Sunday, December 30, 2018

ABDUL RAHMAN MD YAKUB: TETAP ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

ABDUL RAHMAN MD YAKUB: TETAP ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

BAGINYA yang benar, itu benar, yang salah itu salah. Beliau tidak suka berada dalam situasi ‘in between’. Biarpun sesuatu keputusan itu mengancam survival politiknya  itu semua tidak apa. “Yang penting saya pegang prinsip.Sebab itu bila terjadi prahara politik 1998, beliau tidak teragak-agak mengambil keputusan, walaupun berdepan risiko, walaupun banyak tekanan yang dihadapinya. Itu semua tidak menghalang untuk berpihak kepada kebenaran yang diyakininya. “Saya tidak hidup berpura-pura,” kata salah seorang tokoh pejuang reformasi di Sabah, Haji Abdul Rahman Md Yakub.

Lahir dari keluarga orang perjuangan, beliau sejak awal lagi memilih berjuang di lapangan. Walaupun menerima tawaran kerja dengan gaji yang lumayan, namun beliau memilih untuk berjuang dalam bidang pendidikan melalui Sekolah Yayasan Budi yang didirikan bersama rakan-rakannya di Kota Kinabalu. Pernah menjadi Timbalan Yang di Pertua Angkatan Belia  Islam Sabah (ABIM)) sebelum melepaskan jawatan untuk bergiat aktif dalam UMNO Sabah. Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Limbawang, selepas itu menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri sebelum dipecat seumur hidup daripada UMNO pada 1998 berikutan krisuis politik yang menyaksikan Dato Seri Anwar Ibrahim, dipecat dari segala jawatannya. Beliau pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Nasional (PKN) sebelum parti itu bergabung dengan PRM dan mewujudkan Parti Keadilan Rakyat. Pernah bertanding dalam beberapa pilihan raya, biasa kalah, tetapi tidak pernah mengubah prinsip perjuangannya.

HAJI ABDUL RAHMAN  MD YAKUB lahir 1 April 1962 di Kampung Pilajau Beaufort. Anak sulung dari 10 adik beradik ini menerima pendidikan rendah dari beberapa buah sekolah iaitu SRK Takuli Beaufot, SRK Malaman, SRK Ulu Sipitang, SRK Sipitang, SRK Pitas dan SRK Tamparuli kerana mengikuti ayahnya, Md Yakub Matzin yang selalu berpindah kerana tugasnya sebagai mubaligh USIA. Beliau mendapat pendidikan menengah, di SMK Tamparuli dari tingkatan 1 hingga 3. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di SMK  Sanzac dari Tingkatan Empat dan Lima. Selepas itu, beliau bersekolah dalam tingkatan enam di SMK Menggatal Kota Kinabalu. Seterusnya,Haji Abdul Rahman meneruskan pengajian dalam jurusan Kependudukan dan Demografi Fakulti Sastera Universiti Malaya. Sebaik tamat pengajian, beliau memilih untuk bergiat dalam pendidikan swasta, aktif dalam NGO yakni ABIM, menceburi bidang politik UMNO, kemudian dipecat seumur hidup kerana mendukung perjuangan Anwar Ibrahim. Beliau kemudian dilantik Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Nasional (PKN) Sabah pada awal perjuangan reformasi di Sabah. Sejak itu, beliau tidak pernah berpaling dari prinsip perjuangan, walaupun hidup sederhana dan apa adanya, beliau tetap istiqamah dalam perjuangan. Kini beliau dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah.

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang untuk mewawancara HAJI ABDUL RAHMAN MD YAKUB di pejabatnya di Penampang untuk berkongsi pengalaman dalam liku-liku perjuangannya. Ikuti petikan wawancara bersama tokoh reformasi Sabah ini.

UTUSAN BORNEO: Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan haji ?
HAJI ABDUL RAHMAN MD YAKUB (HARMY): Saya dilahirkan di Kampung Pilajau  Beaufort pada 1 April 1962. Saya anak sulung daripada sepuluh adik beradik.

UB: Dimana tuan haji mendapat pendidikan rendah?
HARMY:  Saya bersekolah rendah di SRK Takuli, sejauh kira-kira empat kilometer dari rumah.

