Friday, May 1, 2020

DELEGASI KKTP SABAH LAWAT BALIKPAPAN, KOTA TERBERSIH DI INDONESIA

DELEGASI KKTP SABAH LAWAT BALIKPAPAN, KOTA TERBERSIH DI INDONESIA

Oleh ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN

Lawatan Kerja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah ke Balikpapan, Kalimantan Timur Indonesia pada 17 hingga 20 Februari lepas mampu memberi perspektif baru mengenai sistem pengurusan sampah yang moden dan terbaik.

Balikpapan terkenal sebagai kota terbersih di Indonesia , kota hijau yang terkenal dengan sistem pengurusan  sampah terbaik di Asia.

Seramai 24 anggota delegasi KKTP diketuai Timbalan Setiausaha Tetap, Stanley Chong diberikan sambutan mesra oleh Walikota Bapakpapan, Bapak Rizal Effendy.

Turut mengiringi lawatan itu ialah  Konsul Fungsi Ekonomi KJRI, Sartono Hendrarso dan stafnya, Widodo Muhammad.

Objektif lawatan  adalah mempelajari dan melihat sendiri sistem pengurusan sampah dan pembangunan yang diamalkan di Balikpapan.

“Kita juga membincangkan cadangan kerjasama “technology transfer” pengurusan sisa pepejal antara KKTP dan Pemerintah Kota Balikpapan.

Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah bagi mengeratkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Sabah dan Indonesia melalui KKTP dan Walikota Balikpapan, Kalimantan Timur.

Walikota Balikpapan, Bapak Rizal Effendy berharap program lawatan kerja itu mengenai sistem pengolahan sampah itu memberi manfaat  untuk diterapkan di Sabah.

Beliau juga berharap agar laluan penerbangan KK-Balikpapan dibuka semula untuk meningkatkan konektiviti antara kedua wilayah yang berjiran.

Kota Balikpapan dengan Negeri Sabah, jika dilihat dari sudut geagrafi adalah sangat dekat sehingga penting untuk dimanfaatkan dengan baik, katanya.

Menurutnya, perkembangan ekonomi Balikpapan meningkat 10 dengan adanya ibu kota negara (IKN) yang baru.
Dalam kunjungan ke Balikpapan, delegasi KKTP Sabah diberikan taklimat dan dibawa oleh Kepala Dinas Lingkungan Hidup Pemerintah Kota Balikpapan, Bapak Suryanto  untuk melawat ke beberapa fasiliti pengolahan sampah iaitu di MRF, ITF dan TPA Manggar.

Kunjungan pertama adalah ke Materials Recovery Facility (MRF) atau yang dikenali sebagai Pusat 3R (Reduce, Reuse, Recycle)  dan Teknologi Pengurusan Sampah (Pengelolaan dan Pemilahan) , yang terbaik di seluruh Indonesia.

Delegasi KKTP kemudian dibawa ke ITF iaitu fasiliti pengelolalan sampah organik hingga akhirnya dijadikan baja kompos.

Selepas itu, delegasi dibawa melawat  Tempat Pembuangan Akhir (TPA) Manggar iaitu  TPA sampah moden terbaik di Indonesia karena dilengkapi dengan teknologi `sanitary landfill’

Selain itu, pengolahan sampah di TPA dapat menghasilkan gas metana  yang boleh diolah menjadi tenaga letrik dan dimanfaatkan oleh warga sekitar untuk keperluan harian.

Apa yang menarik TPA Manggar bukan saja tempat pembuangan sampah tetapi juga tempat rekreasi dan pendidikan bagai masyarakat sekitarnya.

Ketika memasuki kawasan TPA Manggar yang dibina pada tahun 2017 ini,kita seolah-olah tidak menyedari bahawa kita berada di lokasi pembuangan sampah ini sampah masyarakat Balikpapan dibuang ke lokasi ini.
Di pintu masuk, ada tempat timbangan kenderaan pembawa sampah manakala bergerak ke dalam sedikit, kita melihat tempat rekreasi untuk kanak-kanak.Khabarnya, banyak sekola di Balikpapan yang menjadikan lokasi TPA Manggar ini sebagai lokasi pelancongannya.
Selepas itu, barulah kita melihat lori pengangkut sampah menuangkan sampah manakala traktor dan lori kelihatan sibuk. Tetapi sepanjang jalan di kawasan TPA Manggar seluas kira-kira 50 hektar ini, jalan-jalannya bersih dan dikelilingi pokok yang rimbun.

Program lawatan ini dibuat susulan siri lawatan yang diadakan oleh Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dengan rombongan PBT pada tahun lalu.

Selain itu, pemindahan Ibu Negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur juga menimbulkan minat dari pelbagai pihak adri Sabah untuk berkunjung ke Kaltim.
“Program lawatan ini adalah dalam rangka untuk mempelajari hal-hal yang boleh dilakukan untuk menjalin hubungan kerja sama di antara kedua negara,” kata Konsul  Muda Ekonomi KJRI, Sartono Hendrarso.
Turit serta dalam Lawatan Kerja itu ialah Ketua Pengurusan Sisa Pepejal, Johny Samson, dan pegawai-pegawai kanan dari Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Daerah Semporna, Majlis Daerah Semporna, Majlis Daerah Kunak, Majlis Daerah Ranau, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau , Majlis Daerah Tenom dan Majlis Daerah Beluran.

No comments: