Jumaat, 12 Februari 2021

MAK NGAH WESTON, TIBA WAKTUNYA AKAN PERGI

Tags

 

Dunia sastera Sabah juga  kehilangan salah seorang lagi penulis iaitu Mak Ngah Weston atau nama sebenarnya Junaidah Omarali. Menurut khabar yang diterima dari grup WhatsApp Info Sastera, beliau kembali ke rahmatullah, pada Khamis. 


Beliau berasal dari Kampung Imam Arsat, Weston..Mula menulis sekitar tahun 1990 dalam bidang puisi dan cerpen. Beliau bekerja sebagai Pembantu tadbir di SK Ladang Lumadan. Mak Ngah sering menulis puisi dan cerpen untuk siaran akhbar tempatan termasuk Utusan Borneo.


Waktu Akan Terus Berganti

Hari semakin pentas berganti

Pengantian waktu yang pasti terjadi

Tidak mampu kita mengelak lagi

Perubahan waktu yang realiti

Renungkanlah paradigma kehidupan ini

Semakin kita lalai

Semakin kita rugi

Waktu akan terus berganti

Tidak pernah waktu menanti

Sejam seminit sesaat tidak akan terjadi

Bagaimana kita harus menghargai

Adanya waktu mensucikan diri

Beramal ibadat itu yang pasti

Pengisian hidup penuh bererti

Kerana hidup ini bukan abadi

Tiba waktunya akan pergi

Bertemu ilahi....Junaidah Omarali

 

Sk Ladang LumadanBeaufort

.24.05.2017

Ya benar, bila tiba waktunya kita akan pergi, Bertemu ilahi. Kerana itu, kita harus mensucikan diri dengan amal ibadat dan pengisian hidup penuh bererti, kerana hidup itu sendiri, bukan sesuatu yang abadi.

Ini adalah antara puisi yang pernah dihantar dan disiarkan Utusan Borneo.  Semoga segala  amal baiknya dan semoga karyanya akan terus memberi manfaat kepada khalayak sastera di negeri ini.

Al fatihah