani di Bendahari Negeri pada 1987 hingga 1989.
Mokhtaruddin mula bertugas dengan Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1989.  Pada tahun 1993 hingga 1993, beliau berada di New Delhi India untuk mendalami bidang arkib di School of Archives, National Archives of India. Pada 1997 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Negara Malaysia Sarawak dan kemudian diamanahkan sebagai Pengarah Arkib Negara Negeri Perak dari  tahun  2009 hingga 2015
Pada tahun 2015, beliau  bertukar ke ibu pejabat, dan kini dilantik sebagai Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa Arkib Negara Malaysia.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang bertemu beliau pada satu petang sambil menikmati teh tarik di sebuah gerai di Jalan Marajalela, Kuala Lumpur. Ikuti petikan temubual bersama beliau mengenai pengalaman masa kecilnya, zaman persekolahan hingga menempuhi kerjaya di Arkib Negara Malaysia,
UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan?
MOKHTARUDDIN LAMSIN: Saya  dilahirkan pada tahun 1965 di Kampung Liang Kota Belud, Sabah. Saya anak  kesembilan daripada 12 adik beradik.  Dua orang sudah kembali ke rahmatullah. Ayah saya Datu Lamsin bin Datu Bandang manakala ibu saya, Salinan binti Inding @ Abdullah. Kedua-duanya  kerja kampung. Kini mereka sudah kembali ke rahmatullah. Alfatihah buat mereka.
UB: Dimana tuan mendapat pendidikan awal?
ML: Saya mendapat ppendidikan awal di SRK Peladok  iaitu dari tahun 1971 hingga 1976. Dari rumah saya berjalan kaki kira-kira lima batu. Berkasut tapi tidak berstokin.Lebih 90 peratus pelajar di sekolah itu dari kalangan masyarakat Iranun. Murid-murid diajar buat kerja...memasang pagar sekolah daripada buluh.Mencabut rumput setiap pagi.

UB: Siapa guru besar masa itu?
ML: Guru besar SRK Peladok, Allahyarham cikgu Maluddin. Cikgu yang mengajar saya pula Cikgu Asgar Abdul. Yang lain Ustaz Muslim, Ustaz Mohd Nor Abdullah, Cikgu Astain...Pakcik saya mengajar di sekolah yang sama tetapi tidak mengajar di kelas saya.
UB: Siapa rakan-rakan sekolah masa itu?
ML: Rakan-rakan sekolah masa itu, antaranya Datu Ruslan Sulai,, mantan wartawan foto di News Straits Times Kota Kinabalu, Luman Ahmad,pegawai di SESB, Lumin Ahmad, kini  di Jabatan Akauntan, Salman Arin, mantan pemain Sepak Takraw , pernah mewakili Sabah, Arwah Datu Matlan Datu Unjung, mantan Pengetua SMK Usukan, Datu Rasmi Datu Tumai dan lain-lain.

UB: Selepas sekolah rendah, di mana tuan meneruskan persekolahan?
ML: Saya meneruskan persekolahan di SMJK La Salle dari tingkatan satu hingga tingkatan 6 iaitu dari tahun 1977 hingga 1983. Saya dan  adik saya, Ahmad Fauzi sama sekolah. Saya tidak sempat belajar di SMK Arshad. Semasa sekolah, saya aktif dalam sukan terutama bola sepak, dan pernah mewakili sekolah.
UB: Mengapa pilih La Salle?
ML: Arwah ayah saya selalu sebut nama La Salle semasa saya di sekolah rendah lagi. Katanya, Datuk Mohd Noor Mansoor, Menteri Kewangan Sabah ketika itu adalah bekas pelajar di La Salle. Selepas itu anak-anak saudara saya pun masuk La Salle. Setahu saya kebanyakan anak Iranun masa itu sekolah di SMK Likas atau di SMK Sanzac atau  Maktab Sabah. Ayah saya pilih La Salle mungkin juga kerana faktor lokasi kediaman saya tinggal  di Tanjung Aru, di rumah kakak, Maskatah @ Masnie Lamsin.
UB: Mungkin ada rakan-rakan sekolah di La Salle yang masih diingati?
ML: Semasa di La Salle antara rakan saya ialah Michel Lowe,Datuk Albert Ngan,RoyRead,Terrence Wong,Mat Salleh Ayub(lkini pensyarah di UMS),Valetian Hansen Petrus.Semua sama kelas.Semasa di tingkatan 6, prlajar perempuan baru masuk, antaranya  Lourdes Mary Batin,Brenda Wong,Dymphna Ubing,Caroline Mogindol .
UB: Dari La Salle, di mana tuan melanjutkan pelajaran?
ML: Saya mendapat tawaran untuk belajar di Universiti Malaya, dengan Biasiswa Kerajaan Negeri. Pada masa yang sdajma, saya dapat tawaran juga belajar di Amerika Syarikat tapi akhirnya memilih Universiti Malaya. Memang jodoh dengan UM. Saya masuk Fakulti Sejarah.
UB:  Memang pilih sejarah dari awal?
ML: Saya memang minat sejarah dengan geografi tapi keputusan peperiksaan sejarah lebih bagus. Jadi saya pilih sejarah sebagai major.
UB: Masih ingat nama rakan-rakan ketika belajar di Universiti Malaya?
ML: Teman-teman Sabahan saya  di Universiti Malaya., antaranya  Haji Marmoh Kasman,Abdul Hafidz Pengiran Adnan,Kusdi Ribut,Haliden Abdul Rahman.. Haji Marmoh sama fakulti cdengan saya  tapi beliau senior setahun. Hafidz dan Kusdi sama tahun tapi bidang lain.Haliden dalam fakulti ekonomi.Haliden kalau tak silap kerja dengan  Sawit Malaysia.Marmoh,Hafidz dan Kusdi dalam  bidang pendidikan.. Seorang lagi ialah rakan tetapi beliau menuntut di UKM ialah Dato Dr Kassim Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah. Yang lain, Sabardin Lahabun, Pegawai Kastam dan Hajah Junaidah Yusupu din JPNS.
UB: Siapa yang paling banyak beri galakan kepada tuan?
ML: Abang saya, arwah Talikop dan kakak saya Maskatah Lamsin...Masa itu mereka sudah bekerja, merekalah yang membantu.. Seorang lagi abang saya, Salleh Lamsin menamatkan pengajian di UM pada tahun 1978, beliau juga banyak membantu, dari segi memberi galakan, semangat dan membantu perbelanjaan sekolah. Abang Salleh adalah anak Iranun pertama masuk MCKK dan Universiti Malaya.
Yang untungnya, saya dapat membaca banyak buku, yang dibelikan oleh abang-abang dan kakak saya.Hikayat Merong Mahawangsa pun  saya baca,meski tak faham. Abang Talikop selalu memberi galakan dan suka menghadiahkan buku.Dia suka membaca dan punyai koleksi buku yang banyak.
Bapa dan  ibu serta adik beradik  di kampung juga sentiasa memberi semangat. Saya teringat Arwah orang tua saya yang begitu tegas  beri semangat. Orang tua saya sangat berbangga bila saya dapat keputusan yang bagus ketika peperiksaan SRP, SPM dan STPM seterusnya diterima masuk ke Universiti Malaya.
UB:Selepas itu, dimana tuan bekerja?
ML: Saya pernah bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 1984, sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM. Selepas tamat di UM, saya bekerja sebagai kerani di Bendahari Negeri pada 1987 hingga 1989. Saya juga pernah bekerja di Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan. Antara rakan-rakan saya di JBS ialah Dato Dahali Haji Matsin, pengarah, Zainuddin Haji Sogon, Puan Rosni Ekin dan lain-lain.
UB: Bila tuan mula berkhidmat di Arkib?
ML: Saya mula bekerja dengan Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1989.  Pada tahun 1993 hingga 1993, saya mendalami bidang arkib di School of Archives, National Archives of India di New Delhi. Pada 1997 hingga 2004, saya dilantik sebagai Pengarah Arkib Negara Malaysia Sarawak. Pada tahun  2009 hingga 2015, saya diamanahkan untuk menjadi Pengarah Arkib Negara Negeri Perak.  Pada tahun 2015, saya bertukar ke ibu pejabat, dan kini dilantik sebagai Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa Arkib Negara Malaysia.
UB: Setelah berkhidmat di  Arkib,bagaimana tuan melihat kepentingan arkib untuk negara kita?
ML: Arkib adalah institusi yang memperolehi,menyimpan,memelihara memulihara serta menyebar bahan bahan sejarah serta rekod negara yang amat bernilai untuk  tujuan rujukan semua lapisan masyarakat
Khazanah negara dijaga dan dipelihara sebagai bukti kepada kewujudan negara bangsa. Dengan adanya rekod sebagai bahan bukti sejarah dan kewujudan negara bangsa., ia akan  dapat .meningkatkan jati diri kita.
UB: Mungkin tuan boleh ceritakan sedikit pengalaman berkursus di India?
ML: Semasa di india..kita nampak kemiskinan hidup.. Dengan membandingkan keadaan di sana, kita dapat menghargai negara kita sendiri.
UB: Macam mana sistem penyimpanan arkib di India?
ML: Di India sekarang mungkin sistem penyimpanan dah banyak bertambah maju.Siistem teknologi maklumat seperti  komputer dan projek pendigitalan telah di perkenalkan.Ia memudahkan rujukan dan menjimat ruang penyimpanan.Pada masa saya berada di India pada 1992-93,sistem penyimpanan berasaskan provenance atau mengikut agensi pengwujud.Tidak ada aircond hanya kipas.Disana bahan lambat rosak sebab  kelembapan rendah sesuai dengan  bahan rekod yang  banyak kertas.Rekod  disimpan dalam  gedung atau repositori dan hanya orang  tertentu yg dibenarkan masuk.Bahan arkib amat bernilai sebab  hanya satu salinan.Tidak seperti  buku di perpustakaan yang  merupakan bahan sekunder.kalau hilang,boleh dapatkan  atau beli yang lain. Bahan arkib tidak begitu.
UB: Sekarang berapa banyak fail yang tersimpan di arkib? Kalau boleh diketahui oleh orang ramai? Berapa lama sesuatu rekod itu yang disimpan itu boleh dilihat orang ramai.
 ML:Ada lebih kurang 1.7 juta fail dan lebih 800 ribu bahan bukan fail di simpan di Arkib Negara Malaysia. Fail boleh dirujuk selepas 25 tahun ditutup dan dipindahkan ke Arkib negara.Bahan bukan fail boleh dirujuk bila bila masa.Arkib mempunyai aplikasi compass atau Computerisation of archival service and system.juga terdapat carian dan permohonan,tempahan  dan pembelian bahan arkib secara online melalui sistem OFA atau online Finding Aids.Penyelidik dari seluruh dunia boleh mengakses kepada bahan arkib secara maya dengan syarat  syarat tertentu

UB: Siapa yang dibenarkan melawat Arkib?
ML:Semua boleh melawat dan membuat penyelidikan dengan syarat mendaftar. Kanak-kanak bawah  12 tahun hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau guru
UB: Bagaimana orang ramai boleh bantu Arkib?
ML: Orang ramai boleh membantu mengesan dan menyerahkan rekod persendirian dan rekod awam yang  mempunyai sejarah,perundangan,ekonomi dan pentadbiran dalam pelbagai bentuk dan media nuntuk simpanan kekal dan rujukan di arkib negara. Arkib mempunyai sistem dan kemudahan serta kemahiran dalam  penyimpan , pemeliharaan dan pemuliharaan rekod yang baik samada secara konvensional mahupun secara elektronik.
UB: Apa pengalaman lain ketika bertugas di Arkib?
ML: Sepanjang kerja di Arkib Negara, saya berpeluang menghadiri seminar dan kursus di luar negara. Selain India, saya berpeluang juga menghadiri seminar di Sepanyol dan Holland. Saya dapat belajar dari masyarakat yang menghargai sejarah dan tamadun. Rekod dan bahan arkib dijaga dan di pulihara.
UB: Oh ya, saya mahu bertanya pendapat tuan mengenai masyarakat Iranun memandangkan tuan berasal dari suku bangsa Iranun. Apa pendapat tuan? Ringkas sajalah.
ML: Pendapat saya tentang orang Iranun,..perkasakan pendidikan,akhlak dan kurangkan pertelingkahan. Kita mesti bangga dengan sejarah kita.Orang putih sendiri mengiktiraf kitaKita hendaklah bersatu.jumlah kita tak ramai.meskipun perkahwinan campur menjadi lumrah tetapi bahasa dan budaya Iranun jangan dilupakan. Ianya jati diri.Alhamdulilah, kini  sudah ramai anak anak Iranun yang berjaya menjadi jurutera,doktor,peguam,ahli farmasi,pegawai kerajaan,pendidik dan pensyarah.
UB: Siapa role model ? Siapa tokoh yang diminati?
ML: Tokoh yang diminati Tun Razak dan Sukarno
UB: Apa pesan arwah ayah yang paling berkesan dan diingati?
ML:  Pesan arwah ayah saya...belajar sungguh sungguh kerana merubah nasib diri adalah pelajaran.Dengan adanya pelajaran boleh dapat kerja dan hidup berubah. Saya juga ingat, pesannya agar kami mesti belajar dan mengaji.
UB: Terima kasih banyak kerana sudi ditemubual untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo.
ML: Terima kasih kembali.