UB: Naik apa ke sekolah? Mungkin ada pengalaman menarik di kampung?
HARMY: Saya berjalan kaki saja dari rumah ke sekolah. Keadaan di kampung masa itu memang belum sebaik sekarang. Kami biasa mandi air hujan dan sebagainya. Tapi saya sebenarnya tidak lama di SRK Takuli. Saya banyak pindah sekolah kerana mengikut ayah saya, Md Yakub Matzin yang bertugas sebagai Mubaligh Usia atau Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Saya pernah sekolah di SRK Malaman, SRK Ulu Sipitang, SRK Sipitang, SRK Pitas dan SRK Tamparuli sebelum memasuki sekolah menengah.

UB: Di mana tuan haji bersekolah menengah?
HARMY: Saya memasuki sekolah menengah di SMK Tamparuli dari 1974 hingga 1976. Selepas tamat SRP,  saya bersekolah dalam  tingkatan 4 hingga lima di SMK Sanzac dari tahun 1977 hingga 1978.Selepas itu saya bersekolah dalam tingkatan enam di SMK Menggatal. Antara rakan sekolah saya ialah Datuk Abdul Rahim Bakri,mantan Timbalan Menteri Pengangkutan, mantan Timbalan Naib Canselor UMS,  Datuk Dr Kassim Haji Mansor, mantan Pengurus Besar Pos Malaysia Berhad,Haji Sairin Ibrahim, Pengarah DBP Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain dan ramai lagi.

UB: Selepas itu, dimana tuan haji melanjutkan pelajaran?
HARMY: Saya berjaya memasuki Universiti Malaya dalam jurusan Kependudukan dan Demografi.

UB: Apakah tuan haji orang pertama dari kampung Pilajau yang menuntut di UM?
HARMY:Saya mungkin orang pertama dari Pilajau yang masuk UM

UB: Masih ingat siapa rakan dari Sabah yang menuntut di UM seangkatan dengan tuan haji?
HARMY:  Antara rakan saya satu universiti ialah Saidah Osman, Hajah Sitti Hadiah Haji Abdul Mutalib, Fung Jun

UB: Apakah itu pertama kali ke Semenanjung?

HARMY:Sewaktu Tingkatan Enam,Saya pernah mewakili Sabah Pertandingan Kuiz Agama sempena Perayaan 15 Hijrah. Masa itu saya bersama Abdullah Sani, rakan dari Kinabatangan.

UB: Tuan, ambil jurusan apa di Universiti Malaya
HARMY: Jurusan Kependudukan dan Demografi Unversiti Malaya.

UB: Apa kegiatan tuan haji sewaktu di universiti ? Bila tuan haji aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
HARMY: Saya aktif dalam ABIM sejak menuntut di Universiti Malaya lagi.

UB: Selepas tamat universiti, di mana tuan haji bekerja? Ada dapat apa apa tawaran kerja?
HARMY: Saya mendapat tawaran kerja seawal dalam kapal terbang sewaktu perjalanan balik ke Sabah. Seorang pegawai tinggi kerajaan menawarkan kerja kerana kebetulan pihak jabatan sedang  mencari graduan. Tapi saya menolak. Saya  memilih untuk  berusaha sendiri. Ini kerana idealisme perjuangan, saya percaya pendidikan paling sesuai untuk membina manusia, bina masyarakat. Kita mahu melahirkan rakyat Malaysia yang baik, ada pegangan agama, lengkap ilmu pengetahuannya. Itu sebabnya kami mendirikan Yayasan Budi Akademik,  terinspirasi dengan Sekolah Yayasan Anda yang didirikan Anwar Ibrahim.
UB: Apa jawatan tuan haji di ABIM Sabah waktu itu?
HARMY: Masa itu, saya ialah Timbalan Yang Di Pertua ABIM Sabah. Jawatan Yang Di Pertua ABIM Sabah masa itu ialah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad.  Semasa bertugas di Yayasan Budi, terjadi perubahan politik Sabah. PBS ambil alih kerajaan dari Berjaya, kemudian selepas beberapa tahun,PBS keluar Barisan Nasional menyebabkan UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Saya mengambil keputusan bergiat dalam bidang politik sepenuh masa. Saya  menyertai UMNO kerana Anwar (Dato Seri Anwar Ibrahim) berada dalam UMNO. Masa itu, kita percaya UMNO ada kesungguhan membela rakyat, membina negara.
UB: Apa jawatan tuan haji dalam UMNO sabah masa itu?
HARMY: saya dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Limbawang. Ketua Bahagian masa itu ialah Datuk Onn Arifin. Kemudian pada tahun 1994, Barisan Nasional yang diterajui UMNO berjaya membentuk kerajaan. Masa itu saya adalah Ketua Pemuda UMNO Beaufort dan dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri. Ketua Pemuda UMNO Sabah masa itu ialah Datuk Jema Khan. Saya berada dalam UMNO hingga tahun 1998, apabila berlaku prahara politik pada 1998, apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO. Saya ikut dipecat dari UMNO seumur hidup, kerana mendukung perjuangan yang dibawa oleh Anwar. Jawatan terakhir saya dalam UMNO ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.


