Wednesday, October 17, 2018

KESAN KENANGAN DALAM KUNJUNGAN KE KOTA TARAKAN

KESAN KENANGAN DALAM KUNJUNGAN KE KOTA TARAKAN

KUNJUNGAN ke Kota Tarakan awal bulan lalu, meninggalkan banyak kesan kenangan yang menarik. Walaupun hanya sekejap. Kunjungan ilmiah itu diisi dengan pelbagai program bermanfaat. Banyak kesepakatan dicapai dalam pelbagai bidang khususnya pembangunan dakwah di antara Sabah Malaysia dan Kalimantan Utara Indonesia.

Program kunjungan ilmiah itu boleh dikatakan berjaya mencapai matlamatnya. Tahniah kepada penganjurnya, Majlis Perbandaran Tawau dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah di bawah Jawatankuasa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO).
Selepas mengadakan pertemuan dengan Walikota Tarakan, Ir Sofian Raga, kami berkunjung ke Dewan Masjid Baitul Izzah, Pusat Islam Tarakan. Pak Rohadi, Kepala Kesra Kalimantan Utara yang mewakili Gubernur Kalimantan Utara turut hadir dalam majlis itu.
Forum Silaturrahmi dan Diskusi Bersama Rombongan Delegasi dari Sabah itu berjaya meleraikan beberapa persoalan dan isu mengenai produk makanan yang diragui aspek logo halalnya.
Kehadiran Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Tarakan, Dr H Muhammad Anas dan beberapa tokoh agama di Kota Tarakan menjadikan acara itu sarat dengan ilmu. Selepas sesi forum itu, kami dibawa berkunjung ke beberapa organisasi yang berpejabat di Pusat Islam Kota Tarakan itu, antara MUI Kaltara,Sekretariat LPPTKA-BKPRMI dan Depot Iqro Kota Tarakan dan sebagainya

Selepas itu, kami.berkunjung ke Yayasann Pondok Pesantren Hidayatullah. Selepas menikmati jamuan makan malam dan seterusnya meenunaikan solat di masjid, Mufti Negeri Sabah, Sahibussamahah Datuk Haji Ustaz Bungsu Aziz Jaafar memberikan tazkirah kepada jemaah.
Beliau juga sempat menjelaskan tujuan lawatan ilmiah itu. Selain itu, Mufti memberitahu mengenai sejarah perkembangan Islam di Sabah dan sumbangan golongan ustaz dan pendakwah dari Indonesia dalam menyebarkan agama Islam di Sabah.

Sepanjang lawatan itu, rombongan dari Sabah dapat mempelajari mengenai aspek pembangunan dakwah da bertukar tukar pandangan dengan beberapa agensi serta jabatan yang berperanan dalam pembangunan dakwah di kedua-dua wilayah demi kemaslahatan ummah.

Selepas itu, pada hari kedua kami ke Gunung Lingkas.Berkunjung ke Pondok Pesantren Raudhatul Quran. Di sana kami sudah kedatangan kami sudah dinantikan oleh pengetua sekolah itu, Ustaz Ayub Handrihadi.

Paling menarik ialah penampilan pelajar kanak-kanak yang menyampaikan persembahan yang mampu membuatkan hadirin tertegun termasuk rombongan dari Sabah yang diketuai oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Haji Sipil dan turut disertai  Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Zon Sabah, Haji Samin Haji Ongki, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Aminuddin Zakaria.

Kemudian kami berkunjung pula ke Selumit, Tarakan Tengah, lokasi Kantor Badan Zakat Nasional (BAZNAS)
Di sana , rombongan kami diberi taklimat oleh Wakil Ketua Baznas, H Eddy Djasmani SE.M.Ap.

Selepas makan tengahari di RM turi Ikan Bakar, kami sempat singgah di Baloy Mayo Adat Tidung Tarakan.Kepala Adat Besar Tidung Kalimantan, Adji Pengiran H Mochtar Basry Idris  menyambut kedatangan kami. Beliau juga menjelaskan mengenai sejarah dan budaya sukukaum Tidung, salah satu etnik besar di Kota Tarakan.

Pada malamnya, kami  sempat menghadiri  Majlis Pengajian Akbar yang disampaikan Mufti Negeri Sabah di Masjid Baiturrahim Gunung Lingkas.

Sebaik selesai, sebelum pulang ke hotel, MPT sekali lagi menjadi hos jamuan di Warung Teras jalan Yos Sudarso. Restoran ini amat terkenal di Kota Tarakan malahan pernah dikunjungi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika membuat lawatan rasmi ke Kaltara.

Sesungguhnya Kunjungan ke Kota Tarakan mampu memberikan dimensi baru dalam hubungan Sabah dan Kalimantan Utara khususnya Kota Tarakan dalam aspek pembangunan dakwah di kedua-dua wilayah.

No comments: