Tuesday, April 7, 2009

Terima Kasih kepada wartawan Lukman Ismail

Saya tidak menyangka blog saya diulas dalam Utusan Malaysia hari ini 7 April 2009 muka 11 oleh saudara Lukman Ismail yang menganalisis hari-hari pertama Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dalam ruangan Suara Blog. Antara blog yang dipilih oleh Lukman dalam ulasannya ialah blog Mokhtar Petah (http://mokhtarpetah.blogspot.com) Hambali Abd.Latiff (http://hambali1.blogspot.com) Ustaz Said Beauford (http://ustazsaid.blogspot.com) Abd.Naddin Shaiddin (http://abdnaddin.blogspot.com) dan Shamsuddin El-Askarey (http://shamsuddinmoner.blogspot.com). Saya berterima kasih kepada saudara Lukman Ismail (Lukman@utusan.com.my) kerana turut mengulas blog saya dalam ruangannya itu, yang secara tidak langsung membantu memperkenalkan saya kepada komuniti bloggers di negara ini. Terima kasih

5 comments:

aranam said...

Tahniah buat Saudara!

:)

Pena Alam said...

abg nad,

tahniah!!

abd naddin said...

Terima kasih aranam. Saya tak menyangka.Saya terkejut apabila ditelefon oleh seorang rakan Sidek Kolo dari Papar yang memberitahu blog saya diulas di Utusan Malaysia.Saya berterima kasih dan tiba-tiba berasa diri diperhati dan terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari.TK

abd naddin said...

Terima kasih pa al. Terima kasih. Kini abang berasa menulis blog merupakan satu tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

Pena Alam said...

abg nad,

ya. keep up the excellent work abg. followers pun makin ramai ni, pastinya jadi penyuntik semangat untuk abang menulis, menyampaikan buah fikiran mu untuk tatapan semua..tahniah sekali lagi abg nad :-)