UB: Kemudian apa yang berlaku?

HARMY: Apa yang berlaku seperti yang semua sudah ketahui. Anwar dipenjara. Selepas itu, berlaku pilihanraya negeri 1998. Saya bertanding dalam pilihanraya itu atas tiket PBS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengutus surat dari penjara, meminta saya dan dua nama lain, yang saya anda dapat teka, untuk bertanding membawa semangat reformasi dan membawa obor perjuangan. Kemudian dalam pila

Pada pilihanraya Negeri 1998, saya bertanding dalam pilihanraya. Datuk Seri Anwar mengutus surat dari penjara, minta saya  da tiga namabertanding membawa semangat reformasi , bawa semangat perjuangan. Kemudian dalam pilihanraya umum 1999, saya bertanding di Sipitang atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKN). Saya bukan orang baru Masa itu saya jadi Pengerusi PKN Sabah.

UB: Apa yang melatari perjuangan tuan haji sehingga sanggup menjadi pembangkang sedangkan kalau diikutkan banyak tawaran yang diterima dari parti pemerintah ketika itu?
HARMY: Mungkin kerana dari dahulu lagi, saya sudah terdidik dalam perjuangan.. Keluarga saya adalah penyokong tegar USNO. Apabila Berjaya memerintah, keluarga saya jadi pembangkang. Abila Berjaya
Latara belakang parti, keluarga saya tegar Usno padamasa berjaya perintah, keluarga jadi tetap di USNO, jadi pembangkang. Apabila Berjaya kalah, PBS naik, kita masih USNO, Kemudian kita masuk UMNO kerana Usno melebur dalam UMNO. Kemudian kita kekal pembangkang. Lebih 30 tahun jadi pembangkang. Kita hidup kerana semangat dan prinsip perjuangan..Jadi pembangkang, bukan senang kalau alang kepalang. Apalagi ayah saya menghidupkan kami semua sepuluh orang, lima lelaki lima perempuan. Ibu saya, Siti Salmah Ahmad, hanya seorang surirumah. Saudara boleh bayangkan halangan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi.

Saya ada kecenderungan dalam perjuangan sejak kecil lagi, apabila terlibat dalam aktiviti dakwah. Sewaktu di Semenanjung ketika menuntut di Universiti Malaya, saya sudah aktif bergiat dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yanng dipimpin Anwar Ibrahim, dan kemudian oleh Dato Dr Siddiq Fadhil. Perjuangan ABIM adalah membawa gerakan agama yang modernis, pandangan dan pendekatan yang holistik dan membawa semangat perpaduan yang berjaya menarik minat golongan miuda. ABIM banyak mendidik, membina jati diri. Walaupun masa itu kita dikatakan anti establishment. Kita sudah terlatih, Kerana itu tidak sukar jadi pembangkang, jika kita setia kepada prinsip dan nilai perjuangan.


UB: Apa prinsip perjuangan tuan haji?
HARMY: Yang benar itu benar, yang salah itu salah, Saya tidak suka `in between’ atau di tengah-tengah’ Sebab itu, walaupun keputusan yang kita ambil menjejaskan survival politik, tidak mengapa. Yang penting saya pegang prinsip. Sebab itu, bila terjadi krisis Anwar pada 1998, saya tidak teragak-agak mengambil keputusan, walaupun berdepan risiko dan tekanan. Yang penting saya tidak hidup berpura-pura.


No comments: