Wednesday, August 22, 2018

BOLMONG KAYA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

BOLMONG KAYA KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Di sepanjang jalan di Bolmong , kelihatan ladang kelapa sejauh mata memandang. Tidak hairanlah jika Sulawesi Utara dikenali juga dengan nama Negeri Bumi Nyiur Melambai. Hasil utamanya ialah kelapa kering atau kopra. Bahkan suratkhabar Harian Komentar  melaporkan keluhan petani kelapa kerana kejatuhan harga kopra sejak awal tahun ini . 

Kini harganya Rp4500 sekilo menyebabkan banyak petani enggan mengolah kelapa. Akibatnya ekonomi Sulawesi Utara turut terancam, Ada pula yang memanfaatkan ladangnya dengan menanam jagung.Sistem tumpang sari ini memberi keuntungan lebih kepada petani selain pendapatan tambahan juga ia membantu menyuburkan ladang kelapa.


Akhirnya sampailah kami ke Lolak, ibu kota Bolmong atau Bolaang Mongondow. Majoriti penduduknya adalah orang Mongondow, dan bahasa ibundanya adalah bahasa Mongondow.Namun bahasa komunikasi yang digunakan sehari-hari ialah bahasa Melayu Manado.


Bolaang Mongondow atau Bolmong  dibuka dengan rasminya pada 23 Mac 1954. Tahun 2007, Bolmong dimekarkan menjadi Kota Kotamobago dan Kabupaten Bolaang Mongondow Utara. Tahun 2008, ia dikembangkan lagi menjadi Kabupaten Bolaang Mongondow Timur dan Kabupaten Bolaang Mongondow Selatan.


Kini Kabupaten Bolmong yang memiliki penduduk majoriti Islam kira-kira 61 peratus, Kristian 31 peratus, Katolik 1 Peratus dan Hindu 5 peratus adalah sebuah kabupaten di Sulawesi Utara yang sedang meningkat maju.



Rombongan Fam Trip yang terdiri dari agensi pelancongan diketuai Konsul Ekonomi Ibu Hendro Retno Wulan disambut oleh Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Bolaang Mongondow (Bolmong) sebaik tiba di Lolak.  Asisten II Bidang Pembangunan dan Kesra Bolmong, Yudha Rantung memberikan taklimat  didampingi Kadis Pariwisata dan Budaya (Parbud)  Dra Ulfa Paputungan. Turut hadir ialah Ketua Asita Sulawesi Utara, Ibu Merry Karouwan dan ahli jawatankuasanya.

Bupati Bolmong, Yasti Soepredjo Mokoagow mengirimkan permohonan maaf kerana tidak dapat hadir,, Ketika itu beliau  berada di Jakarta  kerana ada agenda dan undangan dari pemerintah pusat.

Dalam taklimatnya, Yudha memberitahu mengenai potensi wisata bahari di Kabupaten Bolmong. Menurutnya, Bolmong memiliki sumber daya alam yang menjadi satu kelebihan yang mampu menarik lebih banyak pelabur.

Satu satu pelabur yang melabur di Molbong ialah PT Conch North Sulawesi Cement (SNSC) yang bergiat dalam pembuatan simen dengan nilai pelaburan Rp10 Triliun. Pelaburan lain ialah  kelapa sawit  ialah Rp15 triliun dan pelaburan perlombongan emas sekitar Rp40 triliun.
Ketika ini  kita fokus untuk sektor pelancongan, katanya. Antara yang mahu dikembangkan ialah   wisata Pulau Tiga di Kecamatan Sangtombolang, wisata alam Taman Nasional Nani Wartabone di Dumoga, wisata penangkaran atau penetasan  telur burung maleo, kolam  air panas di Desa Bakan serta air terjun di Desa Lolayan,” kata Yudha.
Beliau menambah, , air terjun di Desa Lolayan ini pernah mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Kini pihaknya memberikan perhatian ke arah usaha meningkatkan potensi pelancongan.
Rantung  sangat teruja dengan kunjungan kali ini. Beliau menyatakan pesisir Pantai Bolmong sejauh 160 kilometer yang sangat berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
Menurutnya, lapangan terbang kini sedang dibina dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ini akan memudahkan lagi pelancong dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke Bolmong.
Sementara itu, Konsul Ekonomi KJRI Kota Kinabalu, Hendro Retno Wulan menyampaikan rasa terima kasih kerana sambutan hangat yang diberikan Pemkab Bolmong. Beliau menyatakan kunjungan itu adalah meninjau tempat pelancongan di Bolmong untuk dijadikan pakej pelancongan di Malaysia.
“Sangat baik wisata alamnya, dan ini akan dijadikan paket tour (pakej pelancongan),” kata Ibu Wulan.
Selepas itu, rombongan dibawa ke Pantai Losari. Ini bukan Pantai Losari di Makassar tapi  Pantai Losari di Desa Mobatang, Kecamatan Lolak ini tak kalah cantiknya. Pantai ini sering menjadi tumpuan warga Bolmong dan kawasan sekitarnya. Ada pondok-pondok yang dibina, agak unik dan memberikan keselesaan kepada pengunjung. Selain itu beberapa kemudahan juga disediakan seperti tempat pertemuan, tempat permainan anak  dan sebagainya.






Pengalaman yang  tidak dapat dilupakan di pantai Losari Lolak ialah menikmati air kelapa, yang buahnya baru dipetik dari pokoknya.Langsung dikupas dan diminum airnya yang manis di tengah rasa dahaga.
Sesungguhnya perjalanan di Bolaang Mongondow memberikan banyak pengalaman tersendiri. Tidak terbayangkan betapa di Sulawesi Utara, terdapat banyak destinasi pelancongan yang menarik. Kecantikan alam semulajadi yang belum banyak terusik tapi terus mengusik kenangan kami sepanjang perjalanan pulang  ke Kota Manado.



No comments: