Isnin, 1 Jun 2009

Dia pun nak menderma

Tags

Rupanya Rashid, wartawan Utusan Malaysia punya cerita menarik selepas kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aman, sebuah masjid yang terletak di jantung kota Kinabalu.

Katanya selepas memilih salah satu saf dalam masjid itu, AJK Masjid bergerak sambil membawa uncang untuk mengutip derma daripada jemaah.
Mamat tu nak menderma. Jadi diapun keluarkan dompet.
"Ketika dia nak keluarkan wang dari dompet, dia pula tertarik resit nombor ekor. Saya ternampak, dia toleh kanan kiri, nak pastikan perbuatannya tak disedari.
"Saya nak tergelak tapi tak jadi, takut pula dia marah," katanya. "Bayangkan kalaulah resit nombor ekor tu termasuk dalam uncang derma tu, lepas tu pulak esok, nombor tu pula menang, saja Allah nak bagi tunjuk kat dia, macam mana tu Din?"
Tak kan dia nak datang masjid nak tuntut balik resit nombor ekor tu?

2 comments

abg. nad..

teringat cerita tukang sapu dan penyapu serta tiket nombor ekor yang digulung dalam batang penyapu... tukang sapu baca surat khabar utk tengok 'result' dan nampak nombor ekornya 'kena'..lalu dia pun meloncat dan berazam guna duit banyak tu utk buat macam2..lalu dia pun buang penyapunya di sungai. skali sedar...tiketnya masih ada bergulung dalam batang penyapu yang sudah hanyut beribu batu di bawa arus sungai..aduii kesiann..hehehehe!

dapat tahu hari Sabtu lepas nombor tu 3466 menang 1st prize din. harap-harap mamat tu dermalah separuh seperti niatnya dalam sembahyang jumaat. apa hukumnya ustaz kalau beli 4ekor dan niat nak derma separuh kepada masjid kalau menang? haram?